tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

30 December 2009

DAH TAHU HARAM,YANG MENGADA-NGADA SENTUH APSAL.BODOH LAH UMNO NI!!!!



Umno memang taksub dan takjub dengan bangsanya.Apa nak heran sangat,memang kepala hotak yahudi wujud dalam tempurung kepala UMNO.Pas yang dah 50 tahun berjuang dengan nama Islam pun tak menang-menang Pilihanraya.Nampaknya,kemungkinan besar parti yahudisme di Malaysia ni akan terus bertapa sama seperti bapanya iaitu zionis Israel.Israel,dengan jelas menindas penduduk asal warga arab Palestin tanpa berbelah bagi disokong oleh Amerika dan kebanyakkan negara-negara besar pun sekepala dengan Yahudisme ini.
  
   Apa lagi UMNO,pertubuhan bangsa yang paling rasis di Tanah Melayu(melayuuuu-layu),korang memang antara parti paling celaka(sekadar menyokong kiasan tok guru).Dah dekat setahun memerintah Perak secara haram dan najis mughallazah,sebijik cam yahudisme,korang memang bukan bangsa yahudi.tapi pemikiran yahudi.Yahudi pun bukan jenis nak campur(mix) ngan bangsa lain.Memerintah dengan muka tidak tahu malu.chit!!!poodah....lain kali aku sambung cerita ni...


Parit.com

Pakatan Perak nafi SMS himpunan desak Zambry letak jawatan


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim hari ini menafikan khabar angin bahawa Pakatan Rakyat negeri itu akan menganjurkan satu himpunan mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar esok.




Khalil dalam satu kenyataannya menegaskan, PR Perak tetap berpendirian bahawa pembubaran Dewan Undanagn Negeri (DUN) merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu Menteri Besarnya dan krisis politik yang berlaku di negeri itu dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih kerajaan mereka.



"Prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.



Khalil juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dianggap sebagai satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan di Perak.



Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan melakukan siasatan yang terperinci megenai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.



Khalil turut mengingatkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat agar tidak mempercayai khabar angin itu sebaliknya mereka harus berhati-hati dengan sebarang provokasi dan fitnah yang berterusan dari pihak musuh.



Selain itu, beliau juga menyeru penyokong Pakatan agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai maklumat yang terbit daripada media pro Barisan Nasional sebaliknya mengambil maklumat yang disisrkan media-media Pakatan rakyat.



"Saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan." katanya.



Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Negeri juga akan membuat satu laporan polis petang ini bagi menggesa pihak keselamatan mengambil berat mengenai provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan itu.
 
http://www.harakahdaily.net/

Kesian Zambry Kadir



Apa cerita kena tahan dekat Amerika? Bukan ke Zambry pergi atas urusan kerajaan? Bukan ke atas urusan nak cari pelabur?




Nampaknya 1 dunia dah tahu perangai Zambry. Nampaknya 1 dunia dah tahu Zambry lanun perampas Perak. Nak kata muka macam taliban langsung takdak. Macam hamas pun takdak. Janggut jambang lagi lah takdak kah kah kah.



Jadi mungkin sebab dia jadi lanun gerombolan bersama Najib untuk merampas Perak, habis blacklist nama 1 dunia. Kesian Zambry tak boleh melancong lagi.



Kepada Zambry, kalau masih ada maruah diri, BUBARKAN DUN PERAK!

berita sebelumnya...

Amerika Syarikat menghalang Menteri Besar Barisan Nasional Perak, Zambry Abd Kadir daripada memasuki Amerika negara itu kerana namanya tercatat dalam senarai pengganas yang dikenalpasti oleh negara tersebut.




Memetik laporan akhbar rasmi PKR, Suara Keadilan, Zamry berlepas ke San Francisco 9 Disember lalu atas misi perdagangan dan pelaburan anjuran Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA).



Menurut sumber yang rapat dengan pejabat Menteri Besar Perak, sampai sahaja di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco pihak imigresen menahan Zambry dari memasuki negara itu apabila nama beliau tersenarai dalam pangkalan data pengganas.



Sumber tersebut memberitahu Suara Keadilan keadaan itu menimbulkan kecurigaan pada pihak keselamatan dan Zambry gagal meleraikan syak wasangka pegawai AS berkenaan.

Zambry tidak ada pilihan kecuali menaiki pesawat untuk pulang ke Malaysia.



"Beliau sepatutnya mengetuai delegasi Perak untuk mempromosi peluang pelaburan dan perdagangan tetapi diarah pulang dan tidak ada perwakilan Perak untuk misi itu," kata sumber.



Misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat anjuran MIDA berlangsung dari 7 hingga 12 Disember di San Francisco dan Los Angeles.



Ketika dihubungi Penolong Pengarah Kanan MIDA (FDI Amerika), Norhizam Ibrahim berkata pihaknya hanya diberitahu Zambry ada komitmen lain dan tidak dapat menghadiri misi berkenaan.













Love Perak

28 December 2009

Ean Yong terkejut sikap ketua polis S'gor


Exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah melahirkan rasa terkejutnya terhadap polis Selangor yang mendakwa beliau mengarahkan polis menghentikan siasatan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.




"Dalam ucapan tersebut, Guan Eng meluahkan pendapat bahawa Teoh Beng Hock dibunuh dan ucapan tersebut dianggap sebagai cuba menghasut dan mempengaruhi orang awam oleh pihak polis," katanya hari ini.



"Sebenarnya (dalam) kenyataan di Malaysiakini, saya hanya menyeru kepada pihak polis supaya menghentikan siasatan ke atas Guan Eng dengan serta-merta, kerana rakyat ingin polis menyiasat kisah sebenar kematian Teoh."



Bekas ketua Teoh itu, yang mati dalam keadaan kontroversi Julai lalu sewaktu dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mengulas kenyataan ketua polis Selangor semalam.



Datuk Khalid Abu Bakar dipetik berkata polis ingin mengambil keterangan daripada Ean Yong, juga ADUN Seri Kembangan, bagi membantu siasatan bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.



Ean Yong menambah, beliau sedia disiasat polis berhubung kenyataannya itu.



"Jika polis mendapati saranan (saya) sebegini keterlaluan, mereka boleh membuat keputusan dengan sendiri," katanya dalam satu kenyataan.



"Saya ingin menegaskan bahawa walaupun saya merupakan seorang ahli exco, tetapi saya langsung tiada sebarang kuasa untuk mengarahkan pihak polis untuk membuat sesuatu. Hanya menteri dalam negeri atau perdana menteri mempunyai kuasa tersebut."



Sementara itu seorang lagi wakil rakyat DAP mempertikaikan kenyataan Khalid itu yang disifatkan tindakan "berat sebelah".



ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San mempersoalkan tindakan itu dengan alasan Khalid tidak mengambil tindakan sama – polis sendiri membuat aduan – terhadap peserta dan penganjur demonstrasi mengarakkan kepala lembu, Ogos lalu.



"Jika polis ingin dilihat sebagai menjalankan tugas dengan bertanggungjawab, adil, saksama dan tidak berat sebelah, maka kedua-dua persoalan di atas tidak harus berlaku," katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Lau, yang juga setiausaha DAP Selangor, turut mempersoalkan sikap polis terhadap aduan-aduan beliau sendiri berhubung kenyataan menghasut oleh wakil-wakil Umno semasa di perhimpunan agung beberapa tahun yang lepas?



"Mengapakah tidak boleh polis Selangor melakukan (tindakan) yang sama apabila golongan sayap kanan dan ekstremis perkauman Umno mengeluarkan kenyataan yang lebih bersifat menghasut?" katanya.

Haramkan Bas 2 Tingkat Di Lebuhraya

Siapa laa yg punya idea untuk membenarkan BAS 2 TINGKAT beroperasi diatas jalanraya Malaysia. dari pemerhatian didapati mangsa yg mati adalah berada di tingkat bawah.. ini disebabkan kedudukan kerusi mereka adalah sama paras dengan tayar depan belakang dan sama paras dengan penghadang jalan. Jika bas 1 tingkat yang sama paras dengan kedudukan ini adalah tempat simpan beg dan barang-barang..oleh itulah tak jadi apa2 kalau kemalangan seperti ini.




Inilah masalahnya bila nak jadikan semua boleh... cuba fikirkan...kalau di negara Mat Saleh sana bas 2 tingkat nie cuma digunakan untuk perjalanan dalam bandar sahaja dimana kelajuan antara 20km/hr hingga 40km/hr sahaja... tidak seperti di highway dimana kelajuan boleh mencecah sehingga 110km/hr....bila dah berdesup lari macam nie...dan pulak bas ini tinggi rekaannya..jika terjadi apa2 maka dengan mudah ianya akan terbabas...sebab unbalance.....dan satu teguran untuk pemandu-pemandu... kalau dah ngantuk sangat hangpa berhentilah walau seketika... sesungguhnya melelapkan mata 30minit lagi bagus dari melelapkan mata selam-lamanya.... dan kepada tokeh-tokeh bas boleh tak di berikan latihan kepada pemandu-pemandu bas ini seperti mana pemandu-pemandu lori minyak syarikat-syarikat besar seperti Shell atau Petronas. Di mana kita jarang mendengar akan lori yang dipandu oleh mereka-mereka ada mengalami kemalangan yang menakutkan seperti lori tong minyak meletup atas high way...




Jadi nak biaqkan lagi bas ini berkeliaran di atas highway...ibarat seperti membawa bas mayat dan menunggu siapa yg akan di jadikan mangsa seterusnya.. ayuh kita desak supaya BAS 2 TINGKAT ini diharamkan atas highway kita....

PENYAPU SIAL

HUKUM MEMAKAI CINCIN EMAS PADA LELAKI



Memakai cincin menurut sunnah yang diperbuat daripada perak adalah harus bagi lelaki. Manakala bagi perempuan harus memakai cincin yang diperbuat daripada emas. Rasulullah SAW pernah memakai cincin diperbuat daripada perak sehingga baginda wafat. Baginda melarang memakai cincin emas sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi bermaksud; “Rasulullah SAW melarang daripada memakai cincin emas”.


Cincin suasa adalah campuran daripada dua unsur logam iaitu emas dan perak. Oleh kerana cincin suasa campuran emas lebih daripada perak maka ia dihukumkan emas dan haram dipakai oleh kaum lelaki.

Menurut laporan Mesyuarat Panel Kajian Syariah JAKIM kali ke 31 pada 2-4 Oktober 2000 mengenai hukum memakai suasa bagi lelaki adalah haram.

DR. NIZAM

24 December 2009

Kematian di jalan raya KL naik 38%


Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya di ibu kota meningkat 38 peratus dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini berbading tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Kuala Lumpur sempena kempen Program Advokasi Keselamatan Jalanraya di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini, 47 pemandu dan penumpang maut dalam tempoh tersebut berbanding 34 dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Menurut statistik itu, sepanjang tahun lepas, 42 pemandu dan penumpang kereta maut dalam kemalangan di ibu kota.

Bagaimanapun kadar kemalangan jalan raya dalam tempoh antara Januari dan November tahun ini pula turun 4.6 peratus, dengan jumlah kemalangan maut turun 4.2 peratus, manakala kadar kematian penunggang dan pembonceng motosikal 5.8 peratus.

Pengarah JKJR Kuala Lumpur, Muhammad Heeza Hassan, ketika ditemui sekitar kawasan kempen itu, berkata walaupun perangkaan kemalangan dan kematian keseluruhan menunjukkan penurunan, pihaknya tetap meneruskan kempen dalam usaha meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai tahap keselamatan jalan raya yang perlu diberi perhatian.

Kempen yang berlangsung selama dua jam di Jalan Tuanku Abdul Rahman turut mendapat kerjasama dari Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan cawangan trafik polis.

Pihak berkuasa turut mengeluarkan 29 saman pelbagai kesalahan trafik seperti cukai jalan tamat tempoh dan gagal mempamerkan lesen memandu dikeluarkan terhadap pengguna jalan raya semasa kempen berlangsung. BERNAMA


malaysiakini.

23 December 2009

umno dah gile dan bengap biol


Nampaknya doa Nik Aziz semakin jelas dimakbulkan.Banyak perkara pelik berlaku disepanjang minggu ini.enjin hilangdisini,undi belanjawan yang begitu tragis lihatdi sini,perkahwinan yb dan artisdi sini(bagus punye calon utk wakil yg perjuangkan islam kononnya)chit podah!! dan bumbung runtuhdi sini juge tak ketinggalan bagi mewarnakan suasana politik Malaysia.

22 December 2009

RIAK JADIKAN AMALAN IBARAT DEBU BERTERBANGAN




Bismillahirahmannirahim..





ADAKAH rahsia yang tersimpan di antara diri kita dengan Allah Taala? Menyembunyikan amal kebaikan dari pengetahuan orang lain. Sungguh berat untuk dilakukan kerana lumrahnya manusia memang suka kepada puji-pujian. Berbeza jika seseorang itu melakukan kejahatan, dia akan bersusah-payah menyembunyikan kejahatannya itu daripada pandangan manusia.



Bersyukurlah kerana Allah SWT menghijab segala aib kita daripada mata manusia. Apakah rahsia yang anda sembunyikan itu? Jika ia suatu kejahatan, maka banyakkanlah istighfar, kalau rahsia itu adalah amal ibadat yang ikhlas, maka bersyukurlah kerana Allah SWT menunjukkan diri anda.



Al-Shaikh Muhammad Salih Al-Munajjid menukilkan dalam kitabnya Silsilah A’mal al-Qulub: "Imam al-Mawardi menghasilkan penulisan yang banyak dalam bidang tafsir al-Quran, fiqah dan cabang ilmu lainnya. Namun tiada satu pun karyanya yang diterbitkan semasa hidupnya, melainkan ketika saat akhir hayatnya. Beliau berkata kepada sahabatnya "Semua buku itu adalah hasil karyaku, aku berwasiat kepadamu jika aku sedang menghadapi nazak, letakkanlah telapak tanganmu pada telapak tanganku. Jika aku menggenggamnya ketahuilah bahawa tidak ada satu pun daripada hasil tulisanku itu diterima oleh Allah Taala. Bawalah buku-buku itu ke sungai Tigris dan campakkanlah ia semua ke dalamnya. Sebaliknya, jika aku membuka tanganku, maka ketahuilah bahawa semuanya diterima Allah Taala sebagaimana yang kudambakan dari-Nya." Ternyata Imam al-Mawardi.. membuka tangannya dan sesuai dengan wasiatnya buku beliau telah diterbitkan.



Cukuplah hanya Allah SWT yang tahu segala amal baik yang dilakukan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh menghebahkan amal berkenaan. Ia tidak salah jika diniatkan untuk memberi teladan kepada orang lain dan supaya syiar Islam dapat dijadikan contoh manusia seluruhnya. Tetapi bagaimana dengan risiko sifat riak yang merosakkan amal?



Jika kita tidak mahu terjebak oleh penyakit berbahaya ini, sebaiknya kembalilah mengulang kaji pelajaran ikhlas yang pernah membuat Saidina Abu Hurairah RA amat tertekan ketika menyebut tentang hadis Rasulullah SAW berikut ini. Dikatakan bahawa beliau kerap menangis kerana takut ketika membacakannya.



Sabda Rasululllah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya orang yang pertama kali diputuskan hukumannya pada hari kiamat kelak ialah seorang lelaki yang mati syahid, dia akan dihadapkan kepada Allah SWT, kemudian Allah SWT mengingatkannya akan nikmat yang pernah dianugerahkan kepadanya sewaktu di dunia dulu, maka dia pun kembali mengingatinya, kemudian Allah Taala bertanya "Apa yang engkau lakukan dengan nikmat yang Aku anugerahkan kepadamu? Ia menjawab "Nikmat itu saya pergunakan untuk berperang kerana membela agamaMu sehingga aku mati syahid. Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau telah berperang dengan tujuan supaya disebut sebagai orang yang berani (pahlawan) dan perkara itu telahpun diperkatakan orang sebegitu ke atas mu." Kemudian dia diheret di atas mukanya dan dicampakkan ke dalam neraka.



Kemudian dihadapkan pula seorang yang alim, dia mengajar ramai manusia dan banyak membaca al-Quran. Allah SWT bertanya "Apakah yang engkau telah lakukan dengan nikmat-ku itu? Ia berkata "Aku belajar ilmu dan mengajarkannya kepada orang lain dan banyak membaca al-Quran demi keredaan-Mu. Allah berfirman "Engkau dusta! Sebenarnya engkau belajar dan mengajarkan ilmu supaya disebut sebagai orang alim, dan engkau membaca Al-Quran supaya mendapat gelaran Qari’ dan semua itu telahpun disebut orang sebegitu kepadamu." Orang itu kemudian diheret dan dihumban ke dalam neraka.



Kemudian dihadapkan pula orang yang dermawan yang diluaskan rezekinya oleh Allah Taala dengan pelbagai macam harta benda. Kemudian Allah bertanya "Apa yang engkau telah lakukan ke atas nikmatKu? Ia menjawab "Tiada satu jalan pun yang Engkau suruh supaya diberikan derma kepadanya kecuali saya telah dermakan harta saya di sana . Allah SWT berfirman "Engkau dusta! Engkau menderma supaya disebut sebagai orang yang dermawan dan ia telahpun disebut orang begitu kepadamu. Kemudian ia diheret ke neraka." Hadis riwayat Imam Muslim



Bolehkah kita terhindar daripada niat yang lain selain untuk Allah SWT? Betapa ruginya jika amal itu bagai debu yang berterbangan. Firman Allah Taala yang bermaksud "Dan kami tunjukkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu kami jadikan amal itu bagaikan debu yang berterbangan." (Surah Al-Furqan: Ayat 23).



Hasutan syaitan ke atas orang yang beramal tidak akan berhenti. Adakalanya kita berasa malas melakukan ibadat kerana ada bisikan yang mengatakan "Untuk apa beramal jika hati tidak ikhlas, tentu tidak diterima oleh Allah."


BUJANG SUSAH

Rosmah enggan layan 'pembohongan, gosip'




Belum sempat soalan berhubung pemindahan wang RM600,000 secara tidak sah ke Dubai dikemukakan, sidang media isteri perdana menteri Rosmah Mansor terus ditamatkan.

Ketika Malaysiakini ingin mendapat penjelasan berhubung dakwaan wang itu disalurkan ke akaunnya Ogos tahun lalu, beliau terus memotong soalan tersebut dengan berkata:

"Saya kata (tanya) soalan berkaitan. Saya tidak mengulas gosip. Saya tidak mengulas pembohongan. Itu yang saya cakap tadi, kita mesti fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Jika anda mahu berjaya, anda kena fokuskan pada isu yang lebih besar.

"Saya tahu anda mahu menjual surat khabar, tetapi marilah fokus pada isu yang lebih besar dan relevan yang boleh memberi manfaat kepada semua orang, semua rakyat Malaysia."

Soalan yang dikemukakan kepada Rosmah hanya berjaya disuarakan separuh sahaja, "saya (Malaysiakini) hendak tanya tuduhan pembangkang minggu lepas bahawa..."

Sidang media beliau diadakan selepas majlis penyerahan bantuan khas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada 10 NGO di sebuah hotel di Kuala Lumpur tengah hari ini.

Rosmah bagaimanapun selepas itu sempat bergurau dengan kumpulan wartawan di situ dengan berkata:

"Habis dah soalan? Dah kena sergah tidak ada dah soalan?"

Usikan itu disambut ketawa kecil daripada wakil-wakil NGO berkaitan pembangunan wanita dan komuniti yang hadir di majlis tersebut.

Hadir sama dalam program tersebut, menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Pada 17 Disember lalu, ahli parlimen Batu mendakwa, satu pihak - yang tidak dinamakan - membuat pemindahan wang itu kepada Rosmah melalui pengurup wang, yang kini dikenakan tindakan oleh Bank Negara Malaysia.

Tian Chua mendakwa wang tersebut "kemungkinan bagi membiayai urusan membeli-belah" isteri perdana menteri.

Dalam sidang sama, Shahrizat sebelum itu berharap Rosmah dapat membantu mejuarai isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat dengan pemberian bantuan RM1.7 juta kepada kumpulan NGO berkenaan.

Menyambutya dengan penuh ceria dan berjenaka, Rosmah kemudian berkata:

"Bagaimanapun saya ada bos yang lebih besar di rumah. Tetapi saya rasa beliau (Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak ada keberatan untuk memberikan persetujuan untuk saya menjuarai isu-isu wanita, keluarga masyarakat, terutama sekali kanak-kanak."

Rosmah juga mengingatkan wanita supaya tidak menukar kerajaan BN hari ini kerana mereka telah mendapat perhatian dan bernasib baik di negara ini.

"Saya di Singapura baru-baru ini telah memaparkan bagaimana kaum wanita di negara kita telah mendapat pencapaian yang tinggi.

"Dan saya kata, tidak payahlah tukar kerajaan. Inilah kerajaan yang telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama terhadap berbagai-bagai isu."

Dalam satu sidang media di republik itu minggu lalu, Rosmah dilaporkan enggan memberikan jawapan berhubung beberapa pendedahan negatif terhadapnya.

Beliau menyifatkan semuanya itu tuduhan-tuduhan liar yang dilemparkan oleh musuh-musuh politiknya.

Tanpa menyebut tuduhan-tuduhan itu, ia dipercayai merujuk dakwaan di Internet bahawa Rosmah mempunyai kaitan dengan kehilangan penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

malaysiakini.com

KINI HANYA AGAMA ALAT umNO MENGUASAI MELAYU


Maklumat terbaru menyebut umNO sedang menyusun semula struktur institusi agama di Perak. umNO menyedari pengaruh PAS sangat meluas di dalam institusi agama seperti masjid dan jabatan agama. Penyusunan semula masjid dan jabatan agama sangat mendesak buat umNO. Ini kerana umNO sememangnya telah lama menggunakan institusi tersebut untuk kepentingan politik mereka.


Seperti kata pepatah arab " dia memukul saya, dia yang menangis, dia membuat zalim kepada saya , dia yang mengadu" itulah umNO dalam tipuhelah menguasai orang melayu yang terlalu dekat dengan agama. umNO menyedari...kelentong mereka tentang pembelaaan bangsa semakin diragui terutama setelam memperkenalkan satu Malaysia. Masyarakat kampong mula tahu...satu Malaysia sangat bertentangan dengan perjuangan assobiyah kebangsaan melayu umNO. Kini umNo cuba bergantung dengan institusi agama.

Kita masih ingat bagaimana umNO cuba mempertahan Jumry di saat kerajaan PR Perak menguasai negeri. Berbagai usaha dibuat untuk mempertahankan pengarah agama tersebut yang akhirnya terpaksa angkat kaki apabila beberapa skandal dan penyelewengan pengurusan dikesan mula dihidu. Apabila usaha PR ingin melantik pengarah baru, umNO melalui beberapa institusi yang berkaitan agama dan yang hampir dengan sultan dipergunakan untuk menghalang perlantikan tersebut. Setelah dihalang beberapa kali... kerajaan PR akhirnya terpaksa mencalonkan nama baru yang disenangi sultan. Kali ini umNO gagal!!!

Apabila umNO merampas kerajaan Perak, mereka berusaha menyingkirkan Pengarah Jabatan Agama yang dilantik PR. Namun umNO tersepit dengan kehendak sultan. umNO yang menggunakan alasan DS NIzar derhaka terasa lemah untuk berdepan dengan institusi istana. Semua mengatahui bagaimana hubungan Datuk Syeikh Mohd Nur Mansor dengan istana. umNO terpaksa mencipta berbagai isu untuk menyingkirkan Pengarah JAIP. Bermula dengan kelewatan peruntukan imam dan JK masjid hinggalah yang terbaru perlantikan JK masjid.

Sebenarnya semua isu yang tercipta adalah usaha umNO menguasai Institusi agama. Mereka cuba menyingkirkan semua pegawai lantikan PR. Mereka berusaha merombak JAIP bermula pengarahnya melalui isu yang sengaja dicipta.... Semuanya kerana umNO gagal menggunakan isu bangsa lagi setelah satu Malaysia diperkenalkan Najib mula diketahui umum.... BTN adalah isu yang memerangkap Najib bagi mendedahkan topeng satu Malaysia.

Kita mesti memepertahankan isntitusi agama terutama masijid bagi memeprtahankan agama kita. Penguasaan isntitusi agam oleh umNO adalah jalan paling hampir menghancurkan agama...jika kita sayang pada benteng ummat ini... oleh


Dato'

21 December 2009

UNDANG-UNDANG DILIWAT!!!


Memang kek memano negaro pun undang undang mereka tak sempurna melainkan mereka yang mengamalkan hukum Allah s.w.t




Korang renungkan seketika...bila mamat ni dari PR keluar masuk BN.....abih dicanangkan...diceritokan kehampehan PR.....begitu jugo sebaliknya,,,,keluar BN masuk PR abih di bogelkan kelemahan BN.... memang ada bagusnya...memang ada baiknya supayo kito rakyat nampak apa yang berlaku dalam kedua dua gabungan politik....baik dalam BN baik dalam PR....cuma pekara ini dah keterlaluan dan diambil sebagai kesempatan untuk membodohkan rakyat.....kes lompat parti...antara isu yang memperbodohkan rakyat..kerana rakyat undi untuk perubahan tapi bilo dah monang...dio lompat .....sokong parti yang takdo buat perubahan.....



Dan masalah yang makin ketara berlaku sekarang.....penggunaan sprm...polis...mahkamah untuk kepentingan peribadi..bukan untuk kepentingan negara...sebagai contoh



1) sorang mamat ni keluar dari PR.masuk BN.maso kek BN..tetiba pi SPRM cakap si polan kat PR terima rasuah..siap ada bukti.....



2)sorang mamat ni keluar dari BN masuk PR....tetiba pi SPRM cakap si polan kat BN ni....melakukan seks luar nikah dengan bini orang ni....siap ada video lagi.



3)haaa yang ni latest nya isu....sorang mamat ni keluar BN tetiba ada bukti kes saham berjuta juta...si HJ PR yang demam tak datang maso undi bajet bebaru ni. (kalau ikut blog pro BN saham maso tahun 92/93..masa dorang dalam UMNO..) bagi den biasa laa dah dalam umno memang semua kerja haram jadi HALAL....



Berkenaan isu ke 3 tu..den baco online paper..takdo disebutkan bilo tarikh saham dibeli....baco blog pro BN saham tahun 92/93 ..den jadi mushkil dalam paper online kenapa tak disebut bila tarikh pekara ini berlaku.....hik hik hik apakah dorang takut ramai yang berpendapat macam den....yakni...... den ulang sekali lagi.....BILO DALAM PUAK UMNO YANG HARAM JADI HALAL





DEN HARAP ADA PUAK BN YANG NAK BALAS AYAT DEN YANG KEK ATAS TU YANG KALER MERAH TU!! isu tahun 90an beb memang teterang masa dalam umno......hik hik hik....bodoh nya isu.....mano tau dia dah kluar umno....dah insaf.....kut masih dalam umno la...aku raso isu ni sampai kiamat tak keluar...hik hik hik lagi satu isu BTN yang korang riuh tunjuk youtube dsai dengan MB selangor ...masa tu dorang parti apa? UMNO....hik hik hik





dan pelbagai contoh la lagi den boleh bagi.....cumo yang jadi persoalan den....



kenapo masa anda dalam parti tersebut anda tidak keluarkan permasalahan tersebut?....

apakah anda takut dipulaukan kerana anda membuka pekung kawan sendiri?

Apakah anda mempunyai agenda? seperti anda kumpulkan bukti...anda mengadap pemimpin parti lain dan anda mintak sejumlah duit untuk keluarkan isu tersebut...dan mereka bersetuju.....dan perancangan dibuat dengan langkah paling awal anda keluar parti tu...masuk parti ni.....



Dan solan den paling utama....Apakah mereka yang melakukan pekara ni tak boleh didakwa kerana bersubahat? kerana mereka secara tak langsung terlibat ketika mereka berada dalam parti tersebut...maksud den.. beliau ada ketika waktu kejadian.Kebarangkalian juga beliau juga dpat sedikit habuan....tapi disebabkan semuanya duit tu masuk a/c mamat tu... atau saham tu atas nama mamat tu..mahupun projek tu atas nama kopeni mamat ni.......apa pun sahajalah yang mampu mensabitkan mamat ni dengan penjara... mamat ni dengki pi cakap kat SPRM.....



Jadi apa kata lepas ni kalau ada mamat yang dari lompat parti buat aduan...apo kato siasat sekali yang buat aduan....dan kalau betul teribat samo,hukuman lagi berat dari mamat yang dio buat aduan ..kalau dio tak salah kompom dia berani buat aduan..kalau dio terlibat samo..agaknyo ado berani tak dorang?...kengkurangnya isu lompat parti ni dapat di kurangkan...



Tukang Sapu

Harga Melayu serendah RM200?




Umum tahu bahawa rasuah di Malaysia berlaku dengan "jayanya'. Rasuah sudah menjadi budaya kontraktor-kontraktor dan bolehlah dikatakan asam garam pegawai-pegawai kerajaan. Namun, bukan semua kaki rasuah. Terdapat pegawai-pegawai contohnya di Majlis Perbandaran Seremban yang bukan kaki mentedarah rasuah. Rakan harimau yang mengendalikan kerja-kerja elektrikal di bawah MPS yang mengesahkan. Tahniah pada pegawai tersebut dan semoga Allah menyelamatkan kalian dari transit Neraka itu.

PBT-PBT lain (di Negeri sembilan) memang ramai mengambil kerja kaki mentedarah rasuah ini. Entah sudah berapa banyak duit rasuah yang disuapkan ke mulut anak-bini mereka. Mereka mungkin sudah biasa mencabar Allah. Berani mereka sudah menjangkaui tahap Syaitanirrajim agaknya. Trend rasuah ini, adalah menerima suapan selepas bayaran projek diterima. Dek kerana modus operandi yang licik dan menerima suapan by hand, maka sukar untuk membuktikan kesalahan mereka. Malah, kontraktor juga yang menjadi penggalak kepada mereka. Hinggakan kontraktor menjadi percaya yang rezeki itu datang dari "berapa banyak yang kita bela" dan bukan melalui belas kasih Alah.

PDRM sebagai organisasi yang menguatkuasakan undang-undang juga sering dikaitkan dengan gejala rasuah. Harimau tidak mahu mendedahkan secara detail tetapi kontraktor-kontraktor yang terlibat dengan PDRM (Bahagian Logistik agaknya?) lebih arif dengan gejala rasuah di PDRM. Cakap-cakap kedai kopi sering kedengaran bahawa Pegawai Polis termasuk Pegawai Balai kuat "makan". Kalau makan sikit-sikit mungkin tidak akan jadi topik, tetapi ini dah jadi kes "Biawak Hidup"!

Inden/ LO/ Surat Tawaran Kerja belum keluar tapi duit dah nak kena beri. Tokey balak pun boleh lingkup!

Bukan Harimau mahu menuduh, malah Harimau tiada bukti yang boleh ditampilkan di sini. Tujuan Harimau menulis, semata-mata untuk mengingatkan bahawa tidak guna mengaku diri kita sebagai Islam tapi budaya hidup mengalahkan Kapir Laknat.

Berubahlah jika sudah terlanjur. Bertaubat dan mintalah diampunkan oleh Tuan Punya Dunia. Kalian takkan senang kalau hidup dengan duit rasuah.

Tak payah mahu siasat penulis blog ini kerana posting ini ditulis kerana bosan dengan persepsi negatif dari bukan-Bumiputera. Mereka menganggap Melayu amat mudah dibeli dan boleh menjadi hamba dengan suapan serendah RM200!

Maaf kalau terasa. Mungkin bukan kalian yang makan rasuah tetapi rakan kalian. Nasihatkan mereka sebelum Allah menimpakan bala.

Harimau: makan duit macam biawak, buat kerja macam jahanam.


Harimau Menaip

Kenakan cukai GST untuk jadikan Malaysia negara maju...?


"Pelaksanaan cukai perkhidmatan dan barangan (GST) bertujuan meletakkan ekonomi negara pada tahap yang sama dengan negara maju dan sesuai dengan peredaran zaman."

Itulah ayat palik lawak bangang yang keluar dari mulut Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Dalam kenyataanya yang dilaporkan oleh laman berita MyStar (BM) dia juga berkata berkata, pelaksanaan GST memberi kelebihan, terutama kepada kerajaan dalam meningkatkan aliran pendapatan yang kemudiannya boleh digunakan bagi melaksanakan projek-projek untuk manfaat seluruh rakyat, ia tidak membebankan rakyat !!

Hahahahaaaaa.... gelak ...gelak... letak cukai pada rakyat agar negara boleh jadi negara maju kerana kebanyakan negara maju kenakan cukai barangan.... BANGANG !!!! Cukai tak akan membebankan rakyat ?

Rakyat seharusnya menyanggah kenyataan bangang ini kononya pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan tidak akan membebankan rakyat.

Kenyataan menteri itu sebagai tidak masuk akal, pengenalan CUKAI akan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung lebih RM 6.4 bilion cukai yang sepatutnya diperolehi daripada pihak industri.

Jika perolehan cukai daripada para peniaga akan dikurangkan sehingga RM 5.4 bilion dan dalam masa yang sama pendapatan negara bertambah kepada RM 13 bilion, bermaksud jumlah cukai RM 6.4 bilion akan diperolehi daripada rakyat.

Persoalannya bagaimana menteri boleh keluarkan kenyataan rakyat berpendapatan rendah mampu menyimpan seperti mereka yang berpendapatan tinggi?. Pengecualian cukai RM 6.4 bilion yang dinikmati oleh para peniaga akan dibayar oleh pengguna yang terdiri daripada pekerja berpendapatan rendah, pesara, pelajar ataupun golongan pertengahan.

chegu bard

20 December 2009

KACAU-BILAU PEMUDA UMNO.MASIH RELEVEN KE UMNO NI?



Berita sensasi dari pemuda umno di sini.Mereka sedang berpecah,berantakan...macam orang hilang pedoman.Mereka sedang hancur perlahan-lahan....apa kita tunggu lagi wahai anak muda sekelian,jadilah batu api bagi menghancurkan sayap kanan UMNO bahalol ni.

KISAH PEMUDA BERIBU-BAPAKAN BABI


3 Muharram 1431

Ustaz Ibrahim b Zakaria



Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.



Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".



Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.



Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh keheranan.



Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.



Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.



"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.



"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.



Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."



Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."



Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa.



Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.



Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.



Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.



Untuk mengetahui lebih mendalam kisah alam akhirat sila dapatkan buku terbitan syarikat Nurulhas yang berjudul: BILA IZRAIL A.S. DATANG MEMANGGIL



Disediakan oleh:

Ustaz Ibrahim b Zakaria

PENGETUA

MAAHAD TAHFIZ AL-QURAN DAR AL-ABRAR (MTD) SERI MANJUNG PERAK

Sumbangan Zakat/Derma bolehlah disalurkan ke dalam akaun

Bank Muamalat no.08030002138714/ CIMB Bank 0815-0000173-10-9

NO.TEL 05-6883659 H/P 019-2627636


Cina Islam

19 December 2009

AMK Adakan Demonstrasi Aman, Desak Bebas Jonah Dan Azizi (Kemaskini)


Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.
Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.
Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.
Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.
Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.
Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Ketua AMK Selangor ditahan edar risalah



SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor ditahan polis di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dipercayai cuba mengedarkan risalah mendesak Mahkamah Syariah lebih telus dan bebas daripada campur tangan pihak pemer:intah. 

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ditahan bersama Exco AMK, Azizi Ahmad pada jam 2.15 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua mereka akan ditahan kerana dikatakan mengedarkan risalah tanpa permit kepada orang awam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri itu yang dipercayai cuba menghasut orang awam untuk tidak mempercayai kredibiliti mahkamah sivil. 

“Siasatan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam ini sebelum memohon reman di mahkamah esok (hari ini) untuk men:jalankan siasatan lanjut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah tanpa permit. 

“Selain itu, mereka akan turut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana cuba menghasut orang ramai untuk tidak mempercayai kredibiliti mahkamah sivil,” katanya di sini, semalam. 

Sinar Harian difahamkan, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan ke Masjid Negeri bagi membendung tindakan AMK mengedar risalah berkenaan sejurus selepas solat Jumaat. 

Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku selain daripada penahanan 'orang kanan' AMK itu untuk siasatan. 

Dalam risalah yang diedarkan, AMK mendesak mahkamah syariah perlu adil, telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.
Sinar Harian

Jangan tarik subsidi gula


IPOH - Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang menarik balik pemberian subsidi gula menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan rakyat. 

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Taman Meru, Shaharudin Deli berkata, kementerian itu sepatutnya memikirkan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan gula sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk jualan. 

"Sebagai mewakili rakyat berpendapatan rendah, saya membantah tindakan itu. Ini tidak wajar dilakukan. Masyarakat miskin yang terpaksa mencari rezeki dengan menghasilkan kuih-muih akan merana," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mereka mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe yang akan mengurangkan pemberian subsidi gula kepada rakyat. 

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi rakyat negara ini dan harga yang murah menyebabkan pengguna mengambil secara berlebihan menyebabkan komplikasi penyakit. 

Menurut Shaharudin, punca penyakit bukan kerana gula, tetapi banyak bahan lain seperti sayur-sayuran yang disemburkan racun serangga berlebihan, makanan ringan seperti keropok, minuman bergas dan rokok yang ternyata punca utama penyakit. 

Katanya, perkara yang melibatkan keperluan rakyat jangan diperlekeh dan mempersoalkan adakah kerajaan gentar untuk memberi subsidi kepada rakyat. 

Shaharudin berkata, lebih banyak isu lain seperti kekurangan beras subsidi dalam pasaran diabaikan, inikan barangan keperluan seperti gula menjadi sasaran.

Sinar Perak

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz


SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.




Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.



Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.



Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.



"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.



Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

harakahdaily.net

Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.




Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.





Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.



Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.



Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.



Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.





Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.



Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.



Agihan ekonomi negeri



Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.



Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.





Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.



Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.



Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.



Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.berita disini

18 December 2009

TUMPAT, 17 Dis: Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut.




Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu.



Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, sedangkan wang ihsan tidak ada dalam akta tersebut.



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, royalti terikat dengan Akta 144 dan mesti dibayar kepada negeri terbabit dua kali setahun iaitu Mac dan Ogos.



“Pembayaran dibuat Petronas pula dalam bentuk tunai dan perlu dimasukkan ke dalam akaun milik kerajaan negeri.



“Sedangkan wang insan tidak terkandung dalam akta tersebut dan ia boleh dibayar kepada sesiapa sahaja. Misalnya kalau kes di Terengganu sebelum ini pernah wang ihsan diberi kepada Ketengah.



“Di Kelantan pula kemungkinan akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lebih istimewa lagi duit tersebut tidak perlu diaudit,” katanya pada ceramah isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Tumpat di Kampung Berangan di sini, malam tadi.



Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah.



Tuntutan kerajaan Kelantan ke atas royalti mulai digegerkan Julai lalu setelah menyedari ada laporan mengenai pengeluaran minyak dan gas di perairannya berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.



Perangkaan yang dibuat jabatan berkenaan menyebut Kelantan, Terengganu dan Sabah mengeluarkan petroleum pada 2004 bernilai RM47 bilion.



Biar pun ada menteri dari Kelantan cuba menafikan kewujudan telaga minyak di perairan Kelantan, namun akhirnya Perdana Menteri sendiri mengakui perairan negeri terbabit mempunyai sumber minyak dan gas.



Pada persidangan parlimen pada 4 November lalu, Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.



Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Akta 144 ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bagi membantu Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanggungjawab mengasaskan kewujudan Petronas ketika itu.



Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional sekarang menerima tekanan hebat berkaitan isu royalti minyak apabila semua anggota parlimen Pakatan Rakyat sepakat memperjuangkannya.



“Setiap kali ada ruang kita bercakap isu royalti di Dewan Rakyat kita perjuangkan sehingga terpaksa dijawab Perdana Menteri sendiri.



“Oleh itu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik perlu memperjuangkan tuntutan royalti minyak bagi membolehkan ia dinikmati rakyat secara saksama,” katanya.



Menurutnya juga beliau pernah mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu royalti pada bila-bila masa sahaja.



Mohd Zaki berkata, sekiranya wang ihsan disalur melalui JPP rakyat Kelantan tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya.



“Ini kerana kita tahun sejak diwujudkan JPP lebih 19 tahun di sini peranannya tidak banyak membantu kerajaan negeri. Orang kampung hendak dapatkan peruntukan membaiki madrasah pun susah.



“Sebab itulah kita tetap menuntut seperti mana yang terkandung dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975,” katanya.



Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya royalti petroleum diperolehi banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk menyediakan prasarana lebih sempurna di sekolah-sekolah agama.



Katanya juga setiap tahun kerajaan negeri terpaksa menyediakan peruntukan besar kepada sektor pendidikan sehingga mencecah RM70 juta.



Salahuddin juga berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat akan memastikan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi diteruskan kerajaan memandangkan ia tidak membantu mencapai matlamat mewujudkan integrasi nasional.



“Apa yang diajar ketika latihan di BTN ialah membenci kaum bukan Melayu dan melemparkan tomahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.



Menurutnya, biar pun kerajaan telah menggunakan duit rakyat begitu besar, namun perpaduan kaum tidak juga tercapai.



Kata beliau tahun hadapan sebanyak RM60 juta disediakan kerajaan kepada BTN bagi mengendalikan kursus tata negara kepada pegawai kerajaan dan pelajar.
 

KLIK disini,harakahdaily.net

Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.




Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."





Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.



Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.



Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".



"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.



Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."



"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.



Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:



"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi." BERNAMA

http://www.malaysiakini.com/news/120116


Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok



SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).




Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.



Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia.



Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.



(Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat)



Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.



Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.



Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.



Antara kandungannya adalah:



1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.



2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.



3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat



4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.



5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.



6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.



7) Bangunkan agenda keselamatan sosial



8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.



Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.



Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.

http://www.harakahdaily.net/