tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

11 April 2010

BERMESYUARATLAH....BERMESYUARATLAH....DAN KEMBALI SEGALA URUSAN KEPADA RAB

Hari ni ada mesyuarat Agong Kawasan Parit..aku ada mai le....boleh tahan ramainye.....tapi ada kelam kabut sikit masa last-last part tu....aku rasa peng'kerusi' tetap tu tak berapa cekap le....

Kali ni aku nak menulis sikit bab Syura ni....nampak simple dan mudah,tapi sunnah ini paling malas orang Parit nak buat...Kalau Mesyuarat Agung...ramai tu perkara biasa,cube korang try jenguk-jenguk masa mesyuarat bulanan....ceh...macam main-main je.....

Sebodoh aku pun,hal mesyuarat bukan perkara main-main,tambahan pulak tu,dalam urusan haraki Islam...bawah ni aku bagi sebabnya:

"Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna; dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya";As-syura,ayat 38


Jelas sangat,tuntutan untuk bermesyuarat bukan benda main-main atau suke-suke...nak nikah atau kahwin pun kene mesyuarat,inikan pulak nak berjuang....aku tetap suke bermesyuarat,tapi bersyarat,jangan main-main dan gelak lebih-lebih...kalau dah keluar keputusan dan keputusan tu diterima sebulat dalam jemaah....bermakna kena taat dan akur...jangan ikut kepala sendiri je...
 
Ingat sahabat semua...setiap benda yang kita buat,kalau serabut walaupun buat kerja baik,tetap juga kalah dengan kerja jahat yang tersusun rapi dan teratur......
 
editor by Parit.com

No comments: