tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

06 March 2010

Rahsia Lompat dan masuk parti bebas?

Sumber maklumat dari PKR memberitahuPemimpin veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas, apabila dewan rakyat bersidang pada bulan ini?


MerdekaReview, bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (gambar kiri) yang melontarkan kritikan secara terbuka kepada UMNO sejak beberapa bulan kebelakangan ini, lantaran daripada isu royalti minyak di Kelantan, bakal mengisytihar dirinya sebagai ahli parlimen bebas.

Ketika menjawab soalan MerdekaReview melalui email, ahli parlimen Gua Musang, Kelantan ini menafikan bahawa dirinya akan berbuat demikian pada persidangan dewan rakyat yang akan datang. Walau bagaimanapun, beliau enggan meramalkan apa yang bakal berlaku pada beberapa bulan yang akan datang.

“Itu tidak benar. Tetapi sukar untuk memberitahu apa yang akan berlaku pada beberapa bulan yang akan datang. Sentiasa hubungi saya,” (This is not true. However it’s hard to tell what happens next over the coming months. Please stay in touch.) jawabnya secara ringkas.

AKU SUKE ZULKIFLI...TAPI KO NI SUKE KELUAR DARI JEMAAH....NASIB KO LE....

Akhirnya Zulkifli dipecat dari PKR....tapi boleh lagi mohon rayuan....Si Zul ni pulak nampaknya takkan lagi sertai PKR(Sumber UMNO)...dulu kene tendang dari PAS sebab benda yang sama,suka buat kecoh dan langgar hukum berjemaah.

Dia ni memang mental sikt lah...susah nak bagitau...tapi suke saje nak cetuskan huru-hara dalam kelambu...yang aku tak faham...dia ni kata hidup dalam jemaah...sepatutnya dia dah khataam bab berjemaah...bukannya main sedap nak komplen sana-sini.....

Pengundi ditempat dia(Kulim) pun tak berapa nampak dia ni turun padang...lebih banyak relek kat Prlimen je...sangat menyakitkan PR bile kene layan orang yang jenis suke ikut kepala sendiri ni.....tak nak langsung terima teguran supaya lebih senyap dari hentam sana-sini...

Tapi kalau dia niat baik..aku tetap kata dia ni suke buat benda baik,tapi cara tak betul ....Bukannya senang nak jadi pejuang Islam ni...setakat sikit-sikit tu biasa le....jangan dia termakan umpan bangsa dah le.....

-parit.com-

'Ceroboh' gereja, Al-Islam mohon maaf

Majalah Al-Islam membuat permohonan maaf secara terbuka kepada gereja Katolik dan penganut Kristian berhubung penyiaran artikel 'Tinjauan Al Islam dalam Gereja: Mencari Kesahihan Remaja Melayu Murtad', keluaran Mei 2009.


Permohonan maaf itu dibuat menerusi laman sesawang penerbitnya, Utusan Karya pada jam 6 petang semalam.

Menurut permohonan maaf itu lagi, artikel berkenaan tanpa disengajakan telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian, khususnya Katolik.

“Tinjauan itu dilakukan bertujuan mencari kesahihan dakwaan orang awam berhubung isu tersebut. Al Islam juga sama sekali tidak berniat untuk menghina agama Kristian, apatah lagi mengganggu atau menceroboh rumah ibadat mereka.”

Dalam permohonan maaf itu, pengarang Al-Islam juga berkata dua wartawan yang terlibat turut memohon maaf kerana tidak menyedari apa yang mereka lakukan semasa melaksanakan tugasan tersebut telah menyinggung perasaan para penganut agama Kristian.

Al-Islam juga berharap perkara seumpama ini tidak akan berulang lagi

Malaysiakini difahamkan Paderi Besar Katolik, Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam telah dimaklumkan berhubung permohonan maaf itu.

Bagaimanapun usaha menghubungi beliau di kediamannya untuk mendapatkan ulasannya belum berjaya.

Menurut sumber yang rapat dengan Utusan Karya, permohonan maaf telah lama disediakan tetapi tidak dapat disampaikan dengan segera kerana terpaksa dirujuk kepada peguam majalah itu bagi menggelakkan sebarang implikasi perundangan.

Permohonan maaf yang sama juga akan disiarkan dalam Al-Islam keluaran April 2010 yang akan berada di pasaran pertengahan bulan ini.

Pakiam pada sidang medianya Khamis lalu berkata, beliau yakin masyarkat Katolik akan berpuas hati jika wartawan berkenaan dan penerbitnya mengambil keputusan untuk memohon maaf.

Beberapa pihak juga cuba mengeruhkan lagi suasana dengan merancang demonstrasi bagi mendesak peguam negara supaya meneruskan tindakan ke atas wartawan Al-Islam yang 'menceroboh' gereja itu.

Bagaimanapun tindakan mereka tidak direstui dan disokong oleh Pakiam dan kebanyakan pertubuhan Kristian yang lain.

-malaysiakini.com-
 
korang ni macam-macam lah----parit.com-

RAHSIA KOTAK SUDAH BOCOR

بسم الله الرحمن الرحيم


UNDANG UNDANG BARU - TAK BOLEH PAKAI SELUAR PENDEK DAN MESTI PAKAI KASUT DOC MART BUTANG16.. hahaha

PARTI GERAKAN DAKWA KOTAK SYARIKAT KRONI – berita hairan

Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong telah membuat laporan kepada SPRM tentang kes pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani semalam menyangkal dakwaan Ketua Pemuda Gerakan Wilayah Persekutuan, Lai Hoi Keong yang pembekalan kotak ikan berinsulasi gred makanan (KIBFG) dimonopoli sebuah syarikat, seperti laporannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kelmarin.

Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.

Noh Omar, berkata tidak ada pemegang saham individu dalam syarikat yang didakwa manakala pegawai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang menduduki lembaga pengarah syarikat itu hanya wakil anak syarikat LKIM, Majuikan Sdn Bhd.

Katanya, syarikat yang dimaksudkan Lai mungkin menjurus kepada KF Marketing iaitu sebuah syarikat yang dilantik sebagai ejen tunggal pada 2006 ketika penggunaan KIBFG diperkenalkan dan pengilang Ace Rotor Moulding Sdn Bhd sebagai pengilang tunggal.

Bagaimanapun, katanya, jumlah pengilang ditambah menjadi tiga selain pengimport boleh membeli terus kotak itu di pasaran sebaik kementerian mahu melaksanakan arahan penggunaan KIBFG.

Noh berkata, pemilik saham dalam KF Marketing terdiri daripada Gabungan Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan Majuikan dengan 30 peratus saham, Konsortium Pasar Borong Selayang serta gabungan Persatuan Nelayan Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan (15 peratus) manakala Ace Rotor Moulding, 10 peratus.

Sementara itu, SPRM membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan berhubung isu penggunaan KIBFG yang pembekalannya dikatakan dimonopoli sebuah syarikat.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Shukri Abdull, ketika dihubungi berkata, tindakan susulan sudah diambil pihaknya untuk memulakan siasatan dengan terperinci berhubung isu itu.

KAH KAH KAH...
woit... BETUL TAK ?... INI KUNTAU MUNTAU DALAM HAL KOTAK INI...kah kah kah..
woit.... GEROMBOLAN SAMA CUKONG SEDANG GADUH... kah kah kah...
woit... PROJEK KOTAK INI MACAM CARA NAK CARI DANA KERANA NAK TAWAN SELANGOR....kah kah kah..
kah kah... INI PROJEK MALAON NOH OMAR MUSUH TOYO...kah kah kah
woit...PELIK SATU SYARIKAT DI KATAKAN TAK ADA PEMEGANG SAHAM....kah kah kah..
woit...PELIK... TAK ADA LEMBAGA PENGARAH... kah kah kah..
woit... MODAL DARI MANA?.... kah kah kah..
woit... SIAPA YANG MENGURUSKAN?....kah kah kah..
woit.. CUKUP LAH... HENTIKAN LAAAA PROJEK MENIPU MELAYU INI....kah kah kah

-tukartiub-

Harussani perlu perbetulkan Umno terlebih dahulu

IPOH, 6 Mac: Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.

“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.

Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.

Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

“Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.

Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.



-harakahdaily.net

Sebelum pertikai jawatan Ketua Pembangkang Khairy harus cermin diri dulu

Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno dengan angkuh mempertikaikan kelayakan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen Malaysia. Hujah Khairy ialah berasaskan kononya Anwar tidak layak jadi Ketua Pembangkang kerana kononya KEADILAN sudah hilang majoriti dalam Dewan Rakyat.


che'GuBard mencadangkan kepada seharusnya Khairy agar cermin diri sendiri sebelum membuat kenyataan tersebut.

Kalau dirujuk 'cara sifir' Khairy Jamaluddin maka dia sendiri yang seharusnya meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno. Sudahlah tidak diiktiraf dengan tidak 'layak' masuk ke kabinet. Bukan sahaja naibnya dilantik dengan mengenepikanya malah calon ketua pemuda yang kalah turut layak masuk kabinet tetapi bukan dia.

Bukan satu yang rahsia juga Khairy turut dipertikaikan oleh Pemuda Umno di banyak peringkat.

Maka atas 'sifir' yang Khairy sendiri maka dialah yang paling wajar meletakkan jawatan selaku Ketua Pemuda Umno.

Nasihat cheGuBard kepada Khairy Jamaluddin ialah 'orang Rembau' rindukan kamu. Dari pada kamu bercakap hanya untuk mengingatkan pimpinan atasan mengenai kewujudan kamu supaya tidak dilupakan kerana memang ada usaha serius untuk 'melupakan' kamu dalam organisasi yang kamu konon dokong.

Yang paling penting tumpuan kamu ialah tunaikan janji pilihanraya pilihanraya yang kamu atau Umno atau Bn janjikan dalam Pilihanraya yang lepas.

-Badrul Hisham-

JOM LOMPAT KE PARTI JAHANNAM!!!

Apa pandangan korang tentang adun-adun bongok,yang suke buat kerja bodoh semata-mata hilang kepercayaan kepada hala tuju parti???nampak macam best je perangai camtu...

Bagi aku dan majoriti penyokong PR,kita masih menyokong tindakan melompat ni....tapi dimana alasan kita nak bersetuju isu lompat ni....

Macam ni,aku memang akan bersetuju bila ada orang yang perangai bangang nak berubah jadi baik...semua akan setuju secara ruhaniahnye....tapi..aaaa....ada tapi tu yang best tu....kalau orang baik mula nak jadi bangang ataupun dah bangang terus....yang ni secara lahiriah dan ruhaniah mampusss sape pun tak setuju....

Umpamakan begitu dalam kes adun....kalau adun nak melompat masuk dalam parti yang baik,bagus dan relevan....takkan aku dan korang suke-suke nak halang....yang jadi masalahnye...bile adun yang baik dan telus ni pi lompat ke dalam kelompok bangang!!!..tu aku tak setuju.

Tapi,takkan kelompok UMNO celaka ni nak ngaku depa parti sesat....tu yang jadi susah pada orang yang lemah akal dan otak kecik...UMNO kalau nak ikut Islam...aku gerenti...orang yang pertama tu dah ikut Islam dulu...tapi,sampai la ni...hampeh najib tak berani ikut Islam,kecuali sumpah mentadak hari tu ...ala..masa kes altantuya tu.......lu olang fikir sendili la kawan!!!

-parit.com-

05 March 2010

ZAMBRY CUBA BERIKAN SUNTIKAN 'OVERDOSE' KAT UMNO PARIT....

Zambry nak datang ke Parit....yang pastinya bukannya nak jaga rakyat....lebih kepada menunjukkan dia sudah sah MBnye...

Program tu berlansung dua hari...patut le semacam je bangunan lame di Pekan Parit tu ...siap bubuh warna Kuning tu....bodek lebih nampaknya......sayang sultan le katakan....sultan lak manjakan dia.......anak emas sultan le katakan...

Apa yang penting....deme udoh sedap sekarang....Zambry...gi mana pun..kembang semacam je....getik aku nengoknye......Tapi bile aku teringatkan konfrantasi diantara Zaim dan Nasarudin....aku rasa...tade apa yang bestnye UMNO Parit ni....Pemuda dia pun tak leh nak gerak....semua kene tunggu nak ada 'ongkosnya'.....

Zaim bukannya suke ngan kelibat si Nasarudin tu....bimbang dan geram semacam je.....ntah ape dibimbangkan sangat tu..susah nak aku jangkakan...mungkin pasal projek ternak kambing tersilap ternak gajah putih.....

Nasib penggembala yang lain tu....macam takde jaminan....lantok korang le.......aku dah tak campor dah.....

-parit.com-

Harussani Tokok-tambahkan Cerita - Ust Ahmad Awang

Ahli Majlis Syura Ulama PAS, Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS untuk bersama Umno menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak selepas pilihan raya umum 2008.


Ahmad mengulas kenyataan Harussani, dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.

"Apa yang beliau cakap dalam dialog itu adalah tambahan kemudian. (Perkara) Itu tidak betul," katanya sambil menambah, dalam perbualan tersebut, mufti Perak itu tidak memberitahunya yang cadangan itu mendapat perkenan baginda.

"Perbualan tentang ayat al-Quran dan hadis itu tidak ada. Ia direka-reka kemudiannya," katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Sebagai pesuruhjaya PAS negeri ketika itu, Ahmad mengakui - dalam perbualan telefon dengan Harussani - mufti Perak itu telah memujuknya parti itu bersama-sama Umno membentuk kerajaan perpaduan.

Bagaimanapun, katanya, beliau berkeras tidak mahu bekerjasama dengan Umno kerana mendakwa Umno adalah "zalim" termasuk memberi contoh pengalaman PAS bersama dengan Umno satu ketika dahulu.

Ahmad juga mengakui dalam perbualan dengan Harussani - lebih kurang 10 minit itu - beliau membuat ketetapan untuk bersama-sama dengan DAP menubuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak.

Dalam perbualan telefon itu juga, Ahmad berkata, Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam.

Ahmad berkata, beliau menjawab dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.

"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," katanya.

Ahmad lagi, dalam perbualan tersebut, Harussani juga tidak menyatakan tentang tawaran jawatan menteri besar dan exco kepada PAS dalam kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu.

Sebaliknya, kata beliau, tawaran tersebut hanya dibuat oleh seorang wakil rakyat yang mewakili ketua badan perhubungan Umno Perak ketika itu, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali, beberapa hari selepas Pakatan Rakyat menang pilihan raya umum tersebut.

Ahmad juga berkata, dalam perbualan telefon itu, beliau membidas mufti Perak yang banyak menyentuh dalam ceramahnnya mengenai gejala murtad di kalangan orang Melayu yang menganut Kristian.

"Saya cakap kepadanya bahawa beliau mengenali (perdana menteri ketika itu) Tun Abdullah (Ahmad Badawi), dan pernah menghantar memorandum (mengenai gejala murtad), tapi kerajaan tak buat apa-apa pun.

"Jadi kita tak boleh harap dengan Umno. Macam mana nak berpakat," katanya.

Ekoran bidasannya itu, Ahmad berkata Harussani "mati akal" untuk menjawab hujahnya dan seterusnya menamatkan perbuatan mereka. -

-malaysiakini.com-

Saya doa Zulkifli Noordin tinggalkan PKR


PETALING JAYA, 5 Mac: Penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberitahu, bukan sahaja menggalakkan malah mendoakan Zulkifli Noordin segera keluar dari PKR.


"Saya menggalakkan dia untuk keluar (PKR)? Saya mendoakan dia (Zulkifli) meninggalkan PKR," katanya disambut gelak ketawa wartawan.

Ianya berikutan tindakan Zulkifli yang didakwa sering mengkritik parti secara terbuka sehingga menjejaskan Pakatan Rakyat.

"Semua benda dia tak setuju dengan kita, dia nak berenti, munasabah,” ujarnya.

Menurutnya, sebarang rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan parti perlu disalurkan secara betul, dan bukannya menyerang secara terbuka.

"Saya juga ada kalanya tidak bersetuju dengan pimpinan, jadi kena salurkanlah secara betul, PKR pada saya sangat terbuka," katanya.

Menjawab soalan wartawan pada sidang media di kediamannya hari ini, Zaid juga berkata pendirian Zulkifli tidak mengiktiraf panel bukan Islam dalam jawatankuasa Lembaga Disiplin PKR hanya alasan semata-mata.

"Kalau kita masukkan semua Islam sebagai panel, dia pula akan kata, dua orang Islam itu tidak cukup Islam. Jadi apa kita perlu buat?

"Ini bukan soal fatwa hukum, ini soal disiplin parti, mana boleh lantik orang Islam sahaja," katanya.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu semalam bertindak keluar dari sesi mengadap jawatankuasa lembaga disiplin selepas tidak berpuas hati dengan keanggotaan panel bukan Islam dalam jawatankuasa itu.

Beliau mendakwa panel yang sepatutnya menentukan masa depannya perlu dianggotai oleh orang Islam sahaja kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam.

Panel berkenaan dianggotai oleh seorang Islam, dua Kristian dan seorang Hindu.

-harakahdaily.net-

PENGARAH RADIO IKIM DIPAKSA LETAK JAWATAN

بسم الله الرحمن الرحيم


Radio IKIM didesak ‘Letak Jawatan’ kerana panggil Presiden PAS Muzakarah ,

Seorang teman menyampaikan kepada saya bahawa perletakan jawatan Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias berkuatkuasa 1 Mac lalu bukanlah perletakan jawatan yang sukarela. Bernama pada 19 Januari telah menyiarkan berita bahawa beliau akan meletakan jawatan setelah berkhidmat selama setahun dua bulan bermula pada 1 Januari 2009. Memang pelik kenapa beliau letakan jawatan secara tiba-tiba walhal baru berkhidmat setahun jagung.

Beliau dikatakan telah diberikan tekanan oleh pihak atasan bagi meletakan jawatan berikutan tindakannya menjemput Presiden PAS bagi menyertai Muzakarah Pakar anjuran IKIM pada 21 Januari lepas. Muzakarah itu diadakan bagi membincangkan isu nama Allah dan Tun Abdullah turut hadir bersama bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin.

Sebelum ini juga, beliau turut dikatakan mengunakan kedudukannya bagi menjemput beberapa Ustaz-ustaz PAS untuk menjadi penceramah dan memberikan kuliah agama di Radio IKIM. Ya! mereka hanya beri kuliah agama, bukan ceramah politik. Pendengar Radio IKIM boleh jadi saksi.

Ekoran dari tindakan beliau yang tidak disenangi itu, gaji beliau ditahan, elaun dan bayaran claim beliau turut tidak dibayar.

Jika melawat laman web IKIM, nama beliau juga sudah dikeluarkan walaupun baru 4 hari beliau letak jawatan. Tiada sebarang majlis perpisahan diadakan untuk beliau dan akhirnya beliau kembali menjadi orang dagang walhal kehadirannya selama setahun di IKIM telah banyak memberikan perubahan besar kepada imej dan rating Radio IKIM.

Memang tidak logik, dalam keadaan ekonomi yang gawat ini beliau yang baru setahun dua bulan bekerja dengan IKIM mahu letakan jawatan tanpa sebab. Lainlah kalau beliau mendapat tawaran jawatan yang lebih baik. Ada juga logiknya. Kini Ahmad Jais dilaporkan menjadi penceramah bebas dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Selepas ‘perletakan jawatan’ beliau, dikhabarkan bahawa beberapa slot ceramah yang kebanyakannya disampaikan oleh Ustaz-ustaz PAS akan disusun semula dan dimansuhkan perlahan-lahan. Beberapa DJ dan kakitangan juga dikatakan menerima tekanan yang sama agar mereka meletakan jawatan.

Berita dan cerita ini tersebar luas di IKIM dan pendengar setia Radio IKIM pasti mahu mencari jawapannya. Tidak sepatutnya beliau dipecat jika alasan Politik sedangkal itu digunakan. Beliau sebagai seorang yang berilmu telah mengunakan kedudukannya bagi meletakan orang-orang yang berilmu tanpa mengira apa jua parti untuk kebaikan masyarakat. penyingkirannya adalah satu kezaliman!

Saya yakin, IKIM akan menafikan cerita ini. Tapi kebenaran itu tidak akan dapat disembunyikan sampai bila-bila. Teman saya juga mengatakan bahawa sampai sekarang beliau belum menerima gaji terakhirnya! memang zalim.


-bujangsusah-

Datuk Kalakau sertai PKR, siapa lagi selepas ini? (Kemaskini)

KUALA LUMPUR : Mantan Timbalan Menteri Persekutuan, Datuk Kalakau Untol mengumumkan penyertaan beliau ke dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) 28 Februari lalu, iaitu 10 hari selepas meninggalkan Barisan Nasional (BN).


Perkara itu, diumumkan beliau di depan ribuan rakyat pelbagai kaum, di Sabah dalam majlis yang turut dihadiri Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Pas Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Penasihat Dap, Lim Kit Siang.

Dalam ucapannya, mantan Ketua Pemuda Upko selama 12 tahun berturut-turut itu menjelaskan, bahawa tujuannya menyertai PKR dan Pakatan Rakyat adalah disebabkan pentadbiran negeri itu tidak terurus sejak Umno dan BN memerintah Sabah sejak 1994.

"Selain itu, wujud isu pencerobohan gereja yang gagal ditangani oleh pemerintah BN," tambah beliau.

Kalakau yang juga bekas Senator memberitahu, bahawa beliau akan bergerak lebih aktif lagi selepas ini, termasuklah mengadakan siri penjelajahan ke seluruh bahagian di Sabah bagi menjelaskan isu-isu penting termasuk hak royalti kempen 'Minyak untuk Sabah' dan isu kempen 'Fitnah 2' yang kini dilemparkan ke atas Anwar.

"Ini bukan lagi masa berbulan madu, ini masa untuk kita semua bangun melaksanakan agenda perjuangan PKR, rakyat ingin berubah dan selama ini Umno-BN tidak pernah berubah," katanya dalam majlis yang berlangsung di Tuaran Sabah pada malam 28 Februari lalu.

Bekas Pengerusi Superpanel (Sabah) Sdn Bhd, sebuah subsidiari milik penuh Lembaga Pembangunan Perumahan Bandar (LPPB) turut merangka program khas pada April depan dengan mengundang Ahli Parlimen (MP) Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah untuk menerangkan isu berkaitan Petronas dan royalti minyak yang sepatutnya dinikmati negeri Sabah.

Turut serta di majlis itu, pimpinan Pakatan Rakyat negeri Sabah termasuk Ketua Penerangan Pas, Hishamuddin Sulaiman dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR, Hj Ansari Abdullah dan Pengerusi DAP Sabah, Dr. Hiew King Cheu.

Berikut ialah sebahagian Pimpinan BN yang Keluar parti bersama ribuan penyokong masing-masing sejak setahun lalu (sekadar menyebut beberapa nama).

1.Dr. Streram Sinnasamy yang juga Pengerusi MIC Cawangan Seri Sentosa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR)

2.Ketua Pemuda MIC Cawangan Bandar Bukit Mertajam, M. Pristiraj, 29, Dan Ketua Wanita Mic Cawangan Sungai Rambai, Askusala Kumari, 35.

3.Bekas Ketua MCA Bahagian Bukit Mertajam, Tony Peh Choon Peng

4.Bekas ketua cawangan Umno Bukit Bendera Mentakab, Pahang, Datuk Alimudin Syawal mengesahkan beliau telah keluar dari Umno untuk menyertai PKR.

5.Timbalan Ketua Bahagian PPP Teluk Kemang, S Karupusammy. Tindakan itu seterusnya melumpuhkan PPP Negeri Sembilan (N9) kerana kekuatan PPP N9 terletak di Bahagian Teluk Kemang.

6.Intelektual berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali Sebagai Kim Quek turut menyertai Parti Keadilan Rakyat.

7.Tokoh Veteran Umno, Dara Ahmad sertai PKR, walaupun bersama Umno selama 55 tahun

Berikut pula ialah bekas pemimpin BN yang pernah menjawat jawatan menteri dan bertaraf pimpinan tertinggi yang berhijrah menyertai PKR setakat ini.

1.Timbalan Ketua Wanita MCA merangkap Setiuasaha Parlimen dan Dr Tan Yee Kew

2.Ahli Parlimen Segambut dan Timbalan Menteri Pembangunan Tanah Dan Koperasi serta Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Tan Kee Kwong

3.Ahli Parlimen Kota Bahru dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim

4.Menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng

5.Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Naib Presiden MIC, Datuk S. S. Subramaniam.

6.Datuk Kalakau Untol, Timbalan Menteri Persekutuan merangkap bekas Senator negeri Sabah sehingga 2005.

Sekiranya pembaca sekalian ada senarai tertinggal, sila letakkan diruangan komen. Terima Kasih.

-erapakatan-

04 March 2010

AKU TIDAK BERSEKONGKOL DENGAN MUFTI CARI MAKAN....

Bile aku baca malaysianinsider tadi,aku jadi sikit bengang ngan mufti cari makan macam Mufti Perak...sangat mengecewakan sebab,terang-terang jadi hamba UMNO.

Aku setuju juga ngan Ahmad Awang,sebab tidak mahu bersama UMNO dalam kes Perak...apa yang dijelaskan oleh Mufti Perak tu sebenarnya sudah pun 'clear' tahun lepas lagi.

Mufti tu memang pro kebangsaan...dan paling jelas adalah pengasas kumpulan banjar(ni pun pro bangsa juga)..kalau adamufti nak perjuangkan kaum minang ke,jawa ke,kaum dayak ke....sama je hukumnya...nabi tidak mengaku UMMAT....letih je berjuang....

Kenapa dalam hal UMNO dah terdesak,Mufti pulak yang terkejo sana- sini???macam pencacai aku tengok....kenapa taknak terkejor kesana-kesini menuntut perlaksanaan undang-undang Islam???macam ni punye  Mufti mana boleh aku sokong...gile ke!!!

Mufti,sebagai rujukan masyarakat,sepatutnya takutkan Allah,buat kerja takleh le pilih-pilih hukum....nak tegur UMNO pun tak berani...dulu takkan dia lupa,Pemuda UMNO bantai dalam mesyuarat,pasal sebok kecoh kes murtad...masa tu aku sokong tindakan mufti Perak ni...

La ni....aku tekad,rupanya Islam tu bukannya meredhakan maksiat,malah lebih dari itu..memerangi pemimpin yang sebok langgar syariat Allah...

korang ada otak kan...jangan mudah terpengaruh dengan Mufti cari makan ni...

-parit.com-

Kisah Kerbau Pendek


Salam to all,


Di dalam gambar adalah Mohd Fitri Bin Ibrahim @ Kerbau Pendek. Kerbau Pendek ini merupakan Setiausaha Akbar kepada YB Mansor Othman, TKM1 P.Pinang. Mungkin ramai yang tidak tahu siapakah dia Kerbau Pendek. Ramai juga tertanya2 kenapa tiba2 kisah Kerbau Pendek pula yang dipaparkan?

Sebenarnya Kerbau Pendek ini pernah berkhidmat sebagai salah seorang Pegawai Khas @ PA kepada YB Fairus Khairuddin bekas TKM1. Kerbau Pendek adalah antara salah seorang daripada Geng 6 Jahanam yang menjatuhkan YB Fairus. Mastermind dalam Geng 6 Jahanam ini ialah Hazerie, Cikgu Zul dan Non Pomen (balaci merangkap orang kepercayaan DSAI). Manakala penasihat utama Geng 6 Jahanam ialah YB Abdul Malik Abdul Kassim @ Malik Itik.

Kerbau Pendek sangat disayangi oleh Cikgu Zul dan Hazerie. Ini kerana semasa Geng 6 Jahanam ini mahu menjatuhkan YB Fairus, Kerbau Pendek yang juga bekas PA Fairus adalah orang yang bertanggungjawab mengeluarkan surat2 penting, fail dan dokumen-dokumen untuk diberikan kepada Geng 6 Jahanam bagi memudahkan tugas mereka menjatuhkan Fairus. Setiap berbualan dan maklumat penting yang diperbualkan antara Fairus dan pegawai2 beliau akan dikutip oleh Kerbau Pendek dan disalurkan kepada Geng 6 Jahanam. Inilah modus operandi yang digunakan oleh Geng 6 Jahanam bagi menghancurkan Fairus.

Kerbau Pendek sebenarnya sangat dibenci oleh majoriti staf Ketua Menteri, TKM1 & 2 termasuklah di kalangan pegawai2 kerajaan. Malah di kalangan pemimpin AMK Negeri P.Pinang sendiri pun meluat dengan Kerbau Pendek. Ini diakui sendiri oleh Sdr. Amir (Ketua AMKPP), Sdr. Rizal Hamid (Ketua Penerangan), Sdr. Din Binjai dan Sdr. Azrizal (Ketua AMK Bayan Baru). Tetapi bagi Geng 6 Jahanam, Kebau Pendek adalah anak emas mereka. Ini kerana peranan yang dimainkan oleh Kerbau Pendek dalam bersekongkol dengan Geng 6 Jahanam telah berjaya menjatuhkan Fairus Khairuddin. Jasa-jasa Kerbau Pendek membawa keluar dokumen rahsia daripada pejabat TKM1, maklumat2 sulit dan membocorkan beberapa perkara penting lain semestinya tidak akan dilupakan oleh Geng 6 Jahanam.

Kerbau Pendek seorang yang sangat licik dan bijak mencari kesempatan. Kerbau Pendek juga sangat pandai dalam bermuka-muka. Atas kebijaksanaan itu jugalah yang membolehkan Kerbau Pendek menjadi Setiausaha Akhbar kepada YB Mansor sekarang. Daripada sumber yang boleh dipercayai, Kerbau Pendek ini pernah memohon untuk menjadi Setiausaha Akhbar Ketua Menteri semasa YB Fairus hampir pasti meletakkan jawatan sebagai TKM1. Lim Guan Eng sendiri yang menolak permohonan Kerbau Pendek sambil menjelaskan kepada beberapa orang pegawai kanan beliau bahawa orang seperti Kerbau Pendek ini adalah sangat berbahaya. Kerbau Pendek didakwa oleh LGE sebagai seorang yang tidak berperinsip, talam dua muka, “no loyalty” dan lidah bercabang.

Setelah permohonan Kerbau Pendek tidak dilayan LGE, Kerbau Pendek yang semamangnya bijak mencari peluang telah berbuat baik dengan Non Pomen, Rezal Huzairi, Cikgu Zul dan Hazerie. Semasa pilihanraya kecil DUN Penanti, Kerbau Pendek telah bersama Non Pomen, Cikgu Zul dan Rezal Huzairi telah membantu berkempen untuk Mansor Othman sehingga Mansor Othman bergelar YB dan TKM1 P.Pinang. Kerbau Pendek tanpa segan silu telah bertemu dengan YB Mansor, merayu dan memohon untuk menjadi Setiausaha Akhbar TKM1. Pada permulaannya YB Mansor tidak mahu menerima Kerbau Pendek, tetapi setelah Non Pomen campur tangan akhirnya YB Mansor akur dan menerima Kerbau Pendek sebagai Setiausaha Akhbar beliau. Niat YB Mansor memang baik tetapi YB Mansor tidak tahu bahawa Kerbau Pendek ini suatu hari nanti akan menjadi duri dalam daging kepada beliau.

Kini sedikit demi sedikit, kewujudan Kerbau Pendek ini sudah mula menggugat kedudukan YB Mansor dan mencemar nama baik beliau. Antaranya:

1) Kerbau Pendek telah memalukan YB Mansor dengan mengguna nama YB Mansor untuk beberapa kali makan secara percuma di kedai makan Hammer Bay kononnya YB Mansor mengarahkan Kerbau Pendek membantu menyelesaikan masalah peniaga resotoran ikan bakar di situ.

2) Kerbau Pendek meminta pihak Hotel Berjaya untuk makan percuma sebgai habuan setelah pihak kerajaan negeri mengadakan program JKKK di hotel tersebut beberapa tahun lepas.

3) Kerbau Pendek juga dilaporkan pernah meminta habuan daripada beberapa orang kontraktor yang berurusan dengan Pejabat Timbalan Ketua Menteri 1 dan turut melakukan perkara yang sama terhadap Tabung Haji semasa penganjuran program JKKK di kompleks Tabung Haji, Bayan Lepas.

4) Kerbau Pendek juga dari semasa ke semasa member maklumat kepada Malik Itik yang diketahui umum mahu menjatuhkan YB Mansor.

5) Kerbau Pendek adalah orang yang bertanggungjawab mereka fitnah dan memporak-perandakan pejabat YB Mansor dengan mengadakan cerita kononnya terdapat kakitangan pejabat YB Mansor adalah orang kuat UMNO.

6) Kerbau Pendek bersekongkol bersama Cikgu Zul dan Hazerie dengan menghebahkan cerita2 rekaan kurang baik tentang YB Mansor kepada Malik Itik dan pemimpin PKR yang lain bagi tujuan menjejaskan reputasi dan nama baik YB Mansor.

7) Terbaru, En. John iaitu pembantu khas YB Mansor turut difitnah oleh Kerbau Pendek kononnya En. John berada bersama-sama DS Zahrain semasa sidang akhbar DS Zahrain mengumumkan perletakan jawatan beliau. Seterusnya YB Mansor dipersalahkan dan menerima tekanan daripada orang-orang parti.

YB Mansor perlu cepat bertindak. Kebelakangan ini terlalu banyak isu-isu kepincangan PKR yang timbul terutamanya yang membabitkan PKR negeri Pulau Pinang. Sebagai Pengerusi PKR negeri Pulau Pinang, YB Mansor terpaksa berhadapan dengan segala cabaran ini dengan cara bijaksana dan mencari pendekatan terbaik untuk mengatasinya. Dengan menyimpan kakitangan seperti Kerbau Pendek yang juga duri dalam daging, YB Mansor bukan hanya terpaksa berhadapan dengan masalah parti tetapi juga masalah dari dalaman angkara Kerbau Pendek dan rakan2nya dalam Geng 6 Jahanam. Kalaulah Fairus boleh dijatuhkan, tidak mustahil YB Mansor pun menerima nasib yang sama jika gagal bertindak menyekat kemaraan dan terperangkap dengan tipu daya Kerbau Pendek, Geng 6 Jahanam dan Malik Itik.



-jebat penang-

BEKAS TUNANG SHYFOOLS MENGANDUNG ?

Perkara 1:


Pada 27 Feb. 2010 gua dah letupkan kisah Sepol Putus Tunang, dan gua simpan sedikit maklumat yang berkaitan sebab tidak mahu mangaibkan individu tertentu dan kesamaran kesahihan maklumat. Tetapi sehingga ke hari ini tiada sebarang penafian dari pihak mereka.



Perkara 2:

Gua bukan nak promote blog yang buat kenyataan di bawah, kerana banyak sangat fitnah di dalamnya dan apa yang di sebutkan dalam blog beliau ada kebenarannya, ianya bukannya kerana Anwar tetapi kerana Sepol.



"Jika semasa Saiful Bukhari mangsa Liwat Anwar Al Juburi ini memberikan keterangan nya telah di Tutup oleh Mahkamah kerana tindakan Karpal yang tidak mahu Rakyat tahu kebenarannya yang berlaku di dalam Bilik itu. Maka apabila soal balas kelak kita akan tahu apakah yang berlaku selepas Saiful Bukhari keluar dari Bilik Air." - papagomo (blogger umno)

Peguam Karpal Singh memohon perbicaraan tertutup kerana tidak mahu memalukan Sepol, bukannya kerana takut memalukan Anwar seperti yang di dakwa oleh blogger tersebut. Bukankah Anwar sudah terlebih dari cukup untuk menanggung malu dengan isu fitnah yang keterlaluan ini.

Perkara 3:

Seperti yang di maklumkan kepada gua, akibat dari tekanan isu liwat ini tunangnya si Sepol meminta di putuskan ikatan pertunangan (ini hanya alasan sampingan sahaja, kerana selama ini beliau mampu bertahan).

Sebab yang lebih berat dan serius adalah..., apabila kononnya bekas tunangnya itu sudah masuk 3 bulan tidak datang bulan (haid) dan di katakan mengandung. Dan lu orang boleh buat andaian sendiri... apabila dalam situasi tersebut apakah kemungkinan2 yang akan berlaku, apatah lagi dengan status glamor si Sepol sekarang ini.

Check and balance:

1) Gua cuba bersangka baik dengan beranggapan kemungkinan bekas tunang Sepol tu alami masalah sakit puan sahaja. Harapnya begitulah...

2) Gua juga tak terkejut dengan berita tersebut kerana... dalam ikatan pertunangan pun seluar dalam Sepol boleh berada di tepi mesin basuh rumah tunang dia, so apa ada hal... kan)

Wallahuaklam....

Perkara 4:

Dengan maklumat tersebut, gua berharap ianya dapat di sampaikan kepada peguam Anwar untuk menjalankan siasatan akan kesahihan cerita tersebut dan ianya mampu memberi keraguan dalam mahkamah berkaitan kredibiliti diri dan sikap Sepol untuk sambungan perbicaraan yang akan datang.

Selebihnya gua serahkan kepada lu orang semua untuk menilaikannya.... nak percaya boleh... tak nak

percaya pun boleh juga... dan gua berharap supaya lu orang pun jangan percaya.

Bukan niat gua hendak mengaibkan individu yang tidak terlibat dalam kes ini dan gua mohon maaf kepada beliau, cuma gua mahukan semoga pendedahan ini dapat merungkai misteri konspirasi liwat 2. Dan gua berharap adanya penafian dari pihak terbabit jika ianya tidak benar.

-ISA-

PERJUANGAN ISLAM DAN PRO KEBANGSAAN ....PENYUDAHNYE....

Malangnya hidup ni kalau ada orang tua(mak ayah) yang tak paham fikrah perjuangan.Memang memenatkan kalau asyik kene bertekak dengan orang tua ni.

Orang tua pulak bukannya pro Islam,lebih kepada pro kebangsaan....senang cerite le..UMNO pio!....yang mereka tahu,berita dari TV,paper,radio dan majalah yang pro UMNO...boring...boring..

Korang fikir la jap,apsal la aku ni ade orang tua yang memeningkan ni????nampak macam leh bersabar je ngan kepala diorang...tapi berapa lame yop!!!???

Aku ni kira syukur ,mudah pulak menerima PAS dalam keadaan sekarang,walaupun ramai member bagitau..tak sama join PAS ketika susah....lantak korang le...

Kenapa PAS dan bukan PKR dan DAP?ntah le...yang aku leh bagitau,kalau korang nak berubah jadi baik,jangan korang join UMNO...sebabnya sangat mudah...UMNO takde watak mujahid,korang leh peratikan dari pemimpin no 1 di...sampailah ke exco-exco nye....semua macam hampeh dan takde watak Islam...yang rata-rata...tak suke mengamalkan Islam dalam diri...

Melainkan PAS,walaupun serabut dari segi penampilan(anggapan biasa orang bangsa),tapi fikrah dan tarbiah mereka tetap tak berubah...tak caye?UMNO ni bukan baru dalam nak beli adun dan MP ni..macam makan kacang je kerjenya...

Menyorok adun,pukul orang dan petugas PAS...tangkap pemimpin PAS,seksa tahanan ISA,termasuk le beberapa kawan lame aku.....

UMNO takkan nak pukul orang PAS sambil ngaku deme orang UMNO lak...kerje ni mestilah ade sedikit pengaruh zionis....baru brutal...

Yang penting gerak kerja bangang ni dibayar dan dijamin selamat oleh KDN....tak caye...memang susah nak caye....sebab korang dah pandai la ni....semua nak fakta...nak bukti kene seksa dalam lokap dan ISA.....susah yop!!!Teoh Bneg Hock tu baru SPRM yang 'kawtim',dah teruk macam tu..bayangkan kalau pro zionis ni yang 'slow talk'?MUNGKINKAH PEPERANGAN MELIBATKAN SAUDARA BEKAL MELETUS DI MALAYSIA????korang fikirkan dalam-dalam,kendian tanya..mengapa Islam menuntut pengorbanan nyawa..........

beringat le sebelum korang kene.....

-parit.com-

03 March 2010

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT,SOKONG UMNO CONFIRM SESAT!!!!

Aku keluar dari Keadilan sebab,takde hala tuju....boleh percaya ke ni.....kali ni pemimpin PKR dah tak mampu kawal anak buah sendiri....memang ini yang UMNO bangang mahu berlaku.Yang pasti,UMNO nak  3 rangkaian besar PR ni bertelagah semula,hanya kerana ada MP/Adun kelaur parti...samada nak  jadi bebas ke atau pro BN.

Aku sikit pun tak heran!Aku sikit pun tak terpengaruh dengan taktik bangang macam ni.Kalau betul nak berubah,baik aku join PAS yang lebih Islam dari UMNO dan BN itu...terpulang pada otak-otak korang mentafsirkannya.

Kalau aku sayangkan Islam ni,aku lebih percayakan PAS dari UMNO lahabau,yang jelas tak mau Islam pun,kalau nak pun bukannya sebab beriman,tapi sebab nak berkuasa.Tu pasal.ambik Islam ni sekerat-sekarat...macam Islam ni sekerat-sekarat je.

PAS,lebih kuat bersabar,cukup responsif dan relevan untuk laksanakan mungkin hampir keseluruhan Islam itu sendiri....sekarang tak dapat memerintah je....aku percaya,gerak hati orang yang baik-baik ni,susah nak salah,ye tak.

Walaupun seringkali kene main dan dilabun pihak musuh,PAS istiqamah dalam perjuangan,sikit pun tak berubah dasar perlembagaan parti!!!

Kalau korang nak keluar parti sebab hal tak percaya pemimpin...nampak sangat korang tak de fikrah dan langsung kosong jiwa-jiwa tarbiah sebenar...wasalammm...


-parit.com-

01 March 2010

BAHALOL DAN BONGOK PUNYA UMNO!

UMNO dan Pas tidak akan boleh duduk sekali atas nama Islam.Ini kerana Pas mengamalkan Islam yang jauh lebih hampir kepada maksud ahlussunnah waljamaah.UMNO pula?mungkin lebih kepada kecelaruan agama.

Bagaimana UMNO yang dah lama memrintah dibumi Malaysia ni,boleh bertukar watak dari pro sekular kepada 'kononnya' pro Islam...???

Setahu aku yang cetek ilmu ni,kalau benar UMNO nak laksanakan Islam keseluruhannya,PAS dengan kekuatan politiknya,pastinya terpaksa dibubarkan.Ini kerana,tidak ada dua gerakan Islam bertembung sesama sendiri.

Jadi,apa logik akalnya UMNO ni Islam dari PAS?Aku rasa kebanyakkan fakta dari UMNO memang macam ke arah Islam.Perjuangkan Islam dan melayu kononnya.

Pas yang memang kita semua tahu pro Islam dan tiada kompromi terhadap Islam liberal,masih belum berani menukar mana-mana dasar sebelum ini,demi melihat Islam ini tertegak semula di  tanah melayu setelah beratus tahun hidup dijajah.

UMNO,dari dulu hingga kini dan selamanya mungkin hanya memberi harapan palsu....langsung tidak serius menjaga kebajikan Islam...mirip pemerintahan kamal attarturk(turki).

Bagaimana Islam mahu berkembang kalau yang menggenggam teraju kepimpinan,letak ulamak kat tapak kaki je!Ulamak hanya kaum yang bagi hukum dan tempat beban kesalahan dari pemerintah.

Bagaimana Islam nak tertegak,kalau kepala-kepala negara ini,hukum mudah seperti aurat,rasuah,rompak duit rakyat masuk dalam poket sendiri dan tuduh gerakan Islam di Malaysia sebagai 'pengganas?

Korang semak semula 'otak' korang tu samada boleh pikir jauh ke tak....wassalam...


-Parit.com-