tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

09 January 2010

KERAJAAN MALAYSIA DILAHIRKAN UNTUK MENJADI BANGANG!!!



Adakah korang perasan semasa demonstrasi semalam?Berapa ramai FRU mengawal himpunan Puki da?berapa ramai pulak FRU kawal Himpunan di Shah Alam??sorang,dua orang?hampeh!!!!himpunan puak pro bangsat ini hanya dikawal oleh Polis-polis biasa...Dahsyat kan???Bagaimana dengan himpunan Anti Israel-Mesir?Berapa ramai FRU,SB-SB,Polis,trak pengangkut,water canon dan yang standby nak cekup???Lihatlah wahai warga '1 Malaysia',betapa manjanya penyokong BN(Bingai Nangoi).

Sedangkan penyokong kita berdemonstrasi nak bantah halangan dan sekatan Mesir ke atas bantuan yang nak disampaikan.Malaysia ni macam nak ikut perangai Mesir kut!Macam ni punya kepala hotak pun ada ke?

08 January 2010

UP DATE TERBARU BANTAHAN KE ATAS MESIR

Munafiq : sayang kalimah Allah tapi tolak hukum Allah-AL HUSSEYN







Jumaat, Januari 08, 2010


Munafiq : sayang kalimah Allah tapi tolak hukum Allah





Imam Besar Masjid Negara menitiskan air mata dan tersedu-sedan ketika membacakan doa di akhir khutbah Jumaat hari ini yang menyentuh isu penggunaan kalimah Allah di kalangan bukan Islam. Ceritanya disini


Tetapi, kenapa dia tidak pernah menitiskan air matanya atau tersedu-sedu tatkala melihat perilaku para pembesar negara meletak kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara @ Tugu Negara dimana mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan , perbuatan itu adalah haram dan menyalahi akidah.



Hoi mangkuk! lebih baik kau gi baca khutbah yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berjudul 'Akidah benteng kekuatan ummah' itu kepada PM Najib dan juga Pak Lah Imam Hadhari itu!



Dan sejak bilakah kerajaan Satu Malaysia ini mengguna pakai fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan ?/

Gereja hangus dibaling bom petrol


Sebuah gereja dibaling dengan bom petrol mengakibatkan tingkat bawahnya hangus terbakar, kata sumber gereja.




Insiden tersebut berlaku sewaktu memuncak kontroversi berhubung penggunaan perkataan Allah oleh satu penerbitan Katholik.



Dua lagi gereja di Lembah Kelang turut jadi sasaran dalam tempoh 12 jam lalu, termasuk Gereja Assumption di Petaling Jaya.



Seorang pegawai jabatan bomba berkata semua balai diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi memantau kebakaran di rumah-rumah ibadat, menjelang bantahan besar-besaran tengah hari ini anjuran beberapa NGO Islam.



Bangunan tiga tingkat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati, Kuala Lumpur, adalah sebahagian pergerakan Assemblies of God, terbakar kira-kira tengah malam tadi, kata pemimpin gereja itu, Peter Yeow, 62.



Beliau memberitahu AFP bahawa ada saksi yang ternampak empat orang - yang datang menaiki motosikal - memecahkan kaca dan membaling bom petrol ke dalam bangunan gereja.



Tiada sebarang kecederaan berlaku dalam kejadian tersebut. Gereja itu yang terletak di bahagian hujung lot rumah kedai di situ, dihadiri kira-kira 1,500 setiap minggu.



"Api memusnahkan bahagian pentadbiran gereja tersebut. Kita tidak tahu sama ada dewan sembahyang di tingkat tiga juga mengalami kerosakan," katanya sambil menggesa gereja lain supaya meningkat kawalan keselamatan.



Anuar Harun, yang mengetuai operasi memadam kebakaran tersebut berkata, pakar forensik sedang bekerjasama dengan polis dan unit anjing untuk menyiasat kebakaran tersebut.



"Kami sedang menyiasat punca kebakaran. Kami tidak boleh memberi lagi maklumat. Ia isu sensitif," katanya ketika ditanya sama ada ianya kes khianat dengan api.



"Kita telah meminta semua balai bomba supaya bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kebakaran di tempat ibadat," katanya kepada AFP.



Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Sabtu Othman berkata polis menemui satu spanar dan satu bekas minyak tanah di tempat kejadian, bersama dengan dua helmet yang terbakar.



Katanya, polis menyiasat kejadian itu mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara atau denda.



Sementara itu, Gereja Assumption yang terletak di sebelah Hospital Assunta, dipercayai turut menjadi sasaran kira-kira jam 4 pagi tadi.



Pegawai gereja itu berkata, bom petrol dibaling ke dalam kawasan perkarangan gereja, tetapi tidak meletup.



Gereja ketiga di Seksyen 17, Petaling Jaya juga menjadi sasaran malam tadi, menyebabkan kerosakan berlaku di bahagian luar luar bangunan Gereja Life Chapel.Malaysiakini/-

REMAJA HASIL TITIK PELUH UMNO CELAKA SELAMA 50 TAHUN,SAKSIKAN BANGSAKUUUU......

07 January 2010

Zambry seekor kambing hitam, jangan buang masa layan dia-Ini yang aku rasa...



Buatlah apa pun Zambry hanya mampu mengiktiraf dirinya sendiri sebagai MB. Di mata rakyat dia bukan seorang MB. Di mata rakyat dia tetap seorang pencuri yang punya etika bertaraf seekor kambing. Di mata rakyat dia hanyalah seorang ADUN UMNO yang hanya tahu kencing berdiri di tepi highway. Dia juga tidak layak memegang jawatan tersebut. Masters dan PHD yang dimilikinya juga diragui, mungkin dibeli seperti YB Mat Daud dari DUN Selama. Dengar cara bercakapnya pun amat membosankan. Tutur katanya hanya pandai membangga diri dan mencemuh Pakatan Rakyat. Dengar ucapannya bisa membuatkan anda tidur lena kerana tiada langsung manfaat yang dapat diambil. Datanglah sendiri ke negeri Perak, rasailah betapa hambarnya negeri ini. Apabila pemimpin itu dilantik (bukan dipilih) secara tidak mengikut peraturan (bukan melalui pilihanraya) tentunya pemimpin itu bukan pilihan Allah. Pemimpin ini tiada berkat dan hanya mendatangkan bala ke negeri Perak.






Ekonomi dan pembangunan negeri Perak sedang mengalami kegelapan segelap kulit Zambry. Nasibnya sudah ditentukan rakyat dalam pilihanraya akan datang. Jika DUN Perak tidak dibubarkan kreadibilitinya semakin terserlah. Zambry, seekor kambing hitam, jangan buang masa layan dia!

05 January 2010

APABILA MUFTI MALAYSIA JADI BACUL DAN BANGANG!!!!


Aku belum dengo mana-mana penjelasan dari mufti(ufti kut) di Perak ni.Biol dah kut!!!Semua dok tuju kat Ulama Pas,Pimpinan Pas,Ustaz Pas dan Pendokong Pas.Mana pergi Baghal-banghal UMNO(Ulama Pengampu).Takkan la ni baru nak hilang telur kat batang nu....Buat le statemen sikit...macam bodoh mengejut je...?Banyak sangat makan duit haram ke pak2 Mufti???kat bawah semua penjelasan dari PAS.
1-dari harakah
2-dari ajijoi
3-amk bagan datoh
4-anwar ibrahim blog
5-ummi anni
6-ustaz Idris Ahmad
7-dato'

dan memang banyak lagi leee....

03 January 2010

Perlukah sejarah negara diperbetulkan?

3 Golongan yang mestii dijelaskan semula didalam penulisan sejarah:


1) Penentang penjajah,

2) Pejuang kemerdekaan,

3) Penerima kemerdekaan



Umno Palsukan Fakta dan Nafikan Ibrahim Yaakob




NAMPAKNYA kerajaan begitu giat berkempen bagi menjayakan sambutan '50 Tahun Kemerdekaan Negara' tahun lalu. Kini kempen itu kian suram. Tiada gerakkan yang menyanggah atau membetulkan fakta palsu yang disogokkan kononnya Tunku dan Umnolah yang menggerakkan usaha kemerdekaan. Bagaimanakah laungan 'Merdeka' oleh Ibrahim Yaakob? Dan apa kaitannya dengan gerakkan merdeka yang diperjuangkan oleh PKMM, KMM, API dan AWAS sebelum diharamkan penjajah? Ikuti pandangan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Wilayah Persekutuan, CIKGU ISHAK SURIN yang juga antara aktivis yang terlibat diperingkat awal gerakan kemerdekaan, ketika aktif bersama API bersama Pengarang Berita,

Harakah: Saban tahun, menjelang Ogos nampaknya kerajaan giat berkempen melalui media cetak dan televisyen sambutan hari kemerdekaan. Tujuannya untuk tanamkan kepercayaan bahawa Umnolah yang mempelopori kemerdekaan. Walhal faktanya palsu...

CIKGU ISHAK SURIN: Memanglah itu yang sedang berlaku. Usaha ini giat dijalankan untuk menafikan gerakkan awal kemerdekaan negara. Pada masa yang sama, kerajaan cuba menonjolkan Umnolah yang mempelopori kemerdekaan.

Bagi saya, usaha terancang begini amat dayus dilakukan oleh kerajaan semata-mata untuk mempengaruhi genarasi muda kini akur bahawa Umno dan pemimpin hari ini adalah kesinambungan pejuang kemerdekaan. Umno cuba menafikan fakta sejarah yang sebenar. Siapa Tunku pada waktu merdeka dulu? Siapa Umno? Macam mana Umno itu ditubuhkan?

Semuanya ini perlu dikaji semula oleh kita supaya fakta sejarah yang sebenar dapat diketahui oleh genarasi akan datang dan seterusya. Pada saya, Umno begitu takut untuk membongkar rahsia sejarah sebenar berhubung gerakan kemerdekaan ini. Pejuang-pejuang terdahulu seperti Ibrahim Yaakob, Ahmad Boeastamam, Dr. Burhanuddi Helmy dan lain-lain cuba dihapuskan dalam buku-buku dan dokumentasi sejarah.

Gerakan KMM, PKMM, API dan AWAS juga tidak disebut sebagai pelopor kemerdekaan sedangkan hakikatnya, kumpulan inilah yang mula-mula melaung dan membakar api kemerdekaan.

Maknanya kita ada pandangan kedua dalam isu ini. Umno bukan pelopor kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman bukan Bapa Kemerdekaan. Begitu...

Ya. Ini patut di ketengahkan. Ia bukan idea atau sanggahan membabi buta tetapi ia adalah fakta sejarah. Ia tak boleh ditipu. Sejarah tetap sejarah. Dengan adanya kempen-kempen media cetak dan televisyen ini, kita amat bimbang genarasi muda sekarang dibohongi kerajaan dan Umno khususnya. Mereka mahu fakta sejarah dipesongkan, diseleweng!

Dalam hal ini, saya amat bertegas bahawa Umno bukan pelopor kemerdekaan. Umno ditubuhkan untuk menentang pembentukan Malayan Union. Tidak langsung disebut pada masa itu soal kemerdekaan.

Sebelum itu, telah ada kumpulan tertentu yang bergerak secara tersusun, selepas sahaja tamat Perang Dunia Kedua. Umpamanya penubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Diikuti penubuhan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad. Angkatan Pemuda Insaf (API) dipimpin oleh Ahmad Boestamam.

Merekalah yang memulakan gerakan tersusun untuk menentang penjajahan Inggeris di tanahair kita. Inilah golongan yang sebenarnya patut diketahui oleh rakyat dan genarasi kini.

Bukannya seperti yag diwar-warkan, Umno atau Tunku Abdul Rahman. Sebaliknya, orang-orang ini dilupakan langsung. Akibat laungan kemerdekaan mereka dan keberanian mereka menentang penjajah, maka mereka akhirnya disumbat dalam penjara dan KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan oleh penjajah.

Jadi, bila Umno muncul dalam catatan sejarah sebagai pejuang kemerdekaan?

Selepas pejuang kemerdekaan tulin macam Ibrahim Yaakob, Dr. Burhanuddin, Ishak Haji Muhamad, Ahmad Boestaman dan lain-lain dipenjarakan. Selepas KMM, PKMM, API dan AWAS diharamkan. Barulah mereka muncul. Seolah-olah pemimpin-pemimpin Umno inilah yang beriya-iya mahukan kemerdekaan setelah ruang kosong yang ditinggalkan oleh KMM, PKMM, API dan AWAS. Kita kena tahu, Umno ketika ini adalah anak didik penjajah dan bukan penentang penjajah.

Tadi disebut kumpulan awal macam KMM, PKMM, API dan AWAS adalah pejuang tulin kemerdekaan. Kemudian ditahan dan pertubuhan mereka diharamkan. Penjajah pula mengetengahkan Umno hasil kekosongan ini sebab hanya Umno yang boleh meneruskan dasar-dasar penjajah. Soalnya, mengapa penjajah menentang atau tidak bersengkongkol dengan kumpulan pejuang gerakan kemerdekaan tulin yang awal?

Inggeris tahu, mereka yang menggerakkan KMM, PKMM, API dan AWAS terdiri dari pejuang kemerdekaan tulin yag tidak mahu bersengkongkol dengan penjajah. Mereka ini tidak dapat diperkotak-katikkan oleh Inggeris.

Jika ditakdirkan mereka ini berjaya memerdekakan tanahair kita, tentu sekali lanskap politik negara kita tidak seperti hari ini. Selepas diberikan kemerdekaan pada 1957, kita masih dibelenggu dengan pemikiran penjajah, dasar-dasar penjajah diteruskan, pendidikan penjajah dijalankan, ekonomi penjajah diperkenalkan dan macam-macam lagi.

Kita diikat oleh penjajah. Dan yang sanggup menjalankan dasar-dasar penjajah ini ialah Umno. Inggeris percaya, jika kemerdekaan diberi kepada pejuang tulin macam Ibrahim Yaakob, dasar-dasar Inggeris tak dapat berjalan.

Sekarang jelas, sejarah dipalsukan dari segi gerakan menuntut kemerdekaan. Ini kerana Umno yang diberi kemerdekaan oleh Inggeris telah menggunakan kesempatannya sebagai kerajaan untuk memalsukan sejarah dalam semua aspek. Dokumentasi, buku sejarah dan seumpamanya. Bagaimana Cikgu melihat, 'jenayah' ini boleh dibetulkan?

Perkara ini harus ditangani secara serius. Lihat balik pemalsuan sejarah dan sejarah sebenar. Betulkan fakta dalam buku sejarah yang jadi rujukan sebagai teks bacaan pelajar kita di sekolah-sekolah. Ini penting.

Kerana melalui paparan dari buku-buku sejarah inilah, pemalsuan berjalan secara rasmi dan terancang. Pelajar-pelajar kita adalah genarasi akan datang yang bakal mentadbir negara.

Tetapi, fakta sejarah yang melekat dalam kepala mereka hanyalah fakta palsu. Mereka tak kenal siapa itu Ibrahim Yaakob, iaitu orang yang mula-mula melaungkan kalimah ?merdeka? kepada rakyat untuk mengnyahkan penjajah ketika itu.

Mengapa Cikgu kata Ibrahim Yaakob yang mempelopori kemerdekaan bukan Tunku Abdul Rahman?

Saya setuju dengan satu kajian yang dibukukan oleh Umno Johor. Buku itu dakwa orang yang mula mempelopori gerakan kemerdekaan tanahair ialah Ibrahim Yaakob. Berpusat gerakanya di Maktab Perguruan Idris, Tanjung Malim.

Bagaimana kita lihat, dia membentuk jaringan dari sini hingga idea kemerdekaan bertaburan ke seluruh tanahair hingga ke Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak. Ibrahim aktif menanamkan api kemerdekaan dalam kesatuan pelajar di Maktab.

Dari sini, pelajar Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak yang tamat pengajian mereka, bawa balik idea dan perjuangan kemerdekaan ini. Jadi menyeluruh. Di sinilah mula bibit kemerdekaan tercetus. Fakta ini dinafikan oleh Umno yang cuba meletakkan Tunku sebagai Bapa Kemerdekaan. Bagi saya, Ibrahim Yaakoblah patut dinabatkan Bapa Kemerdekaan sebenar bukan Tunku yang tak tahu apa-apa.

Jika begitu realitinya, apakah terdapat usaha dari pihak PAS untuk membetulkan senario ini atau menggerakkan suatu penulisan semula sejarah kemerdekaan Malaysia?

Kita kena betulkan fakta palsu Umno itu. Gembelingkan tenaga. Kumpulkan pejuang-pejuang yang terlibat diawal gerakan kemerdekaan tulin. Kumpulkan kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh universiti-universiti.

Bagi saya, penulisan semula sejarah kemerdekaan wajib dibuat. Kita jangan asyik menyanggah soal kemerdekaan ini dalam tulisan-tulisan picisan ketika menjelang setiap kali sambutan hari kemerdekaan. Kita mesti sedarkan rakyat bahawa Umno bukan parti yang mempelopori gerakan kemerdekaan di tanahair kita. Tunku bukan Bapa Kemerdekaan.

Semuanya ini kita mesti persoalkan semula secara serius. Bukan main-main. Kita kena buat satu jawatankuasa khusus untuk tujuan ini. Saya percaya, semua tokoh-tokoh sejarah dalam negara kita akan bersama dengan kita jika usaha terancang dibuat untuk membetulkan fakta sejarah ini.

Tidak mengikut acuan sejarah yang disediakan oleh Inggeris dan dipekik-pekikkan oleh Umno. Saya yakin, fakta yang ada adalah fakta orientalis Barat yang mahu dilihat sebagai tiadanya penentangan serius dari rakyat terhadap penjajahan mereka.

Pemerintahan diberi secara aman kepada Umno bagi menunjukkan baik dan bijaknya Inggeris pada mata dunia. Saya setuju, PAS mesti mempelopori usaha ini kerana ia penting untuk genarasi akan datang. Ia tak boleh tunggu lebih lama lagi. Kalau lebih lama, maka banyaklah penyelewengan sejarah akan dilakukan oleh Umno.- (TMJ)

Pas Bangi

Benarkah kalimah Allah haq orang Islam?Sukar untuk diperjelaskan apa sebenarnya maksud Allah itu kepada orang bukan Islam.Aku ingat lagi bagaimana tuan-tuan guru kita mengajarkan kepada anak muridnya bahawa semua makhluk di bumi ni adalah kepunyaan Allah.Mengapa nama Allah ini hanya layak digunakan oleh penganut agama Islam(walaupun yang menganut tu tak buat rukun Islam pun).Kemungkinan indonesia yang pincang sistem moralnya itu juga membenarkan kalimah Allah pada kitab Injil(kitab yang dipalsukan).Buka la mana-mana laman web/blog yang pro kristus/injil ini(indonesia punye),memang nama Allah digunakan sangat ketara.

    Justeru itu,sangat relevan kita perlu sensitif dan bertanggungjawab di atas perilaku mahkamah tinggi yang 'berani' mengiktiraf kalimah ini digunakan oleh pihak gereja.UMNO cuba nak jadi hero kampung dalam kes ini,padahal merekalah yang sibuk memasukkan doktrin pro kristian(sekularisme)ke dalam arena politik tanak air.Aku tak heran dengan tindakan UMNO ni,dan aku ingat lgi semasa kes mufti Perak menghebahkan kemurtadan 250,000 manusia di Malaysia ni.Di mana puak UMNO ini?Sekarang cuba nak ambil kesempatan,kononnya mereka pula berjuang dalam Islam,setelah melihat Pas seolah-olah tidak sensitif pula.Walaupun dalam hati aku berkata,memang Pas sepatutnya lebih 'advace' dalam hal-hal agama ini,tetapi kelihatan agak berhati-hati,sebabnya....sentimen agama yang dimainkan oleh UMNO semakin ketara dan jelas.Hanya jiwa 'ISLAM' mampu membaca perilaku pro-pengkhianat UMNO ini.Tapi aku bersetuju dengan fikiran yang sangat positif oleh Tuan Guru Nik Aziz,tenang dan sangat bertanggungjawab.

   Pas perlu membuktikan kepada rakyat,UMNO sememangnya ada agenda tersembunyi yang pastinya berniat jahat,sebagaimana jahatnya,memerintah Perak secara tidak pro perlembagaan.Sentimen agama ini sangat merisaukan dan menakutkan orang awam yang tak faham apa-apa ni.Orang awam yang hanya tahu baca surat khabar perdana dan tv Nasional.Melenting semacam tahu je punca kes,padahal haprak tak faham politik Malaysia.Yang tahu,cari duit,dapat rumah,beli kereta dan lepas untuk cari duit belanja anak-anak.UMNO seperti yang diketahui umum,gagal memainkan isu bangsa sebelum ni,gagal 88% dalam usaha membangkitkan sentimen bangsanya.Sekarang sentimen agama pula digunakan,maka ini lebih bahaya dari tadi,yang kemungkinan besar bakal berlaku perang agama pula.

   Awas kepada orang politik,kita sudah masuk fasa ke dua,perang 'psikologi' yang bahayanya jauh lebih dahsyat dari sentimen bangsa.Wassalam...

Parit.com