tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

26 January 2010

POLIGAMI ITU INDAH UNTUK ISTERI



Adakah muslimat Pas Hebat sangat?Kalau ada soalan macam ni pada aku,aku kata kat orang tu,"apa yang hebatnya muslimat PAS,soal poligami pun tak clear lagi".Nak marah?Betul apa aku cakap ni.Muslimat PAS majoriti menolak poligami untuk suami sendiri.Tapi bila buat statement,fuh!semua yang datang dari Allah itu wajib di patuhi.Senang je jawapan dari muslimat,keme sayang benor kat suami keme,mane boleh kongsi-kongsi...Kecuali pemimpin muslimat,mereka yang AKU tau sangat tawadhu' dan redha dengan hukum poligami.Ingat ...Islam itu bukannya hudud sahaja...ooo..kalau soal hukum jinayah,bukan main lantang kita nak buat,cube kome bangkitkan soal poligami kat bini sendiri?Nak tidur luar ke?Hantar ke rumah mak bapak le?langkah mayat le?macam-macam dalih korang muslimat ....korang nak menipu orang UMNO boleh leee....tapi boleh ke korang labun suami korang sendiri yang tentu-tentu berjuang?

Sengaja aku bangkitkan soal  poligami ni dalam ruang lingkup PAS sahaja,kalau UMNO tolak aku tak heran,hudud pun UMNO tolak,inikan pulak setakat POLIGAMI...ceh....Ingat wahai muslimat PAS,ALLAH tidak buta dengan hati kalian,jangan ingat dengan sekadar melaungkan ALLAHUAKBAR,HUDUD dan KEADILAN,korang boleh berlapang dada,poligami haq mutlak suami anda(ianya bersyarat pula).Jangan anda kantoi diakhirat nanti disebabkan menghalang keizinan ALLAH pada suami ini dilaksanakan...azab korang....sabor yoongggg.....

5 comments:

BUJANG SUSAH said...

Salam kome.. entri mcm nak kawin 4 jer ni Hehehehe... kalau sebagai org lelaki aku setuju sgt dgn kenyataan ni. Tapi sebagai org islam aku kena adil. jika tidak aku akan dia anggap bias. Ayat yang perempuan akan kata...Untuk para suami bila time nak kawin ikut sunah tapi bab keadilannya nanti belum tentu boleh jadi macam nabi. Walaupun hakikat sebenarnya mereka ni memang tak rela dimadu.

Yang pastinya jika cukup segala syarat berserta dgn niat dan bukan kerana nafsu semata2, memang tiada hak untuk isteri menolaknya. wallahualam.

ju said...

Salam tuan rumah,teman ni bukan nak menyebelahi sesiapa pun baik lelaki atau wanita,dalam hal poligami ni,bak kate bujang susah le,KEADILAN tu adakah kita dah kuat dan bersedia untuk melakukannya.

Cakap memang semua orang boleh cakap,saya sebagai muslimat Pas yang amat aktif begitu juga suami yg amat memahami, syukurlah kita ape yg ade,jangan nanti diakhirat bahu senget pulak.

Jika mampu lakukan,abang saya juga berpoligami,dan saya selalu menasihati dan mengingatinya sebelum dan selepas berpoligami,kini nampaknya dia agak tertekan dengan kerja dan urusan rumahtanggannya.Pada saya dia curahkan segalanya,saya hanya dapat menasihatinya saje namun disudut hati saya amat kasihan dan terharu dengannya kini.

Saya sudah melakukan yang sepatutnya bagi seorang adik,dan isteri beliau begitu sabar dan penuh bertolak ansur. Kini nak berpatah balik dah tak boleh,apa2 pun kene lah teruskan.Dan saya juga punyai ramai kawan yg berpoligami dan keadaan mereka...waallahuaklam.Sukar untuk diceritakan.

Cermin2lah diri kita sebelum melakukannya....ini hanya pendapat saye...jangan mare ...saya selalu menjadi pendengar kpd mereka ini.

Terima kasih.

Parit.com said...

TERIMA KASIH,

kalau yang tak berminat nak berpoligami,mengapa harus takut....yang aku maksudkan ialah bagi mereka yang tidak izinkan suami berkahwin lebih hanya kerana soal keadilan...ye..keadilan hanya satu dari tuntutan poligami.kita tidak mahu muslimat kita terjebat dengan dakyah umno,begitu banyak 'clash'dengan hukum Allah dan tuntutan jihad itu sendiri.ok...kita perlu berubah,sebab bila berpoligami,isteri-isteri ini akan meringankan beban suami dalam banyak hal...jimak hanya satu alasan untuk berpoligami....luas maksud poligami dalam islam tu...ok....sabor yong!

BUJANG SUSAH said...

hehehehhe... aku nak..aku nak... hehehehe

BUJANG SUSAH said...

lupa plak.. nak tambah sikit... nisbah perempuan lelaki 50:1. So perempuan jgn kata kelaki kawin 4 sebab nak melepaskan nafsu je. Atau sebenarnya perempuan ni yang ikut nafsu? kerana x nak dimadukan so mereka mencipta berbagai2 alasan. ikut nafsu tu kan namanya? hehehee.. kesian 49 org lagi perempuan tu.. mereka pun nak merasa juga berkeluarga. xkan mereka nak jadi perempuan simpanan plak? bukan ke lagi x elok tu.. wallahualam.