tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

20 March 2011

PIMPINAN PEMUDA AKAN DATANG TIDAK LAGI BERPEMIMPINKAN ULAMA!


 sekadar gambar kiasan kepada pemuda semua!!!....


Lebih kurang 3 minggu yang lalu aku ada dengar berita lobi-melobi dalam saf Dewan pemuda Pas Negeri Perak.....tapi aku rasa malas nak campur sangat...biasa la..lebih baik lone ranger je dulu...

Tapi ada perkara yang sedikit membimbangkan aku bila mana berita kali ni agak mengejutkan....kemungkinan dalam pemilihan pimpinan nanti,tiada lagi nama-nama ustaz di kedudukan pertama...terlalu banyak spekulasi dan kahbar angin yang sangat2 membimbangkan....rasanya kalau dalam saf pemuda dah takde ulama ataupun ustaz...pastinya yang ada tu cuma seorang profesor,doktor ataupun keturunan 'kerabat'...


tiada lagi ustaz-ustaz dan ulama2 pelapis...sedih..sedih.....
jika sekarang pun tak jaga perkara penting macam ni,tak hairan pemuda akan menyambung tradisi UMNo perjuangkan bangsa nanti....


susahnya memikirkan hala tuju pemuda nanti.....korang tengok le ...macam mana...aku dah dengar macam2.......lu pikir la sendiri!!!!


5 comments:

Anonymous said...

PAS adalah sebuah Harakah Islamiah yang dua-fungsi - Politik dan Dakwah.Memang baik jika ada ustaz-ustaz muda yang berwibawa,berkebolehan dan berilmu untuk diangkat memimpin pemuda.Tapi kalau ustaz tu sekadar layak buat kuliah magrib aje,tak ada kebolehan memimpin,buat apa?Datok Seri Nizar adalah baik contoh.Tak payah nak cerita banyak,orang Perak semua sudah tahu.Untuk menegakkan Islam dinegara ini,kita perlukan "kuasa",tanpa kuasa tak suatu habuk pun kita boleh buat.Nabi SAW berjaya menegakkan Kerajaan Islam Madinah sebab ada "kuasa".DiMekkah dia tak boleh tegakkan Negara Islam sebab disana dia tak ada kuasa,diMekkah kuasa pada waktu itu dipegang oleh Abu Lahab.Pemuda PAS wajar dapatkan pemimpin yang setaraf macam Dato Seri Nizar,baru boleh maju kehadapan.

Anonymous said...

Salam tuan,
Saya juga ust lulusan timur tengah. Bg saya jangan lihat sma ada ust atau bukan ust yg layak jd pimpinan. kekadang bukan ust lebih cemerlang kepimpinannya. Bila kita kata/angp hanya ust yg lebih baik maka mgkin kita sudah terperangkap dalam istilah yang kita sendiri cipta.
wan, ganu.

Anonymous said...

Jangan terperangkap dengan emosi dan sentimen.

Semasa Usamah bin Zaid diangkat menjadi panglima perang oleh Rasulullah, ramai sahabat terperangkap dengan emosi dan sentimen beliau masih muda, baru berusia 18 tahun!

Namun Rasulullah tenangkan dengan mengatakan beliau layak untuk memimpin kerana mempunyai kekuatan yang tersendiri dan ternyata beliau berjaya membuktikan kewibaannya merempuh dan menghancurkan tentera romawi.

Pointnya, kepimpinan itu diangkat kerana kelayakan dan kebolehan dia bekerja, bukan sekadar pandai untuk bercakap,kuliah dsb namun tidak mempunyai gagasan dan lemah dalam pengurusan dan kepimpinan.

Event, mantan ketua pemuda pusat, YB salahudin ayub dan Yb Mahfuz Omar telah buktikan orang yang bukan bertitle ustaz mampu memimpin dewan pemuda pas !

:)

salam ukhuwwah

Anonymous said...

salam,

syabas kepada tiga pengomen teratas. kriteria seorang pemimpin adalah pelbagai, bukan hanya dihadkan kepada selera dan kemahuan. lebih buruk jika selera dan kemahuan itu melahirkan sikap ego hanya aku yang layak. sebagai contoh, pemimpin pemuda mesti ustaz(?).

ini semua timbul dari sikap tidak mahu faham akan perlembagaan parti sendiri. tidak termaktub pun "presiden dan timbalan presiden" mesti ulama, tapi itulah yang dijadikan platform kempen menjelang muktamar 2009 dulu.

majlis syura ulama adalah entiti tertinggi parti tetapi keahliannya tidak menggambarkan begitu. ia lebih kepada menepati selera dan kemahuan.

perlukah presiden parti menganggotai majlis syura ulama sedangkan majlis syura ulama berfungsi untuk memastikan pihak eksekutif tidak menyalahgunakan kuasa.

kecelaruan amat ketara apabila pihak eksekutif melakukan pertemuan senyap dengan umno. timbalan mursyidul am boleh mengenepikan mursyidul am kerana dia memilih untuk memihak kepada pihak eksekutif. dia sanggup menari mengikut rentak pihak lawan apabila melahirkan kebimbangan melayu akan hilang kuasa. dia tidak pernah buat kajian dari 222 kerusi parlimen siapa majoriti. dia tidak pernah memikirkan jika umno kalah, yang menang pas. apa pas bukan melayu?

wallahu'alam.

hussin

Unknown said...

saya mengucapkan banyak terimakasih kepada KI HADAK yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama KI HADAK dan dengan senang hati beliau mau membantu saya..,ALHAMDULIL LAH nomor yang dikasi KI semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungiya jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi KI HADAK DI 085=259=457=111 ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinya dan perlu anda ketahui kalau banyak dukun yang tercantum dalam internet,itu jangan dipercaya kalau bukan nama KI HADAK