tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

20 November 2010

ZAID SAMA SEPERTI ANWAR IBRAHIM?BIO BETUL TAJUK TU....

Zaid umpama satu ujian untuk PKR.Baru sertai PKR sudah mampu untuk buatkan PKR kacau bilau.(sebenarnya takde ape pun)Tapi bagi aku,tindakan Zaid ni pastinya memberikan satu peringatan kepada PKR khususnya untuk membenarkan orang politik sertai mereka.Jika orang biasa kemungkinan sebegini tidaklah memberi kesan sangat.Paling kuat pun boleh mengurangkan undi setempat{dun/parlimen).Sedangkan Zaid sudah boleh memcahkan PKR kepada beberapa bahagian pengikut.Bukankah ini merbahaya kepada PKR,kesannya kepada PAS dan DAP agaknya tidak seberapa.

Anggaplah cabaran dari Zaid ini satu lumrah perjuangan yang perlu dihadapi secara berhujjah dan tak perlu melakukan 'pukul curi'.Zaid cuba menjadi seperti Anwar Ibrahim,sedangkan pengalaman politik mereka adalah terlalu berbeza.Zaid tidak mengalami apa yang dihadapi Anwar pada tahun 1998.Zaid hanya mengalami sedikit pengalaman politik yang tidak mencabar,malah seolah-olah dilindungi pihak tertentu dalam kerajaan.Susah nak memikirkannya?Memang itulah lumrah politik tanahair,jika kita tidak biasa dengannya,mana mungkin kita boleh memikirkannya.

Bagi aku,Zaid cuba mencari identitunya sendiri,dan biarkan dia dengan cara hidupnya,jika dia berada dalam kebenaran,mengapa kita perlu takut,demokrasi sebegini perlu dipupuk dalam PKR.Tapi jika ada niat yang  jahat,biasanya tidak kekal lama,malah mungkin bersifat sementara dan tidak relevan lagi.sedangkan PKR masih bertahan 12 tahun.Pastinya jauh panggang dari api.

PARIT.COM

17 November 2010

TERISTIMEWA UTK KERAJAAN MALAYSIA


ADAKAH ANAK-ANAK ANDA TIDAK BOLEH JADI BEGINI???

30 October 2010

MB KESAYANGAN HARUSSANI....



 Kerja Zambry -    PARIT.COM

BURUK SIKU

    Larangan Menarik Balik Sedekah

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya:”Bahawasanya Umar bin al-Khattab telah bersedekah kuda fi sabilillah . Kemudian didapatinya kuda itu dijual orang dan dia bermaksud hendak membelinya. Namun sebelum itu dia pergi menemui nabi meminta nasihat baginda. Nabi bersabda kepadanya:” Janganlah engkau ambil kembali sedekahmu.”
 
(al-Bukhari)
Huraian :
Orang yang paling hebat dan paling kuat adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus, dan ikhlas tanpa adanya unsur-unsur untuk menunjuk-nunjuk ataupun keinginan untuk diketahui oleh orang lain. Ini disebabkan naluri manusia sebenarnya selalu rindukan pujian, penghormatan, penghargaan, ucapan terima kasih dan sebagainya. Bahkan di hati kita pun selalu terdetik untuk mempamerkan segala apa yang ada pada diri kita ataupun segala apa yang boleh kita lakukan. Apalagi jika yang ada pada diri kita atau yang sedang kita lakukan itu berupa kebaikan. Manakala menarik balik sedekah pula adalah satu perbuatan yang disifatkan oleh rasulullah s.a.w di dalam sebuah hadith sebagai memakan semula sesuatu yang telah dimuntahkan oleh seseorang. Ini menunjukkan bahawa ia adalah perbuatan yang buruk dan amat memalukan Sesungguhnya sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala, dan melipatganda rezeki seseorang; sebutir benih menumbuhkan tujuh tangkai, yang pada tiap-tiap tangkai itu terjurai seratus biji. Ertinya, Allah yang Maha Kaya semestinya akan membalas setiap sedekah itu hingga tujuh ratus kali ganda.
 

27 October 2010

APE KE HE YOP!???

Aku pelik betul la....sejak beberapa minggu ni,elektrik kat rumah ni macam tak cukup 'power' je...ada masa-masa boleh padam sendiri,tv elok pulak tu....

Ape ke henye yop!???udoh tak mandang apinye!!!.Bil aku bayo,memang le kekadang tu mis sampai 2 bulan,tapi idok pernoh aku tak bayo....bayangkan sedap-sedap menulis ni,tetibe je padam PC ni he...hangin yop!!!..kalo aku nulih sikit takpe juge,ni beratus ayat...letih korjenye...
Sambil-sambil aku komplen api Malaysia ni,nak juge aku ulas PRK Galas....Ade orang tue kat kampung aku kate,kita susah nak menang.KITE tu sape'PAS ke PR...kalau PR memang pun susah nak menang,tapi kalau PAS,insya ALLAH...kemenangan di tangan ALLAH...

Aku doakan kejayaan batalion perang PR kat sana....aku memang tak daya nak ke sana...ate..asyik dengan koje je...bile nak kempen nye....Aku kempen kat blog dah le....bio le oang lain pulok kempen  kat sana...ikut le mana kelebihan kite masing-masing...

Tapi...aku berani kate...yang tinggal di GALAS cume 51% PR dan 49% BN....yang lebih aku tak reti nak komen...ok....aaaa....ade satu bende lagi,member aku ada bagitau aku supaya slowdown sikit he kat tempat dia(PARIT le tu),ntah le ape ke henye???...iye le yop....aku cume nak ngabokan je...geram aku nengok nye...tapi udoh mike cakap macam tu...ape aku nak komen lagi...ape-ape he yop PARIT,boleh IGM aku ek?...aku standby any time untuk PR kite ni....time to solat..dah solat ke?


PARIT.COM

25 October 2010

HENTIKAN JADI BARUA UMNO.

Nampaknya Dango Mamamat udah tak berani cerita lebih-lebih(sebab takde bukti).Itule pasainye teman ngabokan,mike tu mecah belah PR,hentikan le kerje jahat macam ni....merugikan PAS je....merugikan PKR...

Cerita kedai kopi ni,setakat sembang deras je,bukti takde...yang kita lak,sambung menyambung dlm blog...kalo lawan UMNO lain ke halnye....

Identiti blogger tu teman dah kenal pasti...mike bukanjauh dari Seri Iskandar....kalo ada yang repot polis kang,naye je muke masuk TV/surat kabor...

Udoh le berita kedai kopi,takde bukti,mike lak bukan orang UMNO(nanti aku panggil tali barut marah pulak)....udoh le tu yop!!!


PARIT.COM

Penyokong Umno tumbuk pegawai kerajaan




Haji Anuar Hashim, Pegawai Perhubungan di Pejabat Ketua Menteri berkata sikap penyokong UMNO yang menyerang seorang Pengawai Penyelaras kurang bijak dan tidak bertamaddun.
Pada 18 Okt 2010, sekumpulan penyokong UMNO yang berjumlah lebih dari 50 puluh orang telah cuba merosakkan rancangan Pegawai Penyelaras, Latif Abdullah dan Ustaz Roshidi untuk mengedarkan terbitan buletin Kerajaan Pulau Pinang, Suara CAT.

Seorang dari mereka yang dikenali sebagai Zuri telah menumbuk Latif di pipi kiri dan kanan. Walaupun Latif cuma bersabar, dia diserang lagi dengan tendangan lutut. Anggota polis yang bertugas menjaga lalu-lintas di jalanraya telah cuba merenggangkan keadaan. Di dalam pergelutan itu, Latif telah terjatuh ke dalam longkang. Akibatnya, butang baju dia tertanggal dan kakinya luka.

Latif telah membuat laporan polis dan dia ditemani anggota polis ke hospital untuk pemeriksaan.

Haji Anuar dan Latif berharap Adun DUN Bertam akan memberi nasihat kepada penyokong UMNO mereka supaya jangan bertindak kasar begini di masa hadapan.
-malaysia-today

14 October 2010

TBO,TEMAN TERSINGGUNG DENGAN PENULISAN MIKE....

PKR  dan Pas Bota ada masalah???biao bebeno yop!setahu aku PKR yang banyak bagi masalah,tapi yang dimaksudkan bukan partinya bermasalah,ahlinye tu ha....bermasalah sesaje......PKR ok...tapi bebudak yang jaga dia tu ha.....pimpinan ok,tapi anak buah dibawah tu haaa....ate.....aku rase deme orang PKR pun sedo...deme tak dapat nak bantu PAS pun dalam PRU...idok sape pun yang kecoh...bile ada program Pakatan Rakyat je....haram tenaga kerje PKR ni nak bantu...dibio je deme orang PAS dan bebudak UNIT AMAL terkontang-konteng jaga jalan,jaga parking....

Idok sape pun kecoh ngatekan PKR tak nak tolong....keme tahu PKR ni baru YOP!,memang susah nak panggil buat keje,idok keme heran,malah keme bagi peluang supaye PKR ni beruubah la hendaknye....idok ngape bio keme keje dulu,keme sanggup ngajo camana nak nak buat koje kat orang PKR...idok sape nak layan keme yang koje untuk Islam ni...

Jangan le mudah sangat percaye cakap2 kedai kopi ni,deme memang nak PKR dan PAS ni bio buat hal masing2..senang UMNO nak buat koje...idok gitu?oleh itu teman sarankan,tak kire le PAS ke PKR ke....kome le tunjang perubahan politik Malaysia....bio kita ni berbeze pandangannye...tapi idok pulak kite ni sanggup nengok PKR dan PAS ni gaduh memanjang.Sebenonye yang banyak tak faham politik ni,bebudak bawah ni he,deme baru mule nak kenal politik...bio le silap sikit2 tu...ape nk simpan dalam hati...

Teman

28 September 2010

UMNO DAN APCO + GENG SONGKOK SENGET(PERKASA)

 wajah ensem pejuang bangsa(kuat lawan islam ni)





 muda-mudi kelahiran UMNO(ntah le anak sape)





 beruk lagi pandai dan tahu islam itu dari Allah dibandingkan ngan UMNO





Melayu(kafir) dan melayu(islam)....kedua-duanya tetap sama bangsa.....warna kulit yang sama....hidung yang hampir sama......tapi kenapa tuhan tu jadikan kita ni dalam bangsa pun bermacam-macam agama...ada yang Islam,buddha,kristian,yahudi(ada ke melayu yahudi?),hindu..dan macam-macam agama....tapi kenapa hanya dalam bangsa Allah suruh bersuai kenal?....

Inilah yang membezakan di antara haq dan yang bathil....yang benar dan yang salah....jika mantan PM,Mshathir sibuk menyalahkan PAS kerana tak mahu bersama UMNO,aku tertanya-tanya juga,nak  bersatu  atas dasar apa?satu Malaysia(dasar yang sesat)?tentu Islam tak bagi..bersatu atas akidah bangsa ni cenderung nak buat zalim je...tu pasal PERKASA pasang songkok tinggi(sengetkan sikit)....cina pakai songkok elok je tak senget..

Umno...nak bersatu je mesti bangsa melayu....tapi korang tengok gerak kerja umno memerintah...bercampur baur,maksiat ibadat...mungkar dan amal....macam ni mana leh sheikh!!!!Tuan Guru Nik Abdul Aziz,berulang kali ingatkan tak leh nak  bersatu atas akidah bangsa ni...tapi UMNO mana leh ikut...pasal kalau ikut PAS punya dasar(Islam),mampus la 'jerung-jerung' dalam UMNO.....

UMNO kalau jalan betul,la ni budak-budak muda tak gila maksiat,jenayah yang semakin kejam dan manusia dah takde cerita lain,nak isi perut,nak isi perut dan nak isi perut..itu le yang dia ajar oleh UMNO dulu kini dan selamanya.....

AKU USTAZ KE,KORANG USTAZ?


 gambar ni takde kaitan ngan tajuk ye....jambul terkeluar tu mufti pun tak berani tegur....jangan main-main hoooo...geli aku nengok jambul tu...




Aku hairan la,pasal apa ustaz-ustaz kat Malaysia ni takut benar nak berjuang bersama PAS.Pelik kan?Mengaji tinggi-tinggi,belajar tak kira masa,kehulu dan kehilir mencari ilmu,last-last tak mau berjuang dengan PAS.

Kalau ustaz-ustaz UMNO tu aku tak heran sangat,tapi yang ni ustaz dari PAS,fikrah PAS dan darah daging PAS.Takkan nak berjuang secara 'sir' kut?Takut hilang 'kerja' ke?kalau alasan macam tu yang diberi,nampak sangat ustaz-ustaz ni tak percaya rezeki Allah.

Sepatutnya orang macam mereka lah yang duduk saf paling depan,bukan orang macam aku atau korang tu.Mungkin inilah kebenarannya,yang nak berjuang tu tak ramai,yang benar-benar beriman tu tak ramai,jadi yang ramai tu orang tak beriman....dan aku suka duduk di kalangan orang yang tak ramai tu....

Jadi...korang fikir la sendiri,sampai bila benda macam ni akan berlaku,tak jauh pun depan mata kita je.......
PARIT.COM

06 September 2010

SALAM RAMADHAN DAN SYAWAL

Salam ramadhan....dan lagi beberapa hari kita akan menyambut syawal pulak.....tahun ni agaknya macam tahun-tahun yang lain....mati atas jalan raya lagi ramai dari mati tua....macam biasa,kemalangan tidak mengenal berapa umur korang.Nasib yang dah tertulis di luh mahfuz...dan dibentangkan kepada malaikat pada malam al qadar.Bila malamnya?mana  ku tahu...!

 UMNO dan BN,macam biasa juga,bagi sedikit gula-gula  'hacks' untuk kelabukan mata  rakyat-rakyat yang dah kelabu.Bagi duit raye RM 500.00.dan ternyata kali ni nampak sangat Malaysia dah kureng duit...dan akhir kata sempena Raya yang bset ni,korang jangan lupa  pesan mak ayah,bawa kereta elok-elok,slow n steady....jangan kela kelibut nak cepat,nanti memang cepat sungguh sampai....ye sampai ke liang lahat!

ok...cukup sekadar ini....dari aku PARIT.COM

18 August 2010

Makan Buah-Buahan Dahulu







Kalau kita meneliti ayat al-Quran ketika membicarakan tentang makanan penghuni syurga, Allah SWT telah menyebut tentang 'buah' dahulu sebelum menyebut tentang 'daging'. Hal ini mungklin ada kaitan dengan kesihatan manusia kerana buah mengandungi kandungan 'gula ringkas' yang diperlukan oleh badan manusia terutama ketika kita nak berbuka puasa dan ia adalah sesuatu yang mudah dihadamkan, serta dapat memberi tenaga awal pada tubuh badan kita. Ia juga dapat menghilangkan rasa lapar. Akan tetapi, kalau kita mula makan daging dulu ketika berbuka puasa contohnya, perut kita memerlukan lebih kurang 3 jam untuk memproses penghadamannya. Mungkin inilah hikmah yang dapat kita petik daripada ayat al-Quran dalam Surah al-Waqi'ah ayat 20-21 yang bermaksud: Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. Oleh itu, pastikan semasa kita berbuka puasa untuk kita makan buah terlebih dahulu seperti 'kurma' , selepas itu, barulah makan nasi beserta lauk-pauk yang lain. Selamat Berpuasa!
 

-jangan lupa ye..kita kena makan buah dulu..lepas tu nak melantak lauk biasa ke,apa ke...sapa pun tak kesah...ni dak,dibantainya makan berat-berat...mana tak sakit badan korang tu...-Parit.Com

Exco Pemuda MIC Pusat Cedera Ditembak

KUALA LUMPUR: Exco Pemuda MIC Pusat A.Kalaiarasu cedera ditembak di perut dan tangan kiri ketika sedang minum bersama rakannya di sebuah kedai kopi di Jalan Datuk Harun, Kajang dekat sini, Rabu.

Ketua Polis Kajang ACP Sakaruddin Che Mood berkata dalam kejadian pada pukul 6.45 petang itu, Kalaiarasu, 49, ditembak dengan sepucuk pistol automatik oleh seorang lelaki yang memakai topi keledar dengan penutup muka penuh dan jaket hitam.

"Dua tembakan dilepaskan ke arah mangsa dan mengenai badannya. Suspek kemudian melarikan diri menaiki motosikal bersama-sama rakannya yang sedang menunggu di luar kedai itu," katanya ketika dihubungi Bernama, Rabu.

Sejurus kejadian itu, beliau berkata mangsa melarikan diri melalui pintu belakang kedai dan meminta bantuan di Balai Polis Kajang yang terletak kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

"Mangsa membuat aduan pada anggota di balai polis itu sebelum anggota saya menghantar mangsa ke Hospital Kajang.

"Menurut mangsa, kedua-dua suspek berumur lingkungan 20an dan melarikan diri menaiki motosikal kapcai. Bagaimanapun mangsa tidak dapat mengecam nombor pendaftaran motor itu," katanya.

Sakaruddin berkata mangsa kini dalam keadaan stabil dan polis akan mengambil keterangan daripada saksi di tempat kejadian dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.

Polis menyiasat kes itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh, katanya.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

- BERNAMA

-mungkin sekarang budak-budak mic,mca dan umno ni dah mula jadi mereng...apa punya orang daa....tapi kalau bab tembak ni banyak berkaitan dengan samseng along,pembunuh upahan,dendam dan saja-saja suka tembak orang,sebab terpengaruh dengan game GRAND THEIF AUTO....mungkin!-Parit.Com

12 August 2010

SALAM RAMADHAN YANG PENUH DENGAN KERINDUAN....

Bulan Ramadhan yang paling best sebenarnya.....walaupun dalam hati ni bukannya hebat sangat imannya...tapi....kerana kecintaan aku pada Islam,maka aku rela menjadi 'susah' dalam bulan ramadhan...

Puasa ni kena kontrol sikit mengata tak tentu hala ni.....kepada semua kengkawan internet yang ternanti@ penulisan aku ni....aku akui..aku memang jarang masuk blog..ini semua kerana kesibukan aku melayari kehidupan penuh onak dan duri...hallamak..ayat tu yang power.....!!!

Rasanya buat sekatak ni ok kut....harap2 aku ni tak 'mati awal' leee......moga PARIT.COM terus berkembang dan maju jaya..takbir!

Parit.Com

02 August 2010

Tun Ling boleh tidur selesa

Bila saya baca pertuduhan terhadap Tun Dr Ling Liong Sik bahawa dia telah menipu Kabinet mengenai harga tanah dari Kuala Dimensi Sdn Bhd untuk projek PKFZ, saya tidak tahu sama ada patut menangis atau ketawa.
Ini mungkin kali pertama di dunia di mana seorang bekas menteri - seorang individu yang berjawatan tinggi di dalam pentadbiran kerajaan - telah dikenakan tuduhan sedemikian. Tetapi di Malaysia, semua boleh.
Mengikut pertuduhan, tanah seluas 1,000 ekar itu bernilai RM25 satu kaki persegi. Tetapi pendakwa akan membuktikan yang Tun Ling tidak memberitahu Kabinet Malaysia bahawa harga itu termasuklah kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setiap tahun untuk tempoh pembayaran ansuran selama 15 tahun berdasarkan kaedah deferred payment (bayaran tertangguh).
Kononnya, Tun Ling telah menipu Kabinet, kerana perjanjian yang telah difahamkan adalah bahawa RM25 skp itu termasuklah faedah yang dikenakan. Namun, Ling telah meminta kelulusan Kabinet untuk membeli tanah itu pada kadar RM25 skp DAN juga membayar faedah 7.5 peratus yang dipersetujui.
Sebenarnya, Tun Ling tahu bagaimana mengatasi pertuduhan ini dengan mudah sekali. Sebab itulah dia nampak tersenyum dan relaks sahaja.
Saya berasa sedih kerana skandal melibatkan wang rakyat ribu juta ini dimain-mainkan oleh kerajaan.
Saya ingin menujukan beberapa soalan mudah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Mereka menteri yang senior, dan malah, Najib berpangkat timbalan menteri pada masa itu.
Jadi, jawab lah.
Pertama: Projek ini diluluskan di bawah pentadbiran Tun Mahathir pada tahun 2002 atas kepercayaan yang ianya boleh untung besar tanpa duit kerajaan (self financing) dan tidak memerlukan perbelanjaan Kerajaan. Senario yang kini wujud adalah satu bebanan kepada rakyat yang dianggarkan mencecah RM12 ribu juta - bagaimanakah situasi sebegini berlaku?
Kedua: Kabinet pada awalnya meminta tanah 1,000 ekar itu diambil alih melalui Akta Pengambilan Tanah 1960 pada kos RM10.16 skp. Adakah patut tanah itu dibeli dengan harga RM25 skp jauh dari harga pasaran, termasuklah caveat dan cagaran?
Ketiga: Surat Sokongan (letters of support) oleh Tun Ling dan bekas timbalan presiden MCA Chan Kong Choy untuk kontraktor KDSB yang dikeluarkan tanpa kebenaran ataupun kelulusan Kementerian Kewangan. Bahkan Peguam Negara juga tidak terlepas butiran ini. Mengapakah Kabinet telah memberi kelulusan secara retrospektif terhadap perkara ini dan meluluskan kos dan perbelanjaan projek tersebut yang kini melambung kepada RM4.6 ribu juta?
Kalaulah sudah dihalalkan segala kepincangan, legal violations, cost overruns dan memberikan kelulusan untuk projek tersebut, mengapakah harga sebenar tanah tersebut masih tidak diketahui?
Mustahil Kabinet tidak tahu yang pembayaran tanah itu adalah secara beransur (deferred payment) selama 15 tahun. Takkan menteri-menteri yang pintar tak sedar bahawa bila ada deferred payment, faedah tentu akan dikenakan?
Mustahil harga tanah sebenar tidak boleh dinilai, dan mustahil laporan Valuation Department tidak dikembarkan dalam Kertas Kabinet PKFZ!
Pada pendapat saya, Tun Ling boleh tidur selesa dan tidak perlu kecewa walaupun Chan Kong Choy tidak dituduh.
Tun Ling pun tidak sihat, jadi mesti banyak berehat; tetapi peguam peguam beliau sudah tentu bersedia.
Agaknya, ini akan jadi seperti kes Perwaja lagi wahai rakyat!

Zaid PKR

-No komen...-Parit.Com

Anwar dakwa Jho Low dapat lapangan terbang Sg Besi

Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa jutawan Low Taek Jho, yang lebih dikenali dengan panggilan Jho Low, telah diberikan kontrak pembangunan semula pangkala udara Sungai Besi.

Berucap pada ceramah di Taman Ehsan, Selayang malam semalam, Anwar membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib yang didakwanya tergesa-gesa menswastakan aset negara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Menurut Anwar, senarai itu termasuk Lapangan Terbang Sungai Besi yang dianggap sebagai khazanah nasional kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.
"Ini Jho Low boleh pergi 'enjoy' dengan Paris Hilton. Arak pun jutaan ringgit. Najib dan Rosmah bagi projek. Tender? Tiada. Cadangan projek? Tiada. Bolehkah rakyat terima ini,” soal Anwar.

Pada Jun lalu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kepada Dewan rakyat, lapangan terbang itu yang sekarang digunakan oleh tentera udara akan dipindahkan dan tapak berkenaan diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB).

Ini dilakukan tanpa tender terbuka kerana dakwa Ahmad Zahid masih melalui 'proses yang telus' kerana perjanjian itu tidak menjejaskan kepentingan kerajaan.

PKR mendakwa perjanjian itu bernilai RM500 juta dan dikaitkan dengan Low kerana pembabitannya dengan Lembaga Pelaburan Terengganu yang kemudiannya diperbadankan menjadi 1MDB.

Bagaimanapun pada wawancaranya dengan the Star minggu lalu, Low menafikan dakwaan berkenaan.
"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain.
Tutup mata
"Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," katanya dalam Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan.

Pa
da ceramahnya malam semalam itu, Anwar juga mendakwa usaha mengheret bekas menteri pengangkutan, Tun Dr Ling liong Sik ke mahkamah atas percubaan menipu jemaah menteri pada 2002, hanya percubaan mengaburi mata rakyat.

Ditambah dengan wang ikat jamin RM1 juta yang dikenakan ke atas Ling, Anwar berkata pihak berkuasa cuba menunjukkan seolah-olah mereka serius dalam usaha membanteras rasuah.

"Semasa di Pulau Pinang, rakyat kata: 'Aiyo... RM1 juta begitu tinggi tapi saya kata jumlah itu terlalu kecil bagi Ling,” kata Anwar.

Sambil mengajuk bekas presiden MCA itu, Anwar berkata: "Huh? RM1 juta? Maksud anda RM10?"

Menurut Anwar lagi, terdapat dalang lain yang turut terbabit dalam skandal RM12 bilion Zon Bebas Pelabuhan Klang yang masih bebas.
"P
enyelewengan PKFZ adalah antara keuntungan kecil kepada BN. Terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang tidak diketahui umum tetapi saya tahu.
"Banyak lagi pemimpin BN tidak ditangkap dan disiasat tetapi masih terus diberi jawatan tertinggi untuk sama bantu mengorek keuntungan agar dapat dibahagikan bersama pemimpin-pemimpin BN lain," kata Anwar. 




-dah lama aku tak update blog aku ni...rindunye-Parit.Com

21 July 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR



Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

NONEKetua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".
NONE
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

Johnson (bawah, kiri) juga tidak pasti sama ada polis akan datang semula bagi tujuan itu ke pusat pentadbiran PKR itu selepas ini.

NONE"Itu mereka runding langsung dengan Badrul," katanya.

Pada 12 Julai lalu, polis telah membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja Badrul buat kali pertama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh
berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.
Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata beliau telah menyerahkan komputer ribanya di ibupejabat polis Seremban.

Katanya, beliau ke balai tersebut pada jam 5.30 petang dan beredar sejam kemudian.

"Polis berjanji akan memulangkan komputer riba itu dalam tempoh tiga atau empat hari lagi selepas diperiksa oleh pegawai forensik.

"Tidak ada soal siasat, cuma pihak polis merakamkan percakapan saya mengenai penyerahan komputer riba tersebut," katanya Badrul Hisham yang juga ketua PKR cabang Rembau.

Kira-kira 15 penyokongnya, termasuk ADUN Paroi dari PAS, Taufek Abd Ghani, hadir sama untuk memberi sokongan kepadanya.

MK

-ntah leeeeeee_-Parit.Com

Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima RM25 000


9 Syaaban 1431 H
Oleh: vital vtc

Pada 26 Oktober 2009 telah berlaku satu insiden yang menyedihkan di Kuala Dipang, Kampar. Tiga murid sekolah rendah telah mati lemas akibat keruntuhan sebuah jambatan gantung di Kuala Dipang.

Mangsa kejadian itu ialah Divyasri (12), Dina Devi (11) dan Devatharshini (11). Mereka menghadiri program Kem 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Pakatan Rakyat Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan melaporkan insiden jambatan runtuh ini.

Jawatankuasa ini diketuai oleh YB V.Sivakumar (Tronoh) dan ahli-ahlinya ialah YB Chang Lih Kang (Teja), YB Thomas Su (Pasir Pinji) dan YB Khalid Idham Lim (Titi Serong).

Jawatankuasa tersebut telah melaksanakan siasatan dengan sempurna dan telah melaporkan hasil siasatannya kepada orang ramai. Pada masa yang sama YB Sivanesan (Sungkai) sebagai seorang peguam telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh mewakili keluarga mangsa.

Jawatankuasa Siasatan Jambatan Kuala Dipang Pakatan Rakyat telah mendedahkan punca-punca keruntuhan jambatan itu dengan jawapan teknikal. Jawatankuasa dibantu oleh jurutera pakar, juru ukur tanah bertauliah dan pakar-pakar yang lain.

Kementerian Pelajaran juga telah melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu bagi pihak kerajaan. Jawatankuasa itu juga telah menyiapkan hasil siasatan tetapi ianya tidak didedahkan untuk makluman orang ramai. Kementerian Pelajaran seharusnya lebih telus dalam soal ini kerana kejadian ini telah meragut tiga nyawa kanan-kanak yang tidak berdosa. Pendedahan ini akan menghalang kejadian seperti ini supaya tidak berulang sekali lagi.

Pada 6 Julai 2010, rombongan Jawatankuasa Kuala Dipang Pakatan Rakyat bersama-sama dengan keluarga mangsa telah pergi ke Parlimen untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Satu temubual telah diadakan selama 1 jam di biliknya di Parlimen. Dalam perbincangan itu 2 perkara ditimbulkan iaitu:

1) Meminta supaya Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siatan jambatan runtuh tersebut kepada orang ramai secepat yang mungkin. Tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat tanpa tolak-ansur.

2) Mendapati sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengutip sumbangan derma untuk keluarga mangsa. Tetapi, keluarga mangsa tidak menerima apa-apa dana daripada pihak sekolah mahupun kementerian hasil kutipan sumbangan tersebut. Meminta Timbalan Menteri menyiasat hal ini dan menyerahkan sumbagan yang dikutip kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Selepas itu, dalam tempoh 2 minggu keluarga mangsa menerima satu surat jemputan daripada SK Tamil Manbang Diawan untuk menghadiri satu majlis di sekolah pada 16 Julai 2010. Dalam majlis itu, Timbalan Pengarah PPD kampar En Azlan telah menyerahkan cek berjumlah RM 25312.55 kepada setiap keluarga. Ini merupakan sumbangan yang dikutip daripada sekolah-sekolah di seluruh Perak yang berjumlah RM75937.65.

Ini merupakan sumbangan yang dikutip di sekolah-sekolah di Negeri Perak. Jika sekiranya sumbangan sedemikian ada juga dikutip di tempat-tempat lain, sumbangan itu harus disalurkan kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih tidak terlepas daripada tanggungjawab. Laporan siasatan Kementerian Pelajaran harus didedahkan kepada orang ramai. Itulah matlamat dan permintaan ibu bapa mangsa yang masih tidak keluar daripada trauma kehilangan anak kesayangan mereka. Mereka mahu mengetahui kebenaran dalam kejadian yang buruk ini.

Kerajaan harus mengaku bersalah kerana melancarkan kem 1Malaysia ini tanpa perancangan yang rapi dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah.

Salah seorang bapa mangsa meminta pihak media melaporkan fakta-fakta yang benar mengenai kes ini supaya ia tidak disongsangkan atau memudaratkan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Ad Hoc Pakatan Rakyat yang membantu dalam hal ini.
 
 
 
 

UMNO SEMAKIN SESAK DAN MENYESAKKAN....

UMNO Sudah Terlalu Terdesak- Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka.  Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (
gambar) dalam blognya.



"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.
 Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.



naik meluat aku tengok UMNO sejak akhir-akhir ni,nak berbaik dengan PAS...ni semua agenda politik sempit dan mufti bangsa ni macam pencacai dibuatnya..._Parit.Com 

14 July 2010

SEMOGA KEPUTUSAN 20 JULAI AKAN POSITIF PRK P094 SEKALI LAGI

Mahkamah Tetapkan 20 Julai Dengar Permohonan Batalkan Petisyen Pilihanraya Hulu Selangor
KUALA LUMPUR 13 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Eksklusif: Najib Razak Semakin Terdesak Hadapi Pilihanraya, Bongkar Kebenaran Dianggap Fitnah Tetapi Menfitnah Pula Dikatakan Satu Kebenaran
Bagai sudah dijangka, nampaknya perhitungan politik antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi sekarang ini. Episod hentam -menghentam dan dedah-mendedah kini mula digunakan bagi melihat siapakah yang berada dipihak yang benar. Senario ini jelas sekali menggambarkan kepada kita yang bahang Pilihanraya Umum ke-13 sememangnya semakin terasa. Apakah ini petanda ianya sudah terlalu hampir untuk tiba?. Najib perlu membuktikan bahawa rakyat memang sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO BN selepas beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah. Namun, beliau harus ingat yang mandat yang ada sekarang ini adalah ketika zaman Pak Lah dan bukan hasil usaha beliau sendiri. Lantaran itulah Najib perlu membuktikan kepada dunia bahawa beliau kini memang sudah popular, bukan sekadar statistik seperti yang didedahkan oleh "puak-puak pengampu UMNO" itu sendiri. Bagi membuktikan siapakah yang kuat sekarang ini maka episod "bongkar membongkar" sudah digunakan. Usaha membongkarkan keterlibatan Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan sebagainya kini mula mendapat perhatian rakyat. Malah, kini Najib nampak kian tertekan untuk berhadapan dengan asakan bertubi-tubi berkenaan isu Altantunya. Raja Petra dan P.Balasubramaniam yang diburu, kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan beliau sebenarnya. Lantaran itulah, bagi mempertahankan "kebenaran yang kabur" itu, maka kini Najib dan kerajaannya menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya mereka kini terpaksa membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu, sedangkan dalam masa yang lain mahu rakyat percaya bahawa segala pendedahan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah semata-mata. Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. Mereka fitnah tidak mengapa, tetapi bila ada isu-isu panas dibongkar terhadapnya maka dianggap ianya sebagai fitnah. Untung benarlah jadi kerajaan jika inilah caranya untuk menutup segala penyelwengan yang berlaku. Sedangkan rakyat itu sendiri tahu dan yakin siapakah yang berada dipihak yang benar atau salah.

Membongkar Kebenaran Adalah Satu Kesalahan jika pihak pembangkang membuat apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN maka sudah pasti mereka akan melenting dan melakukan berbagai tindakan. Begitu juga jika ada yang mengeluarkan kenyataan atau isu sensitif yang tidak digemari mereka, sudah pasti dianggap fitnah dan akan berhadapan dengan saman serta lain-lainnya. Inilah dia bukti betapa "gusarnya" puak-puak UMNO BN berhadapan dengan rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendapat maklumat sebelah pihak daripada media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Mana-mana media alternatif yang cuba membongkar apa jua isu yang sememangnya menjadi realiti, maka mereka akan menakut-nakutkan pihak terbabit dan menggunakan berbagai akta yang ada demi menghalang rakyat mendapat maklumat tersebut. Akhirnya mereka menggunakan senjata itu sebagai jalan terakhir untuk menghalang rakyat. Inilah yang berlaku kepada akhbar Suara Keadilan baru-baru ini. Akibat pendedahan tentang isu "Felda Bangkrap" akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tidak menyambung permit mereka. Namun begitu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Keadilan kerana berjaya menerbitkan juga edisi baru mereka biarpun dihalang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Edisi terbaru yang bertajuk "Ada Niat Jahat" kini sudah pun berada dipasaran. Soalnya sekarang, kenapa puak-puak UMNO begitu takut dengan terbongkarnya maklumat-maklumat sulit yang memang menjadi masalah bagi mereka. Umpamanya isu Felda itu sendiri sebenarnya segala maklumat yang didedahkan itu adalah diperoleh daripada sumber dalaman agensi itu sendiri. Mungkin terdapat beberapa pihak yang tidak sanggup lagi melihat team Najib-Yusof Nor-Md Bakke terus merompak duit Felda itu, maka akhirnya mereka membuat pendedahan berani yang cukup panas. Inilah yang menyebabkan pihak itu melenting dan akhirnya cuba untuk "tegakkan benang yang basah". 

P/s  moga-moga-PARIT.COM

AWAS 'GERAKAN BAWAH TANAH '

Gerakan menghancurkan PAS Parit...itu yang mampu aku katakan apabila ada kawan-kawan bagitau kat kau,ustaz ISMI dapat 300 ekar tanah!Sape le gerangan orang 'smart' tu ye?....mana fakta 300 ekar tanah tu?tapi pelik juga sebab yang dok sibuk menghentam pimpinan ni orang PAS macam aku juga..

Apa motif  orang 'smart' tu sibuk hal yang ntah dari mana faktanya...macam ada motif sabotaj je...adakah dia ni antara barua UMNO dlm PAS?..Muka macam baik,pakaian tak pernah comot dan kemas selalu..selau lepak kat kedai kopi di Pekan Parit setiap isnin...(ada pasar pagi)..nampaknya koje dia ni sibuk canang keburukan USTAZ ISMI....

Adakah pimpinan PAS kawasan sedar?..sama-sama kita saksikan tentang kebangsatan BARUA UMNO dalam PAS...nama aku kasi rahsia dulu....

PARIT.COM

08 July 2010

AKU PENING!!!

Aku mohon maaf kat korang sebab lama sangat tak menulis....bukannya tak mau,tapi la ni aku ada krisis identiti....macam-macam berpusing-pusing dalam kepala aku ni...

Isu semasa aku tak tinggal pun....hal felda yang berbelit-belit macam ular....UMNO masa ni bukan main lagi bagi dividen kat peneroka....Kisah Khairy naik tocang....lantak le..lagi bagussss....kes anak luar nikah yg memeningkan satu MALAYA,JUDI BOLA ....dan mufti Perak meracau 'diluar' negara mengadu kat studen perihal PAS...ceh..mufti bangsa ni...lebih-lebih kang...

ok le...sementara ni aku kurang update...tapi jangan tak mau up date lagsung,nanti orang ingat dah meninggal pulak...hahahhaa...

01 July 2010

IANYA BERMULA DARI ANDA DAN DIA...

 ....mula-mula berkenal-kenalan le dulu.....ikhlas sangat le tu...


 ...lepas tu,caling-caling le pulak dah.....hello..saya dah rindu kat awak le sayang.....


 nak rasa hebat sikit,pergi le dating pulak....
 

 ....dah start dating tu,nak lebih sikit,cium-cium.....

 
...peluk-peluk....sayang le katakan...


 
sampai le rasa sedap peluk,nak lebih dari tu pulak...tu sampai teromen tu...


 ...bila dah teromen tu,termengandungle pulak...aduhai...


 
....akhirnya....terbuang le anak ni.....apalah dosanye pada orang yang termengandungkan tu...


 
.... lebih malang lagi....yang buat perangai ni bukan syaithon,tetapi manusia tak berotak.....

Presented By Parit.Com

26 June 2010

KENAL TAK SIAPA DITENGAH-TENGAH TU???

Inilah artis puajaan korang... Baby Restu
 waduhhh....Peninlah....Penin...

23 June 2010

55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.
Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.
Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.
Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya.
PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat. Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini.
Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjada Pilihanraya.
PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

+duit hanya satu perkara kecik je bagi Polis,mohon dana,mesti lulus punye...-Parit.Com

18 June 2010

KAMI BERJUANG DAN SAYANGKAN PALESTINE!!!LEH CAYA KE???


SEKADAR GAMBAR KIASAN


Jom baca benda best pejuang Islam.....

Hebat macam pahlawan..."hancur yahudi"!!! ..itulah yg selalu dilaung-laungkan...."umno lahanat!!!"....."yahudi celaka!!!"bangang punya Israel!!!Israel bapak syaithon!!!umno bangsat!!!....memang best kutuk perangai yg terkutuk...kadang-kadang tu bukan main lagi...sembang kat kedai kopi....siap tampar meja(marah sangat la tu),kononnya marahkan orang UMNO dan Yahudi(Israel).....kalau ada kawan yang nk bertekak....siap nak ambik parang,biar le bermandi darah.....

Tapi itu semua hanya cerita indah semata-mata......tahukah anda......kebanyakkan orang macam ni memang lantang tak bertempat.Mana taknya...sikap nampak memang benci ngan yahudi dan UMNO,tapi kat mulut tu...yang kat mulut tu...diulangi...yang di mulut tu bukankan sebatang rokok dunhill,gudang,marlboro...LM..aik???tadi kata marah Israel....tapi peperangan untuk tidak merokok tu aphal pulak!!!

..tak terlintas ke kat kepala korang,setiap batang rokok(kecuali rokok kilang sendiri)penyumbang besar kepada penyembelihan warga Palestine???warga Gaza dan tahu ke korang,berhenti hisap rokok tu saja lah perjuangan untuk korang yg ketagih....korang jangan ingat Allah tu BUTA!!!aku nasihatkan korang berhenti je lah hisap cirit syithon ni...takde faedah pun.....babi yang Allah haramkan dimakan tu pun tak makan tembakau kalau korang suap,hisap lagi le.....jangan berdalih,tapi katakan lah boleh!!!

hahahahhhah.....kalau kail panjang sejengkal,jangan le nak pancing kat laut dalam tu..........ada otak,sila buat2 ada otak,jangan buat2 tak de otak.....lu pikr la sendiri!!!!nak bantu Palestine konon!!!hari2 bagi dana kat Israel tak perasan lagi ke???........ok le ye....marah ke???aku peduli happa !!!
by

16 June 2010

Tarikh PRU 13 'Mengejutkan Semua Pihak'

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.



Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.


"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.


Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.



Macam nak buat cepat je si Najib ni....-Parit.Com

15 June 2010

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam Islam


Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.


ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA

من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة

“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:
إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة

"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra “Kamu hendak kemana wahai khalifah?” Lalu Abu Bakar menjawab “ Hendak ke pasar.” Mereka berdua pun membalas “ Apa yang kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orang-orang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab “ Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?


Gaji Abu Bakar


Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :


Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :
زيدوني فإن لي عيالا وقد شغلتموني عن التجارة

“ Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.”

Lalu mereka menambah 500 dirham.

Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih

Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan

Hasan bin Ali ra berkata:

Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:
يا عائشة انظري اللقحة التي كنا نشرب من لبنها والجفنة التي كنا كنا نصطحب فيها والقطيفة التي كنا نلبسها فإن كنا ننتفع بذلك حين كنا نلي أمر المسلمين. فإذا مت فاردديه إلى عمر

“ Wahai Aisyah, lihatlah ‘unta yang hampir melainkan anak’ yang kita minum daripadanya, bekas yang digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.”

Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:
رضي الله عنك يا أبا بكر

“ Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.”

Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.

CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT

Umar ra berkata:
إني أنزلت نفسى من مال الله منزلة مال اليتيم إن استغنيت استعففت وان افتقرت أكلت بالمعروف

“ Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih

Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:

Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:
إنما حبسني قميصي هذا لم يكن لي قميص غيره

“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”

Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:

Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:
إن أذنتم لي فيها أخذتها وإلا فإنها علي حرام

“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku mengambilnya.”

Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.

KESIMPULAN

1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?

2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat baru-baru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat (hadis sahih).

4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja. Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk berkempen, tabur janji dan sebagainya.

5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi memastikan ia bertepatan dengan syariat.

6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.

7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima solatnya. Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق رؤوسهم شبرا (أحدها) رجل أم قوما وهم له كارهون

" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."

Hadis sahih riwayat Ibnu Majah

Dr Yusuf Qardawi berkata:

" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."

Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.


Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr Yusuf Qardawi.