tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

26 March 2010

JANGAN CEPAT GELABAH DAN MERACAU SAHABAT!!!

Berita paling kuat bertiup,Nik Aziz bakal melepaskan jawatannya sebagai Mursyidul Am disebabkan
kesihatan....Inilah masa yang sesuai kerana TGNA semakin uzur,biasanya pejuang Islam itu sangat cepat sakit dan uzur,kerana anggota badan ini sentiasa digunakan ke jalan Allah.

Lagi satu perlu di ingat,Hadi Awang juga semakin uzur dan mula sakit-sakit....pastinya ini membimbangkan kita sebagai 'anak buah'.....tapi aku percaya,Allah tiu sudah sediakan gantinya....terpulang kepada Tuhan untuk menjalankan taqdir bagi sebuah perjalanan gerakan Islam ini..

harap jangan ada orang hilang pertimbangan lak,bio le rasional sikit....

-parit.com-

Mesyuarat PERKATAK

"Tok...buat per tuuuu...?", Leman menegur.

"Tengah bg makan ikan ni Leman",jawab Tok Moh.

"Nko nak ke mane menonong je tu?", tanya Tok Moh pula.

"Nak pusing kampun, nak jemput mesyuarat penternak-penternak katak dikampung kita tok", jawab Leman.

"Pulak dah...bila masa nko bela katak di Leman?",tanya Tok Moh.

"Bukan bela Tok. Saya cuma beli katak. Tapi saya cadang nak tubuh persatuan penternak katak Tok", jelas Leman.

"Apa nama persatuan tu Leman?", tanya Tok Moh.

"PERKATAK", jawab Leman.

"Hmmm...macam pernah dengar, tapi dimana ye", dalam hati Tok Moh berkata.

~wartamaya

LAYAN LAGU NI DULU...SAJE JE,HILANGKAN BORING

Nizar : ADUN PR hantar 216 soalan.

DS. Nizar didampingi oleh Dato Ngeh dan ADUN PR lain dalam sidang akhbar berkaitan Sidang DUN Perak pada 30 Mac ini.




IPOH, 26 Mac;- ADUN pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan untuk sidang DUN Perak yang akan bermula pada 30 Mac akan datang. Demikian seperti yang ditegaskan oleh Menteri Besar Rakyat Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media di Pejabat Pakatan Rakyat Perak disini sebentar tadi.


Sidang media itu diadakan selepas Mesyuarat majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Perak dan Mesyuarat ADUN Pakatan Rakyat Perak. DS. Nizar didampingi oleh 11 ADUN yang menunggu untuk sidang tersebut.

Beliau mengatakan mesyuarat telah membuat beberapa ketetapan termasuk kami mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Ketua Pemuda Dewan Himpunan Penyokong PAS Perak , Sdr. Siva dan meminta pihak keselamatan mengadakan siasatan siapa yang terlibat, dan juga kami telah sedekahkan alfatihah kepada Almarhum Ahli Parlimen Hulu Selangor .

DS. Nizar juga mengesahkan semua ADUN PR telah menerima dua surat, satu dari Setiausaha Dewan yang mewakili oleh lelaki yang menyamar sebagai speaker, satu lagi dari spaeker yang sah YB. V.Sivakumar.

"Kami buat keputusan untuk hadir bedasarkan surat Speaker yang sah YB. V.Sivakumar pada perasmian dan perbahasan 31 haribulan." Jelas Nizar

"Kita membuat keketapan untuk ikut serta pada hari perasmian da sesi perbahasan kerana rakyat perak melantik kami dan kami akan ikut serta berbahas"

Beliau juga mengesahkan telah hantar surat kepada zambry dan memohon diadakan satu mesyuarat dengan Zambry dan Ganesan pada 29 Mac jam 9 pagi di Dewan Bandaraya Ipoh.

"Tujuan mesyuarat adalah untuk kepentingan negeri perak yang lebih cemerlang." tegas Nizar.

Beliau juga menyatakan permohonan untuk diberi peluang untuk perbahasan dan soal jawab, kepada ketua pembangkang dan ADUN dalam perbahasan, "Insyaallah menjadi persidangan yang baik" jelasnya.

"Kita juga cadangkan persidangan dilanjutkan selama lima hari hingga 4 April".Kata Nizar.

Beliau juga berharap pertemuan dapat menghasilkan persidangan yang baik, dan tempoh yang sesuai bagi membahas isu-isu dan kemelut negeri Perak.

Nizar juga menegaskan Keputusan mahkamah pada 9 Feb adalah penentuan siapakah MB Perak, namun tidak mengenai siapakah speaker yang sah. Ganesan telah melanggar 6 ketetapan dan dia tidak diktiraf sebagai speaker.

~cina islam

25 March 2010

Syed Husin tuntut Utusan bayar RM10 juta

Harakahdaily

PETALING JAYA, 26 Mac: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Syed Husin Ali telah menghantar surat melalui Peguambela & Peguamcara Edwin Lim Suren & Soh kepada Pengarang dan Pengurus Utusan Melayu Bhd dan juga Zamil Ibrahim kelmarin, menuntut mereka meminta maaf dan membayar ganti rugi RM10 juta.

Beliau dalam satu kenyataan berkata, ini berkaitan sebuah berita fitnah yang diterbitkan oleh Utusan Malaysia bertarikh 6 Mac 2010 di bawah tajuk “RM500,000 Syed Husin dicabar lapor polis”.

Dalam berita tersebut dituduh konon beliau menerima RM500,000 daripada Anwar Ibrahim sebagai bayaran untuk membubar Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi memudahkan percantuman dengan Parti Keadilan Nasional dan membentuk Parti Keadilan Rakyat.

“Saya mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang yang perlu terhadap mereka tersebut sekiranya tiada jawapan daripada mereka dalam tempoh tujuh hari dari tarikh surat tuntutan itu,” ujarnya.


-Harakahdaily-

Bekas SUK Kelantan ditahan polis

Jan 25, 70 11:16pm

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di Kota Bharu, malam semalam.

Penahannya itu pada jam 8.40 malam semalam itu, dipercayai berhubung pengumumanya berhubung pelucutan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Beliau kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Wan Hashim semalam yang mendakwa dirinya sebagai `Setiausaha Sulit' Sultan telah membuat pengumuman rasmi pagi semalam dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja

Menurut Bernama yang memetik sumber polis, Wan Hashim akan disiasat di bawah

Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

"Kita telah menahannya pada malam semalam untuk mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi.

Laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota .

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris Petra apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di Kota Bharu.

-malaysiakini-

Dr Zainal Abidin Hulu Selangor meninggal

Harakahdaily

KAJANG, 25 Mac: Ahli Parlimen PKR Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia jam 9.30 malam ini selepas mengalami barah otak sejak sekian lama.

Allahyarham menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya dekat Jalan Cheras, Kajang.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Selangor di zaman BN meninggal ketika berumur 71 tahun dan meninggalkan seorang balu iaitu Datin Zaharah Mohd Zin serta empat orang anak.

Zainal Abidin menang dalam pilihan raya lalu atas tiket PKR di kerusi Parlimen Hulu Selangor selepas mengalahkan calon BN dari dari MIC, P Palanivel dengan hanya 198 undi.

Dengan kematian ini bermakna pilihan raya kecil ke 10 akan diadakan dalam masa 60 hari.



Harakahdaily

Juara Rakyat Taik Kucing

Mana pejuang-pejuang Melayu dari UMNO yang membela nasib Melayu bila Melayu ditindas? Takkan kat Penang boleh menyalak kata Ketua menteri anti Melayu, kat Johor kenapa taknak tentang Menteri Besar Johor yang halau orang-orang Melayu ni? Budak sekolah je nampaknya yang berdemo memperjuangkan nasib Melayu di Johor. UMNO Johor taknak perjuangkan Melayu ke? Kah kah kah... Macam Haram!!!

UMNO Johor jangan berpeluk tubuh, Menteri Besar Johor anti Melayu! Dah la Rumah orang-orang Melayu dirobohkan, pampasan pun tak mahu bagi. Memang zalim Menteri Besar Johor ni, Menindas orang Melayu Johor! Cepat! Sediakan sepanduk besar-besar buat demonstrasi jalanan! Jangan biarkan Kerajaan Anti Melayu Johor terus menzalimi orang-orang Melayu! Hidup Melayu! Hidup Melayu! Kah kah kah.....











.....lagi gambar.....
-love perak-


UMNO CELAKA TETAPPPP CELAKA!!!!!

-parit.com-

DI PERAK TIDAK DIBENARKAN BERKHUTBAH, UK PULA BENARKAN NIZAR BERKHUTBAH JUMAAT

Oleh; Ibnu JJ

Leeds (United Kingdom), YB Dato' Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin Jumaat lepas telah menyampaikan khutbah Jumaat dan memimpin solat Jumaat di hadapan kira-kira lebih 500 pelajar Muslim University of Leeds, UK. Khutbah yang disampaikan itu menyentuh isu perpaduan Ummat Islam yang secara jelas telah memukau ratusan sidang Jamaah yang hadir. Dato' Seri Nizar dalam rangka lawatan mewakili kepimpinan Perhubungan PAS Perak telah meluangkan masa ke University of Leeds atas jemputan Leeds Univerity Islamic Society (ISOC) untuk menyampaikan agenda penting Ummat Islam seluruh dunia.

Sidang Jamaah yang terdiri daripada pelajar tempatan dan antarabangsa daripada puluhan Negara luar UK itu ternyata terpegun dan tersentak dengan isi kandungan khutbah yang disampaikan beliau. Isu perpaduan Ummah sejagat ini dilihat sebagai satu agenda penting bagi mengembalikan kegemilangan Islam di seluruh dunia. Sebaik selesai berkhutbah, terdapat beberapa pelajar antarabangsa seperti daripada Arab Saudi, Turkey dan Indonesia menemui Dato' Seri dan melahirkan rasa terpegun mereka dengan isi kandungan penyampaian khutbah Jumaat hari ini.Kehadiran Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin ke Leeds hari ini dan kesudian beliau memimpin sidang Jumaat hari ini telah melakarkan satu sejarah luar biasa. Leeds hari ini telah menyaksikan seorang pimpinan dari Gerakan Islam luar UK diberikan penghormatan untuk menyampaikan khutbah di hadapan para penuntut yang terdiri daripada latar belakang pengajian yang pelbagai. Sejarah yang dilakarkan ini juga membuktikan agenda perpaduan Ummah dan kemenangan Islam yang dibawa PAS ini bukanlah bersifat tempatan semata-mata, tetapi merupakan sesuatu yang bersifat 'alamiah dan menyeluruh.

Para penuntut yang ditemui selepas selesai solat Jumaat merakamkan rasa bertuah mereka kerana dapat bertemu dan mendengar khutbah yang disampaikan oleh YB Dato' Seri yang belum pernah dilakukan oleh mana-mana pimpinan kerajaan dan parti politik dari Malaysia. YB Dato' Seri juga sempat berkongsikan isu-isu setempat yang berlaku di Malaysia, khususnya di negeri Perak yang jelas telah membelakangkan prinsip keadilan sejagat selaras dengan firman Allah SWT dari surah al-Maidah ayat 8;

"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan."

Dato' Seri di dalam khutbah beliau melahirkan harapan supaya semua yang hadir, membelakangkan isu perbezaan kaum, bangsa dan negara bagi mencapai perpaduan Ummah yang berteraskan aqidah Islam. Beliau juga menasihatkan para Jamaah agar tidak terpengaruh dengan sandiwara Kerajaan Sekular di negara masing-masing yang berhasrat melemahkan ikatan antara Ummat Islam yang menjadi senjata utama kekuatan Islam sejak dari zaman Nabi SAW. Isu di Palestine yang dipetik sebagai contoh dilihat sebagai satu bukti nyata bagaimana perpecahan Ummat Islam boleh meruntuhkan agama itu sendiri.

Persinggahan Dato' Seri Nizar yang turut disertai Isteri beliau, Datin Seri Fatimah Taat, anak beliau, Ustaz Syahid Muhammad Nizar dan wakil Exco Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, Al-Fadhil Ustaz Fakhrulrazi Mohd Mokhtar. Lawatan ringkas mereka ke Leeds diakhiri dengan pertemuan tidak rasmi dengan anak-anak Malaysia yang menuntut di Universiti ini.

-USTAZ MISBAH BLOG-


+Ulasan aku ialah,kebenaran itu tetap hidup walaupun UMNO(celaka) nak bagi mati...takbir!!!

-parit.com-

GEJALA BUANG BAYI: KAEDAH KERAJAAN UMNO-BN TELAH GAGAL

Parti Islam Semalaysia (PAS) memandang berat gejala pembuangan bayi di negara ini. Perbuatan durjana yang lebih teruk daripada zaman jahiliah sebelum Baginda dibangkitkan menjadi Rasul. Gejala ini amat memalukan negara, kebetulan majoriti yang terlibat ialah orang Melayu Islam. Fenomena yang berlaku menunjukkan gejala yang tidak bermoral ini semakin parah dan menggambarkan kegagalan kerajaan yang ada pada hari ini gagal untuk mendidik rakyat menjadI manusia yang berguna dan tahu tentang nilai hidup mereka.

Peristiwa ini amat memalukan Islam kerana orang Melayu mewakili penduduk yang beragama Islam. Secara tidak langsung akan merosakkan imej Islam di pandangan orang bukan Islam di negara ini.

Parti Islam Semalaysia (PAS) melihat bahawa kerajaan Umno/BN pada hari ini tidak serius dalam menangani masalah ini. Ia bukan mencari jalan untuk menutup punca supaya gejala ini tidak berlaku. Ia lebih kepada program yang bersifat menyapu sampah di bawah karpet. Program yang dilaksanakan untuk mengatasi masalah akhlak lebih berorientasikan perniagaan sesama kroni. Sebab itu projek Rakan Muda dan PLKN semuanya menjurus untuk mengkayakan kroni sahaja. Akhirnya matlamat tidak tercapai, sebaliknya wang negara lesap begitu sahaja walau terpaksa membelanjakan wang berbilion ringgit.

Sepatutnya dalam menanggani masalah pembuagan bayi ia mesti bertindak sebagai mana kaedah Islam iaitu “Saddu Zara’ik” menutup pintu kerosakan. Kerajaan sepatutnya mengawal pusat hiburan, memperkatatkan peraturan iklan yang menghairahkan, mewajibkan pelajar Islam memakai tudung, mengawal pergaulan bebas, kempen menutup aurat, kempen jauhi zina.

Selain daripada mendidik dan mengawal maka kaedah yang paling berkesan ialah mesti kembali kepada hukum yang Allah kenakan kerana hukum Allah mempunyai roh iaitu “nakala minallah” yang Allah akan melontarkan kegerunan untuk pelaku maksiat menjauhkan perbuatan zina. Sudah banyak cadangan yang kerajaan cadangkan, kita tidak dengar satu pun cadangan untuk kembali kepada apa yang diajar oleh ajaran Islam.
 
-Seri Iskandar Weblog-
 
ulasan aku ialah,UMNO itu ialah agama baru,seperti diketahui umum,sekiranya ada agama baru setelah kedatangan agama Allah ini(agama yang membawa kebenaran),secara automatik terbathal akidahnya,bukannya mahu mengajar,tetapi ternyata UMNO semakin berani menghuraikan sesuka hati Islam(al-quran dan sunnah)melalui mulut-mulut ulama usu'(jahat),dimana ulama ini hanya memikirkan keredhaan pemimpin dari keredhaan Allah...wassalam
 
-parit.com-

24 March 2010

Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan masih wujud - Guan Eng

Kerajaan Pulau Pinang tetap dengan pendirian untuk mengadakan Piliharaya Kerajaan Tempatan biarpun Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) menolak permohonan kerajaan negeri itu.


Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak terkejut dengan keengganan SPR dan berkata kerajaan negeri akan membawa keputusan suruhanjaya itu ke mesyuarat Exco esok untuk tindakan lanjut.

“Kita tetap dengan pendirian mahu teruskan (pilihanraya kerajaan tempatan), dan ia akan dibawa dalam mesyuarat Exco untuk membincangkan perkara yang perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai keputusan SPR menolak permohonan Pulau Pinang untuk mengadakan pilihanraya itu.

Malah SPR turut menolak permohonan Selangor untuk mengadakan pilihanraya berkenaan.

Guan Eng berkata, pihaknya juga akan meneliti surat alasan setebal 10 muka surat dari SPR.

"Kerana Akta Pilihanraya Kerajaan Tempatan 1960 masih wujud tidak dimansuhkan, oleh itu SPR perlu menjalankan pilihanraya kerajaan tempatan.Baca lagi di sini

Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusoff berkata, urusan pilihan raya tempatan tidak tertakluk bawah bidang kuasa SPR, tetapi sepenuhnya bawah kerajaan negeri.

Bagaimanapun, tambahanya, pindaan dan perubahan dasar bagi menjalankan semula pilihan raya tempatan hanya boleh dilakukan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan (MNKT), satu badan di bawah Kementerian Perumahana dan Kerajaan Tempatan. Baca di sini / end


-al husseyn-

Pergelutan MCA kian runcing

Minggu lalu, sementara kepiluan menyelubungi masyarakat Malaysia selepas pemergian Teoh Beng Hock, Menteri dan Timbalan Menteri MCA secara tiba-tibanya, telah menyatakan sokongan kepada Presiden MCA, Ong Tee Keat merangkap Menteri Pengangkutan, untuk menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).


Kemudiannya, Timbalan Presiden MCA, Chua Soi Lek pula menyusul dengan kenyataan bahawa, "yang pentingnya, rakyat ingin tahu kebenaran". Namun demikian, apa yang penting dalam kenyataan tersebut sebenarnya tidak kena-mengena dengan PKFZ. Sebaliknya, Chua Soi Lek menyelit maksud tersiratnya dalam ayat "rakyat tidak akan mengambil berat (terhadap kenyataan menyokong Ong)".

"Saya yakin, selagi Presiden MCA melakukan sesuatu yang betul, semua ahli MCA akan menyokong beliau dengan sepenuhnya," tambahnya sebagai kesimpulan dalam kenyataan tersebut. Kenyataan ringkas ini telah dihubungkait dengan "desas-desus" bahawa mereka yang tidak berpuas hati dalam MCA, bakal memanggil Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) untuk menggulingkan Ong Tee Keat.

Sejarah pergelutan MCA

Ong Tee Keat, 53, berjaya mendaki ke puncak kuasa MCA selepas tsunami politik 8 Mac, 2008. Ong ketika menerajui Pemuda MCA dalam era pimpinan Ling Liong Sik, walaupun terkenal dengan imej "berani untuk bersuara" di kalangan masyarakat Cina, namun tidak meraih sokongan dari akar umbi MCA.

Pergelutan antara Pasukan A yang diterajui Ling Liong Sik, dan Pasukan B yang diwakili Lim Ah Lek melabuh tirai pada tahun 2003, setelah PM ketika itu Mahathir Mohamad mencampur tangan, supaya kedua-dua pemimpin tertinggi itu mengundur diri bersama. Jawatan tersebut diwarisi Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy, lapisan pemimpin yang lebih muda daripada Chua Soi Lek (pasukan A) dan Chua Jui Meng (pasukan B).

Penyerahan kuasa yang diatur oleh Mahathir ini kemudiannya dibaca sebagai perangkap kepada MCA. Ong Ka Ting dan Chan Kong Choy dilihat sebagai "budak" dalam kabinet ketika itu kerana seniority yang terlalu rendah, jika dibandingkan dengan pemimpin UMNO, bahkan Lim Keng Aik, Presiden Gerakan (kini sudah bersara) dan Samy Vellu, Presiden MIC.

Malah, Ong Ka Ting dikatakan bercita-cita untuk mendirikan dinasti Ong, dengan melantik abangnya, Ong Ka Chuan sebagai Setiausaha Agung MCA. Tuduhan ini dipercayai ramai setelah menyaksikan "skandal seks Chua Soi Lek" yang terbongkar pada akhir tahun 2007, disusuli pula dengan pengumuman Chan Kong Choy untuk menarik diri dari pilihan raya umum, dalam sidang akhbar MCA untuk mengumumkan senarai calonnya.

Semua ini telah memberi gambaran seolah-olah wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan musuh politik dalam parti, supaya memberi laluan kepada Ong Ka Chuan untuk mewarisi jawatan presiden MCA, selepas tempoh pimpinan adiknya sampai ke hadnya.

"Dinasti Ong" ditenggelami tsunami

Namun, manusia yang merancang, Tuhan yang takdirkan. Tsunami politik pada 8 Mac telah menghancurkan segala perancangan pemimpin MCA, seandainya wujud. Pemimpin seperti Donald Lim, Fu Ah Kiau dan sebagainya, ditenggelami ombak tsunami. Pemimpin seperti Chua Soi Lek dan Chua Jui Meng, tidak diturunkan ke gelanggang.

Ong Ka Ting berada di kedudukan seperti Abdullah Ahmad Badawi berada di dalam UMNO. Walaupun beliau menyatakan hajatnya untuk tidak menyandang jawatan menteri, sebagai bukti beliau tidak gila kuasa dan bertanggungjawab terhadap kekalahan MCA, namun tetap tidak diterima oleh sebahagian ahlinya.

Desakan demi desakan dihalakan kepada Ong Ka Ting, agar beliau berundur. Akhirnya beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding sebagai Presiden MCA, namun abangnya Ong Ka Chuan, mencuba nasib dengan memasuki gelanggang sebagai calon Timbalan Presiden.

Pertarungan "Imej"

Sementara itu, Chua Soi Lek walaupun mempunyai sokongan yang kukuh dari akar umbi, tetap teragak-agak ketika membuat pencaturan. Selepas dilanda tsunami politik, ahli dan perwakilan MCA menyedari bahawa mereka memerlukan seorang pemimpin yang berimej baik, supaya pengundi menaruh harapan semula kepada parti tersebut.


Namun, Chua Soi Lek  yang melepasi umur 60 tahun ketika itu, dicalit pula dengan skandal seks, menjangka satu pertarungan sengit seandainya bertembung dengan Ong Tee Keat. Keadaan bertambah celaru apabila Chua Jui Meng mengambil keputusan untuk bertanding sebagai Presiden buat kali kedua.

Dalam perkiraan politik Chua Soi Lek, Chua Jui Meng yang masuk ke gelanggang telah menghakis kemungkinan Ong Tee Keat ditewaskan. Maka, Chua Soi Lek akhirnya mengambil keputusan untuk menguburkan nyawa politik Ong Ka Chuan, dengan bertanding sebagai Timbalan Presiden.

Pergelutan berterusan

Ong Tee Keat walaupun sebelum pemilihan parti, enggan menamakan "pasukan" beliau, dengan mendakwa bahawa dirinya bersedia untuk bekerjasama dengan sesiapapun, tetap tidak senang apabila perwakilan mengundi Chua Soi Lek sebagai timbalannya.

Ong Tee Keat  meneruskan serangannya terhadap Chua Soi Lek, dengan melabelkan Chua sebagai "politikus kitar-semula", malah "tercalar" dengan skandal seks. Penyerangan dilakukan bertalu-talu, melalui ucapannya, malah kolumnya dalam Sin Chew Daily seketika dahulu. Chua Soi Lek yang terpilih dengan 1115 undi, tidak memperoleh sebarang tempat dalam kabinet baru, malah dipinggirkan dalam pembahagian jawatan dalam parti itu sendiri.

Tindakan Ong Tee Keat dianggap tidak menghormati keputusan perwakilan MCA, malah disindir sebagai "superman", oleh Ketua Wanita MCA Negeri Sembilan, kerana memakai seluar dalam di luar, umpama membuka pekong di dada.

Chua dituduh meminjam "kuasa luar"

Di sebaliknya, Chua Soi Lek sebagai orang kedua dalam MCA, tidak diberikan apa-apa peranan khas, mula mengatur strateginya untuk mencari jalan keluar. Beliau telah menyebarkan khabar bahawa Pakatan Rakyat pernah menghubunginya, lantas berjaya memperolehi jawatan sebagai Ketua Penyelaras BN, dengan pejabatnya di PWTC.

Persengketaan antara Ong dengan Chua tidak berakhir di sini. Chua kemudiannya mengesahkan bahawa beliau dipanggil oleh Jawatankuasa Disiplin MCA, supaya menghadirkan diri pada 4 Ogos untuk memberi penjelasan berhubung video seksnya itu. Menurut laporan Malaysian Insider, Najib sangat marah atas kejadian tersebut, malah memanggil Ong Tee Keat yang mendakwa dirinya "tidak tahu apa-apa" untuk memberi penjelasan.
Sememangnya, pergelutan antara Ong dan Chua akan berterusan. Kisah bahawa Ong mendakwa dirinya diugut oleh kuasa "kongsi gelap" kerana pendedahan skandal PKFZ, dibalas pula dengan Chua yang mencadangkan supaya Ong membuat laporan polis, adalah antara babak dalam pergelutan kuasa dalaman MCA.

Titik kemuncak pertama dalam pergelutan ini berlaku ketika Chua Jui Meng membuat pengumuman untuk keluar parti. Chua Jui Meng walaupun bertanding menentang Ong Tee Keat pada pemilihan parti yang lalu, dilihat sudah berbaik dengan Ong Tee Keat. Chua Jui Meng sebelum meninggalkan MCA, telah menuduh Chua Soi Lek cuba mencelarukan keadaan dalam MCA.

Walaupun Chua Jui Meng menafikan bahawa beliau keluar parti disebabkan Chua Soi Lek, tetapi secara terus terang beliau meluahkan ketidakpuasan terhadap UMNO.

"Dalam permainan politik UMNO untuk mengimbangi antara satu sama lain, MCA dipecahkan kepada dua. Dalam keadaan sebegini, wujudnya satu puak yang pro-UMNO, dan satu lagi pasukan yang diberi mandat oleh perwakilan. Ini untuk memastikan MCA tidak menjadi untuh, lantas semakin berani (jika utuh)," ujarnya.


Sesetengah penganalisa politik membaca tindakan Chua Jui Meng itu sebagai mesej yang disampaikan oleh Ong Tee Keat kepada "kuasa luar" yang cuba mencampuri hal-ehwal MCA. Ini mungkin sebagai amaran bahawa pucuk pimpinan ini bersedia beralih haluan, sekiranya "kuasa luar" tetap mahu mencerobohi MCA.

Cuma, mungkinkah pergelutan yang bukan berpaksikan ideologi dan dasar politik ini, membuka lembaran baru dalam sejarah politik Malaysia?


Kediaman Pimpinan Pusat PKR diserang

KUALA LUMPUR : Rumah ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai CheguBad, di Seremban menjadi sasaran serangan bom petrol awal pagi ini — dipercayai perbuatan bermotifkan politik.


Bagaimanapun kejadian itu tidak mengakibatkan kerosakan teruk kecuali kesan kebakaran di lantai dan dinding luar rumah teresnya yang terletak di Taman Chedang, Seremban.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata beliau sedar rumahnya dibaling dengan botol bom petrol kira-kira 1.30 pagi.

“Kira-kira 1.30 pagi tadi saya terdengar bunyi kaca pecah dan apabila saya dari keluar rumah, saya nampak api di luar rumah dan secara kebetulan jiran saya menggunakan air dari paip luar rumah untuk memadamkan kebakaran,” katanya ketika dihubungi awal pagi.

Turut berada di rumah ketika kejadian ialah isteri dan dua anaknya.

Ini kali pertama rumahnya dibaling dengan bom petrol, kata beliau.

Keretanya juga mengalami kesan kebakaran tetapi tidak rosak teruk.

“Saya tidak pasti apa punca tindakan pihak yang membaling bom petrol ke atas rumah saya kecuali saya percaya ini dilakukan oleh musuh-musuh politik saya,” kata beliau yang lazimnya lantang menyuarakan isu berkaitan kepimpinan peringkat negeri dan juga pusat.

Bekas calon pilihan raya umum ke-12 bagi kerusi Parlimen Rembau ini membuat laporan polis kira-kira 3 pagi tadi.

“Berdasarkan maklumat diberikan jiran saya, mereka ada lihat dua orang yang menaiki motosikal membaling bom petrol ini,” katanya. -MI-

-erapakatan-

SPR: Kerusi DUN Titi Tinggi Perlis tidak kosong

PUTRAJAYA, 24 Mac — Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Titi Tinggi, Perlis tidak kosong dan penyandangnya, Yip Sun Onn masih Anggota DUN yang sah, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.


Abdul Aziz berkata setakat ini SPR belum lagi menerima sebarang surat rasmi mengenai peletakan jawatan Yip daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Datuk Yazid Mat.

“Walaupun Speaker sudah sahkan terima surat itu tetapi selagi SPR tidak menerima sebarang surat rasmi kerusi DUN itu tidak kosong dan hanya SPR sahaja yang boleh memaklumkan mengenai sebarang kekosongan,” katanya kepada pemberita.

Ditanya berapa lama Speaker boleh memegang surat peletakan jawatan itu, Abdul Aziz berkata tempoh masa bagi Speaker boleh memegang surat itu tiada dalam undang-undang.

“Itu semua terpulang kepada urusan Speaker dan anak buahnya,” katanya.

Semalam, Speaker DUN negeri itu, mengesahkan menerima surat peletakan jawatan daripada Yip yang juga Naib Ketua MCA bahagian Padang Besar pukul 3 petang dua hari lepas dan menasihatkannya supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Yip, 52, dikatakan kecewa kerana tidak dilantik semula sebagai anggota Exco kerajaan negeri yang disandangnya sejak dua tahun lalu apabila namanya tidak disenaraikan dalam majlis mengangkat sumpah di Istana Arau, Jumaat lalu.

Sebaliknya ADUN kawasan Indera Kayangan, Dr Por Choo Chor dilantik ke jawatan itu dan mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
-bernama-

22 March 2010

MARI CUBE UJIAN RINGAN NI!

Nak jadi seorang pejuang Islam?Sudahkah korang bersedia dari sudut sihat tubuh badan?Kompem ke korang memang sehat???OK..Kalau badan ok,korang rasa dalaman korang kuat ke?Dalam jiwa korang tu ada tak takut-takut nak berjuang???Sekarang memang le cakap 'berani'...betul ke???

Nak test samada korang berani ke tak,aku bagi satu cadangan yang mudah....korang kata tadi korang berani,luar dan dalam penuh 'berisi'..ada masa nanti,korang pergilah cari mana-mana lombong tinggal,ajaklah kawan seberapa ramai yang boleh.....pergi le waktu malam atau tengah malam.....cadangan aku ialah,korang kena berendam dalam lombong tu selama 5 minit je....tapi mesti jauh ke tengah lombong,dan jarak antara kawan-kawan mestilah 80 meter....kalau korang boleh buat....memang korang jenis berani dan bergaya dengan best....

Tapi kalau takut...baik korang abaikan apa yang aku bagitau ni...Ini adalah satu tarbiah untuk test korang yang suke sembang deras dan cakap besor...kalau korang suke cadangan aku ni...try sendiri dan pakat-pakat ngan kawan-kawan...cari le mana-mana  lombong tinggal...test yek...selamat mencuba!
\
-parit.com-

Kawalan Istana Kelantan Pada 30 Mac Ditingkatkan


KUALA LUMPUR: Polis akan meningkatkan kawalan keselamatan di Istana Kelantan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku semasa sambutan Hari Keputeraan Ke-60 Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mac ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata arahan berhubung perkara itu telah dikeluarkan kepada Ketua Polis Kelantan, Datuk Abd Rahim Hanafi, supaya persiapan rapi sepanjang istiadat penganugerahan darjah kebesaran itu berjalan secara aman dan tidak diganggu gugat mana-mana pihak.

"Kawalan keselamatan akan dipertingkatkan di semua jalan menuju ke istana dan kawasan sekitar. Arahan untuk dipertingkatkan kawalan keselamatan itu telah dititahkan oleh Pemangku Raja Kelantan (Tengku Muhammad Faris Petra) dalam satu perintah bertulis bertarikh 20 Mac lalu," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini. Musa berkata, beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ditempatkan di luar perkarangan istana dan beberapa kawasan lain berhampiran Istana Kelantan pada hari sambutan itu nanti.

Kelmarin, Istana Kelantan memaklumkan akan meneruskan tradisi penganugerahan darjah kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan.

Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad berkata, majlis diadakan atas perkenan Pemangku Raja.

Beliau berkata, Pemangku Raja boleh melaksanakan kurniaan itu seperti kuasa diperuntukkan mengikut Perlembagaan Kerajaan Kelantan.

Jumaat lalu, media melaporkan Sultan Kelantan menitahkan semua acara sempena Hari Keputeraan Ke-60 baginda tahun ini tidak dilangsungkan termasuk pengurniaan gelaran, darjah dan pingat kebesaran.

Titah perkara itu disampaikan menerusi Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mengaku Setiausaha Sulit baginda di Istana Mahkota Kelantan.

Menurut laporan itu, Wan Hashim berkata surat memaklumkan keputusan yang diambil baginda itu sudah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 17 Februari lalu dan perkara sama turut disampaikan kepada Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat, serta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan.

Sementara itu, Musa berkata pihaknya akan mengambil tindakan atau menjalankan siasatan selepas menerima arahan daripada ketua unit pasukan bukannya menerima arahan daripada pihak ketiga yang tiada kaitan dalam pasukan.

Katanya, beliau sudah menasihati anggotanya supaya tidak menerima sebarang arahan atau perintah daripada orang luar kerana ia jelas mencemarkan kredibiliti PDRM.

"Jika ada orang luar yang berbuat demikian maka ia bertentangan dengan Akta Polis dan akan mengurangkan keyakinan orang ramai kepada kami.

"Kita menjalankan siasatan pada semua kes yang dilaporkan tanpa mengira pangkat atau darjat mahupun parti politik dan siasatan dilakukan kerana ia merupakan tugas utama PDRM dalam menguatkuasakan undang-undang," katanya.

Semalam, Musa dilaporkan mendedahkan kebelakangan ini seperti ada tekanan sama ada dari pihak parti politik atau orang tertentu dan tekanan itu mungkin kerana ada pihak yang kurang selesa dengan tindakan yang beliau arahkan.

Katanya, hanya Ketua Polis Negara saja yang boleh memberikan arahan berdasarkan Seksyen 4 Akta Polis 1957.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata siasatan terperinci mengikut Akta Hasutan sedang dilakukan terhadap semua laporan polis oleh beberapa pihak berhubung kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, di Dewan Rakyat Rabu lalu.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan dipanggil bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Musa enggan mengulas lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan. - Bernama

-sumber-

PAS komited calon PR lawan BN

Bahang Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN)Sarawak semakin hangat dengan pengumuman persediaan bajet Pilihanaraya daripada Suruhanajaya Pilihanraya minggu lalu. Kebanjiran pimpinan Barisan Nasional(BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) memperkuatkan lagi spekulasi ini. Laporan media tentang kesediaan parti komponen PR disamping pengumuman hasrat untuk bertanding dikerusi DUN sekitar Utara Sarawak khasnya Miri dan Bekenu membuktikan kesungguhan setiap parti komponen PR dalam merampas kerusi DUN sekitar Miri dan Bekenu daripada BN.


PAS Miri menghormati pendirian setiap komponen Pakatan Rakyat kerana setiap kerusi DUN pada dasarnya, secara kolektif calon yang akan dibantu dan disokong sepenuhnya oleh PAS, adalah calon Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS,PKR,DAP dan SNAP. PAS Miri akan meletakkan kepercayaan penuh pada kepimpinan Pusat dan Negeri dalam mengesahkan calon yang akan bertanding bagi kesemua 71 kerusi di Sarawak.

PAS Miri juga menyatakan sokongan penuh pada cadangan pertembungan satu lawan satu antara PR dan BN;kerana dengan kukuhnya jentera PR kini;kami yakin Pilihanraya DUN ini akan membawa tsunami politik seperti yang berlaku pada Mac 2008 lalu. Kemunculan golongan pengacau seperti Parti Cinta Malaysia(PCM) tidak lebih sekadar satu usaha terdesak BN untuk memecahkan undi PR,akan tetapi PAS yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengan usaha buruk BN ini.

Politik yang kita majukan adalah berteraskan Politik Li Ta’arafu – politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS menegaskan menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negari bersama setiap rakan PR dalam mengambil alih tampuk pemerintahan dari regim BN/Taib Mahmud yang telah mendatangkan banyak kegagalan dalam sudut pentadbiran di negeri ini.

Isu tanah NCR;salahguna kuasa;masalah penderaan kaum Penan;hak bumiputera Sarawak adalah antara rangkaian kegagalan BN.PAS Miri menegaskan akan terus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku dalam lanskap politik negara berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal.

Bagi PAS Miri;jentera parti kini sudah siap siaga untuk melakukan kejutan,ditambah dengan kerjasama erat bersama PKR,DAP ,SNAP untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. PAS Miri yakin dengan gerakerja yang berterusan bermula dari PR DUN 2006 lalu ;serta sokongan penduduk tempatan amat memberansangkan lantas bakal diterjemahkan pada undi PR DUN akan datang.

Kempen Jom Sertai PAS dan Pelancaran Tabung PR DUN Sarawak memberi signal positif dalam satu usaha yang lebih gigih dalam membawa satu sinar baru pada politik Sarawak yang maha gelap sepanjang pentadbiran Taib Mahmud. Ayuh bersama PAS dan Pakatan

Rakyat untuk perubahan cemerlang Sarawak.

PAS Kawasan Miri

’PAS FOR ALL’

Sabah: Kami mahu jalan raya!

PENSIANGAN: “Permintaan kami tidak banyak, cuma mahu kerajaan memberi pertimbangan membina jalan raya atau laluan sesuai ke Kampung Saliliran,” kata Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Saliliran dekat sini, Angim Sula, 45.


Beliau berkata, penduduk terpaksa meredah hutan belantara, mendaki lima bukit dan merentasi anak sungai kira-kira enam jam sebelum tiba ke Kampung Sinapar sebagai kawasan terakhir sebelum menaiki perahu ke Kuala Salung, Nabawan.

Katanya, untuk meneruskan perjalanan menggunakan perahu ke Kuala Salung, penduduk kampung memerlukan enam jam dan keadaan bertambah mencabar jika musim banjir melanda. “Itulah laluan kami jika mahu ke pekan Pensiangan atau Keningau. Bagi penduduk kampung, ia mungkin perkara biasa dan dalam dua atau tiga jam sudah tiba ke Kampung Sinapar.

“Bagaimanapun, bagi orang luar khususnya golongan guru atau kakitangan jabatan dan agensi kerajaan yang datang ke sini, keadaan ini agak menyulitkan.

“Kalau ada penduduk sakit dan memerlukan rawatan segera, laluan itu memang tidak membantu. Jika banjir pula, kami tidak dapat bergerak ke mana-mana,” katanya ketika ditemui Berita Harian di sini, baru-baru ini.

Perjalanan ke Kampung Saliliran lazimnya mengambil masa dua hari menaiki perahu dari Kampung Kuala Salung, Nabawan, sebelum berjalan antara lima hingga enam jam dari Kampung Kuala Sinapar Pensiangan manakala perjalanan menaiki helikopter mengambil masa 45 minit.

Majoriti daripada 120 penduduk daripada 24 keluarga di Kampung Saliliran berbangsa Murut dan kebanyakannya menjadi petani.

Bekalan air diperoleh menerusi paip graviti atau sungai manakala bekalan elektrik menggunakan generator.

Kampung itu mempunyai sekolah rendah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Saliliran yang menempatkan murid Tahun Satu hingga Enam yang dikategori sebagai Pedalaman 3 (P3) dan juga sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) serta rumah guru.

Kampung Saliliran bersempadanan dengan Kalimantan, Indonesia, dengan hanya kira dua jam perjalanan untuk tiba ke negara berkenaan.

Angim berkata, ketiadaan jalan raya sempurna menyukarkan mereka memperoleh bekalan barangan keperluan dari Pensiangan atau Keningau.

“Kalau sungai naik disebabkan hujan lebat, kami tak berani menyeberang. Jika ada bekalan makanan, syukurlah tetapi kalau tidak sempat menyimpan, kelaparan kami.

“Bayangkanlah jika kami yang sudah berpuluh tahun tinggal di sini pun gerun dengan perjalanan mencabar seperti itu, apa lagi kumpulan guru termasuk dari Semenanjung yang baru tinggal di sini,” katanya.

Beliau berkata, kemudahan sekolah juga perlu ditingkatkan termasuk menyediakan asrama supaya murid dari kampung pedalaman tidak tercicir daripada mendapat pendidikan.

Guru berasal dari Kluang, Johor, Hamzah Abdul Kadir, 30, mengakui ada kalanya barang keperluan yang dibeli di pekan rosak kerana terjatuh dalam perjalanan pulang.

“Jika membeli barang di pekan, lazimnya kami menyewa porter untuk mengangkat barang keadaan laluan, tetapi perjalanan meredah hutan dan bukit serta anak sungai menyebabkan ada barang rosak dan pecah.

“Banyak kemudahan belum ada di sini termasuk perpustakaan. Anak-anak tidak ada pusat rujukan dan bahan bacaan bermutu,” katanya.

-sabahdaily-

SI BANJAR UNGULAN,MAGUN ILAH KATAK JUAK

"ahahhah..haha......aku nak RM 2 juta ditambah dengan beberapa bebinian oi najib,luas sikit mulut nganga,nyaman mengandak duitnyak.."mungkin itu yang sedang ikatakan oleh ADUN  banjar ungulan ini.

-parit.com-

Dewan Pemuda Masjid saman SIS Forum

Dewan Pemuda Masjid Malaysia hari ini memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap SIS Forum (Malaysia) bagi menuntut perisytiharan bahawa nama organisasi itu yang sah di sisi undang-undang bukanlah Sisters In Islam.

Pengarah Eksekutif dewan berkenaan, Mohd. Taqiuddin Abdullah memfailkan saman itu selaku pemohon dengan menamakan SIS Forum (Malaysia) selaku responden.

Dalam saman pemula itu, beliau memohon mahkamah mengeluarkan perintah bahawa SIS Forum tidak dibenarkan atau dilarang daripada menggunakan nama Sisters In Islam sebagai nama dan pengenalan.

Larangan itu juga termasuk menunjukkan identiti responden dalam mana-mana risalah, surat menyurat, penerbitan atau kenyataan responden sama ada di Internet, media cetak dan elektronik sehingga ia dibenarkan di sisi undang-undang.

Selain itu, Dewan Pemuda Masjid juga memohon mahkamah memaksa responden mengeluarkan nama Sisters In Islam daripada papan tanda laman web responden, bahan-bahan cetak dan penerbitan responden.

Mereka juga menuntut agar responden dihalang daripada mengedarkan bahan-bahan terbitan, cetakan dan siaran menggunakan nama berkenaan sehingga dibenarkan secara sah di sisi undang-undang.

-malaysiakini-
SIS ni antara 'tangan-tangan' liberaal ....paling celaka dan sangat licik berlindung di sebalik nama Islam,menjadi tali barut orentalis barat dan puak celaka di Malaysia....

-parit.com-

PERMAINAN POLITIK NAJIB CONDONG ERA KEZALIMAN MAHATHIR!

Apa yang best pasal 1 Malaysia ni?Aku tak rasa ape-ape yang best pun..korang rasa macam best ker?1 Malaysia tak lebih dari satu slogan nak menyamaratakan kehidupan manusia di Malaysia.Boleh ke macam tu???

Aku secara peribadi tidak menyokong ayat 1 Malaysia ni...Kalau Islam for All tu...ok la..Najib bagi nama ni kononnya nak meniru zionis sekarang(memang zionis sedang besatu)....Itu yang Najib kagum tu ...tapi apekejadah nak kagum dengan Zionis/yahudi ni,memang sekarang mereka hebat(tapi hebat dari segi kebathilan)...serupa dengan Malaysia!sangat yakin kononnya,inilah cara terbaik menyatukan bangsa dengan meletakkan slogan palsu dan retorik...boleh gak kita katakan just for cover masalah krisis identiti yang membelenggu kepala hotak,kredibiliti dan tak ketinggalan 'bini puaka' dia tu.

Bini Najib ni jenis suke main bomoh dan percaya benda khurafat...kalau perasan,sekarang dah banyak cerita tentang hantu,toyol dan sihir kat tv...apa ini semua???memang tv sekarang seolah-olah sedang menyampaikan mesej kepada kita bahawa,wanita nombor satu ni sangat aktif dengan 'puaka'...boleh fikir sendiri kut???

Ingat satu lagi...Najib sedang membawa imej pembunuh,penjenayah dan pemutarbelit,harap korang boleh 'baca' apa yang sedang berlaku di 'belakang'....karekter anggota keselamatan di 'atas nu'...

-parit.com-