tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

03 January 2010


Benarkah kalimah Allah haq orang Islam?Sukar untuk diperjelaskan apa sebenarnya maksud Allah itu kepada orang bukan Islam.Aku ingat lagi bagaimana tuan-tuan guru kita mengajarkan kepada anak muridnya bahawa semua makhluk di bumi ni adalah kepunyaan Allah.Mengapa nama Allah ini hanya layak digunakan oleh penganut agama Islam(walaupun yang menganut tu tak buat rukun Islam pun).Kemungkinan indonesia yang pincang sistem moralnya itu juga membenarkan kalimah Allah pada kitab Injil(kitab yang dipalsukan).Buka la mana-mana laman web/blog yang pro kristus/injil ini(indonesia punye),memang nama Allah digunakan sangat ketara.

    Justeru itu,sangat relevan kita perlu sensitif dan bertanggungjawab di atas perilaku mahkamah tinggi yang 'berani' mengiktiraf kalimah ini digunakan oleh pihak gereja.UMNO cuba nak jadi hero kampung dalam kes ini,padahal merekalah yang sibuk memasukkan doktrin pro kristian(sekularisme)ke dalam arena politik tanak air.Aku tak heran dengan tindakan UMNO ni,dan aku ingat lgi semasa kes mufti Perak menghebahkan kemurtadan 250,000 manusia di Malaysia ni.Di mana puak UMNO ini?Sekarang cuba nak ambil kesempatan,kononnya mereka pula berjuang dalam Islam,setelah melihat Pas seolah-olah tidak sensitif pula.Walaupun dalam hati aku berkata,memang Pas sepatutnya lebih 'advace' dalam hal-hal agama ini,tetapi kelihatan agak berhati-hati,sebabnya....sentimen agama yang dimainkan oleh UMNO semakin ketara dan jelas.Hanya jiwa 'ISLAM' mampu membaca perilaku pro-pengkhianat UMNO ini.Tapi aku bersetuju dengan fikiran yang sangat positif oleh Tuan Guru Nik Aziz,tenang dan sangat bertanggungjawab.

   Pas perlu membuktikan kepada rakyat,UMNO sememangnya ada agenda tersembunyi yang pastinya berniat jahat,sebagaimana jahatnya,memerintah Perak secara tidak pro perlembagaan.Sentimen agama ini sangat merisaukan dan menakutkan orang awam yang tak faham apa-apa ni.Orang awam yang hanya tahu baca surat khabar perdana dan tv Nasional.Melenting semacam tahu je punca kes,padahal haprak tak faham politik Malaysia.Yang tahu,cari duit,dapat rumah,beli kereta dan lepas untuk cari duit belanja anak-anak.UMNO seperti yang diketahui umum,gagal memainkan isu bangsa sebelum ni,gagal 88% dalam usaha membangkitkan sentimen bangsanya.Sekarang sentimen agama pula digunakan,maka ini lebih bahaya dari tadi,yang kemungkinan besar bakal berlaku perang agama pula.

   Awas kepada orang politik,kita sudah masuk fasa ke dua,perang 'psikologi' yang bahayanya jauh lebih dahsyat dari sentimen bangsa.Wassalam...

Parit.com

No comments: