tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

15 April 2010

DERA TAHAP ZIONIS YAHUDI!!!

 Lebih 60 kesan lebam


2010/04/16 SUBANG JAYA: Kanak-kanak perempuan yang mati dipercayai akibat didera ibu dan bapa tirinya pagi kelmarin, disahkan polis mempunyai lebih 60 kesan lebam baru dan lama pada seluruh badannya, kesan pukulan dengan objek keras dipercayai kayu atau rotan.

Malah, hasil bedah siasat pihak Hospital Serdang (HS) semalam, mendapati kematian mangsa turut berpunca radang paru-paru berikutan jangkitan kuman pada anggota badan yang terkena pukulan berkenaan.

Kanak-kanak itu, Lee Swee Hui, 3, yang menghembuskan nafas terakhir kelmarin, bagaimanapun didapati tidak mengalami kecederaan dalaman serius yang boleh meragut nyawanya.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar yang dimaklumkan mengenai hasil laporan bedah siasat itu berkata, pemeriksaan polis di rumah ibu bapa mangsa di Taman Bukit Serdang semalam bagaimanapun tidak menemui objek keras yang mungkin digunakan ketika mendera budak itu.

“Kami tidak menolak kemungkinan ia (objek) sudah dibuang,” katanya pada sidang akhbar, semalam. Beliau berkata, pasangan yang ditahan itu disahkan positif dadah jenis syabu, namun polis tidak menemui dadah dalam rumah mereka.

Difahamkan, mangsa sebelum ini tinggal bersama keluarga angkat yang mengasuhnya sejak kecil dan baru sebulan tinggal bersama ibu dan bapa tirinya.

“Pasangan terbabit didapati tidak mengalami masalah mental dan kes ini tiada kaitan dengan keluarga angkat mangsa,” katanya. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Khaw Kok Chin berkata, pasangan terbabit ditahan reman sehingga Selasa ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Menurutnya, polis meminta jiran mangsa yang pernah mendengar jeritan kanak-kanak berkenaan supaya membuat laporan polis bagi memastikan kes terbabit disiasat lebih rapi.

“Agak mendukacitakan apabila kes terbabit tidak dilaporkan lebih awal oleh jiran mangsa, jika tidak kanak-kanak itu pasti dapat diselamatkan,” katanya.

Sementara itu, suami pengasuh mangsa hanya mahu dikenali sebagai Low, 40-an, yang ditemui di bilik mayat HS semalam berkata, dia dan isterinya menjaga kanak-kanak itu sejak bayi.

“Ibu bapa mendiang meminta tolong kami menjaga Swee Hui (mangsa) tidak lama selepas kelahirannya. Bagaimanapun, bulan lalu ibunya mengambil dia semula sebelum kami mendapat khabar kematiannya.

“Saya anggap mendiang yang lebih manja dengan panggilan Jasmine bagaikan anak sendiri. Dia kanak-kanak perempuan comel, sangat periang tapi baik dan patuh mendengar kata. Kami sukakannya dan tak kisah biarpun ibunya kadang-kadang tidak membayar upah mengasuh,” katanya yang hadir bersama isterinya.

Isterinya yang enggan dikenali dan ditemubual tidak dapat menahan sebak dan menekupkan muka pada bahu Low sebaik keluar dari bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat kanak-kanak itu.

“Kami cuba menjejaki semula mendiang, tapi gagal kerana tidak tahu alamat baru ibunya. Memang ada rasa sesuatu yang tidak kena hingga mendapat berita kematian ini,” kata Low.

Difahamkan, mayat kanak-kanak itu dituntut datuknya yang ditemani mak ciknya, namun usaha mendapatkan kenyataan mereka tidak berjaya kerana enggan ditemubual.

Kanak-kanak itu dihantar bapa tirinya ke Poliklinik Komuniti Sri Kembangan, dekat sini, untuk mendapatkan rawatan sekitar jam 7.45 pagi kelmarin.

Bagaimanapun, doktor yang menjalankan pemeriksaan mendapati mangsa sudah tidak bernyawa selain mempunyai kesan lebam dipercayai akibat didera pada seluruh tubuh.

Berikutan itu, laporan polis segera dibuat sebelum bapa tiri mangsa berusia 27 tahun dan ibu mangsa berusia 24 tahun ditahan kerana dipercayai mendera mangsa sehingga mati.

myMetro

Editor by Parit.Com

No comments: