tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

25 March 2010

Bekas SUK Kelantan ditahan polis

Jan 25, 70 11:16pm

Bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Hashim Wan Daud telah ditahan polis di rumahnya di Taman Seri Aman, Kubang Kerian di Kota Bharu, malam semalam.

Penahannya itu pada jam 8.40 malam semalam itu, dipercayai berhubung pengumumanya berhubung pelucutan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Beliau kemudiannya dibawa dengan kenderaan polis ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan.

Wan Hashim semalam yang mendakwa dirinya sebagai `Setiausaha Sulit' Sultan telah membuat pengumuman rasmi pagi semalam dengan mendakwa Sultan Kelantan telah menitahkan pemecatan pemangku raja

Menurut Bernama yang memetik sumber polis, Wan Hashim akan disiasat di bawah

Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

"Kita telah menahannya pada malam semalam untuk mengambil keterangan," katanya ketika dihubungi.

Laporan awal semalam menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota .

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris Petra apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di Kota Bharu.

-malaysiakini-

No comments: