tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

19 December 2009

Jangan tarik subsidi gula


IPOH - Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang menarik balik pemberian subsidi gula menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan rakyat. 

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Taman Meru, Shaharudin Deli berkata, kementerian itu sepatutnya memikirkan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan gula sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk jualan. 

"Sebagai mewakili rakyat berpendapatan rendah, saya membantah tindakan itu. Ini tidak wajar dilakukan. Masyarakat miskin yang terpaksa mencari rezeki dengan menghasilkan kuih-muih akan merana," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mereka mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe yang akan mengurangkan pemberian subsidi gula kepada rakyat. 

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi rakyat negara ini dan harga yang murah menyebabkan pengguna mengambil secara berlebihan menyebabkan komplikasi penyakit. 

Menurut Shaharudin, punca penyakit bukan kerana gula, tetapi banyak bahan lain seperti sayur-sayuran yang disemburkan racun serangga berlebihan, makanan ringan seperti keropok, minuman bergas dan rokok yang ternyata punca utama penyakit. 

Katanya, perkara yang melibatkan keperluan rakyat jangan diperlekeh dan mempersoalkan adakah kerajaan gentar untuk memberi subsidi kepada rakyat. 

Shaharudin berkata, lebih banyak isu lain seperti kekurangan beras subsidi dalam pasaran diabaikan, inikan barangan keperluan seperti gula menjadi sasaran.

Sinar Perak

No comments: