tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

12 May 2010

PEMUDA PAS SAYANGKAN ZAMBRY,MARILAH TINGGALKAN PARTI TOGHUT(KUFUR) SERTAI PAS....SELAMAT DUNIA AKHIRAT!!!

Dibawah ni artikel dari media belah nuuuu...baca dan selami kehendak Zambry....best jugak kalau sekali-sekala layan otak Pemuda Pas....

Sering Tunjuk Minat, Pemuda PAS Perak Dipelawa Sertai UMNO

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Rabu mempelawa anggota Pemuda PAS di Perak meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO memandangkan minat yang tinggi diberikan oleh kepimpinan mereka terhadap UMNO sejak kebelakangan ini.
Beliau berkata kepimpinan Pemuda PAS Perak sentiasa memberi komen dan pandangan terhadap perkembangan UMNO menunjukkan bahawa "mereka berminat kepada UMNO".
"Saya amat gembira dengan kesibukan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang banyak mengetahui tentang UMNO dan membuat analisis tentang kehadiran ahli parti semasa perasmian serentak UMNO Cawangan seluruh negeri di Stadium Indera Mulia minggu lalu.
"Bagi saya kenyataan yang disiarkan (akhbar tempatan) itu menunjukkan mereka mulai gerun dan ingin menyertai UMNO... jadi di sini saya ingin mempelawa mereka menyertai UMNO," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini pada Rabu.
Zambry, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kenyataan Pemuda PAS Perak termasuk dakwaan bahawa UMNO Perak kini lemah dan tenat apabila perasmian serentak mesyuarat UMNO Cawangan tidak mendapat sambutan. -- BERNAMA

No comments: