tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

15 March 2010

Lidah biawak punya orang


Semalam Datuk Seri Hishamuddin menafikan menerima surat perletakan jawatan KPN Tan Sri Musa Hassan dalam PDRM sehinggakan surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada akhbar China Press.

Kalau tak ada angin masakan pokok boleh bergoyang. Lainlah kalau ada ada beruk atas pokok tu. Bayangkan tentang kesannya kepada PDRM jika laporan itu tidak betul. Kebanyakkan blog menjadi top ranking apabila menyiarkan artikel perletakkan jawatan Musa ini.

Bukan sebab rakyat ingin mengambil tahu masalah Musa dalam PDRM tapi kerana dah menyampah melihat muka Musa dalam PDRM. Adalah lebih elok jika sebelum ini kontrak Musa tidak disambung. Rakyat menunggu masa untuk mengucapkan Good Byeeeee kepada Musa dan kalau boleh dipercepatkan rombakan itu.

Jika rombakan pemimpin kanan dalam PDRM untuk menjadikan PDRM sebagai kementerian yang telus adalah amat baik dilaksanakan segera. Tapi jika Musa sudah insaf dengan perbuatannya lebih-lebih lagi kepada Datuk Seri Anwar yang keputusannya untuk kembali ke pangkal jalan telah dilihat ancaman oleh kerajaan maka rombakan ini tidak seharusnya berlaku.

Rakyat akan terus memerhatikan PDRM sebagai kawan rakyat bukan sebagai musuh rakyat dengan kepimpinan yang baru nanti. Diharap pengganti Musa adalah lebih baik dan lebih telus seperti kata pengerusi SPRM Ahmad Said "bagi saya peluang atau tendang saya". SPRM pun dah nak jadi telus sehingga bersungguh-sungguh ingin menyiasat Tan Sri Khalid.

Namun adakah SPRM pernah memanggil Najib dengan pelbagai dakwaan rasuah lompat parti, helikopter, kapal selam dan macam-macam lagi? Aku rasa sedikit masa lagi rakyat akan berkumpul beramai-ramai diperkarangan SPRM untuk menyepak bontot Ahmad Said jika janji tidak dikotai.

Kita tunggu apa KPN baru nak buat slogan baru untuk dirinya. Jangan tiru slogan Ahmad Said sudahlah. Tak cun la bro.

-anak cucu nabi adam-

No comments: