tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

14 March 2010

Mohsin Fadzli Tidak Kosongkan Kerusi Parlimen Bagan Serai

"Apa kelas duduk dalam PR,macam haprak lah,baik aku jadi bebas,esok matipun aku join bebas lagi,hooorayyy!!!!....alallalaalalllallalalallal...alla.la...alal."
-si celaka haramjadah adun Bagan Serai-



Reaksi Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri ketika sidang media mengenai kedudukan beliau yang keluar parti setelah menjadi Anggota Parlimen Bebas di sini, hari ini. Beliau hari ini menegaskan tidak akan mengosongkan kerusi parlimen berkenan walaupun ada pihak dalam pakatan pembankang mendesaknya berbuat demikian. - Foto BERNAMA


Bukan main seronok lagi pak aji ni gelak sakan depan kamera untuk tatapan istimewa semua pengundi-pengundi dan kulaan di Bagan Serai.

Apa yang seronok sangat tu pak aji oi? Ohhh...seronok sebab baru balik makan angin ye. Kemana? Sampai ke Jakarta? Amboi...mentang-mentanglah dapat berJUTA, pergi pulak ke Jakarta, duit tu ditukar dengan matawang sana dah boleh jadi entah berapa ribu JUTA lah ye.

Gelaklah sepuas-puasnya pak aji oii...selagi boleh.

Nak lagi best pergi la pak aji gelak kuat-kuat di Balai Kuliah Tasawwur Islami (Bakti), Simpang Empat, Semanggol, Perak malam minggu ni. Ramai yang menunggu pak aji di sana.

IPOH: Anggota Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri, hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen berkenaan walaupun ada pihak dalam pakatan pembangkang mendesaknya berbuat demikian.

Katanya beliau tidak terfikir untuk mengosongkan kerusinya dan sebaliknya akan meneruskan khidmatnya sebagai wakil rakyat bebas sehingga pilihan raya umum yang akan datang.

Pada 3 Mac lalu, Mohsin Fadzli mengisytiharkan dirinya keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Ahli Parlimen Bebas kerana 'politiking' melampau dalam PKR yang gagal dikawal oleh penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Pilihan raya umum pun tidak lama lagi, saya akan tunggu dan menghabiskan penggal perkhidmatan saya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

"Lagi pun apa perlunya saya meletak jawatan kerana saya masih lagi Anggota Parlimen mereka...tidak ada salahnya kerana saya masih berkhidmat untuk mereka (pengundi Bagan Serai)," katanya. Mohsin Fadzli berkata beliau tidak akan menyertai mana-mana parti politik lain walaupun menyedari Barisan Nasional (BN) akan sentiasa mengalu-alukan jika beliau berhasrat menyertai parti komponen BN.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohsin Fadzli, yang pertama kali bertanding, mengalahkan bekas Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Zainal Abidin Zin daripada UMNO dengan majoriti 3,413 undi. - BERNAMA

No comments: