tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

23 January 2010

ARAB MEMENG OTAK GILA-hahahahhahahahaha....pening lahhhhh!!!

UNTUK AWANG SELAMAT : KERAJAAN SEBENARNYA YG TERDESAK BUKAN DSAI


Isu kalimah Allah semakin dikusutkan lagi oleh pihak kerajaan apabila menteri kontoversi, iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mengeluarkan kenyataan membenarkan pula penganut Kristian di Sabah dan Sarawak menggunakan kalimah Allah dalam upacara sembahyang dan keagamaan kerana mendakwa secara tradisinya ia telah diamalkan sejak dahulu lagi.




Bagaimanapun LARANGAN tetap dikenakan oleh penganut Kristian dan pihak gereja di Semenanjung yang tetap tidak dibenarkan menggunakan kalimah Allah dalam sebarang upacara keagamaan termasuk penerbitan. Namun kenyataan Nazri itu mendapat bantahan di sini.

Nampaknya kenyataan Nazri itu seolah-olah seperti terdesak demi untuk menjaga pengundi2 di sebelah Malaysia Timur itu. Hal ini rasanya AWANG SELAMAT boleh menjawab dalam kolum BISIK-BISIKnya yg sebelum ini mendakwa Anwarlah yg terdesak menimbulkan isu ini di sini sebelum ini.
 
 
sumber

Awas ! Isu Pecah Belah-


Salam




ISU PECAHBELAH DAN PARINTAH ADALAH ISU ANTARA BANGSA YANG DI TAJA OLEH SYAITAN LAKNATULLAH



Orang melayu mudah lupa, orang islampun mudah lupa, orang berdarah sejukpun mudah lupa dan penyakit lupa ini di warisi daripada Adam a.s sehingga dia terkeluar daripada syurga kerana terlupa, penduduk di negara ini semuanya mudah lupa sebab mereka dari keturunan Adam yang satu, sebab itu ubat jangan lupa ialah apabila kita ingat dan lihat UMNO/BN maka cepat-cepatlah kita berwaspada sebab mereka ini adalah musuh politik nombor satu yang membawa malapetaka



Semua orang tahu bahawa tektik barat untuk membunuh umat islam adalah dengan melaga-lagakan di antara umat islam yang berakhir dengan berbunuh-bunuhan sesama sendiri, waktu kebelakangan ini terlalu banyak isu yang di rekacipta oleh UMNO menjurus kepada mahu memecah belahkan perpaduan PR dengan harapan supaya PR berpecahbelah sesama sendiri dengan mengutarakan isu perpaduan mengikut kaedah semangat bangsa dan agama serta perkara halal dan haram yang sengaja di buat-buat untuk membolehkan mereka menanggok di air yang keruh



BN/UMNO tersangat aktif mencari punca pantang dan larang melalui agama serta adat dan resam di negara ini dengan tujuan untuk memecahbelahkan perpaduan di dalam sesuatu kumpulan supaya perpaduan pada kumpulan itu menjadi huru hara, merekalah sebenarnya pakar mencipta dan juara huruhara, UMNO/BN tidak sahaja mengerahkan ahlinya berbuat demikian malah mereka menggunakan agensi-agensi kerajaan sebagai alat kepada kehendak mereka sekalipun mereka mengetahui perbuatan mereka itu haram dan tidak bertamadun, pada mereka haram itu menjadi halal dan halal itu menjadi haram



Orang BN/UMNO dan agen-agennya sangat pandai mencipta berbagai-bagai provokasi supaya musuhnya cepat naik darah dan naik angin, mereka tidak mudah kalah dan menyerah diri sehingga tipudaya mereka berjaya sementara orang PR yang rata-rata serba lemah dan tidak berada sangat mudah terpengaruh dengan pujukan mereka, mereka tuba dengan senyum, mereka tuba dengan berbudi-budi, dengan wang ringgit dan berbagai-bagai lagi akhirnya musuh mereka terlupa perjuangan yang mereka pikul, maka benarlah melayu mudah lupa, islam mudah lupa dan keturunan Adam yang tidak berpegang dengan agama mudah lupa


sumber

22 January 2010

Hadis Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:


Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana. Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan. Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang. Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya. Saidatina Aisyah berkata: Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis. Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan. Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur. Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut. Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannya إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain ucapannya إِنَّا لِلَّهِ وَ إِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik. Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan. Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang di bina berhampiran dengan rumah kami. Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata: Celaka Mistah! Aku berkata kepadanya: Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar. Dia menjawab: Wahai Saidatina Aisyah: Tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab: Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong. Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Aku menjawab: Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku? Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku: Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku? Ibuku menjawab: Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya. Aku berkata: Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku? Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian. Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik. Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai. Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul. Saidatina Aisyah berkata: Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya. Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi: Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah: Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku. Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata: Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu. Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz: Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya! Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah: Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik. Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain. Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam. Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku. Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis. Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya. Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w. Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s: فَصَبْرٌ جَمِيلٌ وَاللَّهُ الْمُسْتَعَانُ عَلَى مَا تَصِفُونَ Yang bermaksud: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu. Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi Demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda. Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat إِنَّ الَّذِينَ جَاءُوا بِالْإِفْكِ عُصْبَةٌ مِنْكُمْ Yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku. Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a. Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat وَلَا يَأْتَلِ أُولُوا الْفَضْلِ مِنْكُمْ وَالسَّعَةِ أَنْ يُؤْتُوا أُولِي الْقُرْبَى sehingga ayat أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ Yang bermaksud: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu. Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah. Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu? Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!

sumber

NAK BELAJAR???

BERWUDHUK

Batu Bateri Kuno Dari Baghdad


Baghdad Battery merupakan salah satu artifak kuno yang paling membingungkan para ilmuwan maupun arkeolog. Pada tahun 1930 silam, pada sebidang makam kuno di luar Baghdad (Khujut Rabula), beberapa arkeolog yang melakukan penggalian disana menemukan sebuah artifak yang diduga merupakan satu set baterai kimia yang usianya telah mencapai 2000 tahun lebih.


Arifak aneh tersebut terdiri atas sebuah silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun sedemikian rupa dalam sebuah jambangan kecil (tinggi 14 cm, diameter 8 cm) yang terbuat dari tanah liat. Setelah para ahli mereka-ulang memang benar didapati bahwa artifak tersebut merupakan sebuah baterai elektrik kuno.

Para peneliti berhasil memperoleh 1.5 voltmeter dari artifak batu baterai elektrik tersebut , yang bekerja nonstop selama 18 hari dengan cara memasukkan cairan asam kedalam jambangannya, misalnya: air jeruk (sunkist & lemon lebih bagus), h2so4, semua larutan golongan elektrolit….Komponen baterai terdiri dari batang karbon sebagai anoda (kutub positif), seng (Zn) sebagai katoda (kutub negatif), dan pasta sebagai elektrolit penghantar.

Usia artifak baterai kuno ini diperkirakan berkisar 2.000 – 5.000 tahun, jauh sebelum Alessandro Volta (Italia) membuat baterai pertama kali pada tahun 1800 serta Michael Faraday (Inggris) menemukan induksi elektromagnetik dan hukum elektrolisis pada 1831 yang jarak penemuannya hingga kini mencapai sekitar 200 tahun lebih.

Temuan ini tentunya dapat merubah pandangan manusia masa kini akan kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh peradaban manusia masa lalu. Nampaknya, aktifitas elektrik telah dikenal oleh manusia pada masa-masa itu.


Tidak hanya Baghdad Battery saja yang menarik perhatian para ilmuan maupun arkeolog di seluruh dunia, namun terdapat beberapa artifak serupa yang diduga juga sebagai peralatan elektrik masa silam, seperti Dendeera Lamps, Assyrian Seal, maupun The coffin of Henettawy.


Sebenarnya Dendeera lamps ini merupakan sebuah relief disebuah temple di Mesir yang menggambarkan seorang Pharaoh sedang menggenggam sebuah benda mirip dengan bola lampu lengkap dengan penggambaran kabel beserta catu dayanya

sumber

Benda-benda Najis





1. Bangkai haiwan darat yang berdarah. (kecuali mayat manusia tidak najis) bahagian-bahagian bangkai seperti daging, kulit, urat, tulang, bulu dan sebagainya semuanya adalah najis.
2. Air kencing.
3. Tahi.
4. Darah. Semua jenis darah kecuali hati dan limpa.
5. Nanah. Segala macam nanah adalah najis sama ada ainya berbentuk kental atau cair.
6. Muntah.
7. Mazi. Iaitu air putih yang keluar dari kemaluan ketika memuncak syahwat. Ia hanya terdapat pada lelaki dan perempuan. Tetapi lebih banyak pada kaum perempuan.
8. Wadi. Iaitu air putih kental yang keluar dari kemaluan mengiringi kencing atau kerana letih.
9. Arak atau tuak ( masam) . Setiap minuman keras yang memabukkan.
10. Anjing dan babi serta keturunannya.
Segala najis tidak dapat disucikan kecuali arak dan kulit bangkai binatang.
Arak apabila sudah menjadi cuka dengan sendirinya ia menjadi suci. Begitu juga dengan kulit bangkai dapat disucikan dengan cara disamak.


PEMBAHAGIAN NAJIS.



1. Najis Mughallazah. (tebal) iaitu anjing dan babi. Benda yang terkena najis ini hendaklah dibasuh tujuh kali, sekali daripadanya hendaklah dicampur dengan tanah.

Sabda Rasullullah (SAW)
cara mencuci bejana seseorang kamu, apabila dijilat anjing hendaklah dibasuh tujuh kali, air pertama hendaklah dicampur dengan tanah." (Riwayat Muslim).
2. Najis Mukhaffafah. (Ringan). seperti kencing kanak-kanak lelaki yang belum makan makanan selain daripada susu ibu. Untuk mensuci benda yang terkena najis ini, memadai dengan memercikkan air atas benda itu meskipun tidak mengalir. Adapun kencing kanak-kanak perempuan yang belum makan selain susu hendaklah dibasuh sampai mengalir air di atas benda yang kena najis itu dan hilang zat dan sifat-sifat nya sebagaimana mensuci kencing orang dewasa.
3. Najis Mutawassitah. (Pertengahan) iaitu najis yang lain daripada dua macam tersebut di atas. Najis pertengahan ini terbahagi kepada dua bahagian.
3.1 Najis Hukmiah. - iaitu najis yang diyakini adanya tetapi tidak nyata zatnya, baunya , rasanya serta warnanya. seperti kencing yang sudah lama kering, sehingga sifat-sifatnya sudah hilang. cara mensuci najis ini cukup dengan mengalirkan air di atas benda yang kena itu.
3.2 Najis Ainiah. Najis yang nampak dan kelihatan najisnya seperti tahi, darah dan lain-lain.


Cara Menyuci Najis Mughallazah (Najis Berat)



* Anjing dan babi serta keturunan salah satu daripadanya. - termasuk dagingnya, lemak, tulang, darah, liur, tahi, kulit serta bulunya serta seluruh bahagian badannya.
Peringatan.
1. Tersentuh anjing yang kering dengan tangan yang kering tidaklah dikirakan najis. Sekiranya salah satu di antara keduanya basah atau kedua-duanya basah, maka dikira najis dan ianya wajib disamak.
2. Menyentuh babi yang kering ataupun basah adalah dikira najis (Wajib disamak).

Cara Menyucinya.

Hilangkan najis itu terlebih dahulu kiranya najis haiwan itu yang tersentuh. Basuhan pertama menggunakan air lumpur (Selut).
Kemudian dijirus dengan enam kali air mutlak. Basuhan ini hendaklah menghilangkan bau, rasa dan ainnya.

Cara menyucikan Najis Mutawasitah (Pertengahan).

1. Najis Ainiyah.
i. Buangkan najis itu terlebih dahulu.
ii. Basuh bekas itu sehingga hilang bau, warna dan rasa dengan air mutlak.

2. Najis Hukmiyah.
i. Memadai dengan mengalirkan (Menjirus) air mutlak pada tempat yang terkena najis.

Cara menyucikan Najis Mukhaffafah (ringan).
Memadai dengan merenjiskan air pada benda atau tempat yang terkena najis sehingga rata.

Cara Menyucikan Kulit Bangkai

Binatang yang mati tidak disembelih adalah bangkai. Kulit bangkai kecuali binatang laut dan sungai tidak boleh dipergunakan sebelum disuci.

Cara menyucinya ialah dengan dibersihkan menggunakan air bercampur daun bidara atau juga biasa disebut samak. Sebelum disamak kulit bangkai itu adalah najis.

Cara menyucikan cairan yang memabukkan.
Kiranya minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda cair, maka buanglah semuanya. Tetapi jika minuman yang memabukkan jatuh pada benda-benda beku, cukuplah dibuang bahagian yang terkena dan kawasan sekelilingnya.

Perkara yang tidak dikira sebagai najis.

Bagi haiwan yang mati tanpa disembelih hukumnya bangkai yang bernajis kecuali yang berikut di bawah:
1. Mayat manusia sama ada Islam atau kafir.
2. Ikan sama ada besar atau kecil halal dimakan.
3. Belalang.
4. Ulat dalam buah-buahan atau seumpamanya yang ada dalam makanan. Kalau diketahui ada ulat dalam buah-buahan dan dimakannya bersama , maka hukumnya makruh.
5. Semua binatang yang darahnya tidak bersifat mengalir, maka air tidak menjadi najis jika binatang berkenaan jatuh ke dalamnya. Tetapi memakannya tetap dilarang.

Hukum Peluh dan air liur manusia dan binatang.

1. Air liur, kahak yang keluar daripada dada atau otak, air hidung, air mata, peluh , mani, susu jika ia keluar dari:
i. Anjing dan babi atau keturunannya adalah haram kerana ianya adalah najis.
ii. Keluar daripada binatang atau manusia adalah suci semuanya. tapi benda itu adalah dianggap jijik dan haram dimakan.
2. Tidak najis air liur kucing, jika pasti semasa itu ia tidak memakan benda najis seperti cicak, tikus dan seumpamanya.
i. Selepas makan tikus lalu kucing itu menjilat air minuman, maka air yang dijilati itu menjadi najis.
ii. Jika selepas makan tikus atau sebagainya, kesan darah di mulut kucing itu telah hilang, kemudian kucing itu menjilat minuman. Air minuman itu tidak najis.

Air Liur Basi

Air yang keluar daripada mulut ketika seseorang tidur.
1. Jika air itu berwarna kuning atau busuk, maka iar liur basi itu najis kerana ia keluar dari perut.
2. Jika air liur itu tidak berwarna dan tidak berbau busuk, maka iar liur itu tidak najis kerana bukan keluar dari perut.

Hukum Madu

1. Halal meminum madu kerana madu keluar daripada mulut lebah.
2. Haram memakan anak lebah sekalipun belum bernyawa.
3. Tidak makruh meminum madu daripada lebah yang memakan najis.


sumber

20 January 2010

Pelbagai Isu Sedang Ditimbulkan Oleh Kerajaan BN Untuk Menutup Kelemahan Nya

Nampak benar BN/UMNO sudah sampai ketahap muflis dari segi mempertahankan dan melindungi segala keburukan dan kelemahan nya.




Pelbagai isu ditimbulkan se mata2 untuk mengalihkan pandangan dan tumpuan rakyat terhadap segala kelemahan dan keburukan pentadbiran.



Perkara yang sangat buruk berlaku dalam pentadbir negara ialah kegagalan mengawal kenaikan harga semua barang2 dan semua perkhidmatan. Yang sangat merasai kesan2 ini ialah kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah.



Keadaan ini ditambah buruk kan lagi dengan kegagalan pehak yang berkuasa mengawal kebanjiran pendatang2 haram dan tidak haram memasuki negara ini. Kehadiran kaum pendatang ini telah merobek ekonomi negara dan telah menyebabkan rakyat sendiri menderita.



Banyak bidang perkerjaan telah dimonopoly oleh kaum pendatang ini, terutamanya dari Myanmar dan Bangladesh. Kita lihat sahaja di pasar raya, restoren dan mana2 juga gedung dan kilang2 besar semua majikan telah mengutamakan pekerja2 dari negara luar.



Sampai bila negara ini dibebani oleh pendatang2 luar akan berakhir?









"Kera di hutan di susukan, anak sendiri mati kelaparan"








Walaupun negara kita nampak maju dan aman makur, akan tetapi masih terlalu ramai yang hidup dibawah aras kemiskinan. nalapambu

Isu Nama Allah - Apa Semua Ini?

Adakah status Allah berbeza menurut zon? Apa semua ini? Mudah sahaja... Apapun jua yang dilakukan oleh Umno adalah semata2 untuk kepentingan dan survival politik mereka yang sudah berada dipenghujung jalan.





Diperingkat awal, Umno ingin melaga2kan antara PAS dan DAP untuk memecah belahkan PR, tapi tak menjadi. Kemudian Umno ingin melaga2kan antara kaum dan agama agar jadi rusuhan supaya dia boleh rampas negeri S`ngor atas apa jua alasan, juga tak menjadi (sama dengan provokasi kepala lembu, arak dll). Umno juga ingin menunjukkan bahawa dialah juara pembela Allah, juga tak menjadi dan akhirnya BN sedar dia kehilangan banyak sokongan dikalangan orang bukan Islam di Semenenjung lebih2 lagi di Sabah dan Sarawak...



Apa pula alasan mereka kini bila membenarkan orang bukan Islam guna nama Allah di 4 buah negeri? Adakah cukup hanya dengan mengatakan bahawa negeri2 tsb tidak punya Sultan? Bagaimana dengan Melaka?



Sebenarnya isu nama Allah punya strategi serampang dua mata. Selain yang disebutkan diatas, ia juga untuk menutup sekian banyak isu yang menghantui pemikiran rakyat seperti isu kenaikan harga barang, isu rasuah & ribuan juta ringgit yang dirompak, isu kehilangan injin jet, isu Felda & penipuan perahan minyak sawit, isu GST (cukai yang akan membebankan rakyat), isu pelajar sekolah berasrama penuh yang terpaksa balik rumah tiap hujung minggu kerana tak cukup duit nak dibagi makan, isu kos PLKN, isu YBK di Selangor, isu jenayah dan banyak lagi.



Dan yang paling utama ialah untuk menutup isu Mahkamah Syari`ah dan Qazaf atas fitnah jahat dan busuk saiful serta perbicaraan Anwar 25 Jan ini. Sampai bilakah fitnah ini akan terus menyelubungi kita? Ingat! Perpecahan dan permusuhan kita akibat fitnah '98 hingga kini belum selesai. Dengan kes saiful ini, berapa tahun pula kita akan bermusuh?



Marilah... Atas nama Allah Tuhan semua... Kita tolak fitnah dan orang2 yang menegakkan fitnah... Bersatulah atas nama Islam dan kemanusiaan...



Salam ukhuwwah.

Ustaz Badrul Amin

Filem Islamik Tetapi Dedah Aurat & Adegan Haram


SOALAN




Dahulu saya juga berhati-hati apabila mahu mengulas isu-isu semasa. Tetapi kadang kala saya melihat isu itu terang-terang tidak menguntungkan islam malah banyak menjauhkan umat islam dari agama. Namun, apabila diulas, ada yang mendakwa isu itu ada pakar yang lebih mengetahui selok beloknya berbanding kita yang awam hatta ustaz yang faham agama.



Isu yang saya ingin bangkitkan adalah isu industri hiburan. Pembukaan aurat adalah haram di sisi Islam. Persentuhan untuk menunjukkan kasih sayang atau melakonkan watak di kalangan bukan mahram juga haram di sisi islam.



Apabila saya sudah mengetahui akan hukum haram ini, dan melihat suasana industri hiburan yang meraikan kedua-dua kemungkaran tersebut lalu saya mengulas dan memprotesnya, adakah saya juga dikategori sebagai tidak berhati-hati?



Ini kerana ada yang menganggap selok belok industri hiburan lebih diketahui oleh orang hiburan sendiri. Maka patut atau tidak patut, baik atau tidak baik mereka melakukan perkara haram itu sehingga boleh mereka mengHARUSkan pembukaan aurat dan persentuhan lelaki perempuan dalam nyanyian atau lakonan atas dua alasan:



1) menyampaikan mesej dan pengajaran dengan lebih berkesan



2) mencari rezeki, kerana itulah satu-satunya jalan mereka boleh cari makan



Malah ada 'ustaz' yang menghalalkan segala perbuatan mereka itu dalam keadaan sekarang dengan mengkategorikan sebagai darurat.



Darurat baginya kerana:



1) sukar untuk memproduksikan karya hiburan yang islami kerana tenaga kerja seperti penulis skrip yang berbakat, pengarah yang berbakat, pelakon atau penyanyi yang berbakat malah penerbit yang sudi memproduksikan karya islami masih belum wujud.Maka hukumnya sama seperti berurusan di bank konvensional ketika masih belum ada bank islam.



2)sukar untuk mendapat perhatian awam jika karya itu tak ditayangkan perbuatan haram yang lazim berlaku dalam masyarakat. karya yang mencerminkan realiti akan memberi impak nasihat yang lebih berkesan



-MFR studio-



(dari ruangan komen)



JAWAPAN



Sewajarnya, isu ini memerlukan huraian dan penulisan yang lebih jitu dan panjang. Namun untuk tidak mengecewakan penanya, saya sertakan respon ringkas saya. Ia mungkin tidak jitu dengan hujjah dan komprehensif, namun diharap mampu memberi gambaran general pandangan saya berkenaan isu yang ditanyakan.



Begini pandangan saya :-



Pertama : Sdr boleh terus memberi pandangan cuma jangan terlalu muktamad merasakan bahawa kita dan tafsiran kita dalam hal yang sebegini akan sentiasa lebih tepat dari pihak berkelayakan (berilmu) yang lain. Dengan itu, barulah saudara akan terhindar dari penyakit yang sedang saya hurai ini. (merujuk kepada artikel "ilmu sekerat-kerat, akhirnya sesat" )







Kedua : Sejauh mana kebenaran kenyataan, ada 'ustaz' yang menghalalkan. Kenyataan sebegini perlu dihindar kerana saya pasti, tiada seorang ustaz pun yang akan menghalalkan yang haram. Cuma apa yang ada mungkin, 'ustaz' yang terbabit melihat manfaat melebihi mudarat. Dia mungkin tersilap, tetapi belum muktamad dia silap kerana sememangnya di dalam Islam terdapat konsep Tadarruj iaitu beransur ke arah kebaikan.



Kalau benar ia dalam adalah sebuah proses Tadarruj , maka pelanggaran hukum hakam tadi bukanlah diHALALkan. Apa yang haram tetap haram tetapi proses timbang tara ini, apabila dilihat secara 'big picture' penyertaan dalam industri perfileman tadi adalah ke arah memperbaikinya sedikit demi sedikit. Ia diteruskan atas maqasid umum itu.



Macam orang baru masuk Islam, kita tak wajar nak mengharap serta mengarah perubahan diri secara drastik, mewajib segala penunaian kewajiban agama dalam tempoh sehari. Justeru, perubahan kepada kebaikan itu berlaku dalam keadaan si muallaf masih membuat benda haram seperti tidak solat lima waktu contohnya, tidak tutup aurat dan sebagainya. Ketika itu, ia tidak bermakna kita halalkan yang haram tetapi ia adalah satu proses.



APA ITU TADARRUJ ?



Tadarruj adalah proses pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Dalilnya dari firman Allah : Al-Imran : 133 ; Al-Maidah : 48 , An-Nisa' : 65 ;



Hadith Nabi :



Ertinya : "Apabila aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu sedaya upayamu, jika aku larang sesuatu pekara jauhilah ia" [1]



‘At-Tadarruj ' (beransur-ansur) juga lebih utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz r.a kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau memegang tampuk pemerintahan :



لا تعجل يا بني , فإن الله ذمّ الخمر في القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة , وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة , فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة .



Ertinya : "Jangan tergesa-gesa ya anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.[2]



Ulama kontemporari mempunyai pelbagai pendapat terhadap Isu ‘Tadarruj ' dalam pelaksanaan hukum, secara umumnya mereka terbahagi kepada dua kumpulan :-







Tidak bersetuju dan wajib melaksanakannya segera apa sahaja yang wajib tanpa tangguh: Ia adalah pandangan Syed Qutb, As-Syahid Abd Qadir Awdah, Dr. Said Ramadhan Al-Buti.









Bersetuju dengan Tadarruj berperancangan ketika tiada atau kurang kemampuan : mereka adalah Abul A'la al-Mawdudi, Dr Yusof Al-Qaradhawi & Dr Muhd Abd Ghaffar Syarif.





Bagaimanapun kumpulan ini meletakkan beberapa syarat iaitu[3]:



a. Prinsip Aqidah tidak termasuk dalam bab Tadarruj ini.



b. Yakin tentang kewajiban melaksanakan syari'at Islam secara sempurna, dan wajib menyediakan suasana yang sesuai bagi melaksanakan tuntutan tersebut.



c. Bukanlah bermaksud Tadarruj, menjatuhkan hukuman kepada si lemah, dan meninggalkan si kaya dan yang berpangkat.







MUDARAT DAN MANFAAT DARI FILEM ISLAMIK



Proses ukuran manfaat dari tema dan mesej filem kepada orang awam dan mudarat hasil pembukaan aurat dan sentuhan artis juga memerlukan kepada pertimbangan yang teliti. Namun ia boleh sahaja membuka perbezaan ijtihad dan telahan yang membawa kepada satu pihak mengharam dan yang lain mengharus.



Mungkin sahaja pihak yang mengharuskan berpendapat "ketiadaan filem-filem bermesej Islamik di pasaran lebih besar mudarat berbanding pembukaan aurat pelakon dalam filem Islamik"





Atau mungkin ada yang berpandangan



"Kebaikan yang mampu disebarkan melalui mesej filem itu melebihi dari tumpuan orang kepada aurat pelakon. Malah kebanyakan penonton tidak menyedari pelakon yang bersentuh adalah bukan mahram kerana minda mereka terfokus untuk faham ia adgean ibu dan anak, atau suami dan isteri."



Kita boleh tidak bersetuju atau boleh juga bersetuju. Sebagai panduan, Islam telah menggariskan beberapa kaedah dalam menyelesaikan pertembungan ini seperti berikut :-



إن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح



Ertinya : Menolak keburukan / mudarat diutamakan dari memperolehi maslahat ;



Itu adalah apabila kedua-duanya sama berat. Tetapi kiranya salah satu berat, maka perlu mengikut kaedah lain di bawah.



إن المفسدة الصغيرة تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة



Ertinya : Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan yang besar.



Kaedah ini mungkin digunapakai oleh para ustaz yang mengharuskan filem-filem bermesej Islam tetapi mempunyai serba sedikit kecacatan akibat lakonan pelakonnya.



Seterusnya kaedah :



وتغتفر المفسدة العارضة من أجل المصلحة الدائمة



Ertinya : Tidak diambil kira keburukan yang terputus-putus, dalam usaha meraih kemaslahatan yang kekal dan berterusan.



لا تترك مصلحة محققة من أجل مفسدة متوهمة



Ertinya : Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yang tidak pasti dan menurut andaian yang lemah.



Selepas hadam semua kaedah ini dan fahami konteks penggunaannya, seseorang ilmuan akan dapat menetapkan pendirian dalam soal hukum membantu atau tidak penerbitan sebuah filem Islamik yang ada sedikit bercampur yang elemen haram.



Dharurat yg disebut itu mungkin sukar untuk saya terima juga kerana ia kurang menepati takrif dharurat. Selain itu, perfileman bukanlah satu perkara yang dianggap asasi, berbeza dengan perbankan yang amat amat diperlukan oleh ramai.



KESIMPULAN



Oleh itu, saya kira, pertimbangan proses Tadarruj mungkin perlu dalam hal ini. Namun kritikan boleh diteruskan kerana peningkatan kepada yang lebih baik sentiasa memerlukan kritikan membina. Jauhi kritikan menyesat dan menghentam. Jauhi juga, tuduhan ustaz yang menyokong menghalalkan yang haram dan sepertinya.





Kita juga mengharapkan penglibatan penulis skrip, pengarah, penerbit dan pemilik idea Islamik dan pergaulan mereka dengan para pelakon akan mampu mengubah sang pelakon sedikit demi sedikit. Maklumlah, nasihat dan kata-kata dari seorang pengarah, penerbit dan penuli sskrip secara tidak langsung boleh mempengaruhi orang yang dibawahnya.





Namun kebimbangan saya, jika ada pengarah dan penerbit yang lebih memfokuskan kepada keuntungan berbanding membawakan mesej Islamik yang tulus. Tatkala itu, akan muncul banyak ciri-ciri haram di dalam filemnya kerana terlalu ingin mengikuti selera penonton.



Seseorang penulis skrip, penerbit dan pengarah filem Islamik yang sebenarnya sepatunya meletakkan mesej dan inti filem sebagai pokok dalam pembikinan mereka. Hanya dengan itu, mereka mungkin layak dianggap sedang bertadarruj.





Jika benar-benar hujjah tadaruuj digunakan, mesej dakwah disasarkan, saya kira pihak pembikin filem Islam mesti sentiasa berusaha memotong, meminimakan serta meniadakan unsur-unsur yang tidak menepati hukum Islam. Itu penting bagi memastikan maslahat yang ditagih sentiasa melebihi mudarat yang terlahir dari prosesnya, contoh seperti lagu tema nyanyian wanita tentunya TIDAK DIPERLUKAN. Adegan peluk, cium atau bersentuh tidak semestinya sentiasa diperlukan bagi mendatangkan kesan kepada penonton.



Akhir sekali, bawakanlah contoh filem islamik yang tidak memerlukan adegan tidak halal tetapi berdaya saing dan terkenal. Dengan itu, ia lebih memudahkan penerbit dan pengarah untuk mendapat gambaran.







Sekian







Zaharuddin Abd Rahman




http://www.zaharuddin.net/



14 Jan 2010



28 Muharram 1431 H

Hampir Sah: Pilihanraya DUN Perak Mac 2010








Oleh Mat Saman Kati@PerakExpress









Pilihanraya DUN Perak semakin hot. Zambry dan Najib sudah bertemu di Riyadh untuk membincangkan tentang pilihanraya DUN.









Zambry tak mahu DUN dibubarkan kerana takut kehilangan jawatan Menteri Besar. Najib sudah cuci tangan. Dia mau membersihkan imejnya di Perak dan mahu menyingkir Zambry dari jawatan Menteri Besar.









Semua orang tau, rampasan kuasa di Perak dirancang oleh Najib. Tiga ekor katak yang melompat, dibayar oleh Najib dan semasa perisytiharan mereka sebagai calon bebas, ketiga-tiga calon PR itu diapit oleh Najib.









Semasa mula-mula BN merampas kuasa di Perak, Najib telah berjumpa Sultan untuk menghantar nama Menteri Besar Perak pada pukul empat petang. Tetapi pada pukul enam petang, Pak Lah memintas perancangan Najib dengan mencalonkan Zambry sebagai Menteri Besar.









Lembu punya susu, sapi dapat nama. Najib kerja keras, Zambry jadi Menteri Besar.









Keputusan mahkamah Persekutuan telah pun diketahui. Keputusan lima orang hakim yang mengadili kes Nizar Zambry telah lama menghantar keputusan kepada Ketua Hakim Negara, Zaki Tun Azmi.









Ketua Hakim Negara meminta keempat-empat hakim yang memihak kepada Nizar supaya menimbang semula keputusan tersebut tetapi mereka tetap tidak berganjak. Ini bukan lagi menjadi rahsia. Tanya Nizar kalau tak percaya.









Menurut sumber, Sultan Perak telah dimaklumkan tentang perkara ini dan Sultan juga bersetuju supaya DUN dibubarkan, untuk mengelakkan perkara yang tak diingini berlaku sekiranya DUN bersidang lagi. Imej Sultan dan Negeri Perak sudah teruk dan sekiranya DUN tidak dibubarkan, maka imej Sultan juga akan terus merudum.









Najib mahu mengembalikan imejnya untuk persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang dan Perak menjadi liabiliti kepadanya. Lagi pun, Zambry bukanlah orang pilihannya. Najib mahu mengadakan pilihanraya DUN Perak untuk menyingkir Zambry, tetapi dalam masa yang sama, dia mahukan kemenangan BN di Perak.









Dalam masa Pakatan Rakyat sibuk berceramah tentang rampasan kuasa di Perak, BN sibuk mengatur strategi untuk menang dalam pilihanraya DUN akan datang dengan bantuan SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara.









Sejak Mac 2008 sehingga kini, seramai 100,000 pengundi baru telah didaftarkan di Perak. Siapa mereka? Yang ini, petugas Pakatan Rakyat kena buat kerja.









Ramai pengundi telah dipondahkan tanpa pengetahuan mereka. Sebagai contoh, lihat komen dibawah.









fadzliamir January 20th, 2010 15:45 edit :









Baru tadi semak dengan SPR, mengejutkan…!!!! sebab sebelum ni dah dua kali mengundi ( semenjak umur 21 ) iaitu di Parlimen Bruas dan DUN Pengkalan Baru…Tup,tup dah tukar ke Bukit Gantang( parlimen ) dan DUN Trong…???????? Ajaib sungguh…









Dah call SPR Perak, dan ajukan masalah diatas, nak tau apa dia cakap….( setelah dia semak dan menelefon kembali) Kesilapan teknikal yang mana kampung Padang Serai, Batu Hampar adalah bersempadanan antara Parlimen Beruas Dan Bukit Gantang, jadi dalam mengemaskinikan file diorang telah tanpa sengaja terpindahkan keseluruhan kampung ke Parlimen Bukit Gantang. Dan mengambil masa 3 bulan untuk memperbetulkannya semula…Adakah wajar untuk membuat laporan POLIS?????? Tolong bagi pendapat….









Ini satu konspirasi!! Umno cuba menghilangkan pengundi Pas di Pengkalan Baru kerana Umno cuma menang dengan 14 undi dalam Pilihanraya Umum yang lalu!!











Di Sungai Siput, Calon BN sudah mula bermalam di kampung-kampung orang Asli. Ahamad Pakeh Adam sudah mula tinggal di kampung Orang Asli untuk memastikan Orang asli menyokong BN.









Tapi satu perkara yang ramai tidak tahu ialah, anggota-anggota polis dan tentera sekarang diarahkan untuk membuat Mykad. Apa alasannya?









Sebaik saja selesai pilihanraya DUN Perak nanti, harga petrol akan dinaikkan. Sekarang ini, semua tuntuan duit minyak yang dibuat oleh anggota polis dibekukan.









Selepas ini, kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua anggota polis dan tentera yang membuat tuntutan duit minyak mesti menggunakan Mykad. Itu cuma alasan saja. Apa yang aku nampak, mungkin dalam pilihanraya DUN kali ini, anggota polis dan tentera boleh mengundi dua kali. Sekali sebagai pengundi pos, dan sekali lagi sebagai pengundi awam. Tak percaya? Cuba tengok senarai dibawah.









Senarai nama pegawai PDRM Manjung yang memohon membuat mykad di JPN Manjung pada 14.01.2010 jam 8.30 pagi









SJN YUSOFF BIN MAT RF70863 k/p 5235145 cawangan komunikasi

KPL ROSLI BIN SHAHBUDIN RF 71390 K/P5544522 KOMUNIKASI

L/KPL ZAINAL ABIDIN BIN OSMAN RF96108 K/P6298330 KOMUNIKASI

KPL ABU AZMI BIN NGAH MAT DAUD RF 63290 K/P4927682 PENGANGKUTAN

KPL MOHAMMAD TAHIR BIN HARUN RF 86350 K/P6244000 PENGANGKUTAN









Ini yang berlaku di Manjong kerana mereka mahu menyingkir Nizar dari DUN Pasir Panjang.









Satu peringatan kepada semua petugas pilihanraya Pakatan Rakyat. Jangan asyik sibuk dengan sapa nak jadi calon, tapi tengok juga apa yang dilakukan oleh Umno/Barisan Nasional.









Selepas ini, kalau tak ada tindakan proaktif yang dibuat oleh Pakatan Rakyat Perak, jangan harap hangpa nak menang. Sebab Umno sudahpun membuat pelbagai cara untuk menang dengan menggunakan SPR, PDRM dan anggota Tentera. Semuanya perancangan Najib dan Zahid Hamidi.




apa aku kata:
   
              yang ni berita paling menggerunkan UMNo sepanjang minggu....penangannya.....lu pikir la sendiri....perak loveeeeee.....

ganasssssss

Laporan perubatan: Tiada tusukan pada dubur Saiful







Oleh R Sivarasa



SHAH ALAM: Sebelas tahun telah berlalu, sejak Anwar Ibrahim, (gambar) yang baru dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, mula dilemparkan dengan beberapa tuduhan keji liwat dan rasuah yang direka-reka.



Ini mengakibatkan beliau seterusnya melalui dua perbicaraan yang dikutuk di seluruh dunia ekoran dari tindakan yang sengaja dicipta dan berasaskan dorongan politik semata-mata.



Sebagai akibatnya, beliau menghabiskan masa enam tahun di Penjara Sungai Buloh, berseorangan disebalik tembuk besi dalam tempuh itu, hanya perhubungan dengan keluarga dan peguam-peguamnya sahaja dibenarkan.





Akhirnya, selepas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamed, dengan agak keberatan mengundur diri pada bulan Oktober 2003, Anwar dibebaskan pada 2 September 2004 pada peringkat akhir rayuannya atas tuduhan liwat.



Sekarang ini, mimpi ngeri bermula sekali lagi. (Perbicaraan baru telah ditetapkan selama sebulan bermula 25 Januari ini). Pada 16 Julai 2008, Anwar ditahan atas tuduhan liwat yang baru, selepas laporan dibuat pada 28 Jun 2008 oleh seorang pembantu muda dipejabatnya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.



Kata Anwar, dakwaan ini juga didorong oleh motif politik. Suatu usaha yang diperbaharui untuk mengekang karier politiknya, yang menyaksikan beliau kembali berpengaruh, meskipun beliau menghadapi berbagai halangan, sejak pembebasannya.



Ramai mereka yang berada dalam dan luar negeri bersetuju mengenai penilaian ini.



Skrip lama diberi nafas baru dengan para pelakun yang baru. Skrip yang baru ini juga membenarkan campur tangan politik didedahkan seperti yang terdapat dalam skrip lama. Manipulasi oleh para pegawai di kamar Peguam Negara dan polis, dan pemalsuan bukti-bukti yang kesemua ini timbul dari konspirasi politik untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar.



Kes yang penuh dengan kecurigaan.



Banyak fakta tuduhan Saiful dan tingkah lakunya sudah menjadi pengetahuan umum. Fakta-fakta ini membuktikan kebenarannya sendiri dan menunjukkan terdapatnya kekurangan fakta atau hujah dalam kes yang direka cipta.



Saiful, dalam laporan polisnya pada 28 Jun 2008 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) mendakwa bahawa beliau diliwat oleh Anwar pada petang Khamis, 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara.Saiful mendakwa beliau telah dikasari sebanyak lapan atau sembilan kali tanpa kerelaannya oleh Anwar selama dua bulan lalu.



Dalam laporan polis itu iaitu dua hari kemudian, pada 28 Jun 2008, beliau mendakwa insiden liwat berlaku tanpa kerelaannya.



Versi dakwaannya dengan serta merta menimbulkan keraguan kenapa orang mendakwa sebagai “mangsa” diliwat lapan hingga sembilan kali tanpa kerelaannya selama dua bulan tidak membuat aduan kepada pihak yang berkuasa. Pada masa itu, beliau sering berhubung dengan Anwar dan kesemua staf di pejabat Anwar.



Juga didedahkan pada Rabu, 25 Jun 2008, sehari sebelum beliau dikasari pada Khamis, beliau telah menemui Penolong Pesuruhjaya Kanan, Rodwan Mohd Yusof (Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Polis Diraja Malaysia pada ketika itu dan kini CPO

Melaka) di Bilik Nombor 619, Hotel Concorde, Kuala Lumpur.



Apabila disoal oleh wartawan mengenai pertemuan itu, Rodwan berkata, beliau tidak ada apa-apa komen. Rodwan memainkan peranan penting dalam kes Anwar pada tahun 1998/1999.



Rodwan, adalah orangnya yang menggunakan sampel darah Anwar secara haram untuk tujuan ujian DNA dan beliau juga terlibat dalam meletak kesan palsu DNA ke atas tilam yang diusung ke mahkamah.



Dalam perbicaraannya yang pertama tahun 1999, bukti DNA begitu tercemar sehinggakan membuat hakim yang mempunyai sikap negatif Augustine Paul dipaksa menolak bukti itu dalam membantu pendakwa raya.



Juga didedahkan bahawa “mangsa” itu juga bertemu dengan Perdana Menteri Najib Abdul Razak, (Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu), beberapa hari sebelum insiden itu didakwa berlaku.



Apa yang menarik dalam pendedahan ini ialah Najib pada mulanya menafikan bertemu Saiful kepada media, kemudian mengakuinya, dan berkata pertemuan itu diadakan kerana Saiful (yang gagal menamatkan pengajiannya di universiti) memohon mendapatkan biasiswa.



Najib kemudian memberitahu media bahawa Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar dan kelihatan sugul ketika pertemuan itu. Tingkat laku Saiful selepas dakwaannya dikasari oleh Anwar pada hari Khamis itu juga menimbulkan berbagai persoalan.



Pagi keesokan harinya, Saiful pergi ke pejabat Anwar seperti biasa. Beliau tidak membuat aduan kepada sesiapa pun dan kelihatan normal. Pada lewat hari tersebut, beliau menghadiri majlis Kelab Anwar Ibrahim di rumah Anwar di mana Anwar juga hadir.



Di sana beliau membantu menyediakan kopi kepada beberapa orang yang hadir, sedikit pun tidak menunjukkan tanda-tanda bimbang dan resah gelisah, dan beliau dapat duduk dan berdiri tanpa memperlihatkan sebarang tanda ketidakselesaan.



Pada jam 2.00 petang hari berikutnya, hari Sabtu, Saiful pergi ke klinik swasta, Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di Jalan Tun Razak. Di sana beliau membuat aduan kepada Dr Osman, bahawa beliau merasa sakit pada bahagian dubur selama beberapa hari dan item ‘plastik’ telah dimasukkan.



Satu pemeriksaan ‘proctoscopy’ yang dilakukan oleh Dr Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda tusukan dan Saiful memiliki lubang dan saluran dubur yang normal.



Selepas pemeriksaan itu, Saiful memberitahu Dr Osman bahawa beliau telah diliwat oleh seorang VIP dan beliau kemudian telah dinasihatkan untuk menjalani pemeriksaan di hospital kerajaan.



Meskipun jarak Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan Pusrawi adalah hanya dengan melintas jalan, Saiful mengambil masa dua jamsetengah untuk tiba di sana.



Di HKL, di mana beliau membuat laporan beliau diliwat, beliau telah diperiksa oleh tiga doktor pakar, suatu keadaan yang luar biasa mengikut prosedur ini.



Ketiga-tiga doktor ini, dalam laporan rasmi mereka, telah menyatakan bahawa “tidak terdapat penemuan klinikal yang mutlak yang menunjukkan adanya tusukan terhadap dubur”, dan sekali lagi mengesahkan kesimpulan yang dibuat oleh Dr Osman.



Sesiapa pun, penyiasat yang bersikap objektif akan memahami bahawa pendakwaan terhadap liwat tidak boleh dibawa ke mana-mana ekoran dari laporan perubatan yang cukup jelas itu.



Di sini kita melihat yang sebaliknya – penyiasatan yang dipandu-arah, alaupun bukti perubatan menolak adanya sebarang tusukan terhadap dubur. Penyiasatan yang berniat jahat ini menguatkan hujah bahawa terdapat penglibatan yang bermotifkan politik.



Penyiasatan diteruskan walau terdapat penemuan-penemuan perubatan, yang segera boleh diperolehi oleh para penyiasat polis.



Kain lembut pencuci dubur Saiful, dengan penuh keraguan, mengambil masa dua hari untuk tiba di makmal pakar kimia untuk dianalisa.



Sekarang ini kita tahu bahawa pihak pendakwa raya bergantung kepada bukti DNA untuk mencuba membuktikan bahawa Anwar terlibat dalam perlakuan liwat dengan Saiful tanpa kerelaannya.



Bagaimana seorang lelaki berusia 61 tahun yang mengalami sakit belakang mampu memaksa dirinya ke atas seorang pemuda yang cergas dan tinggi lampai berusia 24 tahun adalah persoalan yang menarik untuk para pemerhati perbicaraan politik ini.



Soalan lain yang menarik ialah, memandangkan terdapatnya bukti perubatan yang jelas dan tidak ada penemuan klinikal yang menunjukkan adanya tusukan ke dalam dubur, kekurangan kredibiliti mana-mana laporan DNA menunjukkan DNA Anwar berada pada saluran dubur Saiful.



Laporan seperti ini pada asasnya menimbulkan keraguan tentang kredibiliti bukti DNA seperti itu, bermaksud bukti seperti itu telah dipalsukan atau diusik, mudah untuk menyediakan bukti DNA, terutama mereka yang mendakwa adalah para penyiasat itu sendiri, seperti dalam perbicaraan tahun 1998.



Konspirasi Liwat Nombor 2 : Bahagian Kedua

freemalaysiatoday

Pakatan Rakyat yakin berkuasa semula di Perak

Menteri Besar Perak yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengakui sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat di Perak telah merosot sedikit terutama di kawasan pedalaman.





  Menurut beliau berdasarkan bancian, Pakatan telah kehilangan antara 7 hingga 8 peratus sokongan daripada pengundi Melayu.



Ketika berkuasa selama 10 bulan berikutan kemenangan pada pilihan raya 2008, gabungan pimpinan Nizar itu memperolehi 40 peratus sokongan daripada masyarakat Melayu.



Pakatannya itu bagaimanapun tumbang pada Februari lalu, apabila tiga ahli dewan undangan negerinya berpaling tadah dan memilih untuk menyokong Barisan Nasional (BN).



Bercakap kepada Malaysiakini, di kediamannya di Ipoh, semalam, ahli parlimen Bukit Gantang itu mengakui Pakatan Rakyat gagal menembusi kubu-kubu BN di kawasan pendalaman.



"Kemerosotan juga berpunca kerana media alternatif gagal mencabar media tradisional seperti Utusan Malaysia dan akhbar lain.




Selain itu, kemerosotan didakwa berpunca daripada isu seperti kononnya semasa menjadi Menteri Besar, beliau adalah boneka DAP, dan kononnya beliau telah menderhaka kepada Sultan Perak Sultan Azlan Shah.



Namun, menurut Mohammad Nizar, pada keseluruhannya sokongan rakyat terhadap Pakatan itu tidak luntur dan jika pilihan raya diadakan mereka yakin akan menang.





Sidang media itu diadakan sempena setahun kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat tumbang.



Dalam pada itu, Bernama memetik Nizar mengulangi bahawa krisis yang berlaku di negeri itu boleh iselesaikan melalui pilihan raya negeri.



Beliau meminta Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan

Undangan Negeri.



Mahkamah Persekutuan belum membuat keputusan terhadap rayuan Nizar berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai enteri Besar Perak yang sah.

malaysiakini

Mereka yang tidak diberi cahaya oleh Allah : Surah al-An'am ayat 39-41

Allah berfirman yang bermaksud, "atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita di lautan yang dalam, yang diluputi ombak bertindih ombak, di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikian keadaanya) gelap gelita berlapis-lapis - apabila orang itu mengelurkan tangannya tidak dapat ia melihatnya sama sekali.




"Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah - menurut undang-undang peraturan-Nya - mendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka tidaklah ia akan memperolehi sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar)." (Surah al-Nur:40)




Oleh kerana itulah Allah menyatakan dalam ayat ini yang bermaksud, sesiapa yang Allah kehendaki akan disesatkannya dan sesiapa yang ia kehendaki akan dijadikannya berada di atas jalan yang betul." (Surah al-An'am:30)



Sesiapa pun tidak boleh memberi hidayah kepada seseorang melainkan Allah sahaja. Sebab itulah kita disuruh sentiasa meminta petunjuk daripada Allah SWT.
 

Hadi Awang

Allah’ versi Pakatan dan versi BN

Allah, jika ditanya maka jawapannya ialah Tuhan. Namun, saya yakin tak semua orang kenal Allah. Sebab tu, nak kenal Allah kena belajar ilmu tauhid. Kena belajar Sifat 20. Kena belajar asma’ Allah. Kena belajar apa sifat mustahil dan apa sifat harus bagi Allah.



Tapi, dah kenal pun belum tentu faham. Maka, sebab tu ada ulama yang perkenalkan subjek Tauhid Uluhiyah danTauhid Rububiyah. Bukannya memandai-mandai…tapi satu kaedah, sebab tu aku pelik dengan sikap Ustaz Mahfuz di Selangor yang memang cukup anti dengan WAHABI kononnya bawa ajaran baru dalam tauhid, tapi dia tak pamerkan keANTIannya kepada orang yang jelas menolak hukum Allah…yang menzalimi orang lain seperti Umno – pelik bukan?! Bagi aku, bukannya kalau berpegang dengan kaedah pembelajaran ini jadi kafir atau terkeluar Islam….tidak. Ia hanya kaedah mempelajari ilmu tauhid dan natijahnya hanya satu: nak ajar orang kenal ALLAH cukup-cukup!



Dalam Pakatan, PAS yang dominan memberikan suluhan berguna buat rakyat memahami makna Allah. Allah itu Tuhan. Tuhan yang menciptakan alam. Apa bendanya alam? Jika belajar ilmu tauhid, selain Allah semuanya alam. Maka, bila Tuhan menjadikan alam, sudah pasti Allah berhak menentukan peraturan bagi alam. Sebab tu, ada sunnatullah dan ada syariat Allah.



Sunnatullah ialah semua ketentuan Allah kepada alam yang dipanggil ‘nature’ atau ‘alami’ atau dalam kamus ‘semula jadi’ – misalnya, matahari yang naik dan turun ikut jadualnya, berlakunya siang dan malam, pasang dan surut lautan, perasaan manusia yang menyukai berlawanan jantina sehingga teringin nak menikah, bila dah kahwin dan dapat anak, bila dapat anak dari bayi jadi besar, pokok durian bila dah berbunga dapat buah lepas tu luruh, daun jatuh ke bawah, sungai mengalir ke hilir, angin ribut menjahanamkan, angin sepoi-sepoi bahasa pula menyamankan, apa lagi…ha, itu semua sunnatullah. Maknanya, sunnatullah ini adalah aturan Allah mengenai perjalanan alam.



Syariat Allah pula mengenai peraturan untuk manusia – bagaimana nak jalani kehidupan atas muka bumi, what is do and what is don’t. Sebab tu Allah bagi kitab panduan, al-Quran dan Allah bagi penunjuk jalan – ar-Rasul dengan segala sunnahnya…tapi, tang syariat ni yang Umno tolak…depa pakai syariat Sir Lord Reid – yang meletakkan syariat Allah di pinggir sahaja. Ni la Umno dalam memahami syariat Allah.



Balik kat isu utama, PAS bagi tau, sejak dahulu lagi, masa zaman nabi Muhammad pun, bila ditanya kepada orang-orang yang dok menyembah berhala – Latta, Uzza dan Manna – siapa yang jadikan alam semua ni, depa akan jawab: Allah! Benda ni ada disebut dalam al-Quran dan tak pastilah kot-kot ulama Umno tak jumpa atau dah jumpa tapi depa sapu bawah karpet Najib dan Rosmah kat Putrajaya.



Firman Tuhan orang-orang Islam dan semua manusia, yakni Allah: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar),” (Al-Ankabut: 61)



Cumanya, persoalan yang berbangkit bagi kalangan umat zaman dulu ni, depa mengaku yang menjadikan alam ni Allah, cuma takat tu sahajalah. Mereka tak nak patuh kepada perintah Allah. Allah suruh tinggal menyembah berhala, depa lawan. Allah suruh tinggalkan judi, depa lawan. Tinggalkan zina, tinggalkan kezaliman, tinggalkan penindasan, tinggalkan riba, tinggalkan penipuan, tinggalkan pemerasan dan banyak lagi la…semua depa lawan dan lawan. Depa lawan sungguh-sungguh sampai berperang dengan nabi. Hebat puak-puak ni…Maknanya, depa tak beriman kepada Allah dalam aspek keyakinan dan kepatuhan. Depa setakat mengaku je la, macam orang-orang Umno kat Selangor, jika kita Tanya: Sapa bagi air free…depa mesti jawap: Kerajaan Pakatan…tapi depa tetap dok kutuk Khalid Ibrahim jugak…atau sesetengah pemimpin Umno Kelantan: Nik Aziz baik tak? Depa jawab: Baik…tapi takat tu je la…depa bukan nak ikut Khalid dan Nik Aziz pun…depa belasah jugak!



PAS tak nak bermuka-muka dengan sesiapa. Memang jelas, jika kita buka buku sejarah pun, berapa ramai ahli kitab dan penyembah berhala sebelum kenabian Muhammad saw yang depa ni dok pakai nama ABDULLAH…antaranya Abdullah bin Ubai bin Salul si bapak munafikin, Abdullah bin Salam yang asalnya ahli kitab lepas tu memeluk Islam. Abdullah bin Qahafah…ni nama asal Abu Bakr r.a dan ramai la lagi…depa dah pakai nama ABDULLAH yang maknanya HAMBA ALLAH dah lama…maknanya, nama Allah dah lama dah dipakai sebelum al-Quran diwahyukan. Jadi, awat nabi tak keriau pun suruh depa tukar nama…nabi releks je…bahkan orang Arab jika depa bersumpah, depa akan sebut WALLAHI walau pun belum tentu yang dok bersumpah tu menyembah Allah. Hak ni la yang PAS nak bagi tau.



Aku akui, memang dalam satu aspek jika semua orang bukan Islam boleh guna nama Allah maka ia akan mendatangkan kekeliruan. Tapi, untuk menanganinya bukan dengan cara dok berdemo dan menjerit bagai Kera Kena Belacan. Itu memang budaya BERUK bak kata KJ dan NAZRI…yang la ni yang puak-puak Umno termasuklah kata Khalid Samad, dia pelik bila JAIS dan MAIS pun nak demo sama – tak patut dibuat pun, kerana melambangkan kebodohan dan kedunguan takat HAMPEH Ganda 23! Kita ada saluran…maka ikutlah saluran. Kita larang atas sebab yang lain, bukan semberono larang. Baru la puak-puak bukan Islam nampak kematangan kita, nampak jernihnya pemikiran orang Islam dan baru la depa respek.



Dan aku teramat yakin, segala tindakan Kurang Bijak bahkan bodoh sombong geng-geng Umno ni telah menyebabkan segelintir orang bukan Islam memandang negatif kepada Islam. Mujurlah Nik Aziz, Hj Hadi dan Anwar Ibrahim bijak memberikan respons…maka inilah citra Islam harakat madani yang ditunjangi ilmu sebenar versi PAKATAN. Ni la yang menjernihkan pemikiran orang-orang bukan Islam bahawa bukan semua orang Islam di Malaysia ni dok di belakang Umno yang memang selama-lamanya suka mengekalkan diri mereka dalam kutub kejahilan dan kebodohan ciptaan mereka sendiri.



Inilah beza besar cara PAKATAN dan UBN menangangi ‘isu kalimah Allah’, ibarat si cerdik VS si dungu, tapi si dungu mengaku cerdik dan tak mengaku bodoh…ha…ha…ha… Percayalah, lambat laun, si dungu itu pasti akan karam bersama-sama bot dan labu-labunya – kata orang Sayong…ater bior kan je le…



perakexpress.com

Orang Gila Mintak Bimbingan





"Hari Kebenaran yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia bakal tiba. Syukur kehadhirat Allah s.w.t kerana dengan Izin-Nya, saya masih lagi dapat bertahan untuk meneruskan perjuangan hingga ke hari ini."



Itulah kata-kata Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang sekali lagi akan menjadi tumpuan apabila perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim mula didengar Isnin ini.



Selepas genap satu dekad Anwar dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri atas dakwaan 'salahlaku seks' dan salahguna kuasa, Saiful menjadi tajuk utama berita, apabila membuat laporan polis pada Jun 2008, mendakwa Anwar meliwatnya.



Sepertimana dalam 1998, Anwar menafikan dakwaan tersebut dan menuduh musuh politiknya mereka konspirasi tersebut untuk menyekatnya ekoran tsunami politik pada 8 Mac tahun lalu.



Dalam catatan terbaru dalam blognya, Saiful memohon bimbingan dari orang ramai sebagai persiapan menghadapi perbicaraan tersebut.



"Dalam meniti hari-hari terakhir episod penantian yang bakal menjangkau satu tahun setengah ini, persiapan rapi perlu dilakukan bagi memperlengkapkan diri sebelum masuk ke gelanggang perbicaraan nanti.

"Akan tetapi, pada hemat saya persiapan yang dilakukan secara bersendirian mesti banyak kelemahan-kelemahannya.



"Maklumlah, ilmu pun tidak secukup mana dan ini baru pertama kali saya akan beri keterangan di mahkamah.



"Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon jasa baik anda bagi memberi bimbingan persiapan perbicaraan dari segi psikologi, spiritual, kekuatan rohani, perundangan, bahan bacaan, cara-cara memberi keterangan, menjawab soalan, atau ilmu-ilmu yang sepatutnya bagi memantapkan diri saya apabila di mahkamah.



"Nasihat dan bimbingan oleh pakar-pakar dan profesional yang berkenaan dan para ilmuan juga amat dialu-lukan," tulisnya.



Kepada mereka yang berminat berbuat demikian, Saiful berkata, mereka bolehlah menghantarnya ke alamat emel HariKebenaran@gmail.com atau di ruangan komentar di blognya atau di Facebook.



"Kesudian anda untuk membimbing dan membantu saya dahului dengan ucapan terima kasih. Semoga Allah s.w.t membalas jasa-jasa anda," tulis Saiful.

Saiful juga berharap agar pihak tertuduh tidak lagi berdolak dalih untuk menangguh perbicaraan yang bakal berlangsung Isnin nanti.



Dalam nota kakinya, Saiful menulis, atas faktor 'keselamatan', beliau tidak dapat membalas emel yang dihantar, manakala identiti pengirim akan dirahsiakan.




loveperak

Cikgu tiada kerja kerana menteri bergasak sesama sendiri



بسم الله الرحمن الرحيم










Isu ini bukan isu baru, cuma kini dibangkitkan semula apabila bertambah kritikal. Semalam timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zakarshi menyalahkan IPTA yang terus menawarkan program ijazah pendidikan di negara ini.



Apabila Kementerian Pelajaran dan Pendidikan Tinggi diasingkan maka wujud masalah kerana tidak ada keselarasan. Mungkin setiap menteri yang mewakili kementerian terbabit mempunyai agenda politik tersendiri.



28 Institut Pendidikan Guru kekal di bawah KP yang kini dinaik taraf untuk melahirkan graduan dalam ijazah pendidikan untuk ditempatkan di sekolah rendah .



Penempatan guru,sekolah rendah dan menengah juga terletak di bawah KP. Dalam masa yang sama IPTA,IPTS termasuk UPSI yang terletak di bawah KPT terus menawarkan program ijazah pendidikan.



Memandangkan IPG merupakan produk KP, sudah pasti keutamaan diberikan dalam urusan penempatan. Lebihan atau saki baki kekosongan baru ditawarkan kepada KPT.



Maka berlakulah hari ini apa yang diistilahkan lambakan graduan IPTA/IPTS dalam bidang pendidikan. Jika dulu bidang pendidikan adalah 'pasport' untuk menjadi guru kini tidak lagi.



Sepatutnya masalah tak berlaku, KP atau KPT dua-dua di bawah kabinet 1Malaysia. Apa yang mereka buat dan bincang masa mesyuarat kabinet? lainlah kalau KP di bawah kerajaan Umno@BN dan KPT di bawah Pakatan Rakyat. Sudah pasti wujud diskriminasi.



Nama je kabinet 1Malaysia tetapi masalah ini pun tak boleh selesaikan. Menjadi mangsa adalah ribuan graduan pendidikan yang sehingga hari ini menjadi penganggur.



Adakah kerajaan nak suruh mereka jual burger? Jika tidak pun minta mereka jangan pilih kerja, kerajaan 1Malaysia syorkan buatlah apa yang patut tanam kangkung atau jual kacang putih?



Timbalan Perdana Menteri yang juga MP turut bertanggungjawab terhadap KPT. Kalau KPT tak penting atau tidak sehaluan dengan dasar, mansuhkan terus pos kabinet ini tak perlu diadakan.



Hari ini kedua-dua menteri KP dan KPT dari parti 'juara rakyat' yang bangga dengan slogan rakyat didahulukan terus mempersendakan rakyat di negara ini.

Selesaikan dulu masalah dari parti dan kabinet dari sibuk-sibuk nak jadi juara rakyat.

bujang susah