tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

29 April 2010

Biarkan Dia Merajuk..Kita Ganti Dengan Yang Baru

Apa ni Ketua Polis Negara …begini ke nasib rakyat yang mahukan keadilan. Diugut tak nak jaga rakyat..apa selama ini rakyat tak bantu polis ke..Kenapa nak bela 4 orang polis yang dikatakan cuai itu. Bukankah peribahasa menyatakan bahawa seekor kerbau membawa lumpur, habis semua kena terpalit..maksudnya 4 orang sahaja membawa masalah, habis imej polis. Jadi jalan penyelesaiannya, baik tambat kerbau tu jauh-jauh..supaya lumpur tak kena kerbau lain..tapi ketua Polis janganlah nak jadi kerbau yang kelima pula.






Sudahlah..hentikanlah..rakyat dah muak dengan adegan mengugut dan merendahkan martabat awam. Zaman Hang Tuah dulu boleh la..zaman sekarang, semua rakyat tahu hak mereka..Islam pun ajar jangan ambil nyawa orang sewenang-wenangnya..kalau dah buat jenayah…semua kena..hatta Sultan pun..kan ke Nabi S.A.W dah bersabda..jikalau anaknya Fatimah mencuri, maka aku sendiri yang akan potong tangan Fatimah..tapi sekarang..macam bela anak buah Nampak..






Dan kepada Ketua Polis yang akan bersara nanti..janganlah buat kenyataan yang boleh mencampuri urusan kes. Kerana kes itu akan dibawa ke Suruhanjaya Diraja..bukannya di bawah siasatan polis..nanti bila dah selesai inkuiri..bolehlah buat kenyataan..saya lebih percaya saksi utama daripada keterengan orang yang menembak…mana ada orang yang buang air besar di tengah jalan, nak mengaku yang dia telah buang air besar..jadi, biarlah Suruhanjaya Diraja siasat..bukanya buat kenyataan yang bukan-bukan..lagi satu nak tanya..polis kan ada SOP (Standard Operating Procedure), ikut ke tak standard tu..takpalah..biarlah Suruhanjaya yang bebas untuk menyiasat..






Kalau nak merajuk..atau mengugut tu..takpalah..teruskan usaha anda..tapi ingat, rakyat Malaysia tahu ada polis yang baik..hanya beberapa kerat sahaja yang jadi pengampu kepada pemerintah..kalau Polis semua nak boikot..ok takpa..bukankah dulu negara dikawal oleh polis Gurkha dari India..apakata rakyat Malaysia yang bayar gaji kat polis ini, kita upah je polis Gurkha ini..bangla pun ramai..yang penting buat kerja dan tak salahi prosedur..tapi kita tak naklah buat macam tu..nanti keselamatan negara terancam..pengangguran pun ramai..apa yang penting ialah win-win situation..rakyat bayar perkhidmatan polis..dan polis menjalankan kerja dengan MESRA, CEPAT dan BETUL. Itu je







Presented By Parit.Com

No comments: