tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

20 January 2010

Allah’ versi Pakatan dan versi BN

Allah, jika ditanya maka jawapannya ialah Tuhan. Namun, saya yakin tak semua orang kenal Allah. Sebab tu, nak kenal Allah kena belajar ilmu tauhid. Kena belajar Sifat 20. Kena belajar asma’ Allah. Kena belajar apa sifat mustahil dan apa sifat harus bagi Allah.



Tapi, dah kenal pun belum tentu faham. Maka, sebab tu ada ulama yang perkenalkan subjek Tauhid Uluhiyah danTauhid Rububiyah. Bukannya memandai-mandai…tapi satu kaedah, sebab tu aku pelik dengan sikap Ustaz Mahfuz di Selangor yang memang cukup anti dengan WAHABI kononnya bawa ajaran baru dalam tauhid, tapi dia tak pamerkan keANTIannya kepada orang yang jelas menolak hukum Allah…yang menzalimi orang lain seperti Umno – pelik bukan?! Bagi aku, bukannya kalau berpegang dengan kaedah pembelajaran ini jadi kafir atau terkeluar Islam….tidak. Ia hanya kaedah mempelajari ilmu tauhid dan natijahnya hanya satu: nak ajar orang kenal ALLAH cukup-cukup!



Dalam Pakatan, PAS yang dominan memberikan suluhan berguna buat rakyat memahami makna Allah. Allah itu Tuhan. Tuhan yang menciptakan alam. Apa bendanya alam? Jika belajar ilmu tauhid, selain Allah semuanya alam. Maka, bila Tuhan menjadikan alam, sudah pasti Allah berhak menentukan peraturan bagi alam. Sebab tu, ada sunnatullah dan ada syariat Allah.



Sunnatullah ialah semua ketentuan Allah kepada alam yang dipanggil ‘nature’ atau ‘alami’ atau dalam kamus ‘semula jadi’ – misalnya, matahari yang naik dan turun ikut jadualnya, berlakunya siang dan malam, pasang dan surut lautan, perasaan manusia yang menyukai berlawanan jantina sehingga teringin nak menikah, bila dah kahwin dan dapat anak, bila dapat anak dari bayi jadi besar, pokok durian bila dah berbunga dapat buah lepas tu luruh, daun jatuh ke bawah, sungai mengalir ke hilir, angin ribut menjahanamkan, angin sepoi-sepoi bahasa pula menyamankan, apa lagi…ha, itu semua sunnatullah. Maknanya, sunnatullah ini adalah aturan Allah mengenai perjalanan alam.



Syariat Allah pula mengenai peraturan untuk manusia – bagaimana nak jalani kehidupan atas muka bumi, what is do and what is don’t. Sebab tu Allah bagi kitab panduan, al-Quran dan Allah bagi penunjuk jalan – ar-Rasul dengan segala sunnahnya…tapi, tang syariat ni yang Umno tolak…depa pakai syariat Sir Lord Reid – yang meletakkan syariat Allah di pinggir sahaja. Ni la Umno dalam memahami syariat Allah.



Balik kat isu utama, PAS bagi tau, sejak dahulu lagi, masa zaman nabi Muhammad pun, bila ditanya kepada orang-orang yang dok menyembah berhala – Latta, Uzza dan Manna – siapa yang jadikan alam semua ni, depa akan jawab: Allah! Benda ni ada disebut dalam al-Quran dan tak pastilah kot-kot ulama Umno tak jumpa atau dah jumpa tapi depa sapu bawah karpet Najib dan Rosmah kat Putrajaya.



Firman Tuhan orang-orang Islam dan semua manusia, yakni Allah: “Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menjadikan langit dan bumi dan menundukkan matahari dan bulan?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”, maka betapakah mereka (dapat) dipalingkan (dari jalan yang benar),” (Al-Ankabut: 61)



Cumanya, persoalan yang berbangkit bagi kalangan umat zaman dulu ni, depa mengaku yang menjadikan alam ni Allah, cuma takat tu sahajalah. Mereka tak nak patuh kepada perintah Allah. Allah suruh tinggal menyembah berhala, depa lawan. Allah suruh tinggalkan judi, depa lawan. Tinggalkan zina, tinggalkan kezaliman, tinggalkan penindasan, tinggalkan riba, tinggalkan penipuan, tinggalkan pemerasan dan banyak lagi la…semua depa lawan dan lawan. Depa lawan sungguh-sungguh sampai berperang dengan nabi. Hebat puak-puak ni…Maknanya, depa tak beriman kepada Allah dalam aspek keyakinan dan kepatuhan. Depa setakat mengaku je la, macam orang-orang Umno kat Selangor, jika kita Tanya: Sapa bagi air free…depa mesti jawap: Kerajaan Pakatan…tapi depa tetap dok kutuk Khalid Ibrahim jugak…atau sesetengah pemimpin Umno Kelantan: Nik Aziz baik tak? Depa jawab: Baik…tapi takat tu je la…depa bukan nak ikut Khalid dan Nik Aziz pun…depa belasah jugak!



PAS tak nak bermuka-muka dengan sesiapa. Memang jelas, jika kita buka buku sejarah pun, berapa ramai ahli kitab dan penyembah berhala sebelum kenabian Muhammad saw yang depa ni dok pakai nama ABDULLAH…antaranya Abdullah bin Ubai bin Salul si bapak munafikin, Abdullah bin Salam yang asalnya ahli kitab lepas tu memeluk Islam. Abdullah bin Qahafah…ni nama asal Abu Bakr r.a dan ramai la lagi…depa dah pakai nama ABDULLAH yang maknanya HAMBA ALLAH dah lama…maknanya, nama Allah dah lama dah dipakai sebelum al-Quran diwahyukan. Jadi, awat nabi tak keriau pun suruh depa tukar nama…nabi releks je…bahkan orang Arab jika depa bersumpah, depa akan sebut WALLAHI walau pun belum tentu yang dok bersumpah tu menyembah Allah. Hak ni la yang PAS nak bagi tau.



Aku akui, memang dalam satu aspek jika semua orang bukan Islam boleh guna nama Allah maka ia akan mendatangkan kekeliruan. Tapi, untuk menanganinya bukan dengan cara dok berdemo dan menjerit bagai Kera Kena Belacan. Itu memang budaya BERUK bak kata KJ dan NAZRI…yang la ni yang puak-puak Umno termasuklah kata Khalid Samad, dia pelik bila JAIS dan MAIS pun nak demo sama – tak patut dibuat pun, kerana melambangkan kebodohan dan kedunguan takat HAMPEH Ganda 23! Kita ada saluran…maka ikutlah saluran. Kita larang atas sebab yang lain, bukan semberono larang. Baru la puak-puak bukan Islam nampak kematangan kita, nampak jernihnya pemikiran orang Islam dan baru la depa respek.



Dan aku teramat yakin, segala tindakan Kurang Bijak bahkan bodoh sombong geng-geng Umno ni telah menyebabkan segelintir orang bukan Islam memandang negatif kepada Islam. Mujurlah Nik Aziz, Hj Hadi dan Anwar Ibrahim bijak memberikan respons…maka inilah citra Islam harakat madani yang ditunjangi ilmu sebenar versi PAKATAN. Ni la yang menjernihkan pemikiran orang-orang bukan Islam bahawa bukan semua orang Islam di Malaysia ni dok di belakang Umno yang memang selama-lamanya suka mengekalkan diri mereka dalam kutub kejahilan dan kebodohan ciptaan mereka sendiri.



Inilah beza besar cara PAKATAN dan UBN menangangi ‘isu kalimah Allah’, ibarat si cerdik VS si dungu, tapi si dungu mengaku cerdik dan tak mengaku bodoh…ha…ha…ha… Percayalah, lambat laun, si dungu itu pasti akan karam bersama-sama bot dan labu-labunya – kata orang Sayong…ater bior kan je le…



perakexpress.com

No comments: