tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

27 May 2010

Ibu Ditahan Berhubung Kes Bayi Ditanam Di Stesen Komuter


SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Polis hari Khamis menahan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di sini kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja berusia bawah 17 tahun itu ditahan di sekolahnya di sini pada 9 pagi tadi manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.


"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang," katanya.


Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata polis akan mendapatkan perintah tahan reman terhadap remaja itu esok.


Isnin lepas, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad menemui satu longgokan tanah yang menyerupai kubur dan selepas digali polis menemui mayat bayi lelaki yang tidak cukup bulan yang dibalut dengan sehelai kain putih.







-Teman kecewa masih ramai lagi manusia di Malaysia ni sanggup buang bayi dan paling tragis...siap buat kubur untuk bayi...sampai bila kita di Malaysia ni sanggup melihat kezaliman ummat ini???


No comments: