tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

03 April 2010

Chechnya: Janda Peletup Diri Ini Bukan Bunuh Diri

Dia syahid kerana membela kematian bapa, saudara lelaki dan suami yang dibunuh oleh tentera Rusia

The pair also posed in the undated pictures with Abdurakhmanova, this time wearing the full veil across her face, holding what appears to be a grenade


MOSCOW April 03, 10: Salah seorang pengebom berani mati wanita yang meletupkan diri di stesen tren bawah tanah di Moscow pada Isnin lalu disyaki sebagai Dzhennet Abdurakhmanova iaitu janda berusia 17 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Kematian suaminya, seorang pejuang Islam Dagestan, Umalat Magomedov pada Disember tahun lalu dalam serangan tentera Rusia di Chechnya dikatakan menjadi penyebab Dzhennet yang melakukan serangan berani mati di sebuah stesen tren bawah tanah di Moscow.

Pada Isnin lepas, dua penyerang wanita berani mati melakukan serangan bunuh diri di dua buah stesen tren bawah tanah di Moscow mengakibatkan 39 penduduk maut dan mencederakan 90 yang lain.

Dzhennet yang berwajah keanak-anakan merupakan antara wanita Chechen yang dikenali sebagai 'janda gelap'. Mereka telah bersumpah untuk menuntut bela atas kematian bapa, saudara lelaki dan suami yang dibunuh oleh tentera Rusia. Polis menyiarkan gambar-gambar wajah dua orang pengebom berani mati pada minggu ini.

Bagaimanapun wanita yang melancarkan serangan bom kedua masih belum dapat dikenal pasti. Namun, akhbar Rusia Kommersant mendakwa pengebom itu ialah seorang wanita Chechen berusia 20 tahun, Markha Ustarkhanova. - Agensi

Komen Blog Ibnu Hasyim: Jadi janda peletup diri ini bukan bunuh diri, tetapi adalah mujahidah yang berjuang untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. apalagi bila kezaliman itu berlaku ke atas diri, keluarga dan masyarakatnya. Kematiannya adalah syahid.. (IH)

02 April 2010

UMNO IS CELAKA FOREVER!!!

Politik gile babi BN semakin membabi bute dan membute tuli.......

Al kisah Kerajaan Haram jadah UMNO dan BN(babi Negara) di Perak sekarang sibuk mengutuk tindakan adun-adun PR yang berperangai macam budak-budak,tak profesional dan macam beruk....padahal cerita asalnya,puak bahlol@tongol@tunggul bangsat ni yang memandai-mandai langgar undang-undang negeri Perak....sesuka hati melantik Zambry jadi MB haram kejadah....kui..kui..kui....padahal tau,yang MB kesayangan rakyat Perak ni...iaitu YB Nizar tersayang,masih pegang jawatan....

Jangan lupe..BN(UMNO) lagi suke-suke mentafsirkan undang-undang Perak mengikut periuk nasik sendiri!Bagi polis masuk dalam Dun,sekat ADUN PR,buat roadblock sana-sini,sebijik ...aku ulangi,sebijik yop macam Zionis.....Aku ulangi lagi sekali bagi sedap sikit ayatnye....macam yahudi@zionis la ini UMNO.....muke nampak macam Melayu,pakaian macam Melayu..sekali korek-korek...baru tau UMNO tu Yahudi.....hallamek.........lu kalau dah melayu...jangan le bikin malu nak jadi hebat macam yahudi...Melayu tu,tak leh ubah dah....hang tarik idung jadi mancung pun,kalau hantar kat Israel, pakat kena sepak terajang punye.....biol punye UMNO dan para pengikut nye.....


OPSSS!!!!...tesilap setting.....tapi nampak cantik lak najeebon ni....



Lagi satu sebelum habis,UMNO dakwa PR  Perak gile kuasa.....Yang gile kuasa tu bukan ke UMNO....suruh bubar dun pun bacul(like ayam lah)penakut nak mampusssss!!!!baik ambik telok korang dua ketul tu,kasi potong ,lepas tu campak kasi anjing makan...bangang tul.........

....dah le....aku bab maki ni,bio bertempat.....

editor-parit.com

01 April 2010

GAMBAR PEJUANG ISLAM SEBENAR!!!

akidah ummat yang baik...


sangat bersopan santun


tidak mengikut nafsu.....alahaiii


berani dan tegas....


amanah.....


berjiwa rakyat...


akidah yang jelas......


bersatu dan berkeyakinan...


sensitif terhadap ummat....


tiada kompromi terhadap musuh...


harta bukan ukuran tuhan....


mencuba sesuatu yang mustahil....
tidak suka berhibur sesuka hati....


adil dan tidak cenderung kepada kezaliman....


menjaga akhlak dimana jua kita berada....


menyayangi ciptaan tuhan.....
susah nak cakap yop!!!!!....
lu pikir la sendiri!!!

by

Felda Gagal Bayar RM17,000 Kepada Peneroka

KUALA LUMPUR : Felda dilaporkan masih gagal membayar kembali wang daripada Tabung Tanam Semula kepada 25,000 orang peneroka Felda yang berjumlah RM17,000 bagi setiap peneroka.


Seramai 25000 orang peneroka Felda telah memilih untuk menanam seraca bersendirian dan tidak melalui Felda atau anak syarikat felda., Syarikat Felda Technoplant.

“Peneroka tersebut telah mencarum kepada Tabung Tanam Semula dan wang daripada Tabung itu yang terkumpul untuk setiap peneroka adalah RM17,000. Wang itu adalah caruman peneroka dan bukan wang Felda. Tetapi apabila peneroka menjalankan tanaman secara bersendirian, Felda enggan mengembalikan wang mereka,” jelas Prsiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), Mazlan Ali Man kepada erapakatan.

Mazlan berkata, beliau akan menggunakan medan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor akan datang untuk menuntut agar wang yang selama ini menjadi hak peneroka. Pilihanraya kecil itu akan menjadi peluang kepada ANAK untuk menuntut hak yang selama ini dipinggirkan oleh kerajaan.
ERA PAKATAN

SEKALI ABANG HUSSIN MARAH DAAA....

Mamak Pedukang yang mulut cabul


Amboi, bukan main cabul lagi mulut si Mamak tu! Dia ngaku kononnya Anwar Ibrahim telah menawarkannya untuk jadi MB Perak jika lompat parti selepas PRU ke-12!

Buat orang ketawa dan terkentut dengar cerita Mamak Pedukang ini! Walhalnya , satu Malaysia sudah tahu betapa Umno/BN yang telah menawarkan DS Nizar , kerusi MB dan 5 kerusi Exco kepada Adun PAS di Perak.

Malah Umno/ BN sanggup mengupah si Haram Sani tu untuk memujuk Ust Ahmad Awang. Bahkan mereka menghubungi TGNA dan juga TGHA supaya PAS bersekongkol dengan Umno.Siapa si Mamak Pedukang masa itu? Umno Perak ketika itu pun mendukung kepimpinan Tajol Rosli.

Hoi Mamak, apa kena mengena cerita dapat tawaran untuk melompat ini dengan perbahasan usul menjunjung kasih bagi titah ucapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah itu?

Mamak Pedukang ni buat lawak lagi dengan katanya :

“ Pembangkang pada persidangan hari ini seperti tidak mengemukakan soalan ketika sesi soal jawab lisan, tidak menghormati Speaker ….”

Hoi Mamak, apasal masa sesi soal jawab kau pendekan hingga tidak sampai pun setengah jam?

Sebelum tu, korang tolak 216 soalan Pakatan Rakyat yang dihantar dengan tangan atas alasan perlu melalui email …

Kemudian tu, si Mamak Pedukang ini ada hati suruh rakyat menilai akan perbuatan yang mengkhianati amanah rakyat …..

Hoi Mamak Pedukang! Kalau kau nak rakyat menilainya, kenapa korang halang rakyat daripada menghadiri persidangan tersebut? Dah tu pula, DUN bersidang hanya 2 hari sahaja!

Koranglah sebenarnya mengkhianati amanah rakyat kerana tiada apa-apa perbahasan atau perbincangan yang bersangkut paut dengan kebajikan dan kepentingan rakyat.

Selain tiada perasaan malu dan bermaruah membuat fitnah keatas Anwar , Umno mengusulkan supaya penganugerahan Dato' kepada Nizar dan Ngeh ditarik semula! Korang ingat Sultan tu layak nak jadi barua korang; suruh buat apa korang mahu? Dah lah tidak menghormati titah ucapan diRaja, korang nak Sultan jadi buruk siku pula? Bangang punya si Mamak Pedukang ini!

Adun UMNO/BN sepatutnya mengambil kesempatan melalui persidangan kali ini untuk mendedahkan apa sahaja kelemahan,kepincangan, salah guna kuasa atau apa sahaja yang sering didakwa oleh UMNO/BN ketika PR memerintah negeri Perak. Adun-adun PR akan menjawab semuanya dalam ucapan perbahasan mereka, selain mendedahkan pula segala kepincangan dan salah guna kuasa UMNO BN.

Itu baru betul - dan jangan halang rakyat untuk mengikuti perbahasan tersebut.Walau bagaimanapun isu asas yang mesti menjadi fokus utama perbahasan ialah kebajikan dan kepentingan rakyat. Bukat buat fitnah dan melepaskan dendam kesumat masing-masing. Bacalah lagi di sini / end

AL HUSSYEN

Kerajaan hadapkan Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen


KUALA LUMPUR, 1 April: Kerajaan Barisan Nasional (BN) mengambil keputusan hari ini untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen Malaysia kerana mengelirukan Dewan Rakyat dengan mengaitkan 1Malaysia dengan One Israel.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam satu sidang media di lobi Parlimen hari ini berkata, beliau akan menghantar surat kepada Speaker esok bagi mengusulkan perkara itu dan akan memastikan tindakan diambil dalam masa sepuluh hari.

"Kerajaan telah putuskan bahawa kita akan membawa usul untuk merujuk Permatang Pauh (Anwar) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana telah mengelirukan dewan dengan mengaitkan 1Malaysia dengan Israel," katanya.

Menurutnya juga, kerajaan telah memberi masa kepada Anwar untuk membuat penjelasan berhubung dakwaan itu namun mendakwa Anwar tidak menyatakan bukti kukuh dalam penghujahannya dalam isu itu.

"Setelah mengkaji ucapan beliau, saya dapati beliau tidak menunjukkan bukti kukuh untuk kenyataan beliau itu. Apco sendiri telah mengeluarkan kenyataan menafikan dakwaan Anwar itu," katanya.

Beliau turut mendakwa penjelasan Anwar di Dewan Rakyat semalam tidak berasas.

Jawatankuasa Hak dan Kebebasan terdiri daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat sebagai pengerusi dan enam orang ahli yang dilantik oleh Jawatankuasa Pemilih dengan seberapa segera selepas dimulakan tiap-tiap Parlimen.

Ahli-ahli lain adalah Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Yang Dipertua (BN-Beluran), Razali Ibrahim (BN-Muar), Datuk Seri Dr. Fong Chan Onn (BN-Alor Gajah), Puan Hajah Nancy Shukri (BN-Batang Sadong), Sivarasa a/l K. Rasiah (PKR-Subang) dan Karpal Singh a/l Ram Singh (DAP-Bukit Gelugor).

Berkenaan prosedurnya pula, beliau memberitahu, beliau akan membentangkan usul itu untuk dibahaskan, kemudiannya beliau akan menjawab perbahasan tersebut sebelum proses pengundian dijalankan.

Selepas itu, jawatankuasa akan membincangkan perkara itu sama ada bersetuju atau tidak untuk mengambil tindakan terhadap Anwar.

Beliau juga menegaskan tidak akan menjawab sebarang soalan berhubung isu berkenaan dalam sesi penggulungannya pada petang ini.

Kes Gobind

Sebelum itu, anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo telah digantung keahliannya selama setahun melalui satu usul yang dikemukakan Nazri kepada Dewan Rakyat.

Selepas usul itu dibacakan Nazri, Kamaruddin Jaffar (PAS-Tumpat) mencadangkan supaya perkara itu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan tidak diserahkan kepada Dewan untuk memutuskannya.

Beliau berkata, adalah jelas menurut Perintah Tetap 80(1) bahawa perkara itu dikehendaki dirujukkan kepada jawatankuasa berkenaan.

Bagaimanapun, Pandikar Amin berkata Speaker mempunyai kuasa yang luas dan mutlak untuk mentafsirkan Perintah Tetap.

Katanya, Dewan mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dan oleh itu beliau mahu ahli Dewan membahas dan membuat keputusan mengenainya.

Dengan majoriti yang ada pada BN, usul itu diluluskan. Semua anggota Pakatan Rakyat meninggal Dewan ketika undi dibuat.

Kini, Nazri mencadangkan agar Anwar dikemukakan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan ahli Parlimen untuk dibincangkan dahulu sebelum dikemukakan kepada sidang Dewan Rakyat.

Sebelum ini, anggota Parlimen Kubang Kerian, Salehudin Ayub pernah mencadangkan Nazri di bawa kepada Jawatankuasa yang sama dengan dakwaan beliau berbohong di Parlimend dalam isu royalti minyak, namun permohonan itu ditolak oleh Speaker.

http://www.harakahdaily.net/Harakahdaily

Hisham janji siasat dakwaan Norizan ditembak polis

Norizan Salleh hari ini menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendesak supaya tindakan diambil terhadap anggota polis yang didakwanya bertindak tidak mengikut undang-undang dengan menembak dan mengasarinya dalam satu kejadian dalam Oktober tahun lalu.


Memorandum tersebut diserahkan kepada Hishammuddin dibangunan parlimen pada kira-kira jam 12.20 tengah hari.

Norizan, 30, (kanan) yang ditemani peguamnya N. Surendran, turut berpeluang bertemu dengan Hishammuddin selama kira-kira 10 minit untuk menceritakan keadaan yang dialaminya akibat kejadian tersebut.

Turut bersama beliau ialah ahli parlimen Batu Tian Chua dan juga wakil Kapar S Manikavasagam.

Hishammuddin dalam kenyataan ringkas yang dibacakan oleh pegawainya, Datuk Markiman Kobiran berkata, beliau akan menyiasat dakwaan itu dan juga mendapatkan maklum balas daripada PDRM.

Memorandum berkenaan, yang turut ditandatangani PKR, DAP, HRP dan empat ahli parlimen juga menggesa menteri supaya menjalankan siasatan segera ke atas kes Norizan.

Memorandum berkenaan juga menyifatkan kes tersebut sebagai "cubaan membunuh" dan "serangan kejam" ke atas Norizan.

Kes itu juga dijadikan asas bagi tuntutan supaya rang undang-undang penambahbaikan PDRM (IPCMC) dibentangkan di parlimen dan supaya cadangan untuk membentuk Suruhanjaya Polis Diraja dilaksanakan.

Dalam sidang media terdahulu di lobi parlimen, Norizan berkata beliau tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah sebelum ini dan tidak sepatutnya diperlakukan demikian oleh anggota polis berkenaan.

Ibu tunggal itu mendakwa ditembak sebanyak lima kali oleh polis dalam kejadian berkenaan, ketika menumpang sebuah kereta bersama tiga orang rakannya.

Tambahnya, beliau kemudiannya ditendang dan dipijak oleh anggota polis berkenaan yang mengheretnya keluar daripada kenderaan tersebut dalam keadaan cedera parah.

Tulang rusuknya juga patah, manakala sebutir daripada lima peluru yang memasuki badannya juga hampir mengenai jantungnya dan terpaksa dikeluarkan melalui pembedahan di Institut Jantung Negara.

Katanya lagi, beliau terpaksa menanggung perbelanjaan rawatan berjumlah hampir RM18,000 akibat kejadian tersebut.

Tambahnya, beliau sebelum ini telah membuat laporan polis dan juga membuat aduan kepada Biro Aduan MCA dan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), namun setakat ini, menurutnya, tiada tindakan dikenakan ke atas anggota polis berkenaan.

Peguamnya Surendran pula berkata, pihaknya akan menyaman PDRM atas tindakan itu, namun lebih penting lagi adalah untuk memastikan anggota polis berkenaan dikenakan tindakan setimpal.

Malaysiakini

Calon Hulu S'gor: Zaid antara dipanggil Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi telah menemui kira-kira 10 orang, termasuk penyelaras Pakatan Rakyat, Datuk Zaid Ibrahim, yang disebut-sebut bakal dipilih menjadi calon parti itu untuk bertanding dalam pilihan raya Hulu Selangor tidak lama lagi.


Menurut sumber-sumber, pertemuan tersebut diadakan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya selepas tamatnya mesyuarat biro politik parti itu kira-kira jam 11 malam tadi.

“Mereka masuk (bertemu Anwar) secara berperingkat-peringkat, dimulakan dengan dua anggota biro politik, Datuk Zaid Ibrahim (kiri) dan Shamsul Iskandar Md Akin,” kata mereka ketika ditanya tentang pertemuan tersebut.

Kerusi parlimen Hulu Selangor kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad ada 25 Mac lalu akibat barah otak.

Berikutan itu spekulasi berhubung siapakah bakal dicalonkan bagi bertanding mempertahankan kerusi tersebut, berterusan dalam PKR.

Pelbagai nama disebut-sebut telah dikemukakan kepada parti. Selain Zaid dan Shamsul (kiri), turut disebut-sebut ialah penceramah popular, Badrul Amin; presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Shahir Syed Mohamud; bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar; dan aktivis peguam, N Surendran.

Manakala PKR cabang tersebut pula menamakan dua anak tempatan - Razali Mokhtar dan Datuk Dr Halili Rahmat.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, sumber-sumber memberitahu kesemua nama yang disebut-sebut itu dipanggil, termasuk beberapa nama lagi yang tidak diketahuinya.

“Jumlah kesemuanya kira-kira sepuluh orang,” kata sumber-sumber itu. Terdapat sumber lain memberitahu, jumlah keseluruhannya 11 orang.

Tambah mereka, pertemuan tersebut hanya sesi “sembang-sembang” dengan Anwar bagi mengenalpasti calon yang paling layak untuk dipilih.

Ditanya tentang perbincangan biro politik yang bersidang malam tadi, sumber-sumber memaklumkan bahawa soal pemilihan calon ditimbulkan tetapi “tidak dibincangkan sangat” kerana ia merupakan bidang kuasa presiden dan ketua umum.

“Presiden dan ketua umumlah yang akan memilihnya,” katanya yang menjangka pemilihan calon tidak akan dibuat tergesa-gesa, termasuk dalam mesyuarat majlis tertinggi PKR Ahad ini.

Ditanya tentang nama-nama yang dianggap selesa, sumber tersebut menamakan Syed Shahir dan Khalid.

“Yang lainnya masih 50-50,” katanya sambil menambah, kemungkinan terdapat di kalangan mereka yang dipanggil semalam tidak berminat dan akan memberikan laluan kepada pihak lain.

malaysiakini

Syabas!BABI NEGARA (BN)BERJAYA DALAM PERSIDANGAN DUN PERAK!

Persidangan Dun paling best abad ini....yang tu sesuai buat UMNO dan BN di Perak darul Kartun ini....Gelak betul tengok muka MB tak ikut presidur ..sebijik macam jamban kat umah aku...hahahahahah.....Bodoh betul la BN...

Aku anggap PR macam dah takleh nak buat apa dah...semua BN dah kontrol...Tah apa jenis Dun ..aku tak reti nak kelasifikasikan.....tapi nak bersidang selama dua hari..apa yang boleh disembangkan....macam persidangan Babi Negara je(BN)......Majalah Sinar pulak baik punya tulis,Macam budak-budak..kat halaman depan sekali.....

Jadi 'budak-budak' tu kira baik lagi le...cube kalau jadi macam parlimen di Taiwan ke..Korea ke.....baru hang kata macam samseng....UMNO...memang tak macam budak-budak...mirip macam 'barua 1 Malaya" je....NAK MARAH..AKU PEDULI HAPPA!!!

Woi penakut!!!kalau berani sembang hebat,canang 1 malaya,BN hebat dan diterima rakyat,dan BN nak jadi juara rakyat..baik bubarkan dun,kalau PR menang kami terima,kalau BN kalah pun kami terima...apa susah...duk melabun jadi juara buat apa...ptuih!!!!bangang punye UMNO,sembang macam kaum bangsat je...hanngin tul!!!
parit.com

30 March 2010

ULAMA TIADA KUASA VS ULAMA ADA KUASA


Antara isu yang sering dimainkan media ke atas gerakan Islam seperti PAS adalah dakwaan kononnya Pas anti hiburan. Mesej yang cuba dibawa dari dakwaan tidak berasas ini - amat berbahaya untuk memberi kepada gerakan Islam seperti Pas . Memberi sokongan kepada Pas ertinya menyokong supaya industri hiburan ditutup. Tiada konsert, tiada filem, tiada nyanyian. Begitulah fitnah yang sering dimainkan oleh musuh gerakan Islam.


Tidak dinafikan jika yang dimaksudkan hiburan itu adalah satu bentuk keseronokan yang bebas sepenuhnya dari sebarang sekatan dan kawalan maka Pas mengaku bahawa ia memang menentang hiburan sebegitu. Jika yang dimaksudkan dengan hiburan misalnya adalah nyanyian atau lakonan yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita yang tidak terkawal , pakaian yang menjolok mata, senikata dan skrip yang tidak membina keperibadian manusia sepertimana yang ditonjolkan oleh Hollywood atau Bolywood dan ditiru oleh industri hiburan tanahair maka hiburan yang seperti itu akan pasti ditentang oleh Pas meskipun seluruh alam membenci Pas.



Bagi Pas hasrat manusia untuk berhibur adalah satu fitrah manusia. Memandangkan ianya satu fitrah maka adalah mustahil untuk Pas melarang perkara tersebut. Sebaliknya hiburan itu patut disuburkan bagi membantu manusia lari dari masalah dan kerunsingan yang mereka hadapi. Bukankah itu matlamat hiburan ?



Apa yang malang manusia barat mengaitkan hiburan dengan keseronokan yang tidak dikawal. Industri hiburan barat menghiburkan manusia dengan meminta manusia mengikut selera hawa nafsu manusia . Tiada had dan batasan dibenarkan. Hiburan barat adalah berdasarkan falsafah hedonism – keseronokan yang tidak dibatasi oleh sebarang sekatan dan kawalan. Sistem ekonomi kapitalisme bukan sahaja merangsang industri hiburan barat malahan ia juga menjadi pengawal kepada industri hiburan tersebut.



Soal adab, akhlak , maruah, harga diri dan keperibadian insan tidak ada dalam kamus kapitalisme dan dunia hiburan barat. Apabila manusia dibiarkan untuk mengikuti hawa nafsunya untuk berseronok atas nama hiburan ia hanya membantu manusia lari sementara dari masalah dan kerunsingan . Bagaimanapun selepas menikmati hiburan itu ia akan membawa manusia itu kepada beribu masalah yang lain. Paparan akhbar tentang apa yang berlaku kepada artis-artis negara barat dan juga di negara ini – masalah dadah, khalwat, zina, gay, mabuk, kadar penceraian yang tinggi adalah contoh yang boleh kita lihat di depan mata kita.



Sebagai gerakan Islam yang ingin membawa manusia kepada kebaikan dan kesejahteraan yang hakiki Pas tidak boleh membiarkan dunia hiburan terus dinodai oleh acuan dunia hiburan barat. Maka tindakan mengharamkan terus industri hiburan sudah semestinya bukan satu pilihan yang wajar dan bijak. Jika itu pilihan Pas maka ia adalah satu bentuk escapism. Jika itu yang dilakukan maka ia menjustifikasi dakwaan jahat musuh bahawa Pas adalah anti hiburan.



Justeru itu tindakan Kerajaan Kelantan membenarkan konsert jom heboh baru-baru ini bagi saya adalah satu tindakan yang positif dan patut dipuji. Sebelum ini kita juga dapat melihat Negara Iran yang dipimpin oleh golongan ulama telah berjaya membawa revolusi industry perfilemen negara itu – dari industri glamour kepada industry yang membina. Perfilemen Iran menunjukkan bahawa sesebuah filem itu masih mampu menang award meskipun tiada arak dan adegan seks di dalam filem.



Bagi yang tidak senang dengan Pas, tindakan Kelantan yang dipimpin oleh Tuan Guru Nik Aziz membenarkan sure heboh di bumi serambi Mekah dilihat seolah-oleh menempelak kenyataan Mufti Perak sebelum ini yang mengatakan jomheboh atau sure heboh adalah haram.



Jika itu kritikan yang ditujukan kepada Kelantan , jawapan kita mudah sahaja. Haram atau tidak haramnya sesuatu perkara bukan hanya kerana namanya . Sebagai contoh adakah kasino itu haram kerana namanya kasino ? Bagaimanakah jika kasino menukar programnya dari yang berbentuk permainan dengan wang taruhan ( judi ) kepada permainan semata-mata tanpa ada unsur judi. Adakah ketika itu kasino masih haram hanya kerana namanya Kasino !



Sewaktu saya bersama dengan Presiden Pas bertemu para pelajar di Australia suatu ketika dahulu, Presiden Pas, Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi Awang memberikan satu contoh yang menarik kepada pelajar tentang kaedah hukum dalam Islam. Contoh yang beliau berikan adalah melibatkan makan nasi. Beliau mengatakan hukum makan nasi boleh jadi harus atau wajib atau haram mengikut keadaannya. Asal hukum makan nasi adalah mubah ( harus ). Bagaimanapun ia boleh bertukar menjadi wajib jika apabila seseorang itu dalam kebuluran dan hanya ada nasi sahaja dan tidak ada makanan lain di hadapan beliau. Makan nasi ketika itu jadi wajib kerana ingin menjaga nyawa. Makan nasi juga boleh jadi haram jika makan di waktu siang semasa berpuasa di bulan Ramadhan..



Hal yang sama juga boleh berlaku kepada sure heboh. Sure heboh boleh jadi harus atau haram mengikut keadaan . Jika program sure heboh dipenuhi maksiat sudah tentu ia haram. Tetapi jika kandungan maksiat di program itu dapat dibuang atau dielakkan adakah hukum program itu akan terus berkekalan haram hanya kerana namanya sure heboh. Sudah tentu tidak.



Kita percaya bahawa apabila Mufti Perak mengatakan sure heboh haram ianya bukan kerana namanya tetapi kerana isi kandungan program tersebut. Program sure heboh sebelum ini termasuk di Perak sendiri tidak dikawal .Para penonton lelaki dan wanita dibenarkan duduk bersama-sama . Artis wanita dibenarkan terkinja kinja menyanyi di pentas dengan pakaian yang tidak sopan dan tidak menutup aurat. Mufti Perak yang tidak bersandarkan kuasa politik tidak dapat berbuat apa-apa apabila sure heboh berkunjung ke negeri Perak sendiri. Beliau terpaksa akur melihat fatwanya dilanggar oleh orang-orang politik di negeri itu. Konsert sureheboh di Perak terpaksa mengikut gendang TV 3 sebagai penganjur program itu.



Keadaan yang sama tidak berlaku di Kelantan. Di Kelantan pihak penganjur terpaksa ikut gendang Kerajaan yang dipimpin oleh Ulama’. Apabila Kelantan bersuara tiada artis wanita – maka TV 3 ikut. Tiada percampuran lelaki dan wanita- sekali lagi TV 3 ikut. Inilah bezanya apabila Ulama yang bersandar dengan kuasa dengan ulama yang tidak mempunyai kuasa.



Ulama tiada kuasa hanya dapat menyatakan ini haram itu haram tanpa dapat berbuat apa-apa jika manusia tidak endahkan fatwanya. Apabila TV 3 tidak endah fatwa Ulama yang tiada kuasa maka ulama seperti Mufti Perak tidak boleh buat apa-apa .



Apabila ulama ada kuasa ia boleh bertindak dengan lebih aktif dan efektif. Ia boleh ‘dictate” pihak penganjur supaya tunduk kepada peraturan Kerajaan negeri. Akhirnya ulama yang ada kuasa boleh menawarkan rakyatnya hiburan alternatif yang terbaik kepada sure heboh yang diharamkan oleh ulama yang tiada kuasa.
 
 
Oleh : MOHAMED HANIPA MAIDIN

29 March 2010

MCA ADA PRESIDEN KUAT ZINA(SEX)...KUANG...KUANG..KUANG...

Kemenangan Chua Soi Lek adalah diluar jangkaan...aku tak faham...macam mana pemikiran perwakilan MCA...Yang aku boleh faham....Soi Lek telah dimaafkan oleh perwakilan.....Bermakna...dakwaan Soi Lek yang dia dianiaya adalah berjaya 100%...Bermakna beromen dalam bilik dengan bukan bini,kemudian kantoi...kemudian mohon maaf..kemudian semuanya kembali normal...

Aku tak faham le dengan orang MCA ni....dah tak betul ke ape...tapi bagus gak macam tu...senang koje PR....bagus...bagus...Pemimpin yang jenis kuat beromen ni....bukannya 'hal besar' pada kaum cina kut...tak sama dengan orang Islam....Zina tu benda beso.....zina tu perangai puak neraka.....

...terpulang kat korang nak fikirkan macam mana....yang penting....UMNO,MCA dah tercalit dengan zina ni sejak 30 tahun dulu lagi...bila orang no 1 nye jenis penjenayah (Najib)...yang bawah macam 'barua' le...

parit.com

PERLANTIKAN AHLI MAJLIS SYURA ULAMA PAS - KALAU TIDAK TAHU MENAHU LEBIH BAIK DIAM

Pemilihan Ahli Majlis Syura PAS cuba dipolemikkan oleh penulis-penulis blog ahli PAS seolah-olah mereka lebih tahu berbanding dengan pimpinan PAS itu sendiri. Pada saya lebih baik diam dan tunggu sahaja dengan memberi kepercayaan kepada pimpinan sepenuh hati daripada mengulas perkara yang kita tidak tahu menahu. Beberapa penulisan dalam blog yang saya baca, sekiranya diamati dengan teliti ternyata mereka tidak menahu tentang perkara tersebut.


Ulasan yang diberi seolah-olah mereka benar-benar faham kandungan Perlembagan PAS sehingga mereka mempertikai pindaan-pindaan yang telah buat. Pada hal mereka jahil dan tidak tahu menahu. Saya bukan pimpinan PAS yang ada autoriti untuk menjawab polemik ini. Tetapi saya tahu apa yang mereka tulis tidak betul dan berniat jahat bagi memburukkan pimpinan tertinggi PAS. Saya rasa bertanggung jawab bagi menjawab persepsi yang slah ini.

Muktamar Agung Khas bagi meminda beberapa fasal dalam Perlembagaan PAS telah dibuat pada tahun 2006 di Negeri Kedah. Kertas-kertas mengenai pindaan tersebut telah dibentang oleh Ust Hj Hassan Shukri, antara kandungan-kandungan pindaan ialah mengenai Majlis Syura Ulama, perlantikan-perlantikan penolong Setiausaha dan sebagainya. Deraf pindaan kemudian dibahas oleh perwakilan.

Muktamar seterusnya pada tahun 2007 di Kelantan dibentangkan semula pindaan tersebut setelah mengambil kira pandangan dan cadangan dari perwakilan ketika dibahaskan pada tahun 2006. Dan ia diluluskan sebulat suara. Selepas Muktamar berakhir, PAS Pusat telah menghantar pindaan-pindaan tersebut ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan untuk diluluskan. Pejabat Pendaftar Pertubuhan mengambil masa dua tahun bagi meluluskan pindaan tersebut. Pada tahun 2009 Pejabat Pendaftar Pertubuhan telah meluluskan pindaan tersebut.

Sesalinan deraf Perlembagaan PAS yang telah dipinda dan diluluskan telah dihantar kepada semua pejabat Perhubungan Negeri-negeri, saya sebagai Setiausaha Perhubungan PAS Perak salah seorang yang menerima deraf tersebut.

Pindaan-pindaan tersebut tidak ada kaitan langsung dengan unsur-unsur Kerajaan Perpaduan, ada penulis blog yang terang-terang menuduh ini kerja Cikgu PA dan beberapa pemimpin PAS yang ada kaitan dengan isu kerajaan perpaduan. Kononnya sejak Cikgu PA menjadi Setiausaha Agung banyak sungguh pindaan dibuat, dipertikai pula kononnya pindaan tersebut tidak dibawa ke mesyuarat agung dan macam-macam lagi tohmahan jahat penulis blog yang mengaku ahli PAS. Cetek dan jahil betul pemikiran mereka ini.

Pindaan ini dibuat ketika Datuk Kamaruddin Jaafar sebagai Setiausaha Agung, ketika itu cadangan pindaan perlembagan dibuat belum timbul isu Kerajaan Perpaduan.

Isu pemilihan Ahli Majlis Syura dikaitan dengan pindaan Perlembagaan yang kononnya bertujuan menyingkirkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang yang dikatakan merekalah penghalang Kerajaan Perpaduan.

Tidak keterlaluan untuk saya katakan para blogger ini terlalu jahil untuk memahaminya atau sengaja menimbulkan polemik supaya mereka dilihat lebih tahu dan hebat berbanding dengan pimpinan PAS, dan mereka mahu menjadi juara reformasi dalam PAS.

Tidak sukar memahami pindaan-pindaan yang dibuat dalam perlantikan Ahli Majlis Syura Ulama PAS. Jawatankuasa Kerja PAS Pusat diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya menganggotai Ahli Majlis Syura Ulama, perlantikan telah dibuat. Anggotanya ialah YB Datuk Presiden, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Datuk Hj Abdul Halim Abdul Rahman. Dewan Ulama pula diberi kuasa melantik 4 orang AJKnya, perlantikan juga telah dibuat. Ahlinya ialah YB Ust Harun Taib, YB Datuk Hj Ahmad Yaakob, Datuk Dr.Mafuz dan Ust Nik Zawawi. Manakala Dewan Pemuda melantik Ust Nasaruddin Hasan dan Ust Zaharuddin, Manakala Dewan Muslimat melantik Ustazah Wahibah Tahir, seorang lagi saya tidak pasti.

Ini semua terkandung dalam Perlembaaan PAS (pindaan baru) dalam FASAL 7A.

(2) Ahli-ahli Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah terdiri daripada tidak lebih tujuh belas orang iaitu:

(a) Seorang Mursyidul ‘Am

(b) Seorang Timbalan Mursyidul ‘Am

(c) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak, dan

(d) Tidak lebih empat belas orang Ahli Majlis Syura‘Ulamak

(3) Seseorang yang hendak dilantik menjadi Ahli Majlis Syura

‘Ulamak itu hendaklah seseorang yang mengetahui masalah-masalah pokok (AL-USUL) dalam syariat Islam dan hukum-hukumnya atau/dan dapat merujuk masalahmasalah itu kepada al-Quran, as-Sunnah, Ijmak dan Qias dengan faham akan maksud dan maknanya yang muktabar dan hendaklah seorang yang adil yakni tidak melakukan dosa besar atau terus menerus melakukan dosa kecil dan hendaklah terpelihara maruahnya serta hendaklah seorang ahli PAS.

(4) Empat orang daripada ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan empat orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan ‘Ulamak PAS Pusat dan masing-masing dua orang yang dipilih dan dilantik oleh Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat dan Jawatankuasa Kerja Dewan Muslimat PAS Pusat dan tidak lebih lima orang yang baki itu dipilih dan dilantik oleh Majlis Syura 'Ulamak itu sendiri. Keahlian seseorang ahli majlis itu boleh diperbaharui oleh pihak yang memilih/melantiknya setelah tamat tempoh tersebut.

(5) Ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah memegang jawatannya selama lima tahun. Walau bagaimanapun ahli-ahli majlis ini boleh berhenti sebelum cukup tempoh lima tahun dan boleh diberhentikan oleh Majlis Syura 'Ulamak yang mempunyai kuasa menentukan kelayakan seseorang ahli mengikut peruntukan Fasal 7A(3) dan sebab-sebab seseorang ahli itu patut diberhentikan.

(6) Seorang Ketua Majlis Syura 'Ulamak yang dikenali sebagai Mursyidul 'Am dan seorang Timbalannya yang dikenali sebagai Timbalan Mursyidul 'Am hendaklah dipilih di

dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak tersebut dari kalangan ahli-ahlinya dan akan memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura 'Ulamak itu dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(7) Seorang Setiausaha Majlis Syura ‘Ulamak hendaklah dilantik oleh Mursyidul ‘Am di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura ‘Ulamak dari kalangan ahli-ahlinya, dan hendaklah memegang jawatan itu selama lima tahun dengan syarat dia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak dan boleh diperbaharui perlantikannya setelah tamat tempoh dia memegang jawatan itu.

(8) Mursyidul 'Am hendaklah mempengerusikan semua mesyuarat-mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak. Sekiranya ketiadaan Mursyidul 'Am dengan apa-apa sebab sekalipun, tugas mempengerusikan mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak itu hendaklah dijalankan oleh Timbalan Mursyidul 'Am. Jika kedua-duanya berhalangan atas apa-apa sebab, maka mesyuarat Majlis Syura 'Ulamak hendaklah melantik salah seorang dari kalangan ahli-ahlinya untuk mempengerusikan mesyuarat itu.

12 orang Ahli Majlis Syura yang telah dilantik ini telahpun bermesyuarat bagi melantik 5 orang lagi. Mesyuarat pertamanya bersetuju melantik Datuk Presiden mempengerusikan mesyuarat bagi menjalankan perlantian 5 ahli Majlis Syura yang lain. Di pilihnya Presiden bagi mempengerusikannya kerana atas faktor ketika itu beliaulah yang paling kanan dan senior dalam parti. Ketika itu Mursyidul Am belum dilantik lagi. 5 orang yang dipilih itu, salah seorangnya ialah YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Dr. Harun Din juga turut dilantik, tidak silap saya turut dilantik Ust Hashim Jasin dari Perlis dan YAB Ust Azezan Razak dari Kedah. Saya tidak pasti siapa seorang lagi.

17 orang Ahli Majlis Syura Ulama ini akan bermesyuarat dalam masa terdekat ini, tidak silap saya petang ini satu mesyuarat Majlis Syura akan diadakan bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursyidul AM PAS.

Tidak timbul penyingkiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ust Ahmad Awang. Ada Penulis Blog menimbulkan mengapa mesyuarat Ahli Majlis Syura yang lalu tidak menjemput Tuan Guru dan ust Ahmad Awang sedangkan mereka masih Ahli Majlis Syura. Nampak sangat mereka ini tidak tahu apa-apa, tanpa usul periksa mereka menuduh ini semua kerja Cikgu PA dan geng-geng kerajaan perpaduan. Jahat sungguh pemikiran mereka.

Untuk pengetahun,pada hujung bulan 2009 yang lalu, Majlis Syura Ulama telah mengadakan Mesyuarat terakhirnya kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat. Oleh kerana tempoh perkhidmatan mereka telah tamat pada akhir tahun 2009, mereka sebenarnya sudah tidak lagi menjadi anggota Majlis Syura Ulama. Mesyuarat jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang lalu (saya tidak pasti mesyuarat ke berapa) tetapi awal tahun 2010 telah melantik ahli-ahli barunya berdasarkan peruntukan dalam perlembaaan PAS yang baru.

Mesyuarat pertama dihadiri oleh 12 orang tadi, 12 orang tadi akan melantik 5 ahli barunya yang lain. 17 ahli ini pula akan bermesyuarat bagi melantik Mursyidul Am dan Timbalan Mursidul Am. Mesyuarat pertama dulu Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan ust Ahmad Awang tidak dijemput sebab mereka bukan lagi Ahli Majlis Syura, perlantikan tambahan untuk 5 orang belum lagi dibuat. Ini yang penulis blog tidak faham.

Mengapa tidak lantik ust Ahmad Awang ?. Perlantikan Ahli Majlis Syura mengikut quata. Quata Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat. Kebetulan ust Ahmad tidak menganggotai mana-mana jawatankuasa tersebut, sebab itu tidak ada quata untuknya.

Kesimpulannya, para penulis blog yang mengaku ahli PAS janganlah buang masa kamu untuk menulis perkara yang kamu tidak mahu menahu. Asal sahaja ada tulisan dari mana-nama blog yang mengkritik pimpinan, tanpa usul periksa terus sahaja mengulas dan menokoh tambah dan memuatkan tulisan tersebut dalam blog masing-masing.

Insaflah, tulisan seumpama itu sedikitpun tidak menguntungkan parti dan Islam, malahan ia lebih menguntungkan UMNO BN apabila blogger PAS sendiri menjadi lidah kepada UMNO BN itu sendiri. UMNO BN sangat seronok apabila peranan blogger dan media mereka diambil alih oleh ahli PAS.

ustaz misbah

APA MOTIF TAJOL LAWAN ARUS DENGAN BN PERAK NI???

YB Dato' Seri Tajol Rosli, Adun BN Pengkalan Hulu yang juga mantan Menteri Besar Perak mengiktiraf YB Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak yang sah. Melalui surat jawapan kehadiran beliau kepada Speaker Sivakumar dalam sidang DUN pada 30 Mac ini yang difaxkan ke pejabat Sivakumar membuktikan Sivakumar adalah Speaker yang sah negeri Perak, bukan sahaja melalui surat yang difaxkan, malahan pegawai Tajol Rosli juga mengubungi Sivakumar bertanyakan samada surat jawapanter sebut telah diterima atau belum. Perkara ini didedahkan oleh Sivakumar dalam sidang akhbar yang diadakan pagi ini di pejabat Sektetariat PR Negeri.

Dengan pengiktirafan ini, Zambry dan Ganesan serta BN Perak menerima tamparan hebat apabila anggota BN bahkan bekas Menteri Besar Perak turut mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah. Tidak mungkin Tajol Rosli tersalah hantar surat jawapan, kerana surat panggilan sidang DUN Perak tersebut jelas menggunakan nama dan ditandatangani oleh Sivakumar.

Ini juga boleh jadi satu isyarat yang UMNO dan BN Perak sedah menghadapi permasalahan dalam, dari sumber yang rapat dengan UMNO BN Perak, dikatakan 11 bahagian UMNO seluruh Perak tidak bersetuju dengan Zambry, kerana tindakan-tindakan Zambry sebagai pengerusi Perhubungan UMNO Perak dan juga Menteri Besar dilihat begitu angkuh dan sombong. Beliau bukan sahaja angkuh dan sombong kepada pembangkang malahan kepada UMNO-UMNO bahagian juga bersikap angkuh dan sombong.

Tajol Rosli sebagai orang lama dalam UMNO Perak, bekas Pengerusi Perhubungan dan juga bekas Menteri Besar Perak kelihatan dipinggirkan oleh Zambry, jasanya dalam memimpin UMNO Perak seolah-olah tidak dihargai. Menurut sumber Zambry hanya mementingkan orang-orangnya sahaja. Sikap Zambry ini sudah tentu mengecilkan hati Tajol Rosli.

Atau Tajol Rosli sememang berpegang kepada prinsip dan peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak. Sangat jelas, pemilihan Ganesan sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak pada 7 Mei yang lalu bertentangan dengan Perintah Tetap. Kes ini pula belum diputuskan oleh Mahkamah siapa Speaker Perak yang sah. Kalau itulah pegangan Tajol Rosli, kita wajar hormati sikap YB Pengkalan Hulu ini dan wajib Adun-adun BN yang lain menghormatinya dan mengikut jejak langkah Tajol Rosli yang mengiktiraf Sivakumar sebagai Speaker yang sah.

BLOG MISBAHULMUNIR

 foto surat tak dapat ditunjukkan dlm blog aku...ada masalah sikit,sorry sahabat...kena hack kut...-abis la aku..-parit.com

HALLO BAPAK KODOK PERKOSA... NI HAK ORANG MELAYU NI... KENAPA SENYAP JE ?

بسم الله الرحمن الرحيم

KUALA LUMPUR, 29 Mac: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu di samping mendakwa amalan kronisme yang diamalkan oleh segelintir pemimpin Umno dan BN punca kemunduran kaum.

"Kita tak mahu kroni-kroni Umno sahaja dapat, baik (pemimpin) Umno, baik MCA, baik MIC atau Gerakan yang kebas, apa yang rakyat dapat," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bagan di lobi Parlimen pagi tadi.

Sehubungan itu, beliau meminta suatu Suruhanjaya Diraja perlu segera ditubuhkan untuk menyiasat 'penyangak-penyangak' di kalangan kroni-kroni Umno tersebut.

"Kerajaan mesti tangkap penyangak ini, kalau boleh tubuhkan suatu Suruhanjaya Diraja kerana ketirisan RM52 bilion yang hilang ini adalah isu yang besar," ujarnya.

Beliau turut meminta kerajaan menjelaskan tentang kehilangan RM52 bilion baki yang pernah diperuntukkan kepada Bumiputera dan kaum Melayu.

Ini ekoran Bumiputera hanya memegang ekuiti saham sebanyak RM2 bilion sahaja. Beliau mempersoal demikian sebagai mengulas akuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri, seperti yang dilaporkan akhbar elektronik Bernama, Jun tahun lalu.

Pada 30 Jun tahun lalu, Najib berkata, daripada RM54 bilion saham yang diberikan, hanya RM2 bilion saham masih tersisa di tangan Bumiputera.

Disebabkan itu, beliau berkata, ekuiti Bumiputera tidak masih gagal mencecah 30 peratus seperti yang disasarkan melalui DEB.

"Kenapa tinggal hanya RM2 bilion (ekuiti saham Bumiputera), ke mana perginya RM52 bilion lagi," soal Guan Eng.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sekiranya RM54 bilion ekuiti Bumiputera benar-benar dimiliki oleh rakyat, pegangan ekuiti saham Bumiputera melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) boleh meningkat sehingga 45 peratus.

"Kalau RM54 bilion kekal dipegang oleh Bumiputera, saya rasa pegangan ekuiti akan mencecah lebih 45 peratus, bukan 19.4 peratus seperti (yang) diumumkan Perdana Menteri," ujar beliau.

Tambahnya lagi, sekiranya pemimpin Umno jujur mahu mereputasi kedudukan kaum Melayu dan Bumiputera di tanah air, Najib seharusnya bersedia menyiasat kroni-kroni terbabit secara telus dan terbuka. - ISA

Gerakan: Ucapan Mahathir 'jijik'

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).


Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifat perkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan "NGO pelampau kanan Melayu" untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut kerajaan.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin

Malaysiakini

Lu balu tau ka...itu UMNO macam itu shit rasis dan bangsat...lu lagi mau malah buat apa...kelua la itu BN..apa susah...

editor-parit.com

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - Nik Aziz

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-

KENYATAAN RASMI

YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI

AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Bertarikh : 29 Mac 2010


CINA ISLAM 

editor-parit.com

28 March 2010

SOALAN-SOALAN DARI ADUN PR YANG TELAH ME'MERENG'KAN ADUN BN!!!

Persidangan DUN Perak : Soalan-soalan yang menakutkan BN/UMNO Perak


Umno/BN sangat bimbang dengan perdebatan dalam Undangan Negeri nanti kerana rakyat akan dapat menilai siapa yang benar dalam krisis politik di Perak.

Adun Pakatan Rakyat telah menghantar 216 soalan ke pejabat Setiasuaha Dewan Undangan Negeri dengan tangan,dua minggu sebelum tarikh persidangan iaitu pada 15hb. Mac 2010, sedangkan sidang DUN diadakan pada 30 Mac 2010.
Namun, Umno/BN menolaknya atas alasan yang sangat tidak munasabah, iaitu hanya kerana soalan-soalan tersebut tidak diemailkan.

Jelas bahawa penolakan tersebut bertujuan mengelakkan perdebatan yang akan merugikan dan mendedahkan tembelang UMNO/BN, lalu mereka memilih jalan pintas dengan menolak semua soalan tersebut atas alasan tidak diemail.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang sangat menggerunkan dan akan menggegarkan dewan untuk dijawab oleh kerajaan UMNO BN :-

SOALAN-SOALAN LISAN MESYUARAT PERTAMA, PENGGAL KETIGA DEWAN NEGERI PERAK YANG KEDUA BELAS PERAK DARUL RIDZUAN MULAI 30 MAC 2010

sumber : YB TITI SERONG



1. Dalam sidang 7 Mei yang lalu, berlaku perlantikan Yang Dipertua yang baru Dewan Undangan Negeri Perak di mana Ganesan telah dipilih sebagai Yang Dipertua Dewan yang baru bagi mengantikan YB Sivakumar.



Di bawah peraturan manakah yang digunakan oleh ahli-ahli dewan BN melantik speaker baru sedangkan YB Sivakumar masih menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak yang sah sedangkan usul memilih Yang Dipertua Dewan yang baru telah ditolak oleh Yang Dipertua Dewan mengikut bidang kuasanya dalam Perintah Tetap ?



b) Di bawah peraturan manakah yang membolehkan Ganesan berada di dalam dewan, sedangkan tiada kebenaran oleh Yang Dipertua Dewan ketika itu untuk beliau berada di dalam dewan ?



c) Di bawah peraturan manakah ketika mana YB Sivakumar menjalankan tugasnya sebagai Yang Dipertua Dewan yang sah pada persidangan 7 Mei yang lalu, tiba-tiba Timbalan Yang Dipertua Dewan mengambil alih tugas Yang Dipertua Dewan bagi menjalankan pemilihan Yang Dipertua Dewan yang baru ?



2. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009, Yang Dipertua Dewan telah menggunakan kuasanya bagi menentukan jumlah pemerhati dan pemberita yang dibenarkan berada di dalam dewan sepanjang persidangan berjalan.



a) Mengapa kuasa Yang Dipertua Dewan ketika itu dinafikan sebaliknya arahan menentukan jumlah pemerhati dan pemberita diambil alih oleh Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri ?



b) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menguasai perjalanan sidang dewan sehingga menghalang Yang Dipetua Dewan menjalankan tugas sebagaimana peraturan dalam Perintah Tetap ?



c) Di bawah peraturan manakah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri menghalang pemerhati dan pemberita yang telah diberi kebenaran khas oleh Yang Dipertua Dewan dari memasuki dewan ?



3. Dalam sidang dewan 7 Mei 2009 yang lalu, DYTM Raja Muda Perak telah menyampai titah ucapan bagi merasmikan sidang dewan tersebut.



Adakah tidak menyalahi amalan dalam persidangan dewan di Perak, titah ucapan Tuanku tidak disertai dengan ucapan usul terima kasih dan membahaskannya serta menerima titah ucapan tersebut ?



Adakah ia bukan satu penghinaan terhadap titah Tuanku yang langsung tidak dibahas dan diterima ?



Di bawah peraturan manakah, usul pemilihan Yang Dipertua Dewan dijalankan sedangkan Perasmian Sidang Dewan 7 Mei yang lalu belum pun disempurnakan lagi ?



SOALAN-SOALAN BERTULIS



1.Hasil Hutan

Sila buat analisis perbandingan keluasan balak yang telah diluluskan dan hasilnya oleh kerajaan pada tahun 2008 dan 2009 ?



Apakah polisi yang diguna pakai oleh Jabatan Hutan Negeri Perak bagi menentukan kelulusan balak dan berapakah keluasan balak yang ditender sepanjang tahun 2009 ?



2. Sekolah Agama Rakyat (SAR)

a)Berapakah jumlah bantuan perkapita kerajaan Negeri kepada Sekolah Agama Rakyat yang bukan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)?



b) Berapakah pula jumlah peruntukkan yang kerajaan negeri salurkan kepada setiap Sekolah-sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SUWA) ?



3.Majlis Agama Islam Perak

a)Sila nyatakan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang membayar zakat kepada Majlis Agama Islam Perak dan jumlah yang dikeluarkan oleh setiap anak-anak syarikat?



b) Mengapakah kerajaan tidak mengguna pakai kaedah perlantikan Ahli Jawatankuasa Qaryah yang pernah dicadangkan dalam mesyuarat Majlis Agama Islam iaitu sama ramai jumlah Ahli Jawatankuasa Qaryah dari penyokong Pakatan Rakyat dan Penyokong BN sewaktu kerajaan Pakatan Rakyat memerintah dan mendapat perkenan Tuanku Raja Muda?



4. Pemberian suratan hak milik dan Tanah Rezab Melayu

a)Sila nyatakan jumlah suratan hak milik yang telah dikeluarkan dari tahun 2000 hingga 2009 mengikut pecahan daerah dengan menyatakan sekali jumlah ekar dan kepada siapa suratan hak milik itu dikeluarkan?



b)Berapakah jumlah Tanah Rezab Melayu yang ditukar statusnya di seluruh Perak mengikut pecahan dari tahun 2000 hingga 2009 ?



5. Pelaboran

a) Sila nyatakan jumlah pelaburan asing yang diterima oleh Kerajaan Negeri mengikut pecahan bilangan tahun sejak 2007 hingga 2009 serta nyatakan nama pelabur-pelabur asing itu?



b) Baru-baru ini, YAB MB pergi ke beberapa buah negeri antaranya ke Timur Tengah, Amerika dan London, berapakah jumlah pelaburan yang diterima hasil lawatan tersebut serta nyatakan nama syarikat-syarikat yang melabur.?

Berdasarkan soalan-soalan dan juga jawapan-jawapan yang bakal diberikan nanti oleh Kerajaan BN sudah pasti bakal mengundang satu perdebatan yang panas dan hebat.



Jelas UMNO/BN Perak sangat takut dengan soalan-soalan yang dikemukakan oleh Adun-adun PR terutama soalan-soalan lisan.
AL HUSSEYN
 
editor-parit.com

PEMUDA LEMBEK DALAM PAS!

Hari aku rasa sikit bengang dan ada le sikit marah-marah...bukannya ape...ade member dalam kawasan bagitau,pemuda PAS sekarang dah 'down' dan 'drop'....aku pun tanye le..apenye bende tu???Member tu bagitau...semenjak kita kalah dalam mempertahankan kuasa PR di Perak  yang tercinta ini,ramai pemuda dah kurang menyumbang dari mesyuarat cawangan,kawasan....termasuklah negeri....alahai...betul ke ni....???

Aku memang ada buat jangkaan macam tu sebelum ni...tapi tak sangka pulak seawal macam ni....hellemek....ini dah kira macam takde tarbiah dah......kira kita ni 'fail' ke???Korang dalam dewan pemuda pun takde kekuatan minda ke???Macam mana korang nak lawan UMNO yang dah nak mampus tu???Ingat sahabat,Allah tu bukannya suruh kita menang 'gitu-gitu' je......dalam Islam kerje kena buat,menang dan kalah tu haq mutlak Allah...takkan korang dalam dppk nak ambik haq Allah tu....

Tolong la....kembali rapatkan saf-saf perjuangan,paling penting suburkan ruh-ruh mujahid dalam jiwa korang.....jangan mudah mengalah......jangan berputus asa...'give up' tu perangai syaithon....agak-agak le sikit.....memang kita rasa letih berjuang ni....nama pun berjuang ....Nik Aziz yang dah tua tu pun tak pencen-pencen lagi,ni kan pulak korang yang muda belia remaja ....sepatutnya berganda-ganda 'powerfullnyeee'

Aku rasa korang dalam dppk kena banyakkan motivasi,tarbiah dan kembali ke asal.....

parit.com

Anak adakan kempen 'Jom Kembali Ke Ladang'

KUALA KRAU, 28 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan kempen ‘Jom Kembali Ke ladang’, bagi merangsang anak muda mengusahakan sendiri kebun mereka bagi meningkatkan pendapatan.

Berucap pada program penerangan khas sempena Mesyuarat Cabang PKR Kuala Krau, di Felda Jenderak Utara, petang semalam, Mazlan berkata peningkatan pendapatan lebih besar menunggu masyarakat peneroka apabila kebun diusahakan sendiri tanpa bergantung kepada kapitalis yang dicipta pemerintah Umno.

“Sudah ada peneroka yang berani mengusahakan ladang mereka sendiri, terbukti mereka berjaya memperolehi pendapatan jauh lebih besar dari apa yang diusahakan dengan Felda. Sebab itu kita akan adakan kempen Jom Kembali Ke Ladang, kita nak rangsang anak muda ke kebun bagi mengusahakan sendiri.

“Kita tak mahu melihat masyarakat peneroka dibebani hutang, kita kena berani, kita nak halau kapitalis yang dicipta pemerintah Umno yang namanya teknoplant,” katanya.

Mengulas tekanan yang dialaminya dan kesukaran menjelaskan isu yang berlaku melalui ceramah dan sebagainya, Mazlan hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut dengan penjelasan yang ingin disampaikannya kepada masyarakat Felda.

“Saya hairan mengapa pemimpin Umno dan Felda terlalu takut kalau mereka tak buat salah. Kalau saya tak betul mereka boleh saman saya, memang saya dah kena saman pun, jadi apa mereka nak takut kalau mereka tak salah,” katanya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Turut menyampaikan penerangan Wan Rohimi Wan Daud dan Ketua Cabang PKR Kuala Krau, Suhaimi Said.
harakahdaily