tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

13 March 2010

Mazlan akan saman pengurus Felda, polis

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Pengerusi Persatuan Anak-anak Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman bertegas akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengurus Felda Lembah Klau dan juga pihak polis ekoran tindakan mereka menahannya daripada mengadakan dialog bersama peneroka.


Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, peguamnya, Mohd Harris Abdullah sedang dalam proses memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak terbabit dan dijangka ianya akan mengambil masa lebih kurang sebulan daripada tarikh beliau ditahan.

"Saya mendapat nasihat daripada peguam saya untuk mengenakan tindakan saman malu terhadap pengurus Felda dan pihak polis kerana telah memalukan dan menjatuhkan maruah saya di hadapan khalayak ramai.

"Peguam saya akan tentukan jumlah saman yang akan dikenakan dan saya berani katakan, jumlahnya melibatkan juta. Saya dilayan seperti seorang penjenayah yang melakukan kesalahan besar sedangkan saya pergi ke Felda Lembah Klau kerana menghadiri jemputan warga Felda," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, petang ini.

Selasa lepas, Mazlan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Raub ketika membuat laporan polis berhubung tindakan pihak pengurusan Felda Lembah Krau yang cuba menahannya daripada mengadakan dialog dengan penduduk Felda berkenaan.

Beliau ditahan selama dua malam mengikut Seksyen 441 Kanun Keseksaan yang jika disabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih enam bulan dan didenda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya sekali.

Insiden itu berlaku selepas Mazlan mengadakan satu majlis dialog di rumah sebuah peneroka di Felda berkenaan lalu ada seorang pegawai Felda datang menghalang kerana kononnya tidak mempunyai permit.

Beliau bagaimanapun dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Raub dengan bon polis RM3,000 dengan seorang penjamin pada Khamis lepas.

Menurut Mazlan, ekoran insiden itu, Felda mengeluarkan satu surat pekeliling yang melarang beliau masuk ke mana-mana Felda untuk mengadakan dialog atau sebagainya.

"Ceramah saya malam ini pun terpaksa dibatalkan kerana pemilik premis terbabit menerima pelbagai ugutan daripada pihak Felda agar tidak membenarkan saya berceramah di situ.

"Mana perginya Fasal 10 Perlembagaan yang mengatakan kita ada hak untuk berhimpun?” soalnya.

Mazlan yang sudah berbelas tahun bergerak aktif dalam memperjuangkan nasib peneroka Felda di seluruh negara bagaimanapun menegaskan tidak akan berganjak daripda perjuangannya membela nasib peneroka yang tertindas sejak sekian lama.

"Saya tidak akan berganjak daripada perjuangan saya membela warga Felda yang hanya menjadi pak turut kepda kerajaan selama ini.

"Sebagai ahli sebuah NGO yang berjuang untuk warga Felda, saya akan terus memberikan maklumat kepda peneroka tentang hak mereka yang dinafikan selama ini, terlalu banyak isu penyelewengan dalam Felda yang disembunyikan kerajaan," tegasnya.

Ditanya mengenai status Anak yang dikatakan haram oleh ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan baru-baru ini kerana mendakwa telah ada Majlis Belia Felda yang menguruskan kebajikan peneroka, Mazlan berkata, ianya bukan isu utama sebaliknya apa yang diperjuangkan badan bukan kerajaan itu harus diberi perhatian.

"Saya tidak mahu layan soal status haram atau tidak. Saya pun boleh persoalkan NGO bawah mereka haram atau tidak. Apa yang penting Anak ditubuhkan untuk membela nasib peneroka yang telah lama menjadi mangsa penindasan kerajaan yang pentingkan keuntungan," katanya.

-harakahdaily.net-
lawan teteap lawan -parit.com-

KISAH ADUN NO FIKRAH ISLAMIAH DAN ....FUIYYOOOO......RAMAINYE ORANG PERGI TENGOK JEFRYDIN....TAPI QIAMULLAIL DIBATALKAN...BONGOK TUL!!!

Apabila adun seronok dan merasa senang hati melihat rakyat terseksa.....itu le perangai Adun yang berani terbang setelah gagal mencapai misi peribadi....mereka bukannya menyakitkan hati malah menyakitkan mata ..mereka sebenarnye sedang menuggu apa kesan kepada solat hajat yang dianjurkan oleh Pas nanti....

Kalau nak ikutkan,takkan Allah nak bayar cash,bile buat dosa...jarang sangat nak jadi kes tu...biasanya kalau dalam kes-kes yang melampau,baru bala akan turun...Tapi kita tetap berserah kepada Allah,bila dan bagaimana bala tu akan turun,itu kuasa Allah....

Sebenarnya,aku pun tak sanggup nak mintak bala untuk seseorang,sebab orang macam kita tidak dilatih untuk menganiaya orang lain,malah orang yang bukan Islam sekalipun!...cuma UMNO sahaja yang jenis kepala Zionis,menganggap PAS suke mendoakan kesusahan dan bencana kepada orang lain...

Tapi dlam spesial kes punye...kadang-kadang kita terpaksa berdoa dan munajat kepada Rabb...bukannya kerana kita mahu sangat,tapi kerana terpaksa....iaitu jalan terakhir(mungkin juga jalan yang terdesak)...terdesak kerana memohon redha Allah tu kan kebaik...tu...

....Terlupa nak bagitau,malam tadi ada show Jefrydin di Pekan Parit,berdekatan Masjid Parit...lebih kurang jarak panjang dua treller je...orang ....fuh ramai gak...ade le 2000 nyawa yang suke berhibur...di Parit ni memang begitu....Suke berseronok-seronok,main judi,tikam nombor,makan Mee hailam tangan cina(takde samak punye...on the spot terus masak)...zina,anak luar nikah,sosial in high case....pening yop!

Jadi jangan heran sangat kalau budaya berhibur tu masih tak leh hilang dalam jiwa orang Parit...Zaim memang xpert dalam hal cam ni...so small matter...Zaim memang jenis suke karaoke ni...menari tu belum kantoi lagi la....tapi pergi konsert macam ni,sakit mata dan jiwa ni...tak sama kalau pergi konsert PAS...aman dan rasa rahmat la....susah nak cakap!

nanti kalau ade maklumat lain aku bagitau le..ok ye....
(tak tau le malam ni ade kondom ,carlsberg...belum ade masa nak cari..)

-parit.com-

12 March 2010

Makin Panas .. Nazree Yunus – menjawab Ezam

 Nazree Yunus, Bekas Pengerusi Gerak yang telah menyertai Parti Keadilan Rakyat mengenai komen Ezam Mohd Nor dalam www.agendadaily.com. Dalam www.agendadaily.com – EZAM MOHD NOR telah mempertikaikan keislaman Nik Aziz dalam isu liwat Anwar – satu pertikaian yang besar. www.umno-reform2.com telah menghubungi Nazree Yunus, Mantan Pengerusi Gerak setelah kami mendapat makluman bahawa serangan bekas Pengerusinya yang pertama Ezam Mohd Nor telah pun bermula. Apakah Nazree Yunus menyokong usaha-usaha itu atau beliau akan berada di sisi DSAI bagi mempertahankan serangan tersebut? Bagaimana pula pandangan Nazree Yunus terhadap kecaman Ezam Mohd Nor terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat?

Nazree Yunus telah menjawab persoalan kami bahawa beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Ezam Mohd Nor mengecam Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan DS Anwar Ibrahim. “ Saya sama sekali tidak bersetuju dengan serangan serta kecaman Ezam terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.” Kata beliau tegas apabila ditanya tentang pandangannya terhadap isu itu.

Beliau juga menambah bahawa jika Ezam mempertikaikan persoalan apakah Nik Aziz telah berjumpa Saiful ataupun tidak maka Ezam juga harus ditanya, apakah beliau pernah bertemu dengan Saiful ataupun tidak? Saya ingin menegaskan bahawa jika Ezam mempersoalkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sudah bertemu ataupun tidak dengan Saiful, saya mahu tanya kepada Ezam, apakah beliau telah bertemu dengan Saiful?

Jika beliau telah bertemu Saiful maka apakah bukti yang telah Saiful berikan kepada beliau untuk mengesahkan perkara itu berlaku sehingga Ezam begitu yakin untuk membicarakan soal kebenaran kejadian itu dan mempersoalkan sokongan Tuan Guru Nik Abdul Aziz terhadap DS Anwar Ibrahim?

Bilakah Ezam berjumpa Saiful? Sebelum atau selepas Saiful membuat laporan polis berhubung beliau diliwat? Ini saya mahu beliau jawab!.” soal Nazree Yunus apabila diminta membuat komentar berkaitan kecaman Ezam terhadap Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. “Ezam tidak wajar mempertikaikan keIsalaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Apakah Ezam benar-benar tahu akan kebenaran tersebut?

Jika menurut Ezam dalam Islam kita perlu mendengar kedua-dua belah pihak, apakah Ezam telah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mendengar penjelasan daripadanya? Saya rasa beliau pun tidak bertemu dengan DS Anwar Ibrahim, jadi macam mana beliau boleh pertikai kedudukan ulama besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang telah menyokong DS Anwar Ibrahim?” Permulaan proses pendakwaan juga telah pincang apatah lagi ini tuduhan liwat kedua terhadap DS Anwar Ibrahim, rakyat tidak boleh menerima tuduhan ini.” Tegas Nazree Yunus.

“ Kita wajar menyerahkan perbicaraan ini kepada mahkamah, namun bagi saya, proses pengadilan mahkamah itu perlu bersifat adil dan dilihat adil. Jika proses pendakwaan dilihat tidak adil maka inilah yang menyebabkan rakyat melihat adanya campur tangan politik atau konspirasi politik dalam pendakwaan terhadap DS Anwar Ibrahim. Persepsi ini bukan oleh saya seorang bahkan seluruh rakyat Malaysia memakluminya.” Jawab Nazree Yunus. DS Anwar Ibrahim wajar diberikan ruang pembelaan yang secukupnya. Bukti-bukti bersabit perlu diberikan kepada tertuduh untuk membuat pembelaan. Rakyat dapat menilai kepincangan proses mahkamah dalam perbicaraan kes liwat ini. Untuk makluman semua sedia maklum bahawa bahan bukti kes tidak diberikan sepenuhnya dalam kes ini terhadap tertuduh, tayangan video CCTV yang ditayangkan di mahkamah juga hanya sebahagian yang dapat dipaparkan kerana kerosakan teknikal dan juga kes bertangguh ke 25 Mac ini kerana hakim yang telah memohon penangguhan.

Ditanya apakah beliau juga akan round satu Malaysia untuk jawab tuduhan Ezam. “Insyallah saya juga akan round satu Malaysia untuk jawab kecaman Ezam tersebut terhadap DS Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat demi kebenaran dan keadilan rakyat.”

-seriiskandar weblog-

Antara NGOk-NGOk dan mesin mengkuda penyebab imej UMNObn semakin buruk

Catatan Sental: Perlu baca sampai habis. Percubaan demi percubaan dilakukan oleh grombolan umnobn yang desperado mahu merampas kembali negeri Selangor. Terkini Kementerian Belia dan Sukan cuba membiayai hampir 70 pertubuhan bukan kerajaan NGO untuk menabur fitnah di samping mempertikai setiap dasar dan kenyataan kerajaan negeri serta pemimpin Pakatan Rakyat. Cerita NGOk upahan boleh baca disini.


Grombolan umnobn semakin gusar kerana cubaan pertama mereka mengkuda SPRM bagi menjerat Adun Pakatan Rakyat (PR) Selangor supaya rebah tidak menjadi. Malah tindakan umnobn ini memalukan imej suruhanjaya itu sendiri yang sepatutnya bergerak bebas tanpa ada unsur politik.

Oleh kerana politik umnobn yang busuk dan suka mengkuda, kini SPRM pula terpaksa mengeluarkan 'budget' untuk membersihkan imejnya dengan terbitan iklan diakhbar-akhbar utama. Malah 'budjet' juga dikeluarkan bagi memasang CCTV sekitar bilik soal-siasat SPRM setelah ada saksi yang mati.

Lucu juga kelaku umnobn ini. Semasa hangpa memerintah negeri Selangor, hangpa leka dengan kekayaan bumi Selangor sebagai negeri termaju dengan hasil yang melimpah ruah. Hangpa joli sana-sini sampai ke Disneyland tanpa menghiraukan rakyat marhaen yang meronta. Lar ni hangpa sudah terasa kerana tidak dapat lagi meneruskan gaya hidup mewah seperti sebelumnya.

Memandangkan pemerintahan PR semakin hari diterima oleh rakyat, maka telah wujud arahan demi arahan dari pihak atasan pemerintah umnobn untuk memantau dan menekan kesemua pemimpin tertinggi PR dengan mengkuda agensi polis.

Kini kredibiliti agensi berkenaan juga punah kerana kerakusan kuasa politik umnobn. Mereka ini diberi arahan untuk memantau setiap ceramah PR daripada memantau jenayah yang semakin berleluasa. 'Task' mereka hanya satu iaitu gagalkan langkah Anwar Ibrahim menawan Putrajaya.

Malah bukan setakat itu sahaja, bila ahli PKR cuba mengedar risalah kebenaran fakta liwat kepada umum, dengan pantas pihak berkuasa menangkap mereka. Lihat pula apa yang terjadi kepada Exco Pas Mazlan Aliman yang cuba mempertahan hak-hak peneroka Felda. Kesudahannya terpaksa bermalam di lokap dan menerima ugutan dari memasuki seluruh kawasan Tanah Rancangan Felda walaupun beliau merupakan anak jati peneroka.

Usaha umnobn tidak habis begitu sahaja. Media cetak dan elektronik pro umno bebas melaporkan kepada umum walaupun sentiasa tersalah Fakta. Setiap penjuru digunakan untuk mematahkan kemaraan PR.

Namun rakyat kini semakin celik untuk menilai hal politik rasuah, politik mengkuda dan politik ugutan. Mampukah segala usaha grobolan umnobn ini menarik kembali sokongan rakyat yang dah mual terhadap pemerintahan regim mereka?

Walaupun asakan mereka ini menjadi satu tekanan kepada PR, namun dengan kesepakatan yang ada diantara PAS, PKR & DAP serta sokongan rakyat yang tidak berbelah bahagi mampu menumbangkan umnobn yang dahulunya melaungkan hanya Umno saja yang mampu memerintah negara ini. Mana yang hangpa pilih, Parti yang busuk dan kena perli dengan Ketua Audit Negara atau Parti yang kena puji?

Itulah politik grombolan umnobn. Bila dah terasa semakin buruk dan busuk yang berpunca dari keangkuhan sendiri, kini mereka sanggup mengeluarkan belanja yang banyak bagi memulihkan imej mereka. Kenapa semasa belum busuk, hangpa tak jaga dengan elok. Lar ni kalut pula nak merawat kesan busuk tersebut. Dah lar tu siap boleh ambil pula buah busuk dari PKR. Piang tol-lah.

Sepatutnya Jamil Khir wujudkan 'team' penceramah mengenai hal-ehwal agama islam. Dan gerakkan mereka ini disetiap jabatan kerajaan untuk memberi ceramah agama. Setiap pekerja agensi kerajaan perlu meluangkan masa satu jam WAJIB untuk datang dengar ceramah agama tersebut. Buatlah tiga kali seminggu ka atau dua kali seminggu. Pegawai besar pun Wajib kena turun.

Yang penting 'basuh' pegawai-pegawai muda yang dok dalam agensi Polis. Usahlah dok buang masa di pub dan disco serta saja-saja pi tahan mat indon untuk minta wang. kah..kah..kah.. Oh.. ada satu lagi, gaji kakitangan kerajaan perlu dinaikkan juga supaya mampu berbelanja selaras dengan ekonomi berpendapatan tinggi. kweng-kweng..

Apakah penubuhan NGOk-NGOk yang banyak itu adalah untuk menarik lebih ramai rakyat selangor menyertai parti karat umnobn?. Kalau ya... adalah amat malang sekali kerana mereka ini diajar oleh umnobn cara bagaimana menyebarkan fitnah. Lebih baik NGOk-NGOk ini berdakwah bagi mengurangkan gejala sosial yang semakin menaik rankingnya. Dapat juga faedahnya diakhirat kelak.

-budak kampung online-

UMNO BAGI LAIN,AKU DAPAT LAIN!!!PR 2 TAHUN DI PULAU PINANG

Hari aku rasa macam nak belanja seseorang makan,sebabnya hati aku terasa tenang dan sanagt sejahtera...sudah lama juga tak macam ni....Rasanya selepas mahkamah mengisytiharkan Zambry sebagai MB hari tu kut...

Kadang-kadang bimbang juga dengan perjuangan rakan PR di P.Pinang dan Selangor...bukannya apa,mereka sangat-sangat diserang oleh si BaNgang(BN),terutama sekali Pertubuhan Kebangsaan Munafiq Bersatu(PEKEMBAR)...nak panggil UMNO pun geli dah....

Berita dari P.Pinang malam tadi sangat mengharukan dan sangat-sangat menggembirakan....iye le...dalam keadaan sekarang...PR di PPinang,masih kuat dan sangat berpengaruh!Inilah dia jalan yang tebaik buat masa ini di P.Pinang...

Di Perak..keadaannya sedikit berbeza....Nizar masih lagi menjadi ikon orang mude....walaupun indeks sedikit menurun,dan moralnya pun menurun.....

...aku paparkan sedikit gambaran berdasarkan foto-foto yang aku colek dari blog member sendiri...jangan marah sahabat...Syiar tu kadang-kadang ikut jalan macam ni...hehehhehhe....nak sedapkan hati sendiri!

nak berita lebih lagi g la kome ke anak sungai derhaka......banyak gambo lagi disana ......

-parit.com-

ciss..TUA TUA KELADI ADA NAFSU SAMA BINI ORANG

SETIU: Akibat tidak dapat menahan nafsu, seorang warga emas yang sudah beristeri sanggup menjadikan isteri orang yang turut mempunyai hubungan kekeluargaan dengannya sebagai mangsa apabila dia cuba mencabul wanita itu di sebuah rumah di Kampung Bukit Pepari, Bandar Permaisuri di sini.


Berikutan kejadian itu, mangsa berusia lingkungan 30-an membuat laporan di Balai Polis, Permaisuri semalam kerana tidak tahan dengan kelakuan suspek berusia 62 tahun yang selalu mengganggunya ketika ketiadaan suaminya yang keluar untuk bekerja.

Suspek yang tinggal berdekatan rumah mangsa dikatakan sering mengganggu dan mengambil kesempatan ke atas mangsa dengan meraba dan memeluk mangsa daripada belakang sejak Oktober tahun lalu.

Difahamkan, sejak kejadian pertama itu kejadian sama terus berulang beberapa kali menyebabkan mangsa terpaksa menjerit bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Suspek yang bekerja sendiri dikatakan pernah menunjukkan kemaluannya kepada mangsa malah bertindak berani, masuk ke bilik mangsa dan berbaring di katil sambil memujuk wanita berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Shaik Othman Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu suspek sudah ditahan dan kini ditempatkan di lokap Balai Polis Sungai Tong.

Menurutnya kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana cuba mencabul.

-BRIGED MP SEGAMBUT-

...Kambing pun kadang-kadang tak selamat(kene rogol),inikan pulak setakat keluarga sendiri,ni semua hasil titik peluh UMNO memerintah selama 50 tahun...sekarang masyarakat dah hilang rasa malu dan harga diri berada pada paras paling kebinatangan(BUKAN KINABATANGAN)...LU PIKIR LA SENDIRI !!!
-parit.com-

2 AMK GOMBAK DITAHAN

Dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat.


Menurut Kimbalan Ketua AMK Gombak, Zainol Abidin Mohamed, kedua-dua ahlinya, - Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang sebelum solat Jumaat oleh dua anggota polis.

Zainol Abidin berkata kedua-dua mereka dibawa ke ibupejabat polis daerah Ampang, Taman Dagang sejurus selepas ditangkap untuk diambil keterangan.

Beliau yang kini di IPD itu berkata beberapa pemimpin PKR termasuk ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin juga ada bersama.

-perakkume-

11 March 2010

20 ORANG-ORANG KAYA DALAM INI DUNIA(yang penting aku pasti dalam senarai)

NEW YORK: Sepuluh daripada orang paling terkaya di dunia memiliki kekayaan terkumpul bernilai AS$342 billlon pada tahun ini, berbanding hanya AS$254 billion tahun lalu.


Berikut senarai 20 orang terkaya di dunia yang diumumkan Majalah Forbes hari ini:
1. Carlos Slim Helu dan Keluarga (Mexico. Telekomunikasi. AS$53.5 billion)

2. Bill Gates (Amerika Syarikat. Microsoft. AS$53 billion)

3. Warren Buffett (Amerika Syarikat. Berkshire Hathaway. AS$47 billion)

4. Mukesh Ambani (India. Minyak, Gas. AS$29 billion)

5. Lakshmi Mittal. (India) Besi & Keluli. AS$28.7 billion)

6. Lawrence Ellison (Amerika Syarikat. Oracle . AS$28 billion)

7. Bernard Arnault (Perancis. LVMH – barangan mewah. AS$27.5 billion)

8. Eike Batista (Brazil. Pelombongan, Minyak. AS$27 billion)

9. Amancio Ortega (Sepanyol. Pakaian Runcit. AS$25 billion)

10. Karl Albrecht (Jerman. Pasaraya AS$23.5 billion)

11. Ingvar Kamprad dan Keluarga (Sweden. Ikea. AS$23 billion)

12. Christy Walton dan Keluarga (Amerika Syarikat. Walmart. AS$22.5 billion)

13. Stefan Persson (Sweden. Hennes and Mauritz. AS$22.4 billion)

14. Li Ka-shing (Hong Kong. Pelbagai. AS$21 billion)

15. Jim Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.7 billion)

16. Alice Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$20.6 billion)

17. Liliane Bettencourt (Perancis. L’Oreal. AS$20 billion)

18. S. Robson Walton (Amerika Syarikat. Walmart. AS$19.8 billion)

19. Putera Alwaleed Bin Talal Alsaud (Arab Saudi. Pelaburan. AS$19.4 billion)

20. David Thomson dan Keluarga (Kanada. (Harta Warisan/Pusaka. (AS$19 billion). – AFP
 
-itulah dia senarai manusia terkaya didunia....semuanya bukan orang Islam...sebab orang islam hanya mengkayakan mereka dalam pelbagai sumbangan tegar....aku mungkin berada dalam senarai 20 orang termiskin dunia kut...tapi takde sape nak ambik berat pun....harta aku bernilai RM 200.oo tu..agak-agak no berapa ek??? -parit.com-

"UMNO TAK UBAH MACAM BANGKAI BERNYAWA"-INI AKU KATA....

-Keluar parti berkubur bersama Umno-

SEBERANG JAYA, 11 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, tindakan beberapa ahli parlimen keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menjadi wakil Bebas tidak membawa apa-apa erti sebaliknya menyuruh mereka berkubur bersama Umno.


Ini kerana, katanya Umno tidak mampu menyelamatkan politik mana-mana individu yang masih menaruh harapan kepada parti itu kerana ia bukan sahaja reput sehingga ke usus bahkan lumpuh segala anggota.

Katanya, amat malang bagi seseorang yang mahu lagi berkhidmat dengan Umno sedangkan semua orang tahu parti itu tidak layak memerintah ekoran kelemahan dari berbagai aspek.

"Umno bukan lagi tempat untuk bergantung harap dalam politik kerana ia sudah reput sehingga ke usus dan yang lebih penting ia dah lumpuh segala-galanya," katanya ketika berucap pada program penutup Sambutan Ulangtahun Kedua Pakatan Rakyat Pulau Pinang di tapak ekspo, di sini malam tadi.

Beliau menganggap tindakan beberapa ahli Parlimen PKR itu merupakan pembersihan parti untuk mendapatkan kepimpinan yang lebih setia, kemas, bertrampilan dan berjiwa rakyat.

Barisan Nasional (BN) tambahnya, hanya nampak gagah di mata media tetapi pada hakikatnya rakyat tahu pengaruh mereka kian menjunam walaupun berbagai program dilancar umpamanya 'Juara Rakyat'

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri terpaksa merancang progam kononnya mengembalikan untuk Umno kepada rakyat setelah menyedari parti itu sudah kian jauh di hati rakyat.

"Juara Rakyat antara program Umno untuk kembalikan kepercayaan rakyat pada mereka. Jika tidak parti itu akan berada di tahap nyawa-nyawa ikan," tambahnya di hadapan puluhan ribu hadirin.

Beliau turut melahirkan keyakinan dengan pencapaian pemerintahan Pakatan Rakyat di empat buah negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan berbanding di waktu pemerintahan BN yang lebih kepada projek untuk kroni.

Katanya, apabila Kerajaan Pulau Pinang memperkenalkan tender terbuka, pihak yang risau dan bimbang ialah kepimpinan Umno sendiri kerana mereka acap kali mendapat habuan dari projek yang diperolehi semasa BN dahulu.

"Itulah yang diinginkan oleh Umno jika mereka berikan sesuatu projek pasti minta habuan. Bila tender terbuka diperkenalkan untuk memberi ruang kepada kontraktor bukan mengamalkan kabel politik pasti segolongan yang rapat dengan kerajaan terdahulu tidak puas hati," jelasnya yang juga Ahli Parlimen Marang.

-harakahdaily.net-

Anwar kemaruk kuasa lancar slogan 'Semboyan Halilintar Ke Putrajaya'

(sebelum baca,ini bukan artikel aku...saje nak hanginkan korang)


Ternyata, impian pembangkang untuk menawan Putrajaya tidak pernah terpadam dalam agenda politik mereka. Walaupun sepatutnya selepas dua tahun memerintah di Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta menguasai 78 kerusi di Parlimen, pembangkang menilai kemampuan mereka bagi memperbaiki kelemahan, namun itu tidak berlaku.

Sebaliknya, pada minggu lalu mereka melancarkan apa yang dipanggil 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'. Ia adalah satu program yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi mencapai impian mereka untuk menawan Putrajaya.

Mereka meletakkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) sebagai sasaran bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) sekali gus memenuhi mimpi mereka yang terbengkalai sebelum ini.

Sesungguhnya tiada siapa pun boleh memastikan sama ada impian pembangkang itu akan menjadi kenyataan atau tidak kerana segala-galanya terletak kepada rakyat menentukannya. Tetapi apa yang pasti jelaslah kini dengan pelancaran program itu yang bermula di Negeri Sembilan, matlamat pakatan pembangkang sejak selepas pilihan raya umum 2008 tidak berubah iaitu untuk merebut tampuk kekuasaan negara.

Pembangkang di bawah kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim begitu kemarukkan kuasa untuk memerintah negara ini. Sebab itulah biarpun rakyat sudah membuat keputusan pada Pilihan Raya Umum Ke- 12 dengan terus memberikan mandat kepada BN walaupun tanpa majoriti dua pertiga di Parlimen, pembangkang tetap berusaha untuk menumbangkan BN.

Ia termasuklah melalui impian 16 September yang dicetuskan oleh Anwar. Ketika itu tidaklah pula mana-mana pemimpin pembangkang menimbulkan soal sama ada ia demokrasi atau tidak. Tidak pula ada pemimpin pembangkang yang meminta kalau berlaku Ahli Parlimen yang melompat parti, jangan datang ke sidang Parlimen. Kita juga tidak mendengar gesaan supaya Ahli Parlimen berkenaan perlu mengosongkan kerusinya. Malah kita sudah tentu tidak mendengar ada gerakan mengumpul tanda tangan dilakukan kalau Ahli Parlimen melompat parti.

Ketika itu semua pemimpin pembangkang begitu ghairah menyokong apa yang hendak dilakukan oleh Anwar. Malah ada yang sudah bercita-cita menjadi Timbalan Perdana Menteri dan berkira-kira siapa yang akan menganggotai Kabinet.

Tambahan pula dari semasa ke semasa menjelang bulan September, Anwar terus dengan retorik politik yang bukan sahaja berjaya meletakkan kerajaan dalam keresahan malah mewujudkan harapan yang cukup tinggi kepada sekutunya dalam pembangkang bahawa mereka akan ke Putrajaya pada bulan berkenaan.

Tetapi akhirnya, impian Anwar hanya menjadi mimpi yang tak sudah. Pembangkang kekal menjadi pembangkang manakala BN terus memerintah.

Apa yang berlaku ialah pembangkang kehilangan kuasa di Perak apabila tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada PKR dan DAP mengisytiharkan diri menjadi wakil rakyat bebas. Masa itu bergegarlah seluruh negara dengan tuduhan bahawa tindakan berkenaan tidak demokratik, pilihan raya perlu diadakan dan wakil rakyat berkenaan mengkhianati amanah rakyat.

Situasi yang sama juga berlaku apabila tiga Ahli Parlimen PKR keluar parti dan seorang dipecat. Pemimpin pembangkang sengaja melupakan impian 16 September kerana dalam apa hal pun, kalau mereka buat tak apa tetapi kalau orang lain buat tak boleh.

Mereka sentiasa menganggap merekalah pilihan terbaik rakyat, tiada cacat cela, bakal sebuah kerajaan yang terbaik di dunia dan paling sempurna. Justeru mereka meletakkan sasaran PRU13 untuk memerintah Malaysia melalui program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya'.

Tanpa mahu mengkaji kenapa rakyat memprotes BN pada pilihan raya umum lalu, pembangkang begitu kemarukkan kuasa. Mereka begitu yakin bahawa senario sokongan rakyat kepada mereka masih berterusan.

Tetapi mereka terlupa bahawa hakikatnya, gerakan mereka semakin lemah. Bukan sahaja dengan tindakan pemimpin atau ahli keluar parti, malah lakonan dan sandiwara pemimpin-pemimpin utamanya semakin diketahui oleh rakyat.

Begitu juga masalah tidak sefahaman antara PKR, DAP dan Pas dalam memerintah. Bagaimana mungkin mereka akan terus berpura-pura untuk memerintah bersama, kalau masing-masing berbeza ideologi dan perjuangan kecuali ada parti yang sanggup mengorbankan prinsip perjuangannya demi kuasa semata-mata.

Oleh itu program 'Semboyan Halilintar ke Putrajaya' dilakukan bukanlah semata-mata untuk memperjuangkan nasib rakyat tetapi sekadar memenuhi impian politik merebut kekuasaan yang begitu mendalam di kalangan sesetengah pemimpin pembangkang. Selagi Putrajaya tidak dapat ditawan, selagi itulah pemimpin yang bercita-cita tinggi berkenaan, tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang.

Apa yang anehnya, dalam keadaan bahtera pembangkang semakin terumbang-ambing, program berkenaan dilancarkan. Ini jelas menampakkan bahawa pembangkang benar-benar mengamalkan politik untuk mengalihkan pandangan rakyat daripada masalah dalaman yang sedang mereka hadapi.

Mereka tidak mahu orang terlalu menumpukan perhatian kepada masalah tersebut, maka muncullah 'Semboyan Halilintar'. Sebenarnya yang menjadi 'semboyan' sekarang ialah hiruk-pikuk akibat tindakan Ahli Parlimen PKR keluar parti sehingga mencetuskan 'Halilintar' yang 'menyambar' bahtera pembangkang yang sebelum ini sememangnya sudah dilihat penuh kepincangan.

Perkembangan terbaru ini, seharusnya memberikan kesedaran kepada rakyat bahawa inilah wajah sebenar pembangkang di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim.

Jika dulu sebelum Anwar menjadi pemimpin pakatan berkenaan, tiada agenda begitu besar diletakkan oleh DAP dan Pas. Ia disebabkan oleh kedua-dua parti itu tidak mempunyai kekuatan apatah lagi pengaruh bagi membolehkan rakyat menyokong mereka.

Segala-galanya mereka bergantung kepada Anwar. Tidak kiralah sehebat manapun Lim Kit Sing dan Karpal Singh atau Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kesemua mereka berharap Anwar akan terus menjadi pemimpin utama pembangkang.

Sebab itulah walaupun PKR sudah kehilangan kerusi majoriti di kalangan pembangkang, Anwar tetap disuruh kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat. Ia kerana DAP dan Pas tidak memiliki pemimpin yang berupaya menyatukan kesemua parti pembangkang, apatah lagi menjadi pemimpin utama negara.

Namun begitu, DAP dan Pas juga perlu ingat bahawa Anwar tidaklah sehebat mana. Hari demi hari segala kepincangan yang Anwar lakukan dalam mentadbir PKR semakin terbongkar melalui pendedahan bekas-bekas pemimpin dan Ahli Parlimen parti itu. Mungkin DAP dan Pas akan terus memberikan sokongan kepada Anwar tetapi bagaimana dengan rakyat? Mereka sudah tahu menilai siapa lebih sesuai menjadi pemimpin dan parti mana paling layak terus memerintah negara.

Oleh itu, janganlah DAP dan Pas terus ghairah dengan 'nafsu kemaruk kuasa' yang cuba dicetuskan oleh PKR melalui 'Semboyan Halilintar'. Adalah lebih baik jika DAP mengkaji kelemahan pemerintahan mereka di Pulau Pinang manakala Pas pula bermuhasabah adakah tindakan mereka terus menyokong apa yang dilakukan oleh pembangkang benar atau tidak.

Janganlah nanti oleh kerana terlalu ghairah mengejar kekuasaan melalui agenda 'Semboyan Halilintar Ke Putrajaya,' 'guruh dan petir' meragut apa yang dikendong oleh DAP dan Pas.
 
-sumber-
ape korang rasa?seronok ke baca berita dari blog lawan...???....takde cerita lain.......ape cerita berkuasa di Perak tak ikut presidur Perlembagaan Negeri....sembang macam bagus je!..... -parit.com-

UMNO SUKA MENGUNGKIT

UMNO sebenarnya suka mengungkit apa yang mereka sudah buat untuk orang melayu, perangai macam budak-budak ini tidak patut berlaku sekiranya mereka ini matang berfikir sebagai peneraju kuasa di negara ini, mereka sepatutnya sedar bahawa segala kemajuan yang mereka bantu bangsanya itu bukan hasil daripada wang dari poket mereka malah ianya daripada wang rakyat keseluruhannya


Berkatalah UMNO: kami telah buat pembangunan, kami telah majukan bangsa melayu sehingga ada orang melayu yang telah menjadi pakar itu dan ini, kami telah majukan ekonomi orang melayu dengan baik dan berbagai lagi, akan tetapi mereka lupa tanggungjawab mereka itu sebenarnya telah di berikan oleh rakyat sehinggakan mereka dapat memerintah dan mereka sepatutnya faham segala mandat dari rakyat itu sebenarnya di pertanggungjawabkan bukannya mengungkin apa yang mereka buat

Penyakit UMNO apabila ada pembangunan maka mereka buat sepanduk BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT, kemudian mereka ungkit balik, bukankah ini di namakan perangai budak-budak ? Andainya UMNO kembali kepada islam maka mereka akan jumpa slogan tanggungjawab tugas KHALIFAH DI MUKA BUMI akan tetapi mereka tidak rajin buka quran dan memahaminya, yang mereka tahu hanya baca, hafal sahaja, menghayatinya jauh sekali, kemudian ungkit sana sini

Seorang bapa atau ibu mahu anaknya dalan keadaan baik serba serbi, babi dalam hutanpun demikian juga yang pandai menyediakan kemudahan untuk anaknya, demikian juga dengan haiwan yang lain kerana itu sudah tanggungjawabnya, takkan manusia lebih teruk daripada haiwan tersebut, UMNO sebenarnya tidak ikhlas melakukan tamadun bangsanya kerana mereka sangka semua itu dari aset mereka secara total, ini bangang namanya dan sekarang rakyat sudah tahu kelemahan UMNO

UMNO suka menagih budi yang di taburnya, sementara rakyat tidak suka budi di tagih sebab seolah-olah rakyat berhutang pula dengan UMNO, apabila berlaku tagih menagih maka terlupalah mereka dengan perkara tanggungjawab dan amanah yang di berikan kepada mereka untuk di laksanakan inilah perkara asas untuk mereka yang di berikan amanah, sementara perkara cabang ia hanya kebajikan subsidi belaka, jika ada bersyukur, jika tiada tidak mengapa kerana itu perkara kecil sahaja, namun jika perkara kecilpun di ungkit, buruk siku namanya

Sekarang UMNO sudah pandai menagih budi ketika dia dalam kecemasan, sementara rakyat nampak yang di tagih itu kerana UMNO telah melakukan khianat terhadap rakyat, lalu rakyat tidak mahu lagi membalas budi sebab UMNO telah banyak melakukan tidak adil di samping melakukan buruk moral menyebabkan rakyat terpalit dengan krisis moral di sebabkan ada di antara mereka hilang pertimbangan terhadap orang ramai, kerana itu budi yang di tagih mesti di tolak, dan mereka boleh baca diri sendiri di mana silap mereka

Anak-anak yang merajuk adalah kerana emak dan bapa mereka tidak berlaku adil kepada anak-anaknya, lalu anak-anak itu tidak mahu membalas budi orang tuannya, demikianlah juga dengan pemerintah dan mereka boleh jawab sendirilah hal tersebut, apa yang kita lihat nasi sudah menjadi bubur dan tidak mungkin bubur akan menjadi nasi balik


MAUT LINTAH MASUK DUBUR

JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.


Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang.

Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.

Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.

Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.

Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.

-bujangsusah-
alahaiii...seedihnye aku dengorrrr-parit.com-

GST Ditolak : BN Hadapi Krisis Kepercayaan

KUALA LUMPUR : Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang menghadapi krisis kepercayaan daripada rakyat akibat golongan perniagaan yang menolak GST.


"Kenyataan yang dibuat oleh Persekutuan Pekilang Malaysia (FMM) meminta kerajaan menangguhkan GST adalah bertepatan dengan keputusan yang di buat oleh sidang meja bulat berkenaan isu GST yang di anjurkan oleh Lujnah Pengguna PAS Pusat yang disertai oleh pelbagai pihak yang turut membuat keputusan meminta kerajaan menangguhkan bacaan kedua Rang Undang-undang GST di Perlimen pada sidang yang akan bermula 15 Mac ini," kata Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataan medianya yang dihantar kepada Erapakatan.com.

Menurut Mahfuz, penangguhan bacaan kedua ini menunjukkan kerajaan perlu menarik balik Rang Undang-Undang tersebut.

Tuntutan FMM itu juga disifatkan sebagai 'undi tidak percaya' masyarakat perniagaan terhadap kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Razak.

"Jika masyarakat perniagaan menolak GST sudah tentu masyarakat pengguna juga menolak GST," tegas Mahfuz.

Mahfuz berkata, pandangan PAS dan FMM adalah jelas iaitu kerajaan perlu mengutamakan pengurusan kewangan negara yang amanah dan cekap serta menghentikan ketirisan kewangan negara sama ada melalui rasuah mahupun pemberian subsidi kepada IPP, syarikat konsesi lebuhraya dan lain-lain.

Kerajaan juga katanya tidak boleh hanya menjadikan alasan negara di dunia sudah pun beralih kepada GST maka Malaysia perlu mengikutinya dan tindakan tersebut adalah terlalu dangkal.

"Sedangkan perlaksanaan GST di negara lain setelah pendapatan rakyat negara mereka berada pada paras yang melayakkan mereka membayar cukai pendapatan," tegas beliau lagi.

Bagi Mahfuz, di Malaysia dari 12 juta pekerja hanya 15 peratus sahaja yang mencapai kadar pendapatan yang melayakkan mereka untuk di kenakan cukai pendapatan atau pun dari 28 juta penduduk Malaysia hanya 6.4 peratus sahaja yang perlu membayar cukai sedangkan 93.6 peratus pendapatan mereka tidak sampai paras yang memerlukan membayar cukai pendapatan.

Ini bemakna jika GST di laksanakan 93.6 peratus rakyat yang berpendapatan tidak layak di cukai akan di cukaikan di bawah GST.

Tindakan Kerajaan dilihat terlalu dangkal apabila hanya menjadikan asalan negara di dunia sudah beralih kepada GST maka Malaysia juga perlu mengikutinya.

"Oleh itu saya menuntut kerajaan pada 16 Mac ini akan membawa usul di sidang Parlimen untuk menarik balik Rang Undang-Undang GST," tegas beliau lagi.

-erapakatan-

JANGAN GUNA BREK BELAKANG LA........!!!!

LA...ni aku nak bagi sikit nasihat untuk gadis-gadis,minah-minah,ibu-ibu,mama-mama dan yang semaksud dengannya....bukannya ape...cerite bawa motor je....

Hari aku sikit terkejut dengan cara pemanduan dua ekor minah yang jelita bawa motor diketika hujan renyai-renyai gitu....

...tengah aku balik koje,macam biasa le..aku gi le solat jap di masjid Nasiriyah(setiawan)....habis solat,aku biase balik terus le....macam biase...layang sikit kontrol hensem,perasan lebih je...nak menyedapkan hati sendiri le katakan.....

...al kisah kejadian ni berlaku kat Pekan Ayer Tawar.....aku tengah sedap baik punye bawa super car aku(van buruk je),ade le minah tadi yang due ekor tu....bawa motor folow belakang treller.....

...dengar je pun dah nak sadis tu.....aku ni memang le suke follow lori(sebab tak leh potong le)...sambung balik.....emmm....dah le tengah hujan-hujan jiwang tu...aku tengok merah menyala semua lampu brek belakang....macam biase le..otomatik aku tekan brek....sekali......minah dua ekor tu pun brek gak...sreeekkkkk......tak berenti pun motornye...aduh...aku pulak yang panik..aku bagi ruang luas kat kenderaan depan...harapan aku agar minah tadi leh la lompat ketepi kalau tak dan brek....

....sekali tayar lekat lah....tapi motor tak berenti....korang bayangkan le.....aku panik le....dalam hati aku kata..."ape ke bangangnye depa tu brek guna brek belakang je..."fuhhh....nasib tak jadi mayat ......

...tolong le ye...mana-mana gadis yang nak bawa motor tu...jangan le guna brek belakang bile hujan renyai-renyai..lebat lagi bahaya....brek belakang hanya untuk kurangkan laju je...kalau emergency case....tak relevan langsung....tu pasal brek depan paling best dan efektif....kalau dalam keadaan basah pun best,dalam keadaan kering lagi la best....siap weekang lagi tu.......ok ye gadis-gadis...mamaa-mama......tolong le hati-hati kat jalanraya tu.....

...kalau nak mati pun bio le kat medan jihad......

wassalam...
-parit.com-

10 March 2010

Antara deklarasi balfour dan suruhajaya Reid


Deklarasi balfaour tahun 1917 merupakan polisi dan dasar kerajaan british yang menyokong penubuhan sebuah negara Israel dibumi palestin. Pengistiharan itu telah dibuat melalui surat setiausaha luar british pada masa itu Arthur James Balfour kepada Baron Rothchild (ketua komuniti yahudi ) untuk dikirimkan kepada federasi Zionist great Briton dan Ireland dan akhirnya pada tahun 1948 telah tertubuhnya sebuah negara negara haram yahudi yang dinamakan Israel , semuanya berjaya dilaksanakan dalam tempoh 50 tahun sejak konvesyen yahudi pertama di bassel switzealand (1897) .Antara fakta penting yang cukup siknifikan kepada umat islam ialah bagaimana memahami gerak kerja dilakukan oleh musuh-musuh islam dalam menghadapi kebangkitan islam bukan dan apa yang cuba diutarakan bukan lah sekadar untuk menyingkap lembaran sejarah tetapi menjadikan suatu perbandingan dan iktibar …pergerakan agenda zionisme ini begitu licik ianya bukan sekadar menyusup kedalam negara-negara kuasa besar seperti British (ketua kuasa bear dunia pada masa itu ) sehingga dapat mempengaruhi dasar luarnya bagi membentuk polisi yang menyokong mereka tetapi mereka menyusup kedalam negara-negara umat islam didalam bentuk ideology nasionalisme sehingga pada ketika itu khalifah islam terakhir ‘empayar ottomaniah ‘ akhir nya tumbang pada tahun 1924 ..



Nasioalisme itu bukan sekadar ideology tetapi sebenarnya telah menjadi penjara yang besar kepada umat islam .. bukan sekadar penjara yang dibina disekeling umat palestin tetapi penjara yang luas merentasi keseluruhan benua.Dimalaya ketika itu kita diberikan tawaran kemerdekaan melalui persetujuan untuk menerima perundangan dan perlembagaan yang digubal oleh suruhanjaya reid yang meletakakan islam kedalam ruang yang begitu sempit walaupun islam itu dijadikan agama rasmi negara ini .Perlembagaan ini digubal agar perkembangan dan kebangkitan islam sebagai daulah itu dapat disekat , islam tidak dijadikan dasar pemerintahan negara ini malahan pemimpin yang dilantik untuk menjadi pemerintah juga adalah dikalangan yang mendapat pendidikan dibarat dan berfahahaman nasionalis … modul ini bukan sahaja dilaksanakan di tanah melayu tetapi diseluruh negara umat islam . . Penderitaan umat pelestin hari bukan sahaja kerana kekejaman dan kerakusan tentera –tentera Israel tetapi penindasan yang dilakukan oleh umat arab yang berada disekeliling mereka yang tunduk dengan dengan desakan Israel dan barat semuanya hasil daripada kefahaman nasionalis yang ditanam kan didalam pemikiran umat islam arab…


Era akhir 40an dan awal 50an merupakan satu era yang mempunyai impak dan siknifikasi kepada gerakan –gerakan islam .Sejak zionis berjaya menubuhkan Sebuah negara yahudi (Israel )pada tahun 1948 dibumi palestin kesedaran umat islam yang mendapat pendidikan islam di timur tengah semakin memuncak maka dengan itu lahir lah sebuah gerakan politik islam (parti islam semalaysia ) dinegara ini pada tahun 1951. atas kesedaran peri pentingnya keujudan sebuah gerakan politik islam untuk mengimbangi gerakan politik yang berteraskan nasiolisme yang sekian lama membelenggu pemikiran umat islam…..kerana tembok yang ujud didalam kotak pemikirann umat islam itu perlu diruntuhkan dahalu sebelum kita mampu untuk merobohkan tembok-tembok yang bina oleh israel …setelah lebih 50 tahun akhir konsep negara islam itu mulai diterima oleh masyarakat .. terutama dengan kejatuhan beberapa negeri ketangan pembangkang pada pilihanaraya yang lepas ….namun yang pasti golongan –golongan yang sekular tidak akan duduk diam melihat kepada perkembangan ini termasuk juga mereka yang bergelar ulama upahan . ..sehingga sanggup mengelirukan masyarakat dengan penyataan yang berbaur perkauman … sarananan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan merupakan cubaan untuk mengelirukan rakyat dalam membuat perbezaan diantara nasionalis dan islam sedangkan berdasarkan bukti dan catatan sejarah nasionalis merupakan idealisme yang dicipta oleh yahudi untuk memecah belahkan masyarakat islam ……

-botaman-

Anak bekas Setpol Presiden Umno ke Hospital Bahagia

KUALA LUMPUR : Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini mengarahkan Muhammad Ezra Rusli, 28, ditempatkan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, selepas laporan perubatan mendapati beliau tidak waras dalam satu kejadian sebelum ini selain dituduh memiliki sebutir bom tangan.


Ezra Rusli turut menghadapi dua lagi tuduhan mengugut bapanya, Datuk Rusli Abdul Malik, 62, yang juga bekas Setiausaha Politik (Setpol) kepada mantan Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawai didakwa menggunakan sepucuk pistol jenis Glock dan serta tuduhan mengugut mendatangkan kecederaan.

Pemuda itu didakwa melakukan ke semua kesalahan itu di sebuah rumah beralamat C2-67 D’Shire Villa, Jalan Camar 4, Kota Damansara, antara jam 3.30 petang hingga 5 petang, pada 8 September tahun lalu.

Majistret Aishah Hijriah Arshad memutuskan Muhammad Ezra telah melakukan perbuatan seperti mana pertuduhan dan setelah mengambil kira laporan perubatan yang disediakan oleh hospital tersebut, mahkamah berpuas hati bahawa ketika kejadian tertuduh didapati tidak waras.

Aishah mengeluarkan satu perintah di bawah Seksyen 348(1) Kanun Keseksaan untuk menempatkan Muhammad Ezra di hospital tersebut mengikut perkenan Sultan Selangor.

-era pakatan-

Rakyat tiada pilihan, tukar kerajaan BN

BANDAR JENGKA, 10 Mac: Rakyat di negara ini tidak ada pilihan selain daripada menukar kerajaan Umno/BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat jika mahu melihat masalah yang dihadapi negara ini dapat diselesaikan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.


Bercakap dalam forum Maulidur Rasul anjuran PAS Kawasan Kuala Krau, di Dataran Masjid Lama, Bandar Jengka, malam tadi, Tuan Ibrahim menambah, adalah amat mengecewakan selama 50 tahun lebih Umno/BN diberikan kuasa oleh rakyat keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Bukan kita suka-suka nak sebut tetapi rakyat telah memberikan peluang kepada pemerintah yang ada berkuasa selama lebih 50 tahun. Keadaan masyarakat semakin bertambah buruk.

“Kita tak boleh bayangkan bagaimana teruknya masalah sosial yang melanda negara sekarang ini. Kita ada masalah dadah yang teruk, masalah rasuah, masalah penyelewengan, anak luar nikah dan berbagai masalah yang tidak lagi mampu dikawal. Sebab itu kita nampak tak ada jalan lain melainkan rakyat kena tukar kerajaan yang ada,” katanya.

Turut menjadi ahli panel ialah Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Ashaari, pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dasuki Abdul Rani sementara pengerusi forum, Ustaz Sahril Azman di hadapan kira-kira 2,000 pendengar dari kalangan warga Jengka hadir.

-harakahdaily.net-

NIK AZIZ BAGI 'CHECK MATE' PADA UMNO

بسم الله الرحمن الرحيم

Perutusan TGNA - (Bagi sesiapa yang belum baca)

oleh TGNA :

Selama ini kita tidak berfikir untuk menyebar Islam kepada bukan Islam. Selama ini tok-tok guru pondok kita hanya menyebar Islam sesama orang Islam. Meskipun PAS menolak pendekatan perpaduan dengan Umno, bukan bermakna PAS mengenepikan tanggungjawab menyebar Islam. Sebenarnya, perpaduan melalui Pakatan Rakyat telah membuka ruang bagi PAS menyampaikan kebaikan Islam kepada pemimpin dan ahli parti Pakatan Rakyat yang bukan Islam.

Kenapa mesti anti-UG?

Sebaliknya, PAS ada alasan dan sebab-musababnya kenapa menolak perpaduan dengan Umno. Antaranya :

1) Perjuangan Umno sebenarnya amat dhalalah (sesat sesesatnya), kerana menolak Islam dan mengasingkan politik dengan agama. Kesan menolak Islam itulah, banyak pihak tidak faham Islam, termasuk rakan kita yang bukan Islam.

2) Tindak tanduk Umno jelas mengkhianati perjuangan Islam, khususnya terhadap PAS. Berpandukan pengalaman lepas, PAS pernah membuat persetujuan masuk BN, maka ada yang menyokong dan menentang, sehingga ada kecelaruan dan munculnya golongan yang menentang kemasukan PAS dalam BN, seperti mana munculnya Bebas Bersatu sebagai serpihan PAS. Akibatnya lagi muncul pula Berjasa ketika PAS diambang kekalahan selepas diganyang Umno melalui peristiwa darurat 1977. Semuanya adalah nilai dan kesan pengorbanan besar PAS atas semata-mata ingin bersama Umno. Namun, pengorbanan itu tidak dihargai oleh Umno. Malah, PAS telah ditendang keluar. Ia sungguh perit bagi PAS untuk berbaik semula dengan Umno atau masuk balik BN.

3) Oleh sebab itu, PAS rela dan menyatakan komitmen tinggi bersama mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat.

4) Begitu pula, semenjak pilihan raya umum 2008 lalu sampai ke hari ini, Umno menuduh PAS sebagai boneka DAP. Sedangkan apa yang berlaku di Pulau Pinang sebelum ini, Umno yang mendapat kuasa majoriti. Pun begitu, pemimpin parti Gerakan yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Jelas, dalam keadaan itu, meletakkan kedudukan Umno sebagai parti yang menjadi kuda tunggangan (boneka) parti Gerakan. Di samping tidak kurang pula, ada sejumlah kerusi yang sepatutnya Umno bertanding (di kawasan majoriti Melayu), tetapi secara tidak beradab telah menyerahkan kepada pemimpin Gerakan, MCA dan MIC bertanding dengan alasan, kononnya ia simbol permuafakatan kuasa dalam BN.

5) Sekarang PAS dilihat berjaya bersama Pakatan Rakyat. Ia suatu perkembangan baik, memandangkan dulu PAS sendiri rela tidak berkawan dengan DAP, kerana ada pemimpinnya yang menyerang Islam. Sebaliknya sekarang, para pemimpin DAP termasuk Karpal Singh tidak lagi menyerang Islam. Malah berlaku perkembangan yang agak baik apabila sudah ada kalangan pemimpin Pakatan Rakyat (termasuk DAP) sudah mula pandai baca Al-Quran dan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan DAP di Pulau Pinang sudah berani berikrar mengambil contoh gaya pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz. Sedangkan Gerakan, MCA dan MIC begitu lama (sejak merdeka) bersama Umno dalam BN, mereka itu tetap tidak faham-faham agama Islam.

Seminar khas sempena Muktamar tahun 2010

Jadi, bersempena dengan dua tahun usia Pakatan Rakyat ini, sukacita kiranya para pemimpin dan pendukung perjuangan Pakatan Rakyat dapat menguatkan lagi tekad ke arah membina perpaduan dan persefahaman serta keyakinan agar terus utuh di atas prinsip keadilan untuk semua rakyat. Ini kerana prinsip tersebut adalah sejajar dengan ajaran Islam yang mengutamakan keadilan untuk semua kaum di negara.

Sehubungan dengan itu, demi mengukuhkan lagi Pakatan Rakyat dan bagi mempersiapkan diri mendepani banyak lagi cabaran mendatang, maka pihak PAS sewajarnya mengadakan satu seminar atas isu ”hak-hak bukan Islam di dalam pemerintahan berteraskan Islam” bersempena Muktamar PAS akan datang.

Prof. Dr.Yusuf Al-Qardhawi

Ada baiknya seminar itu dapat menjadikan tulisan As-Syeikh Dr. Yusoff al-Qaradhawi, bertajuk ”Ghairul muslimin fil mujtama’ul-Islami” sebagai bahan rujukan penting untuk perbincangan. Mungkin dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah 1431 oleh kerajaan Malaysia kepada as-Syeikh Dr. Yusoff adalah suatu titik persetujuan awal kita bagi menerima idea-idea baik daripada beliau untuk difahami dan diamalkan dalam kerajaan. Sekaligus ia boleh diajak bersama para pemimpin politik bukan Islam menyertai seminar tersebut.

Sebenarnya, melalui seminar sedemikian, PAS boleh melakukan pendekatan yang baik dalam menghubungkan kefahaman antara pemimpin Islam dengan bukan Islam. Di samping PAS tidak seharusnya lupa terhadap jasa dan pengorbanan para ulama’ dan pemimpin Islam terdahulu. Dan sesungguhnya, pemimpin PAS sekarang begitu terhutang budi kepada para ulama’ terdahulu, kerana berkat hasil usaha mereka jugalah, sekarang ’orang Kelantan’ sudah berada di mana-mana sahaja dalam pelbagai sektor pembangunan Negeri dan Negara.

Kelantan menjadi teladan

Dan, apa yang telah dilaksanakan di Kelantan hari ini adalah suatu simbol kejayaan politik Pakatan Rakyat. Maka, PAS dan kerajaan Kelantan hari ini sudah membuat banyak penambahbaikan kepada kedudukan dan kefahaman Islam itu sendiri. Ia turut merangkumi kehendak politik rakyat pelbagai kaum. Semuga akan datang, akan lahir kalangan pemimpin Islam yang mewakili pelbagai kaum – kalangan orang Cina atau India – layak menyambung sejarah Islam. Ini kerana sejarah awal Islam membuktikan orang Cina dan India terlebih dahulu menerima Islam daripada orang Melayu. Ia bermakna, orang Cina dan India layak dan mustahak turut sama menyebarkan Islam di negara ini.

Apa yang utama, penglibatan semua kaum dalam politik dan dakwah akan menyuburkan lagi nikmat persaudaraan di sebalik Allah Subhanahu wa taala jadikan manusia itu pelbagai kaum. Firman-Nya,

Maksudnya, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu).

[al-Hujuraat, 49: 13]

Semuga amalan dan kebajikan yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah Subhanahu wa taala. Panjang usia Pakatan Rakyat, panjanglah keadilan untuk semua rakyat.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Mursyidul Am PAS,

merangkap Menteri Besar Kelantan.

22 RabiulAwwal 1431 bersamaan 8 Mac 2010.
 
-BUJANG SUSAH-
 
editor by parit.com

VCD: Ia satu fitnah, kata Anwar

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa rakaman VCD semasa beliau menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001 adalah satu fitnah.


"Semasa saya di mahkamah (1998) saya boleh jalan, saya boleh bangun. Di mahkamah saya tidak pernah pakai kerusi roda.

"Saya pakai kerusi roda bila jalannya jauh. Doktor melarang saya berjalan lebih daripada sepuluh tapak. Saya boleh berdiri, saya boleh berjalan. Maksimum sepuluh tapak.

"Jadi orang Umno nak buat fitnah, siapa suruh. Ada pembedahan dilakukan, cukuplah," katanya selepas menghadiri prosiding kes qazaf di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pagi ini.

Anwar diminta mengulas mengenai pengedaran VCD oleh kumpulan misteri yang kononnya menunjukkan rakaman semasa Anwar menjalani hukumannya di penjara Sungai Buluh antara April dan Oktober 2001.

Visual berkenaan dipercayai dimuat-turun dari internet dan diterbitkan serta diedarkan di rumah-rumah sekitar di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu.

Persoalan timbul bagaimana rakaman boleh dibuat di penjara dan dibawa keluar daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan yang canggih.

Video berjudul 'Sandiwara Anwar sebab-sebab MP PKR keluar parti, tengok sampai habis' itu dipercayai dirakamkan ketika Anwar mengadu dia mengalami sakit belakang dan sakit tengkuk.

Video itu menunjukkan Anwar dalam kesakitan ketika dibenarkan keluar menziarahi upacara pengebumian keluarganya.

Bagaimanapun, gambar di penjara pula menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu kelihatan sihat dan boleh berdiri dengan mudah.

VCD tersebut turut diletakkan dalam peti surat rumah seorang peniaga Mohd Arshad Ishak di Bandar Baru Bangi sejak Sabtu lalu. Ekoran pengedaran VCD itu, Mohd Arshad yang mewakili Gerakan Anti Liwat atau GELI membuat laporan polis kelmarin.

Sementara itu, kumpulan Anwar juga mengedarkan video berhubung fatwa daripada tokoh ulama Islam, Yusof Al Qardhawi dari Mesir yang juga adalah penerima tokoh Maal hijrah Malaysia tahun lalu.

Berjudul 'Fatwa Mutakhir Dr Yusuf Al Qardhawi berhubung konspirasi II terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim', video itu diterbitkan oleh Institut Penyelidikan dan Pembangunan Wanita selama 33 minit.

Dalam rakaman itu, tokoh tersohor Islam itu antara lain berkata sesiapa yang menyebarkan sesuatu dakwaan yang tidak benar boleh dihukum sebagai fasik.

VCD itu dilancarkan Sabtu lalu sempena sambutan ulang tahun kedua kemenangan memberangsangkan Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008.

-harakahdaily.net-

09 March 2010

ZIONIS CINTA....SAMA UMNO....SAYANG...SAMA UMNO!!!lu olang apa dapat???!!!

Perpaduan Islam bukan agenda yahudi.....ianya datang dari nabi....adakah kita tak paham ke atau korang yang tak paham?

Tapi bagaimana nak wujudkan perpaduan dengan UMNO?...ni kerje gile dan seperti letak tengkok untuk disembelih....UMNO mana ade ikhlas ngan Pas...korang percaya le ngan aku ni....

Kalau dia ikhlas,Pas lebih tahu dari pihak lain.....tapi UMNO macam aku kata tadi....takde ikhlasnye....semuanye sebab nak rembat hasil dan khazanah negara,simpan dalam bank peribadi keluarga,kemudian canang merata nak tegakkan Islam...cit...podah...

Orang baru leh la kalau nak labun....tapi veteran PAS korang nak  labun....kut kene penampo je........Tolong le pimpinan Pas...jangan jadi tak bijak sebab terpengaruh dengan tipudaya kaum yang sesat itu....tolonglah berjuang atas dasar agama dan marwah Islam...

UMNO tu takkan berubah kepada baik...makin mengarut ade le....berhibur sana sini,pergaulan tanpa batasan,mentafsir Islam sesuke hati,memecah belahkan orang mukmin....pengkhianatan kepada wang negara.....suke-suke belanja duit negara nak pergi enjoy sana sini....UMNO memang gile kuasa!

Aku takkan setuju untuk bergabung ngan UMNO atas dasar 1 melayu ni.Jangan terperangkap dengan waris Yahudi Malaysia ni....wassalam...

-parit.com-

AKU DI AWANG-AWANGAN...

Ape ke bendenye.....oh ye....

Sebenarnye,aku ni nak luahkan sedikit ilham murni...tengah malam subuh ni....

al-kisah,blog ni dicipta baru je lagi,jadi isi kandungannya tak le best sangat,ataupun mungkin kurang meneyelesakan korang...

blog ni pun takde rambu ramba sangat....direka sekadar alla kaddar...setakat termampu oleh aku yang tak berapa all the best ni...

cara berbeahasa aku juge kemungkinan kasar dan macam nak marah-marah sayang...tapi jangan risau..bile aku marah,aku tengok muke anak bini aku....langsung aku rasa dahaga dan terus nak pi bukak peti ais(walaupun masa tu takde ais pun)terus meminum minuman....

blog ni,korang boleh klasifikasikan sebagai 'blog miskin tegar'..aku sikit pun tak marah..cume rasa nak sepak pokok pisang je...aku dengan merendah diri,mohon kerjasama dan semangat dari korang untuk merintih(chewah) perjalan berliku dan bersiku ni...semoga ,dengan sedikit ilmu yang tak sampai 20% kecerdikan otak ni,dapat le kiranya korang berpuas hati....kalau tak puas juge,korang lawat jelah blog orang lain...biarkan aku sendiri,melayan kesedihan tak berpenghujung ini......

ok le tu..saje layan sesuci kalbu dikala malam sunyi dan sepi ni...terima kasih atas segala sokongan semua...

-parit.com-

Eksklusif: Sah Saiful Si Pendusta, Naib Presiden UMNO Zahid Hamidi Mengakui Bahawa Sumpah Perlu Di Buat Selepas Perbicaraan Mahkamah !!

Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful Bukhari Azlan bahawa dia diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu rupanya tidak sah seperti yang diperkatakan oleh ramai tokoh ulamak Islam. Malah, kami berjaya menjejaki satu video rakaman satu rancangan yang pernah disiarkan oleh Bernama TV tentang isu sumpah tersebut. Kenyataan telah dibuat oleh Naib Presiden UMNO yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri ketika itu iaiu Zahid Hamidi (foto) dengan jelas mengatakan bahawa sumpah hanya boleh dibuat selepas perbicaraan mahkamah. Ini bermakna dalam kes liwat Saiful, sumpah yang dilakukan oleh beliau ternyata adalah satu sumpah main-main yang dilakukan dalam keadaan terdesak atas arahan pihak tertentu. Malah, sumpah yang dibuat sehari sebelum hari pencalonan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh dimana Anwar menjadi calon adalah sesuatu yang telah dirancang oleh pihak tertentu bagi memastikan mantan TPM itu tumbang di Permatang Pauh. Maka atas alasan itu yang telah diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, bahawa sumpah perlu dilakukan selepas perbicaraan mahkamah maka ternyatalah Saiful kini berhadapan dengan laluan sukar untuk menyakinkan rakyat hatta puak-puak UMNO sendiri bahawa dia memang mangsa liwat. Ini bermakna, Saiful sememangnya telah diupah oleh pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan maruah Anwar dan bukan seperti apa yang dikatakan oleh sesetengah penyokong fanatik beliau selama ini. Terbukti, pemimpin UMNO sendiri tidak menerima sumpah Saiful yang dibuat sebelum perbicaraan mahkamah berjalan.

[Dengan maklumat ini, maka nampak jelas sekarang bukan sahaja tokoh ulamak Islam tersohor di dunia yang mempertikaikan tentang kes liwat Saiful ini. Malah, sumpah laknat yang dilakukannya di Masjid Wilayah itu pun sebenarnya tidak sah dari sudut pandangan Islanm. Namun, jika yang mengeluarkan kenyataan ini adalah pemimpin Pakatan Rakyat maka ia akan dikatakan sebagai berunsur politik. Sekarang sudah terang lagi bersuluh ialah ia dikeluarkan oleh Zahid Hamidi iaitu Menteri UMNO sendiri. Maka, apakah lagi alasan yang mahu dibuat oleh puak-puak UMNO yang menyokong Saiful dalam kes fitnah liwat II ini agaknya. Oleh itu, rakyat wajar melihat dan memberi sokongan padu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berhadapan dengan permohonan Qazafnya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan pagi esok. Harapan kita, agar Allah akan memberi petunjuk kepada semua mereka yang berniat jahat untuk menzalimi dan menghancurkan pemimpin terbabit].

-pahang daily-

UMNO PARIT UDOH MASUK PARIT!!!!

Apa yang ade di Parit  ni????sejak dari minggu lalu lagi,heboh Zambry nak releks kat Parit....Memang ade sedikit perubahan ..tu pun warna bangunan lama kat tengah-tengah Pekan tu...

Warnanya macam kacang parpu...kuning......tapi ramai yang komplen..Pekan Parit tu tak semua dapat cat baru...cume bangunan lame je...diulangi...bangunan lame je....yang lain jangan menyibuk....

Tapi ade dua tige kerat melayu bising...deme peruntukan cat tu kat kedai cine ngan Mamak(Mamu le sape lagi)..lepas tu ade le tige kerat mamak lain duduk kat situ....Melayunye mane...???haprak takde...tu melayu UMNO bising le ni...

Semalam dengo citenye,kecoh lagi...kali ni JKR pulak...ntah ape yang dibuat Zaim kat Parit tu?Tapi Zaim kan ke sakit sekarang....udoh nak makan buah rembie ...jenuh cari tu yop!...lagi satu yang best......rupenye...orang Parit(UMNO) memang tak bekenan ngan pengurusan dana Road show Zambry ni.....leh tahan juge habih duitnye........udoh penin yop!

Lagi katenye,udoh ngajok JefryDin buat show kat Seri Iskandar...tapi UMNO ni takde koje lain dah,ngajok bebudok mude jadi bengap biol....Ape kome dah buat woi UMNO Parit...kut nak berubah jadi baik ke....nak berubah jadi taik!???

Kome UMNO Parit ni tak reti ngan bala Tuhan ke???kome nak kene banjir kat Kg Baru tu  nanti ...baru nak taubat....bangang tul lah....

-parit.com-

MUFTI PENCACAI BELUM MENGAKU KALAH LAGI TU...

Penjelasan dari Mufti Sultan Perak

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tujuan beliau mengungkap kembali usahanya membantu menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam.

Kata beliau, tindakannya itu disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangannya bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam.

Berikut merupakan kenyataan penuh Mufti Perak :

Peranan mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa

MAHA suci Allah SWT dan selawat atas junjungan Rasulullah pembawa rahmat ke seluruh alam. Amma ba'du.

Berkenaan anggapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyatakan bahawa saya adalah ejen UMNO dan bukannya seorang mufti menurut laporan akhbar pada Isnin 8 Mac 2010 adalah disangkal berdasarkan beberapa alasan:

1. Saya adalah mufti yang dilantik oleh DYMM Tuanku Sultan Perak yang antara lain tugasan utama saya adalah membantu dan menasihat DYMM Sultan dalam perkara yang berkaitan hukum syarak. Oleh yang demikian, segala urusan yang menjadi kepentingan orang Islam dan Islam itu sendiri, maka saya bertanggungjawab memberi pandangan apatah lagi ia membabitkan perpaduan dan hubungan antara dua parti terbesar orang-orang Melayu Islam. Ini selaras dengan saranan al-Quran supaya mendamaikan dua golongan yang bertelagah dengan seperti mana firman Allah SWT dalam surah Al-Hujurat ayat 9 :

Terjemahan : Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang- orang yang berlaku adil. - (9) al Hujurat : 9

2. Kenyataan yang saya utarakan tempoh hari adalah berdasarkan kepada pengamatan saya terhadap Pas Perak khususnya yang tidak mahu memberi ruang untuk berbincang semeja selepas mereka menang dalam pilihan raya yang lalu berkenaan perkongsian kuasa dengan rakan Islam yang lain dari UMNO, malah mereka tidak menunjukkan minat untuk mengadakan perbincangan dengan dakwaan yang pelbagai.

3. Saya mengungkap kembali apa yang yang berlaku bukan untuk merosakkan nama pihak-pihak yang terlibat, namun untuk mengimbaskannya kembali supaya tidak ada nada songsang dari mana-mana pihak yang menyatakan bahawa mufti tidak berperanan dalam menyatukan masyarakat Melayu Islam. Semua ini berlaku disebabkan ada pihak-pihak yang memohon nasihat dan pandangan saya, bagaimana perlu dilakukan bagi mengembalikan semula kekuatan Melayu Islam. Maka, saya berpandangan tidak ada jalan pintas melainkan berusaha bersama-sama mencantumkan semula dua parti yang majoritinya Melayu agar bersatu.

4. Ingin saya tegaskan bahawa mufti bukan sekadar memberi pandangan dan mengeluarkan fatwa berhubung dengan isu air mutlak dan haid sahaja, malah lebih dari itu apatah lagi yang membabitkan kepentingan umat Islam biarpun terpaksa menerima cercaan dari pelbagai pihak seperti mana yang berlaku di zaman pemerintahan Al Muzaffar Qutuz (1259-1260m) yang sedang dilanda kegawatan perang dengan tentera Tartar. Pemerintah ketika itu memohon pandangan Ulama' terutamanya dari As Syeikh Izzudin Abdul Salam (sultanul Ulama') bagi mengenakan cukai kepada rakyat bagi menampung kos peperangan sehingga ulama' tersebut dikritik oleh pemerintah sendiri.

5. Saya sendiri dalam pelbagai hal telah mengutarakan pelbagai teguran dan pandangan termasuk isu murtad dan konsert Sure/Jom Heboh dan IFC yang melibatkan pemerintah. Dalam hal ini, saya berkeyakinan bahawa pandangan yang diberikan adalah berdasarkan tugasan saya sebagai seorang mufti.

6. Perpaduan Umat Islam merupakan agenda penting yang diterapkan oleh Rasulullah SAW ketika mana baginda berhijrah ke Madinah seperti Firman Allah SWT :

Terjemahan : Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (10) - al Hujurat : 10

7. Saya menegaskan di sini bahawa, sebarang kenyataan yang telah saya keluarkan bukanlah untuk bermusuhan dengan mana-mana pihak apatah lagi dengan Mursyidul Am Pas, yang saya kenali dan menghormati pandangan beliau sebelum ini. Segala pandangan yang diberi adalah berdasarkan tanggungjawab saya sebagai mufti dan saya tidak pernah khuatir dengan apa-apa gelaran yang dilemparkan kepada saya.
 
 
aku colek maklumat ni dari blog ehem-ehem....di bawah...takde koje lain...asyik melayu..melayu..melayu...ceh................

Umno Saman Umno.Pelik Tapi Benar

Beberapa pemimpin Umno Perlis membantah usaha Majlis Tindakan Anak Perlis (Mantap) untuk membuat kaji selidik terhadap kepimpinan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu sebagai Menteri Besar. Selain berangapan kaji selidik itu akan mengeruhkan suasana politik di negeri berkenaan, ianya juga dilihat memperkecilkan jawatan Menteri Besar.


Naib Ketua Umno Bahagian Kangar Abdul Jamil Saad berkata usaha sekretariat Mantap itu untuk membuat perbandingan populariti Md Isa dan bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebagai “kebudak-budakan”.

“Institusi Menteri Besar tidak boleh dipermudahkan. Perlantikan Menteri Besar bukan hak badan bukan kerajaan,” kata Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Perlis itu selepas perjumpaan dengan pemimpin Umno pelbagai peringkat serta kepimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN), di sini hari ini.

Beliau mengulas penubuhan Mantap yang diumum semalam oleh sekumpulan bekas pemimpin Umno negeri dengan tugas pertamanya membuat kaji selidik pada kalangan 10,000 penduduk Perlis mengenai kepimpinan Md Isa sebagai Menteri Besar. Abdul Jamil yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Sena berkata adalah tidak adil untuk membuat penilaian terhadap kepimpinan Md Isa hanya selepas dua tahun beliau meneraju negeri itu

“Jika asyik sibuk dengan penilaian maka pembangunan negeri juga akan terjejas,” katanya sambil menyifatkan penubuhan Mantap yang diketuai bekas Ketua Penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh dan kajiselidik yang bakal dijalankan itu sebagai “usikan” mereka yang kecewa dalam perjuangan parti. Abdul Jamil juga menegaskan isu pertukaran Menteri Besar Perlis daripada Md Isa kepada Shahidan tidak pernah berbangkit meskipun khabar angin bertiup kencang sejak lebih setahun lalu.

Ketua Wanita Umno Perlis, Rela Ahmad pula kecewa dengan pembabitan Exco Wanita Azihani Ali dalam sekretariat itu yang dilihat boleh memecahbelahkan perpaduan anggota wanita dalam parti.

“Kami tak akan berdiam diri walau apa pun terjadi. Kami tetap menyokong Menteri Besar Perlis yang ada,” katanya.

Bekas Adun kawasan Kayang, Azam Rashid pula menyifatkan kehadiran Mantap hanya mengeruhkan keadaan politik yang kini tenang. Timbalan Ketua Umno bahagian Kangar itu berkata mereka akan membuat satu laporan polis terhadap badan tersebut yang didakwanya mahu menimbulkan keresahan rakyat. —


-Bernama-

08 March 2010

AKU MENANTI ADA PEMIMPIN YANG HIDUP DAN MATINYA HANYA DALAM REDHA ALLAH...INILAH PERMULAANYA!



Aku dilahirkan dari keluarga yang tidak menitik beratkan soal fikrah perjuangan...tapi AlhamduliLlah...aku sekarang berjuang dengan caraku sendiri...tapi yang penting agama ini tetap diutamakan...

Sebagaimana nabi kita mengiktiraf Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali dengan perwatakan yang berbeza-beza...lembut,keras,psikologi,berstrategi,sabar dan begitu banyak percampuran sikap manusia,bukannya untuk membezakan taraf...tetapi inilah fikrah pejuang...asalkan duduk dalam saf pejuang,tiada kalimah lain yang dilaungkan...Allahu Akbar....!!!

-parit.com-

JOM TERJAH YEOP PARIT....NAK BERKENALAN KE???

mari aku kenalkan korang pada blog UMNO Parit....kalau korang suke itu terpulang....aku cume bagi satu ilmu..jangan jadi pejuang bangsa(meletakkan anda sebagai layak menjadi  ahli narrr.neraka le tu..)... sile ke
-yeop parit-

BUDAK 11 TAHUN MENONTON VIDEO LUCAH DAN MEROGOL

بسم الله الرحمن الرحيم


Budak lapan tahun diperkosa 2 sepupu

Mereka baru berusia 11 dan 12 tahun, namun pendedahan seks melampau menyebabkan dua beradik itu layak digelar perogol junior apabila tergamak menjadikan sepupu berusia lapan tahun sebagai tempat memuaskan nafsu mereka.

Dorongan kuat melakukan seks memaksa pasangan adik-beradik yang masih bersekolah di tahun lima dan enam itu bertindak berani apabila melakukan hubungan terlarang di atas katil dalam sebuah bilik di rumah nenek mereka di Manir, di sini.

Difahamkan, sebelum melakukan hubungan seks, pasangan perogol junior itu bijak memasang jerat bagi menaikkan nafsu mangsa apabila mengajaknya menonton video lucah sebelum melakonkan semula adegan panas dalam bilik berkenaan. Ketika kejadian, ibu dan bapa mangsa serta neneknya tiada di rumah ketika kejadian pada jam 2.30 petang Selasa lalu.

Sebaik selesai menonton video lucah itu, kedua-dua suspek tidak sabar menggayakan aksi panas dalam video berkenaan dan memulakan adegan apabila melakukan seks oral terhadap mangsa.

“Mangsa yang mematuhi arahan dua suspek terbabit bagaikan ‘dipukau’ apabila mengikut kehendak suspek.

“Mangsa disuruh menanggalkan pakaian sebelum pasangan adik-beradik terbabit merogolnya bergilir-gilir,” katanya.

Sumber polis berkata, penderitaan mangsa selepas menjadi habuan seks sepupu sendiri sejak 2008 lalu bagaimanapun berakhir apabila kedua-dua suspek ditahan selepas perlakuan mereka terbongkar.

Katanya, suspek ditahan di rumah neneknya pada jam 7.30 pagi Jumaat lalu selepas bapa mangsa yang tinggal di kuarters kakitangan kerajaan di bandar ini membuat laporan di Balai Polis Manir pada jam 9.15 malam, dua hari selepas mangsa dirogol.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini untuk pemeriksaan lanjut.

“Kedua-dua suspek ditahan reman dua hari di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol sebelum mendapat perintah tambahan reman selama satu hari bermula semalam,” katanya.

APA BEZA AMERIKA SYARIKAT, RUSIA DENGAN MALAYSIA? -

-bujang susah-

macam-macam ada la ni...cuma yaajut maajut tu tak tau sapa lagi je.... -parit.com-