tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

12 February 2010

Shabudin diarah kosongkan pusat khidmat ADUN


Kerajaan negeri Pulau Pinang mengarahkan pusat khidmat ADUN Permatang Berangan, dekat Kepala Batas, Shabudin Yahaya dikosongkan 23 Februari ini.

Bercakap kepada pemberita, beliau menyifatkan tindakan itu membuktikan kerajaan negeri pakatan pembangkang itu tidak sensitif terhadap kepentingan rakyat.

Menurutnya, beliau menerima surat daripada Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara berhubung arahan itu, bulan lepas.

Tindakan itu tidak rasional kerana pejabat itu yang terletak bersebelahan Dewan Muhammad Haji Muhd Taib, Tasek Gelugor, adalah pejabat ADUN dan bukannya Pejabat Umno.

Beliau yang juga bekas yang dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang berkata, premis itu dijadikan pejabat ADUN Permatang Berangan pada 2004 dengan kebenaran Pejabat Tanah dan Daerah Seberang Perai Utara dan jawatankuasa dewan terbabit.

Shabudin berkata pejabat dan dewan berkenaan dibina oleh kerajaan BN atas tanah milik kerajaan persekutuan dan disebabkan status tanah itu tidak jelas, ia dikendalikan oleh kerajaan negeri.

"Keadaan dewan sebelum tahun 2004 sangat teruk dan ditinggalkan usang tanpa kelengkapan seperti bekalan air dan elektrik.

"Sejak kita masuk ke pejabat itu, kita turut membaik pulih keadaan dewan dan membayar bil air dan elektrik dewan yang digunakan oleh masyarakat untuk pelbagai aktiviti itu," katanya.

Walaupun akur dengan arahan kerajaan negeri, Shabudin bagaimanapun berharap dewan itu diselenggara dengan baik untuk kepentingan masyarakat setempat.

- Bernama

No comments: