tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

21 July 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR



Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

NONEKetua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".
NONE
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

Johnson (bawah, kiri) juga tidak pasti sama ada polis akan datang semula bagi tujuan itu ke pusat pentadbiran PKR itu selepas ini.

NONE"Itu mereka runding langsung dengan Badrul," katanya.

Pada 12 Julai lalu, polis telah membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja Badrul buat kali pertama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh
berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.
Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata beliau telah menyerahkan komputer ribanya di ibupejabat polis Seremban.

Katanya, beliau ke balai tersebut pada jam 5.30 petang dan beredar sejam kemudian.

"Polis berjanji akan memulangkan komputer riba itu dalam tempoh tiga atau empat hari lagi selepas diperiksa oleh pegawai forensik.

"Tidak ada soal siasat, cuma pihak polis merakamkan percakapan saya mengenai penyerahan komputer riba tersebut," katanya Badrul Hisham yang juga ketua PKR cabang Rembau.

Kira-kira 15 penyokongnya, termasuk ADUN Paroi dari PAS, Taufek Abd Ghani, hadir sama untuk memberi sokongan kepadanya.

MK

-ntah leeeeeee_-Parit.Com

Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima RM25 000


9 Syaaban 1431 H
Oleh: vital vtc

Pada 26 Oktober 2009 telah berlaku satu insiden yang menyedihkan di Kuala Dipang, Kampar. Tiga murid sekolah rendah telah mati lemas akibat keruntuhan sebuah jambatan gantung di Kuala Dipang.

Mangsa kejadian itu ialah Divyasri (12), Dina Devi (11) dan Devatharshini (11). Mereka menghadiri program Kem 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Pakatan Rakyat Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan melaporkan insiden jambatan runtuh ini.

Jawatankuasa ini diketuai oleh YB V.Sivakumar (Tronoh) dan ahli-ahlinya ialah YB Chang Lih Kang (Teja), YB Thomas Su (Pasir Pinji) dan YB Khalid Idham Lim (Titi Serong).

Jawatankuasa tersebut telah melaksanakan siasatan dengan sempurna dan telah melaporkan hasil siasatannya kepada orang ramai. Pada masa yang sama YB Sivanesan (Sungkai) sebagai seorang peguam telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh mewakili keluarga mangsa.

Jawatankuasa Siasatan Jambatan Kuala Dipang Pakatan Rakyat telah mendedahkan punca-punca keruntuhan jambatan itu dengan jawapan teknikal. Jawatankuasa dibantu oleh jurutera pakar, juru ukur tanah bertauliah dan pakar-pakar yang lain.

Kementerian Pelajaran juga telah melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu bagi pihak kerajaan. Jawatankuasa itu juga telah menyiapkan hasil siasatan tetapi ianya tidak didedahkan untuk makluman orang ramai. Kementerian Pelajaran seharusnya lebih telus dalam soal ini kerana kejadian ini telah meragut tiga nyawa kanan-kanak yang tidak berdosa. Pendedahan ini akan menghalang kejadian seperti ini supaya tidak berulang sekali lagi.

Pada 6 Julai 2010, rombongan Jawatankuasa Kuala Dipang Pakatan Rakyat bersama-sama dengan keluarga mangsa telah pergi ke Parlimen untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Satu temubual telah diadakan selama 1 jam di biliknya di Parlimen. Dalam perbincangan itu 2 perkara ditimbulkan iaitu:

1) Meminta supaya Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siatan jambatan runtuh tersebut kepada orang ramai secepat yang mungkin. Tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat tanpa tolak-ansur.

2) Mendapati sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengutip sumbangan derma untuk keluarga mangsa. Tetapi, keluarga mangsa tidak menerima apa-apa dana daripada pihak sekolah mahupun kementerian hasil kutipan sumbangan tersebut. Meminta Timbalan Menteri menyiasat hal ini dan menyerahkan sumbagan yang dikutip kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Selepas itu, dalam tempoh 2 minggu keluarga mangsa menerima satu surat jemputan daripada SK Tamil Manbang Diawan untuk menghadiri satu majlis di sekolah pada 16 Julai 2010. Dalam majlis itu, Timbalan Pengarah PPD kampar En Azlan telah menyerahkan cek berjumlah RM 25312.55 kepada setiap keluarga. Ini merupakan sumbangan yang dikutip daripada sekolah-sekolah di seluruh Perak yang berjumlah RM75937.65.

Ini merupakan sumbangan yang dikutip di sekolah-sekolah di Negeri Perak. Jika sekiranya sumbangan sedemikian ada juga dikutip di tempat-tempat lain, sumbangan itu harus disalurkan kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih tidak terlepas daripada tanggungjawab. Laporan siasatan Kementerian Pelajaran harus didedahkan kepada orang ramai. Itulah matlamat dan permintaan ibu bapa mangsa yang masih tidak keluar daripada trauma kehilangan anak kesayangan mereka. Mereka mahu mengetahui kebenaran dalam kejadian yang buruk ini.

Kerajaan harus mengaku bersalah kerana melancarkan kem 1Malaysia ini tanpa perancangan yang rapi dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah.

Salah seorang bapa mangsa meminta pihak media melaporkan fakta-fakta yang benar mengenai kes ini supaya ia tidak disongsangkan atau memudaratkan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Ad Hoc Pakatan Rakyat yang membantu dalam hal ini.
 
 
 
 

UMNO SEMAKIN SESAK DAN MENYESAKKAN....

UMNO Sudah Terlalu Terdesak- Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka.  Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (
gambar) dalam blognya.



"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.
 Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.



naik meluat aku tengok UMNO sejak akhir-akhir ni,nak berbaik dengan PAS...ni semua agenda politik sempit dan mufti bangsa ni macam pencacai dibuatnya..._Parit.Com