tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

06 February 2010

KALAU OTAK DAH MACAM LEMBU,SURUH MAKAN NASI DIA MAKAN RUMPUT

Tak boleh! Tak boleh tahan Nasir Safar. Dia adalah lidah2 Datuk Sri Najib Presiden Umno.


Kerana sebagai presiden itulah dia menjadi PM Malaysia.

Presiden parti Melayu mesti tulin dengan lidah melayu, mesti bercakap mengikut instrument melayu, barulah dikatakan pejuang hak orang melayu. Kalau tidak, tak nampaklah sifat melayunya.

Najib tidak boleh menggunakan lidah PM untuk bercakap perkara yang menghina kaum Cina dan India kerana dia PM 1 Malaysia, tentu tak sesuai, dia akan digodam oleh oleh parti yang pemimpin2nya ramai dianggotai oleh kaum Cina dan India.

Nasir Safar SU akhbar Najib ini, mana mungkin dia tidak sedar atau faham slogan 1 Malaysia yang menjadi tiupan nafiri bagi menggambarkan Najib juga adalah sebaris hasrat dengan slogan parti2 dalam PR yang akan memberi keadilan kepada semua kaum di Malaysia ini.

Menyorot slogan UBN dimasa PRU2 yang lalu tiada banyak usaha mempromosikan slogan BN yang mirip seperti Malaysian Malaysia, Keadilan Untuk Semua dan Pas For All. Apa yang kita maklum Umno, MCA dan MIC membawa slogannya tersendiri yang tertumpu untuk memperjuangkan mesej kaum masing2.

Selepas PRU 12 inilah apabila PR telah berjaya menawan negeri2 yang tidak dijangka tewas, maka Najib yang menggelupor hendak mengambil alih kuasa dari Datuk Abdullah Badawi yang ditohmah menyebabkan BN hilang sokongan dari kaum lain, telah mencipta slogan 1 Malaysia bagi mengimbangi slogan PR, bila usahanya berjaya mengambil alih kuasa PM itu.

Tidak ada apa yang lebihnya dengan retorik slogan ini, selain hanya untuk meraih sokongan “non malay” untuk kembali menyokong UBN. Slogan ini disira dengan tawaran amanah saham 1 Malaysia, sekolah berimej 1 Malaysia dan klinik 1 Malaysia.

Maka berpidatolah najib dengan gaya pemimpin rakyat memperjuangkan nasib semua kaum.

Sementara itu disatu majlis2 lain melalui lidah2 lain, Najib akan bercakap soal ketuanan melayu, dan diantara lidah Najib itu ada lidah yang tidak terkawal dengan melantunkan perkataan yang menghina kaum Cina dan India sebab kenapa kaum ini datang ke Malaysia.

Agenda Ketuanan Melayu akan terus dikumandangkan kerana slogan inilah yang memberi nafas pemimpin Umno bergerak mengaut untung mencipta laba dibumi Malaysia ini.

Nasir Safar dan Ahmad Ismail tidak akan diISAkan, kerana suara Najib dan lidah2nya terbit dari pemimpin Ketuanan Melayu.



pinkturtle

No comments: