tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

03 February 2010

Hamidah adalah Permaisuri Katak yang gagal jadi MB Perak

Hamidah Osman mendakwa bahawa portal Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataannya dan suka membuat kenyataan provokasi.


Beliau bersungut diblognya, bahawa Malaysiakini hanya bertanya apakah pernah Kak Midah pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar semasa mula-mula penubuhan Kerajaan Negeri Perak dan beliau berkata, “Jawapan saya tidak pernah sekalipun ditawarkan jawatan tersebut.

Bagaimana pun, Hamidah mengakui bahawa :

Kakikatnya (Hakikatnya) bukan mudah wanita menjadi Menteri Besar kerana melibatkan protokol dan adat istiadat di Raja.

Malaysiakini melaporkan (terjemahan) : Adalah tidak mungkin bagi seorang wanita mengambil tempat sebagai ketua kerajaan dimana-mana negeri di negara ini kerana ‘Protokol Istana’ dan ‘pertemuan dengan para pegawai jabatan agama’ akan tetap menjadi batu penghalang untuk kearah itu. Sumber

Anda sekalian cubalah bandingkan antara kenyataan Malaysiakini dan Hamidah. Ada perbezaan dari segi maksudnya?

Hamidah mengakui bahawa halangan protokol dan adat istiadat di Raja sebagai penghalang utama untuk jawatan Menteri Besar.Malaysiakini juga sebut Protokol Istana sebagai penghalangnya. Apa halnya Hamidah naik tersampok marahkan Malaysiakini? Pergilah saman kalau Malaysiakini telah putarbelitkan kenyataan beliau. Saman jangan tak saman!

Hamidah yang sebenarnya kurang cerdik ini, apabila beliau sendiri mengakui dengan berkata :

Kakikatnya (Hakikatnya) bukan mudah wanita menjadi Menteri Besar kerana melibatkan protokol dan adat istiadat di Raja.

Adalah dengan tidak secara langsung beliau telah mendedahkan kepada kita semua bahawa beliau sebenarnya mengetahui hal tersebut melalui pengalaman yang beliau alami sendiri tatkala beliau dicadangkan untuk jawatan tersebut.

Jasa Hamidah terhadap Umno Perak amatlah besar. Sebab itulah beliau dicadangkan untuk jadi MB Perak. Kalau hendak dibandingkankan dengan Zambry, apalah sangat jasa Pak Hitam Metalik itu! Hamidah adalah Permaisuri Katak di Perak.

Benar! Hamidahlah yang berperanan utama menjadikan tiga katak jantan dan seekor katak betina di Perak itu melompat keluar Pakatan. Atas sebab jasanya tersebut itulah , maka Perak jatuh ke tangan UBN dan Umno sangat berhutang budi kepadanya lalu ditawarkan jawatan MB Perak.

Tetapi malang baginya, apabila masalah protokol Istana menghalangnya untuk jadi Menteri Besar, Hamidah terpaksa akur menerima jawatan sebagai ‘Exco Kanan’ sahaja dan Zambry menapak selangkah atas kepala Hamidah sebagai MB.


alhusseyn

No comments: