tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

19 December 2009

AMK Adakan Demonstrasi Aman, Desak Bebas Jonah Dan Azizi (Kemaskini)


Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.
Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.
Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.
Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.
Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.
Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Ketua AMK Selangor ditahan edar risalah



SHAH ALAM - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor ditahan polis di pekarangan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini dipercayai cuba mengedarkan risalah mendesak Mahkamah Syariah lebih telus dan bebas daripada campur tangan pihak pemer:intah. 

Khairul Anwar Ahmad Zainuddin ditahan bersama Exco AMK, Azizi Ahmad pada jam 2.15 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk siasatan. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kedua-dua mereka akan ditahan kerana dikatakan mengedarkan risalah tanpa permit kepada orang awam yang menunaikan solat Jumaat di Masjid Negeri itu yang dipercayai cuba menghasut orang awam untuk tidak mempercayai kredibiliti mahkamah sivil. 

“Siasatan akan dijalankan dalam tempoh 24 jam ini sebelum memohon reman di mahkamah esok (hari ini) untuk men:jalankan siasatan lanjut di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar risalah tanpa permit. 

“Selain itu, mereka akan turut disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 kerana cuba menghasut orang ramai untuk tidak mempercayai kredibiliti mahkamah sivil,” katanya di sini, semalam. 

Sinar Harian difahamkan, Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dikerahkan ke Masjid Negeri bagi membendung tindakan AMK mengedar risalah berkenaan sejurus selepas solat Jumaat. 

Bagaimanapun tiada kejadian tidak diingini berlaku selain daripada penahanan 'orang kanan' AMK itu untuk siasatan. 

Dalam risalah yang diedarkan, AMK mendesak mahkamah syariah perlu adil, telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak.
Sinar Harian

Jangan tarik subsidi gula


IPOH - Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang menarik balik pemberian subsidi gula menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan rakyat. 

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Taman Meru, Shaharudin Deli berkata, kementerian itu sepatutnya memikirkan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan gula sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk jualan. 

"Sebagai mewakili rakyat berpendapatan rendah, saya membantah tindakan itu. Ini tidak wajar dilakukan. Masyarakat miskin yang terpaksa mencari rezeki dengan menghasilkan kuih-muih akan merana," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mereka mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe yang akan mengurangkan pemberian subsidi gula kepada rakyat. 

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi rakyat negara ini dan harga yang murah menyebabkan pengguna mengambil secara berlebihan menyebabkan komplikasi penyakit. 

Menurut Shaharudin, punca penyakit bukan kerana gula, tetapi banyak bahan lain seperti sayur-sayuran yang disemburkan racun serangga berlebihan, makanan ringan seperti keropok, minuman bergas dan rokok yang ternyata punca utama penyakit. 

Katanya, perkara yang melibatkan keperluan rakyat jangan diperlekeh dan mempersoalkan adakah kerajaan gentar untuk memberi subsidi kepada rakyat. 

Shaharudin berkata, lebih banyak isu lain seperti kekurangan beras subsidi dalam pasaran diabaikan, inikan barangan keperluan seperti gula menjadi sasaran.

Sinar Perak

Di dada Karpal Singh ada 'bulan' - Nik Aziz


SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Karpal Singh ada bulan', merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.




Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.



Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan 'Tok Guru Abdul Hadi'.



Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.



"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.



Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

harakahdaily.net

Dasar bersama Pakatan sasar Putrajaya


Pakatan Rakyat mempertingkatkan usahanya untuk menguasai Putrajaya dengan mengumumkan dasar bersama Pakatan yang menjanjikan pembaharuan segera dan kesaksamaan.




Sebagai respons kepada musuh politiknya, Barisan Nasional, dasar bersama itu berjanji untuk mengurangkan dasar-dasar yang berasaskan kaum dan menggubal akta hubungan kaum dan akta peluang saksama serta dasar-dasar lain yang berasaskan merit seperti pemberian biasiswa kerajaan.





Ia turut menjanjikan layanan istimewa kepada Sabah dan Sarawak - di mana pengaruh Pakatan tidak kuat - dengan menjanjikan akses kepada royalti minyak serta berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sudah lama berlanjutan.



Pakatan juga berjanji untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyelesaikan isu-isu membabitkan isu pendatang haram, yang didakwanya tidak diberi perhatian oleh kerajaan pusat.



Sokongan kuat dari dua negeri Malaysia Timur itu amat penting dalam usaha Pakatan untuk menguasai Putrajaya dalam pilihanraya umum kerana satu perempat jumlah kerusi parlimen adalah dari sana.



Pakatan juga berjanji untuk menangani isu-isu agama yang selama ini telah menimbulkan pergeseran antara parti Islam PAS dan parti sekular DAP.





Di samping itu, Pakatan juga berjanji untuk mewujudkan satu mekanisme yang komprehensif untuk menangani kes-kes di mana berlaku bertindihan antara undang-undang sivil dan Syariah.



Untuk tujuan itu, sebuah suruhanjaya diraja akan ditubuhkan untuk mengkaji secara mendalam isu-isu yang berkaitan dengannya.



Agihan ekonomi negeri



Di peringkat institusi pula, Pakatan berjanji untuk memastikan kebebasan dan ketelusan sepenuhnya Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman bagi memulihkan keyakinan rakyat terhasdap sistem kehakiman.



Pembaharuan lain yang dijanjikan termasuk menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Petronas dan institusi-institusi kerajaan yang lain dipertanggungjawabkan terus kepada Parlimen.





Ini termasuk mendapatkan kelulusan Parlimen bagi pelantikan jawatan penting kerajaan seperti ketua polis negara, peguam negara, pesuruhjaya SPRM dan ketua audit negara.



Mengenai ekonomi, Pakatan bercadang mendesentralisasikan pengurusan ekonomi negara bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan taburan pembangunan yang seimbang.



Cadangan ini termasuk pengagihan kuasa pentadbiran dan ekonomi dan pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur kepada kerajaan negeri.



Dasar Pakatan Rakyat itu merangkumi empat perkara, iaitu demokrasi telus dan tulen; memacu ekonomi berprestasi tinggi, mampan dan adil; keadilan sosial dan pembangunan insan; dan hubungan persekutuan-negeri dan dasr luar negara.berita disini

18 December 2009

TUMPAT, 17 Dis: Royalti atau wang ihsan kata pemimpin Umno sama sahaja kerana bagi mereka tidak ada perbezaan di antara dua istilah tersebut.




Pengerusi Biro Agama Pergerakan Pemuda Umno, Affandi Yusof misalnya menyebut royalti hanya istilah bahasa Inggeris dan wang ihsan bahasa Melayu.



Semua tanggapan itu tersasar jauh kerana royalti terkandung dalam Akta Petroleum 1974, sedangkan wang ihsan tidak ada dalam akta tersebut.



Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, royalti terikat dengan Akta 144 dan mesti dibayar kepada negeri terbabit dua kali setahun iaitu Mac dan Ogos.



“Pembayaran dibuat Petronas pula dalam bentuk tunai dan perlu dimasukkan ke dalam akaun milik kerajaan negeri.



“Sedangkan wang insan tidak terkandung dalam akta tersebut dan ia boleh dibayar kepada sesiapa sahaja. Misalnya kalau kes di Terengganu sebelum ini pernah wang ihsan diberi kepada Ketengah.



“Di Kelantan pula kemungkinan akan dibayar kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan dan lebih istimewa lagi duit tersebut tidak perlu diaudit,” katanya pada ceramah isu semasa anjuran Dewan Pemuda PAS Tumpat di Kampung Berangan di sini, malam tadi.



Hadir sama Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob, Timbalan Speaker Dun Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim dan Ketua Dewan Pemuda PAS Tumpat, Rosli Abdullah.



Tuntutan kerajaan Kelantan ke atas royalti mulai digegerkan Julai lalu setelah menyedari ada laporan mengenai pengeluaran minyak dan gas di perairannya berdasar laporan Jabatan Perangkaan Malaysia.



Perangkaan yang dibuat jabatan berkenaan menyebut Kelantan, Terengganu dan Sabah mengeluarkan petroleum pada 2004 bernilai RM47 bilion.



Biar pun ada menteri dari Kelantan cuba menafikan kewujudan telaga minyak di perairan Kelantan, namun akhirnya Perdana Menteri sendiri mengakui perairan negeri terbabit mempunyai sumber minyak dan gas.



Pada persidangan parlimen pada 4 November lalu, Datuk Seri Najib Razak memberitahu kerajaan pusat akan memberi wang ihsan kepada kerajaan Kelantan mulai tahun depan.



Salahuddin yang juga anggota parlimen Kubang Kerian berkata, Akta 144 ditulis bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas bagi membantu Tengku Razaleigh Hamzah yang bertanggungjawab mengasaskan kewujudan Petronas ketika itu.



Menurutnya, kerajaan Barisan Nasional sekarang menerima tekanan hebat berkaitan isu royalti minyak apabila semua anggota parlimen Pakatan Rakyat sepakat memperjuangkannya.



“Setiap kali ada ruang kita bercakap isu royalti di Dewan Rakyat kita perjuangkan sehingga terpaksa dijawab Perdana Menteri sendiri.



“Oleh itu rakyat Kelantan tanpa mengira ideologi politik perlu memperjuangkan tuntutan royalti minyak bagi membolehkan ia dinikmati rakyat secara saksama,” katanya.



Menurutnya juga beliau pernah mencabar Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz untuk berdebat isu royalti pada bila-bila masa sahaja.



Mohd Zaki berkata, sekiranya wang ihsan disalur melalui JPP rakyat Kelantan tidak dapat menikmati manfaat sepenuhnya.



“Ini kerana kita tahun sejak diwujudkan JPP lebih 19 tahun di sini peranannya tidak banyak membantu kerajaan negeri. Orang kampung hendak dapatkan peruntukan membaiki madrasah pun susah.



“Sebab itulah kita tetap menuntut seperti mana yang terkandung dalam perjanjian di antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975,” katanya.



Timbalan Menteri Besar berkata, sekiranya royalti petroleum diperolehi banyak masalah rakyat dapat diselesaikan termasuk menyediakan prasarana lebih sempurna di sekolah-sekolah agama.



Katanya juga setiap tahun kerajaan negeri terpaksa menyediakan peruntukan besar kepada sektor pendidikan sehingga mencecah RM70 juta.



Salahuddin juga berkata, anggota parlimen Pakatan Rakyat akan memastikan Biro Tata Negara (BTN) tidak lagi diteruskan kerajaan memandangkan ia tidak membantu mencapai matlamat mewujudkan integrasi nasional.



“Apa yang diajar ketika latihan di BTN ialah membenci kaum bukan Melayu dan melemparkan tomahan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat,” katanya.



Menurutnya, biar pun kerajaan telah menggunakan duit rakyat begitu besar, namun perpaduan kaum tidak juga tercapai.



Kata beliau tahun hadapan sebanyak RM60 juta disediakan kerajaan kepada BTN bagi mengendalikan kursus tata negara kepada pegawai kerajaan dan pelajar.
 

KLIK disini,harakahdaily.net

Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.




Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."





Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.



Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.



Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".



"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.



Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."



"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.



Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:



"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi." BERNAMA

http://www.malaysiakini.com/news/120116


Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat esok



SHAH ALAM, 18 Dis: Esok, semua pemimpin kanan PAS, PKR dan DAP akan berhimpun dalam Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).




Turut menyertai mereka adalah 1,500 perwakilan iaitu 500 bagi setiap parti-parti yang bergabung di bawah payung Pakatan Rakyat itu.



Perhimpunan sehari suntuk bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang ini dijangka akan turut disertai oleh lebih 100 wakil pelbagai jenis media dari suluruh dunia.



Majlis ini akan dipenuhi dengan ucapan dan pelancaran beberapa perkara penting yang mengikat ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat itu.



(Gambar: Logo konvensyen pertama Pakatan Rakyat)



Kali ini, PKR menjadi sekretariat konvensyen ini di mana Setiausaha Agung PKR, Datuk Sallehudin menjadi pengarah konvensyen ini.



Sehubungan itu, beliau berikrar mahu menjadikan majlis ini seumpama kenduri Pakatan Rakyat yang akan dibuat dengan cara terbaik dan penuh warna warni.



Dipercayai, satu penyataan bersama Pakatan Rakyat akan dibentangkan dalam konvensyen ini untuk dijadikan panduan dan asas ikatan antara ketiga-tiga parti ini.



Antara kandungannya adalah:



1) Hentikan politik perkauman dan diskriminasi dalam semua dasar kerajaan dan perundangan.



2) Kembalikan keutuhan Perlembagaan Persekutuan dan kedaulatan undang-undang.



3) Bangunkan sistem ekonomi yang benar-benar untuk rakyat



4) Kembalikan makna persekutuan dalam mempertahankan hak-hak negeri.



5) Hapuskan ISA dan undang-undang yang menekan rakyat.



6) Hentikan tahun-tahun tanpa pelaburan dan perancangan yang buruk dalam pendidikan, pengangkutan dan kesihatan.



7) Bangunkan agenda keselamatan sosial



8) Perkasakan hak demokratik dalam budaya dan kepelbagaian budaya dan sastera.



Semua pemimpin kanan Pakatan Rakyat dijadualkan berucap. Antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Lim Guan Eng di samping para pemimpin muda Pakatan.



Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga dijangka akan berucap menjelang konvensyen ini berakhir pada sebelah petangnya.



Yang menariknya, pada sebelah malamnya, ulama tersohor dunia Sheikh Dr Yusof Qardawy akan memberikan Syarahan Perdana di Masjid Negeri iaitu Masjid Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam juga.

http://www.harakahdaily.net/