tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

02 May 2010

Di mana sultan Selangor?


...melayu serba boleh...

"Walau seberapa banyak sekalipun askar, polis atau pengawal istana digaji untuk melindungi dan menjaga tahta, namun tiada satu pun akan dapat mengatasi kehendak dan aspirasi rakyat jelata. Walau seberapa banyak peluru bedil atau peluru meriam sekalipun digunakan, namun tidak satu pun dapat menyekat kemarahan aspirasi rakyat. Jika kehendak rakyat jelata dimakbulkan Allah, maka (berlakulah) perpindahan takhta dari istana ke muzium seni dan budaya" - ucapan sultan Azlan Shah ketika beliau dianugerahkan Doktor Kehormat Undang-undang, di Majlis Konvokesyen, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 29 Jun 1980.


Prof Dr Abdul Aziz Bari bertanya:






Di mana sultan Selangor ketika Khir Toyo mengeluaran arahan untuk menghalang tazkirah di masjid-masjid dalam bulan Ramadhan? Apa yang sultan itu buat ketika Khir memusnahkan sebuah masjid di Bangi dan mengunci* satu lagi masjid di Batu Tiga beberapa tahun lalu.


Raja Petra pula berkata:






The monarchy is suffering from a serious case of a bad image. Malaysians no longer look at the monarchy with respect as in the days gone by. The dignity the monarchy once had is no longer there. If you were to conduct a poll or referendum, you would most likely find that more than 50% of Malaysians would vote in favour of a Republic of Malaysia.






Under Malaysian law, this is a crime under the Sedition Act. If you ask for the monarchy to be abolished you can be arrested and sent to jail. So no one dares say so openly. But in the privacy of their homes or in closed discussions, the majority of Malaysians would admit they see no more use for the monarchy.


Malas nak terjemah. Tapi lebih kurang dia kata, kalau kita minta sistem beraja dalam negara ini dihapuskan, ia satu kesalahan di bawah Akta Hasutan. Tapi secara bisik-bisik sesama sendiri, majoriti rakyat mengakui bahawa mereka tidak nampak sebarang manfaat.... (Malaslah nak tulis habis. Pi baca sendiri dalam artikel Malaysia Today semalam bertajuk "Restoring the dignity of the monarchy").






Yang menarik sangat untuk dinantikan, adakah selepas ini ada pulak yang menggelejat dan membuat laporan polis terhadap Dr Abdul Aziz dan RPK?






Tu yang menarik. Yang meluat sangat untuk dilihat ialah apabila PAS buat hal yang tidak pro-raja, Umno yang memohon petunjuk dari Yahudi Zionis dalam Apco Worldwide mengamuk. Bila Umno pula buat hal yang tidak pro-raja, PAS menerkam giliran dia pula untuk mengamuk.






Berkaitan:


Nak buat lagu mana, aku selalu minum kat Selangor (29/4/10)






Nota kaki:


*Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 114:






"Dan siapakah yang lebih zalim dari mereka yang menghalangi masjid-masjid Allah untuk disebutkan nama Allah di dalamnya, dan dia berusaha pula untuk meruntuhkan masjid-masjid itu? Mereka yang demikian, tidak sepatutnya masuk ke dalam masjid-masjid itu melainkan dalam keadaan mereka yang takutkan Allah. Mereka (dengan perbuatan itu) akan beroleh kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka mendapat azab seksa yang amat besar".


Kata as-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir:






Yang dimaksudkan dengan menghalang masjid-masjid Allah untuk disebut nama Allah dalamnya ialah menghalang sesiapa mendatanginya untuk solat, tilawah, zikir dan pengajian. Sementara maksud berusaha merobohkannya ialah berusaha untuk membinasakannya dan merosakkan bangunannya. Ia boleh juga membawa maksud mematikan fungsinya berkaitan ketaatan kepada Allah yang ditetapkan untuknya…juga merangkumi setiap perkara yang menghalang tujuan pembinaan masjid, seperti mempelajari ilmu dan mengajarkannya, duduk iktikaf dan menunggu solat” (1/144, Beirut: Dar al-Khair).
 
Penarik Beca
 
 
Dipersembahkan dan di edit oleh Parit.Com

No comments: