tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

31 January 2010

Mashaal: Sikap dingin Mesir buka pintu kepada Tuki dan Iran-palestinekini.info

Isnin , 01/02/2010 -Khaled Mashaal,ketua biro politik Hamas berkata pada hari Selasa bahawa pengunduran Mesir daripada tanggungjawabnya kepada Palestin telah membuka ruang kepada Turki dan Iran untuk menghulurkan tangan mereka kepada rakyat Palestin di Gaza tetapi Khaled bertegas rakyat Palestin tidak akan dijadikan alat oleh mana-mana pihak untuk tujuan kepentingan mereka.


Mashaal berkata dalam satu temuramah saluran satelit Orbit bahawa mana-mana pihak tidak harus mempersalahkan mereka yang ingin menghulurkan tangan tetapi mereka harus menyalahkan diri sendiri atas kekenduran mereka sendiri.

Mashaal berkata Turki dan Iran mempunyai kepentingan masing-masing tetapi Hamas memiliki keputusan mutlak kerana Hamas mempunyai institusi yang kuat serta sokongan yang banyak.

Berhubung dengan perjanjian penyatuan Palestin, Mashaal berkata Hamas tidak bersetuju dan tidak akan menandatangani perjanjian tersebut kerana pengarah perisikan Mesir Omar Suleiman telah mengubah suai kandungan perjanjian draf asal yang dipersetujui oleh semua pihak kepada sesuatu yang tidak dipersetujui Hamas dan Omar tidak mahu mengubah kembali mengikut apa yang dipersetujui.

SUMBER

No comments: