tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

22 March 2010

PAS komited calon PR lawan BN

Bahang Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN)Sarawak semakin hangat dengan pengumuman persediaan bajet Pilihanaraya daripada Suruhanajaya Pilihanraya minggu lalu. Kebanjiran pimpinan Barisan Nasional(BN) mahupun Pakatan Rakyat (PR) memperkuatkan lagi spekulasi ini. Laporan media tentang kesediaan parti komponen PR disamping pengumuman hasrat untuk bertanding dikerusi DUN sekitar Utara Sarawak khasnya Miri dan Bekenu membuktikan kesungguhan setiap parti komponen PR dalam merampas kerusi DUN sekitar Miri dan Bekenu daripada BN.


PAS Miri menghormati pendirian setiap komponen Pakatan Rakyat kerana setiap kerusi DUN pada dasarnya, secara kolektif calon yang akan dibantu dan disokong sepenuhnya oleh PAS, adalah calon Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PAS,PKR,DAP dan SNAP. PAS Miri akan meletakkan kepercayaan penuh pada kepimpinan Pusat dan Negeri dalam mengesahkan calon yang akan bertanding bagi kesemua 71 kerusi di Sarawak.

PAS Miri juga menyatakan sokongan penuh pada cadangan pertembungan satu lawan satu antara PR dan BN;kerana dengan kukuhnya jentera PR kini;kami yakin Pilihanraya DUN ini akan membawa tsunami politik seperti yang berlaku pada Mac 2008 lalu. Kemunculan golongan pengacau seperti Parti Cinta Malaysia(PCM) tidak lebih sekadar satu usaha terdesak BN untuk memecahkan undi PR,akan tetapi PAS yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengan usaha buruk BN ini.

Politik yang kita majukan adalah berteraskan Politik Li Ta’arafu – politik saling menghormati, khususnya bagi negeri Sarawak yang bersifat majmuk, dan dengan ini,ia bertambah penting bagi PAS menyerlahkan sifat keadilan Islam yang mampu meraikan kepelbagaian.

PAS menegaskan menawar diri untuk memimpin perubahan dan memikul amanah kepimpinan Negari bersama setiap rakan PR dalam mengambil alih tampuk pemerintahan dari regim BN/Taib Mahmud yang telah mendatangkan banyak kegagalan dalam sudut pentadbiran di negeri ini.

Isu tanah NCR;salahguna kuasa;masalah penderaan kaum Penan;hak bumiputera Sarawak adalah antara rangkaian kegagalan BN.PAS Miri menegaskan akan terus komited untuk mendefinisi dan mentakrif perubahan yang akan berlaku dalam lanskap politik negara berdasarkan kerangka rujukan Islam yang bersifat universal.

Bagi PAS Miri;jentera parti kini sudah siap siaga untuk melakukan kejutan,ditambah dengan kerjasama erat bersama PKR,DAP ,SNAP untuk menghadapi pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang. PAS Miri yakin dengan gerakerja yang berterusan bermula dari PR DUN 2006 lalu ;serta sokongan penduduk tempatan amat memberansangkan lantas bakal diterjemahkan pada undi PR DUN akan datang.

Kempen Jom Sertai PAS dan Pelancaran Tabung PR DUN Sarawak memberi signal positif dalam satu usaha yang lebih gigih dalam membawa satu sinar baru pada politik Sarawak yang maha gelap sepanjang pentadbiran Taib Mahmud. Ayuh bersama PAS dan Pakatan

Rakyat untuk perubahan cemerlang Sarawak.

PAS Kawasan Miri

’PAS FOR ALL’

No comments: