tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

21 May 2010

HAKIM YANG MEMBOSANKAN!!!

Hakim Bekas Bendahari UMNO Kelantan Tarik Diri Hakimi Kes Anwar..

Baguslah..sebelum ditendang keluar, lebih elok undur diri secara terhormat..mana boleh hakim berpihak, kerana ia akan menafikan keadilan dan menegakkan kejahatan..bagus..bagus..dulu Pesuruhjaya Hakim tarik diri dari kes perak kerana dia bekas ahli pas (mungkin sampai sekarang tak naik pangkat).
Tun Zaki Azmi, Ketua Hakim Negara..ambil contoh anak buah ni..jangan adili kes-kes melibatkan politik..sebab ko bekas peguam UMNO..ko hanya layak adili kes-kes kecil je..tentu ramai yang setuju dengan pendapat saya..apapun, bersihkan hakim dari politik..
Rayuan Liwat II: Hakim lucutkan diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.
Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong Matjeraie, Ramly Ali dan Md Apandi. Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya. Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang Umno Kelantan.
Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu. Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya. Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Zaharah Ibrahim. Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan.



No comments: