tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

09 June 2010

PERKOSA-- AHLI MAJLIS-APA JAWAPAN SI KATAK LONCAT?

Jika dah rasa hebat sangat awat tak pie tumbuk orang yg bagi tanah MELAYU di Singapore tempohari..







Ahli majlis dibelasah, NGO Melayu dipersalah






Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.










Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).






“Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi.






Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.






Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.






Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.






Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.






“Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami,” katanya.






Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.






“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,” kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.






Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.






“Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida,” katanya.










Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.






Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.






"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.






"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.

Kedah La Nie
 
...samseng bangsat Perkosa Ahli Majlis.......bangsat betul lee..-Parit.Com

KOTA BHARU YANG INDAH

Bendera bulan purnama mulai 'tenggelamkan' Kota Bharu



KOTA BHARU, 9 Jun: Wajah bandar Kota Bharu kini semakin ditenggelami dengan warna hijau apabila bendera ‘bulan purnama’ dipasang di jalan-jalan utama menjelang muktamar PAS kali ke-56 Jumaat ini.


Banner yang tertera gambar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang boleh dilihat di jalan-jalan utama.


Papan iklan gergasi bagi mengalu-alukan kedatangan perwakilan dan pemerhati dipasang di beberapa lokasi di bandar ini dan sekitar Pengkalan Chepa.


Perasmian serentak Dewan Ulamak, Muslimat dan Dewan Pemuda akan diadakan pada malam ini bertempat di dewan utama Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa.


Manakala muktamar penuh ketiga-tiga dewan diadakan di tempat berasingan. Dewan Ulamak di Markas Dewan Ulamak PAS Kelantan (Madu) di Labok, Machang.


Dewan Muslimat di Perdana Resort dan Dewan Pemuda di Kelantan Trade Centre. Muktamar penuh akan diadakan di Putik mulai Jumaat.


Kerja-kerja akhir mempersiapkan dewan besar Putik kini selesai sepenuhnya. Manakala tempat pameran agensi kerajaan dan swasta juga disiapkan.


Ekspo di luar kompleks Putik sudah bermula. Khemah di tapak ekspo menyediakan sebanyak 278 ruang perniagaan bagi barangan kering dan gerai makanan.


Kawasan sekitar Putik mulai meriah dan bergemerlapan cahaya pada waktu malam. Perwakilan dan pemerhati tiga dewan mulai kelihatan sekitar Putik.


Manakala jualan di tapak ekspo bermula malam tadi. Di tapak itu juga diadakan ceramah pembukaan oleh anggota jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan annggota Exco kerajaan negeri, Datuk Mohd Amar Abdullah.


Harakahdaily
-Walaupun kat Parit takde Muktamar,tapi aku tak ketinggalan mengibarkan Syiar Islam di Malaysia-Parit.Com

RAJA SELUAR DALAM DITANGKAP:KAH KAH KAH GILA SEKS?

KUALA TERENGGANU: Serbuan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Marang ke sebuah rumah di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang, untuk memberkas pengedar dadah membawa penemuan mengejutkan apabila bukan dadah yang ditemui, sebaliknya kira-kira 400 seluar dan baju dalam wanita terpakai.







Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi kelmarin itu, polis yang menyerbu rumah itu untuk urusan pertuduhan kes dadah menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang bertugas sebagai pembantu kesihatan awam.






Difahamkan, suspek yang pernah bertugas di Dungun dan Marang sebelum ini didapati dua kali positif ujian dadah jenis methamphetamine, malah ketika serbuan dan pemeriksaan di rumahnya, lelaki itu didapati memakai seluar dalam wanita.






Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Terengganu, Superintendan Roslan Abd Wahid berkata, lelaki itu mengaku mencuri semua pakaian dalam berkenaan daripada ampaian rumah penduduk sekitar Marang dan Dungun.






Menurutnya, ‘raja seluar dalam’ itu penagih pil kuda dan gemar memakai pakaian dalam wanita sejak di bangku sekolah menengah, malah dikatakan mempunyai minat pelik dengan mengumpul pelbagai jenis pakaian dalam wanita.






“Dia pernah bertugas di Dungun dan Marang mengaku mengumpul semua 400 pakaian terpakai itu sejak tahun lalu ketika berkhidmat di kedua-dua daerah berkenaan,” katanya.


Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai khususnya wanita yang tinggal sekitar dua daerah berkenaan yang mungkin kehilangan pakaian dalam supaya segera membuat laporan polis bagi memudahkan siasatan.






“Kami sedang bekerjasama dengan Bahagian Siasatan Jenayah di kedua-dua daerah berkenaan untuk mengesan kemungkinan terdapat mangsa yang membuat laporan berhubung kehilangan pakaian berkenaan,” katanya




macam ni punya orang boleh hidup ka????-Parit.Com

06 June 2010

MP PARIT SELAMAT....YAHUDI RESPEK UMNO/APCO

6 aktivis M'sia di MV Rachel Corrie dibebaskan






Enam aktivis keamanan Malaysia atas kapal MV Rachel Corrie yang ditawan ketika dalam pelayaran ke Gaza, telah dibebaskan hari ini oleh Israel di Jambatan Raja Hussein di sempadan Israel-Jordan pada kira-kira jam 5.20 petang waktu Malaysia.


Sukarelawan Malaysia itu yang berada atas kapal itu bagi misi bantuan kemanusiaan ke Gaza terdiri daripada anggota Parlimen Parit Mohd Nizar Zakaria, anggota Perdana Global Peace Organisation (PGPO) Shamsul Akmar Musa Kamal, Matthias Chang dan Ahmad Faizal Azumu, serta dua wakil media Halim Mohamed dan Mohd Jufri Judin dari stesen televisyen swasta TV3.


MV Rachel Corrie, kapal terakhir dalam flotila yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza yang dikepung Israel, telah ditawan oleh Pasukan Pertahanan Israel pada kira-kira jam 2.45 petang (waktu Malaysia) semalam dan diiring ke Pelabuhan Ashdod, Israel.


Turut berada atas kapal itu bersama aktivis keamanan Malaysia itu ialah bekas Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Dennis Halliday, pemenang anugerah Nobel Mairead Maguire, Derek dan Jenny Graham daripada Free Gaza Movement dan penerbit filem dokumentari Fiona Thompson.


Misi bantuan itu ditaja oleh PGPO, sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia.


Kapal Rachel Corrie dinamakan sempena nama wanita Amerika yang terbunuh akibat dirempuh jentolak tentera Israel di Semenanjung Gaza pada 2003, semasa cuba membantah tindakan meroboh rumah.





-oooo.....selamat juge MP Parit ye......pelik aku memikirkan,macam mana Malaysia boleh tak kene serang...musykil...musykilll.....
-Parit.Com

Tangisan bulan madu






KAMPUNG BANGGOL KATONG - Seorang suami, Mohd Razali Ibrahim, 57, dari Taman Katong Jaya, Kampung Banggol Katong buntu memikirkan sebab isterinya, Jamilah Mashud, 45, nekad menghilangkan diri sedangkan usia perkahwinan mereka baru sahaja mencecah 17 hari.






Menurut Mohd Rozali, tindakan isterinya meninggalkan rumah pada 24 Mei baru-baru ini tanpa sebarang pesanan dan terus menghilangkan diri ini amat mengecewakannya kerana berasa dipermainkan.






“Bayangkanlah, kami baru sahaja berkahwin pada 7 Mei lalu dan dalam tempoh berbulan madu ini, dia boleh melakukan tindakan sedemikian tanpa memberi sebab sedangkan sepanjang perkahwinan, kami tidak pernah bergaduh atau berselisih faham.






“Selepas hari kejadian, saya cuba menjejaki keluarganya di Kuantan, Pahang tetapi mendukacitakan, tiada seorang pun yang ditemui dan jari saya sudah sakit menekan nombor telefon dia, tetapi langsung tidak berjawab,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di kediamannya.