tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

30 December 2009

Pakatan Perak nafi SMS himpunan desak Zambry letak jawatan


KUALA LUMPUR, 30 Dis: Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim hari ini menafikan khabar angin bahawa Pakatan Rakyat negeri itu akan menganjurkan satu himpunan mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar esok.




Khalil dalam satu kenyataannya menegaskan, PR Perak tetap berpendirian bahawa pembubaran Dewan Undanagn Negeri (DUN) merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan isu Menteri Besarnya dan krisis politik yang berlaku di negeri itu dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih kerajaan mereka.



"Prinsip Pakatan Rakyat dalam isu jawatan MB Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran DUN Perak," katanya yang juga ADUN Titi Serong.



Khalil juga mengecam pihak yang tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan khabar angin yang tidak berasas itu melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dianggap sebagai satu provokasi dan fitnah terhadap Pakatan di Perak.



Sehubungan itu, beliau meminta pihak keselamatan melakukan siasatan yang terperinci megenai pihak yang bertanggungjawab menyebarkan khabar angin itu.



Khalil turut mengingatkan seluruh penyokong Pakatan Rakyat agar tidak mempercayai khabar angin itu sebaliknya mereka harus berhati-hati dengan sebarang provokasi dan fitnah yang berterusan dari pihak musuh.



Selain itu, beliau juga menyeru penyokong Pakatan agar tidak sewenang-wenangnya mempercayai maklumat yang terbit daripada media pro Barisan Nasional sebaliknya mengambil maklumat yang disisrkan media-media Pakatan rakyat.



"Saya berharap semua penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak mudah mempercayai sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro BN, dan saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam-media parti yang mewakili Pakatan." katanya.



Sementara itu, Dewan Pemuda Pas Negeri juga akan membuat satu laporan polis petang ini bagi menggesa pihak keselamatan mengambil berat mengenai provokasi yang boleh menimbulkan kekecohan itu.
 
http://www.harakahdaily.net/

No comments: