tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

06 February 2010

TGNA : Bincang Dalam Hal Islam Saja

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sekali lagi mengulangi kesediaan beliau untuk berdialog dengan Umno, tetapi ia hanya akan berkisar pada soal agama Islam.


Sehubungan itu tegas Menteri Besar Kelantan, perbincangan tersebut hanya akan membabitkan kepada persoalan iaitu mengapa Umno tolak Islam dan PAS.

“PAS orang Melayu, bergerak atas nama Islam.

“Islam itu agama, bukan falsafah... bukan teori. Kenapa Umno tak boleh terima? Saya bersedia untuk bincang perkara itu dengan Umno pada bila-bila masa dan di mana saja tentang perkara ini.

“Hanya dalam topik itu sahaja, tidak lebih dari itu,” kata beliau pada sidang media selepas majlis pelancaran laman Facebook Tok Guru di sini petang ini.

Nik Aziz memberitahu tiga bulan lalu telah menghantar surat rasmi kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak bagi tujuan perkara tersebut, namun sehingga kini tiada jawapan.

“Tiga bulan lepas saya dah kirim surat pada presiden Umno, tapi sampai sekarang tiada jawapan,” katanya.

Sebelum ini Nik Aziz pernah membuat kenyataan rela PAS dibubarkan untuk bersama Umno sekiranya parti itu sedia mengubah dasarnya kepada dasar Islam seperti mana yang dibawa PAS.

Sementara itu pada majlis yang sama beliau tidak menolak realiti alam siber seperti blog dan facebook mampu dimanfaatkan untuk menjalankan gerak kerja dakwah dengan menyalurkan maklumat yang benar kepada masyarakat.

“Tiap-tiap perkara atas muka dunia ini sifatnya bermuka dua, tinggal lagi sejauh mana kebijaksanaan kita menggunakan benda itu.

“Kalau guna ikut jalan salah, membuat fitnah, menyebar berita-berita palsu, berdosa. Begitulah sebaliknya.

“Atas kita, sebab akal yang diberi Allah Taala di antaranya ialah untuk memikir atau membentuk sesuatu perkara itu mengikut jalan kebaikan atau kejahatan,” katanya.

Pagi tadi, Najib meminta agar PAS lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata pendirian tegas PAS amat diperlukan sebelum sebarang keputusan dibuat kerana pengalaman sebelum ini membuktikan PAS tidak konsisten dan selalu berdolak-dalik dalam pendiriannya.

“Saya tak tau nak kata apa sebab pendirian dia (Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) ni bertukar macam cuaca, ada masa dia setuju, ada masa tak setuju, ada masa tutup, jadi saya tak tahu apa pendirian sebenarnya.

“Saya nak tunhgu pendirian yang tegas oleh PAS, jadi bila dia bersikap dolak-dalik ni susah nak cerita,” kata beliau. -MI

Ulasan GB

GB adalah benar sebelum ini apabila GB menyatakan di SINI bahawa ucapan TGNA telah sengaja diputarbelitkan oleh Bernama dan media arus perdana. GB tulis :

Duduk berbincang, tentang apa? Tentang hal-hal menyentuh agama. Bukan bincang nak bawa PAS atau Pakatan Rakyat memebentuk Kerajaan Perpaduan. Tetapi itu yang ditonjolkan Bernama. ......

Bernama bersama media arus perdana yang lain tidak akan berhenti menyerang TGNA, tidak akan berhenti memanipulasikan ucapan TGNA, untuk mengenengahkan semula Kerajaan Perpaduan demi untuk menyelamatkan UMNO yang sedang nazak, demi gagasan 1Malaysia yang runtuh semalam.

Semuga penjelasan TGNA hari ini meleraikan kekeliruan yang sengaja direka-reka oleh musuh PAS sehingga ahli PAS sendiri terkeliru lantarannya.


Terang, Tajam & Tepat

Najib Tak Jawab Surat Saya - TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menjelaskan kenyataannya mempelawa Umno untuk duduk semeja berbincang dengan PAS, adalah semata-mata untuk menyelesaikan isu agama Islam yang diperjuangkan parti pembangkang itu.


Menurut Menteri Besar Kelantan itu, perkara berkenaan bukannya baru dan pernah disarankan sejak berpuluh tahun lalu.

"Dalam perbincangan itu, kita menumpukan kepada dua perkara utama saja, iaitu kenapa Umno tidak boleh terima Islam sebagai dasar parti itu, dan apakah salahnya Islam yang diperjuangkan oleh PAS," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau tidak mahu ada pihak yang menyalahtafsirkan pelawaannya hingga menimbulkan salah faham di kalangan pimpinan Umno dan PAS sendiri.

"Saya memang nak berunding atau bermuzakarah lama dah, malah surat yang saya hantar (untuk tujuan itu) kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak)tiga bulan lepas, belum terjawab," katanya.


Nangkubai

DAH ADA AIR MANI NAK APA LAGI?

Malam tu, mereka berparti sakan. Jabatan Kimia begitu gembira kerana beranggapan bahawa mereka ada kes yang kukuh terhadap Anwar Ibrahim, hinggakan mereka meraikannya.


Parti dengan kos RM25,000 tu ditanggung oleh seorang Individu Baik yang gembira bahawa kali ni, tak seperti perbicaraan yang sebelumnya, Anwar berada dalam tangan mereka.

RM25,000 untuk berparti bukannya banyak sangat jika ia adalah bagi meraikan perkahwinan Perdana Menteri. Tahun lalu, berjuta dibelanjakan bagi perkahwinan Abdullah Ahmad Badawi. RM25,000 juga bukannya banyak sangat bagi meraikan pengambil alihan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri pada tahun 2010. Malah Rosmah Mansor membelanjakan lebih daripada tu untuk membeli beg tangan. Tetapi RM25,000 sememangnya jumlah yang besar bagi merayakan 'kejayaan' Jabatan Kimia menjerat Anwar.

Tetapi mengapakah Individu Baik tu perlu membiayai parti RM25,000 untuk kakitangan Jabatan Kimia? Nak raikan apanya? Adakah mereka akan membelanjakan RM25,000 setiap kali mereka berjaya menyelesaikan sesuatu kes? Atau adakah ini parti ‘sekali seumur hidup’ atas kejayaan mereka menjumpai ‘bukti’ bagi menghantar Anwar ke penjara selama sekurang-kurangnya sepuluh tahun, yang akan memastikan bahawa beliau takkan dapat membentuk kerajaan Persekutuan yang baru pada 16 September 2008?

Eh, tunggu kejap. Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi berkata bahawa Anwar perlu memberikan profil DNA ‘barunya’. Menurut Abdullah, profil DNA tahun 1998 yang disimpan polis adalah 'terlalu tua'. Pada masa yang sama, polis pula berkata bahawa jika Anwar menolak untuk memberikan profil DNA ‘barunya’, maka mereka akan mendapatkan perintah mahkamah bagi memaksanya berbuat demikian. Mmm… ada banyak yang tak kena, ni.

Pertama sekali, kalau Jabatan Kimia sudah mempunyai kes yang kukuh terhadap Anwar, maka mengapakah mereka memerlukan profil DNA Anwar yang baru? Kita perlu sedar bahawa profil DNA takkan pernah berubah. Kalau ya, maka adakah polis juga perlu mendapatkan cap jari Anwar yang ‘baru’ kerana cap jarinya dah berubah? Hakikatnya adalah cap jari tak pernah berubah sejak kita dilahirkan sampailah saat kematian kita. Hakikat yang sama terpakai bagi profil DNA.

Jika anda masih ingat, kubur Napoleon Bonaparte pernah digali semula. Mereka kemudiannya menjalankan ujian bagi membuktikan bahawa dia telah meninggal akibat keracunan arsenik. Napoleon meninggal dunia pada 5 Mei 1821, iaitu lebih daripada 187 tahun yang lalu. Jadi, logikkah apabila mereka mengatakan bahawa profil DNA Anwar sepuluh tahun yang lalu sudah basi?

Sebenarnya, 'bukti' kukuh yang diperoleh Jabatan Kimia baru-baru ini adalah berdasarkan spesimen Anwar pada tahun 1998. Jadi, mereka memerlukan spesimen baru yang bertarikh 2008. Jika tidak, jika Anwar memohon supaya ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka pakar itu mungkin mendapati bahawa spesimen yang kononnya ‘bukti kukuh’ itu sebenarnya berusia sepuluh tahun, dan bukannya dari insiden 'liwat' 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Ya, mereka (para pakar) bukan hanya mampu menentukan sama ada ‘air mani’ yang terdapat pada seluar dalam Saiful itu milik Anwar ataupun tidak, malah mampu menentukan sama ada ia adalah spesimen bertarikh September 1998 ataupun spesimen bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa oleh kerajaan.

Bukti' sudah tersedia. Spesimen air mani pada seluar dalam Saiful telah 'disahkan' sebagai air mani Anwar. Masalahnya adalah jika mereka membenarkan pakar asing yang bebas bagi mengaudit dapatan Jabatan Kimia itu, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun dan bukannya bertarikh 26 Jun 2008, sebagaimana yang didakwa.

Jadi, mereka perlu menukar spesimen September 1998 dengan spesimen baru yang bertarikh Julai 2008. Itulah sebabnya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi dan Syed Hamid Albar, dan yang lain-lain meminta Anwar supaya memberikan spesimen barunya. Mereka memerlukan spesimen baru ini bagi 'membuktikan' bahawa air mani pada seluar dalam Saiful adalah bertarikh 26 Jun 2008 dan bukannya September 1998. Malah Abdullah sendiri 'mengesahkan' perkara ini apabila dia meminta Anwar memberikan specimen barunya, walhal bagi pemprofilan (profiling) DNA, spesimen lama sudah memadai – tetapi jika ‘bukti’ Jabatan Kimia itu diaudit oleh pakar asing yang bebas, maka akan terbuktilah bahawa spesimen itu berusia sepuluh tahun.

Ya, pada bulan September 1998, mereka sudah pun mengambil spesimen Anwar. Namun mereka tidak boleh menggunakannya sebagai bukti dalam tuduhan liwat terbaru ini. Mereka perlu 'mengemaskinikan' bukti mereka, dan melainkan mereka dapat memaksa Anwar bagi memberikan spesimen baru kepada mereka, maka bukti tu menjadi terlalu lemah. Itulah sebabnya polis terpaksa melepaskan Anwar dengan jaminan polis sehari selepas beliau ditangkap ala filem aksi Hollywood. Mereka hanya ada dua pilihan, iaitu membebaskannya ataupun mendakwanya di mahkamah. Tetapi nak dakwa macam mana kalau bukti tak kukuh? Realitinya adalah ‘bukti’ yang berdasarkan spesimen bertarikh September 1998 tu sememangnya tak kukuh dan takkan membolehkan mereka mendapatkan sabitan. Ini kerana Anwar dituduh meliwat Saiful pada 26 Jun 2008, dan bukannya September 1998.

Nah, sekarang baru anda tahu bagaimana cara dua ekor kucing kurap, Peguam Negara dan Ketua Polis Negara beroperasi. Kedua-dua ekor kucing kurap inilah yang memalsukan bukti pada tahun 1998, yang mana mengakibatkan Anwar dipenjarakan selama enam tahun. Dengan berkata demikian, adakah saya bersalah atas jenayah hasutan dan fitnah? Ya, tulah yang saya harapkan. Alang-alang, baik saya lakukan satu lagi ‘jenayah’. Saya akan menuduh Peguam Negara dan Ketua Polis Negara memalsukan bukti dan menakut-nakutkan saksi.

Begini… sebenarnya, mereka meminta seorang doktor dari sebuah hospital bagi melakukan pemeriksaan kesihatan ke atas Saiful. Doktor itu melakukannya dan dalam laporannya, dia mengatakan tiada bukti bahawa Anwar pernah ‘menjolok’ ataupun meliwat pemuda tu. Pihak polis kemudiannya menangkap doktor tu dan menahannya selama tiga hari. Walaupun mereka cuba memaksanya supaya mengubah laporannya bagi membabitkan Anwar, dia enggan melakukannya.

Sehingga ke hari ini, doktor itu tetap bertegas bahawa tiada bukti bahawa Anwar telah meliwat Saiful. Dia tahu bahawa dia akan ‘kena’ disebabkan ketegasannya, tetapi dia tak peduli. Walau apa pun yang dilakukan kepadanya, dia takkan mengubah laporannya dan mengatakan bahawa Anwar meliwat Saiful. Pihak polis akhirnya terpaksa melepaskan Anwar atas bon peribadi ataupun jaminan polis. Doktor tu enggan mengubah laporannya, manakala Anwar pula enggan memberikan spesimen ‘barunya’.

Bukti' terhadap Anwar tak cukup kukuh. Mereka kini terpaksa mencari cara lain bagi 'membuktikan' bahawa Anwar meliwat Saiful. Sementara itu, lantaran tuduhan saya yang terbaru ni, mari kita tunggu sama ada Peguam Negara akan membuat laporan polis yang lain terhadap saya dan sama ada Ketua Polis Negara akan menangkap saya dan mendakwa saya di mahkamah atas kesalahan menghasut dan jenayah fitnah.

Sekarang ni pun, saya sedang menghadapi empat pertuduhan hasutan dan jenayah fitnah. Dua ataupun tiga pertuduhan lagi, apa salahnya? Ye tak? Sama ada saya dipenjarakan ataupun tidak, tu bukan soalnya. Apa yang penting adalah dunia perlu diberitahu bahawa mereka sekali lagi cuba memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim. Kalau saya terpaksa masuk penjara pun, gasaklah.

ARTIKEL DI ATAS DITERBITKAN PADA 21 JULAI 2008. TAK LAMA SELEPAS TU, SAYA DIPANGGIL KE BUKIT AMAN KERANA MEREKA INGIN 'MENGAMBIL KETERANGAN SAYA' ATAS TUDUHAN MENGHASUT. SAYA ENGGAN MEMBERIKAN KETERANGAN. MAKA POLIS TERPAKSA MEMBEBASKAN SAYA. MEREKA KEMUDIANNYA MENGGELEDAH RUMAH SAYA BAGI MENCARI LAPORAN DOKTOR YANG BERKENAAN DAN MERAMPAS PELBAGAI DOKUMEN. WALAU BAGAIMANAPUN, MEREKA GAGAL MENCARI KOMPUTER SAYA, SEKALIPUN MEREKA MENGGELEDAH SELURUH RUMAH SAYA. TAK SAMPAI DUA BULAN KEMUDIAN, SAYA DITAHAN DI BAWAH AKTA KESELAMATAN DALAM NEGERI.


Raja Petra Kamarudin

KALAU OTAK DAH MACAM LEMBU,SURUH MAKAN NASI DIA MAKAN RUMPUT

Tak boleh! Tak boleh tahan Nasir Safar. Dia adalah lidah2 Datuk Sri Najib Presiden Umno.


Kerana sebagai presiden itulah dia menjadi PM Malaysia.

Presiden parti Melayu mesti tulin dengan lidah melayu, mesti bercakap mengikut instrument melayu, barulah dikatakan pejuang hak orang melayu. Kalau tidak, tak nampaklah sifat melayunya.

Najib tidak boleh menggunakan lidah PM untuk bercakap perkara yang menghina kaum Cina dan India kerana dia PM 1 Malaysia, tentu tak sesuai, dia akan digodam oleh oleh parti yang pemimpin2nya ramai dianggotai oleh kaum Cina dan India.

Nasir Safar SU akhbar Najib ini, mana mungkin dia tidak sedar atau faham slogan 1 Malaysia yang menjadi tiupan nafiri bagi menggambarkan Najib juga adalah sebaris hasrat dengan slogan parti2 dalam PR yang akan memberi keadilan kepada semua kaum di Malaysia ini.

Menyorot slogan UBN dimasa PRU2 yang lalu tiada banyak usaha mempromosikan slogan BN yang mirip seperti Malaysian Malaysia, Keadilan Untuk Semua dan Pas For All. Apa yang kita maklum Umno, MCA dan MIC membawa slogannya tersendiri yang tertumpu untuk memperjuangkan mesej kaum masing2.

Selepas PRU 12 inilah apabila PR telah berjaya menawan negeri2 yang tidak dijangka tewas, maka Najib yang menggelupor hendak mengambil alih kuasa dari Datuk Abdullah Badawi yang ditohmah menyebabkan BN hilang sokongan dari kaum lain, telah mencipta slogan 1 Malaysia bagi mengimbangi slogan PR, bila usahanya berjaya mengambil alih kuasa PM itu.

Tidak ada apa yang lebihnya dengan retorik slogan ini, selain hanya untuk meraih sokongan “non malay” untuk kembali menyokong UBN. Slogan ini disira dengan tawaran amanah saham 1 Malaysia, sekolah berimej 1 Malaysia dan klinik 1 Malaysia.

Maka berpidatolah najib dengan gaya pemimpin rakyat memperjuangkan nasib semua kaum.

Sementara itu disatu majlis2 lain melalui lidah2 lain, Najib akan bercakap soal ketuanan melayu, dan diantara lidah Najib itu ada lidah yang tidak terkawal dengan melantunkan perkataan yang menghina kaum Cina dan India sebab kenapa kaum ini datang ke Malaysia.

Agenda Ketuanan Melayu akan terus dikumandangkan kerana slogan inilah yang memberi nafas pemimpin Umno bergerak mengaut untung mencipta laba dibumi Malaysia ini.

Nasir Safar dan Ahmad Ismail tidak akan diISAkan, kerana suara Najib dan lidah2nya terbit dari pemimpin Ketuanan Melayu.



pinkturtle

Pulau Pinang Maju, Umat Islam dan Melayu terbela di bawah Pakatan Rakyat


Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.


Hasil negeri

Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.

Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Peruntukan Untuk Institusi Islam

Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.

Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kontraktor Melayu tidak diabaikan

Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.

Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.

PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat dinegeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.



Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

SERI ISKANDAR WEBLOG

SOKONG UMNO,IBARAT MELACURKAN MAK DAN BINI SENDIRI

'gaya samseng Pondan UMNO'



Kes liwat yang memalukan 'mentaliti'orang melayu....Malangnya ada manusia yang masih nak fikir guna kepala lutut dari kepala hotak.Aku rasa,UMNO dan kerajaan Malaysia ni sebijik macam si bangang dan si bahlol.Cerita liwat,membuatkan aku rasa nak muntah dan sedikit pening-pening macam nak fitamlahhh...Dahulu kes dibawa ke mahkamah oleh kerajaan,yang kononnya kena bedal,tak buat laporan pun.La ni,yang kononnya dibedal buat laporan,dan yang sedang beriya-iya benar membantunya pulak PM(**** Mak)....Teorinya ada beza sikit,tapi matlamatnya sangat jelas nak memalukan dan merendah-rendahkan mentaliti orang Islam Tanah Melayu(nak sebut Malaysia pun malu la sekarang).Aku punya pening nak fikir,macam mana kes ni nak bagi sangkut kat Anwar...Tapi maklumat jelas mengatakan,kali ni Anwar tak lepas dah....

     Entah laa....Bagi aku,perwatakan baik dan pekerti baik,menggambarkan tahap mana seseorang tu berada.Anwar bukan jenis yang suke lelaki,watak yang  terlalu senang nak kesan.Anak berderet,elok-elok perangai pulak tu,macam mana akal aku nak terima...susah nak letakkan Anwar tu kategori 'dua-dua boleh' ni.Aku ade dengar cerita,kemungkinan si Sepol ni kene jolok ngan orang lain yang mengaku Anwar...bukan susah nak buat....bagi ubat hayal sikit,lepas tu jalan lah....entah le labu.....boleh pakaai ke maklumat tu.????Ada maklumat lain memang niat nak ganggu kemaraan politik Anwar,sebab populariti Najib yang merapu tu,kes altantuya,kes kawin ngan bini orang(rosmah),kes anak-anak yang rosak metaliti(kaki perempuan) dan penyalahgunaan dana Negara.

   Macam ni nak jadi 'one Malaysia'?Otak najib yang agak lucah dan kaki perempuan tu dah turun ke anak-anak....heeheeheh....Najib...Najib....lu sembang kasi orang bimbang la.....kawin ngan pompuan rambut kembang,muka kembang,serba-serbi kembang....ape punye teste lah...macam sial je...Anak macam hero hindustan,berkepit pompuan macam tak tau agama apa mak bapak dia....jangan lupa Najib,Keris yang nak tumpahkan darah kat orang cina masih belum bersarung....jangan lebih-lebih sangat.Kesabaran manusia ni belum sampai level tut..tut...tut......kalau nak sembang macam bagus.....ntah lee......

   Tapi,dalam kes Anwar,memang tak de can nak lepas .....nasib Anwar le.....aku tak dapat nak tolong dah.....


Parit.Com

04 February 2010

MENYONTOT MELAYU-MELAYU

Saifool diliwat atau Ameno sedang menyontot melayu kali kedua?


Berita paling jijik yang menjadi pilihan media utama Negara terus diputar siang dan malam tanpa ada rasa malu dengan masyarakat dunia. Fokus utama adalah watak-watak yang dimainkan terdiri daripada 99% dari kalangan Melayu/Islam.

Suka atau tidak, rakyat Malaysia khususnya dan dunia pastinya menyaksikan perjalanan perbicaraan kes liwat dalam siri ulangan lakonan watak-watak baru namun ‘hero’nya tetap sama.

Pemikir utama dalam lakonan liwat ini berkemungkinan dari kumpulan yang sama ketika siri utama ditayangkan lebih sedekad lalu. Cuma mereka menganggap lebih bersedia melalui pengalaman lampau yang sebenarnya akan membelit diri mereka sendiri.

Pakistan deaths underscore sensitive U.S. mission

WASHINGTON (Reuters) – The bombing that killed three U.S. Special Operations troops in Pakistan on Wednesday has exposed one of the U.S. military's most sensitive missions -- training an elite paramilitary force in counterinsurgency.


The Pentagon does not generally talk publicly about the presence of U.S. troops in Pakistan, where anti-American sentiment is high and conspiracy theories abound over what the U.S. military is doing there and whether it infringes on the country's sovereignty.

Tensions have been stoked by increased U.S. pilotless drone attacks against targets in the border region where militants have sought sanctuary and launched attacks on U.S. troops fighting the insurgency in Afghanistan.

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar..anak-anak dok mai tanya apa itu air mani, liwat dubur dan sebagainya..!!


Keluar makan waktu kerja tengahari tadi, rakan-rakan bersembang pasal kes Anwar. Balik kerja search internet, penuh dengan cerita Anwar; ada yg pro dan ada yg con. Dalam sebuah yahoogroups tu yg biasanya sunyi sepi, hari ini penuh dengan email berdebat kes Anwar.


Bukak pulak BBC News, jadi berita utama jugak, tapi tak mcm media pro-BN or web pro-Pakatan, ulasan BBC tu nampak sedikit professional. Walaupun kes itu digambarkan seperti kes-kes mahkamah biasa yg Anwar merupakan yg tertuduhnya, tapi turut dimuatkan di situ beberapa perkara janggal yg berlaku sebelum perbicaraan yg menyebabkan timbulnya doubt (ragu-ragu) mengenai perjalanan kes ini.

Dulu saya agak berminat dgn kes Liwat Anwar ini, tapi sekarang entah pasal apa dah tak berapa minat dan dah berapa kisah dah. Cumanya tadi, rasa agak kesian sikit kat DS Anwar ini - bukan pasal apa, tengahari tadi siapa entah mai meja saya, dia letak satu surat jemputan untuk hadiri majlis bersama Tun Mahathir kat sebuah politeknik berdekatan, siap tulis dlm tu lagi diminta mai solat jemaah maghrib bersama-sama lepas tu baru mula majlis dgn Tun Mahathir.

Saya ambik surat tu pass kat memba sebelah, saya kata hang pi lah, aku masih mcm dulu lagi, masih mcm sewaktu zaman reformasi, masih tak boleh nak terima Dr Mahathir; cuma masih tak boleh nak terima saja tapi rasa meluat yg membuak-buak terhadap beliau mcm zaman reformasi tu dah makin reda dah. Mungkin sebab dia pun makin tua dan saya pun koi dok tua jugak, bila tua ni kematangan pun mai sebaris usia.

Bila saya baca surat tu, saya terus teringat kat DS Anwar, di kala musuh ketat dia dulu sedang diusung ke sana ke sini bertemu dgn rakyat jelata, Anwar pula di kala sudah dimamah usia terpaksa kembali mengulang cerita lama, kes liwat seperti di zaman reformasi dulu. Rasa kesian sungguh kat dia.

Berbalik kpd kes liwat beliau, w/pun saya ini sudah tak berapa minat nak ikutinya macam kes liwat yg pertamanya, tapi dok ikut juga dari jauh. Sebenarnya malas nak ikut sebab mcm dah tau jln ceritanya.

Org-org muda, org-org atas pagar dan depa-depa yg baru mengikuti kisah liwat Anwar ini boleh fikir apa yg mereka nak fikir, tapi bagi org-org yg sudah lama berkecimpung dgn politik Malaysia ini tak kira di peringkat atas atau pun di peringkat kampung, yg paham benar dengan sepak terajang politik negara kita ini, depa akan paham dan tau apa yg berlaku.

Benda-benda ini kalau kita tulis secara terus terang, org tak akan paham terutamanya generasi baru dan depa yg masih baru dalam kancah politik Malaysia ini.

Kadang-kadang ada juga memba-memba dok tanya pendapat saya, saya cuma habag mcm ni sajalah:

"Saya ni zaman muda dulu lepas SPM pernah giat Belia 4B, lepas tu sambung ngaji di Amerika tubuh kelab UMNO, balik Malaysia jadi Ketua Caw PAS, kemudian naik pentas ceramah PKR, la ni aktif dengan NGO ; saya rasa sebab saya dah pernah merasa duduk dlm tiga-tiga parti terbesar org Melayu ini, saya rasa saya ada hak untuk sembang bab ini"

"Ringkas cerita: pasal apa saya masuk UMNO dulu tu? sebab waktu tu saya yakin UMNO inilah satu-satunya wadah yg ada untuk mempastikan keterusan ketuanan Melayu Islam di Malaysia ini. Hei, Malaysia ini bumi kita, kalau kita tak jaga siapa lagi nak jaga, kita tuan bumi ini, ini tanah tumpah kita, ini hak kita, kita sanggup buat apa saja untuk pertahankan hak kita - macam kata Kopratasa, HAK KITA HAK KITA, BIAR BERKAHAK ASALKAN HAK KITA. Kita sanggup lakukan apa saja, ya apa saja demi mempertahankan hak kita".

Itu adalah pegangan saya sewaktu bersama UMNO dulu.

Kemudian saya masuk PAS kerana saya hasil mengikuti kuliah-kuliah agama, saya mendapat diri saya ini dilahirkan Islam dulu kemudian baru diberi nama Melayu. Jadi, saya perlu utamakan Islam, saya tertarik dgn PAS sebab PAS kata dia nak jadikan Malaysia negara Islam, nak jadikan Quran, Hadis, Ijmak dan Qias sebagai sumber undang-undang. Hari ini, walaupun masih menjadi pengundi PAS, tapi hati saya sudah mula ragu, mampukah PAS lakukan semua itu sebelum maut menjemput saya nanti. Tapi tat pa, saya bisikkan ke dlm diri saya, saya akan terus mengundi PAS sekurang2 nya bila mati nanti kalau ditanya kelak saya boleh tudingkan jari kpd pucuk pimpinan PAS yg ada minta depa tolong jawabkan.

Kemudian, saya tertarik dgn karisma Anwar yg berjaya menyatukan perlbagai bangsa melalui PKRnya - yg selama ini dimomokkan bahawa hanya BN saya yg mampu menyatukan bangsa-bangsa di Malaysia ini. Kerana berpendidikan dari Amerika yg punya sistem dua parti barangkali, saya tertarik dgn konsep dua parti Pakatan vs BN ini. Malangnya dalam proses merakyatkan konsep 2 parti ini, berlaku suatu yg parah apabila Melayu berpecah tiga dan dari segi politik sudah tidak dominan lagi. Suka atau pun tidak, ramai org-org Melayu terutamanya yg atas pagar dan of course mereka-mereka yg UMNO piang amat kecewa dgn fenomena ini. Apa yg berlaku di selangor dan perak benar-benar menggangu mereka.

Hari ini saya bersama NGO; saya dapat melihat semua perkembangan ini jelas daripada bird eye view (dari atas). Saya tak mau kata Anwar betul atau pun salah, itu kerja mahkamah untuk menentukan, tapi kerana seperti juga perlawanan BOXING, bila Anwar sudah serahkan dirinya untuk dijadikan buah dadu dlm percaturan politik khususnya politik Melayu Islam di Malaysia ini, maka hari ini Anwar terpaksalah menanggungnya.

Cumanya mcm saya tulis tadi, di kala musuh lamanya sedang disambut di sana sini bertemu rakyat jelata yg tak sempat dilawat sewaktu jadi PM dulu, Anwar pula sedang sibuk bersilak pencak melawan tuduhan liwat terhadapnya.

Kesian kat Anwar.

Dan kesian juga kat kita yg terpaksa tutup TV ataupun sembunyi akhbar apabila anak-anak kita masih berada di alam barzah di zaman Liwat Anwar yg pertama dulu, tiba-tiba dok mai tanya apa itu air mani, apa itu liwat masuk dubur dan sebagainya.

Moga Allah SWT mempercepatkan kes Anwar ini dan menyelamatkan kita semua.

kedah lanie

Hari Ni Tak Ada Berita Kecuali .....

Salam


Hari ni tak ada berita kecuali orang ramai tunggu cerita Anuar Ibrahim dari mahkamah, ramai wartawan frust menongging sebab perbicaraan di buat secara tertutup, dari awal Pak Karamu memang tak nak sentuh tentang cerita liwat mereka sebab takut badi liwat tu terkena diri sendiri, Huh ! siapa nak liwat aku ek ! hu hu hu

Orang yang hidupnya tiada maruah akan menceritakan hal keburukan diri dia kena liwat kepada orang lain sebab ada tujuan yang tertentu, namun orang yang ada akal dia akan simpan rahsia keaibannya kepada sesiapa juga kerana ia akan memalukan muka dia sampai bila-bila wa imma sampai ke anak cucu, ini sangat memalukan, nanti anak cucu akan bertanya

Anak:

Betulkah abah dulu kena liwat ?

Abah:

Hiss ! jangan cakap benda tak elok tu $#@&^%*&#$! Dosa tau !

Anak:

Habis tu abah cerita kat orang abah kena liwat, tak malu ke ?

Emak:

Hisss ! budak ni, jangan tanya benda tu ! dosa tau $#@^&*%$@% Hiss ! Siapa bagi tau ?

Anak:

Alaa ! orang sebelah tu bagi tau ! Dia kata abah bagi tau orang ramai abah kena liwat !

Emak:

Tu la awak ! Buat orang malu je !

Abah:

Siapa bagi tahu haaa ! rumah mana ? ha ! CAKAPPP!

Anak:

Ala orang sebelah tuuu !

Abah:
Sudahhh ! diammmmm !

Anak:

Alah dulu abah tak mau diam apsal hu hu hu , eh,eh abah kena liwat ! abah kena liwat !

Cucu:

Eh, eh ! atok kena liwat ! eh, eh atok kena liwat ! syiok ke tok ?

pak karamu

DOA ABU JAHAL....

Tak apa mimpi Zamry kudeta menjemput ( baca mengarahkan) semua imam ke majlis solat hajat rakyat di kediaman Menteri Besar Perak. Solat hajat di kediaman Menteri Besar adalah amalan tinggalan DS Nizar sebagai menteri besar. Dewan yang dulunya dijadikan dewan badminton oleh Raja Norasyikin oleh bini Ramly dan terus kekal sebagi dewan di zaman Tajol Rosli. DS Nizar telah membudayakan dewan tersebut sebagai tempat ceramah agama dan solat. Bilik untuk dewan makan juga diubahsuai menjadi surau.


Apa hajat Zamry untuk solat hajat yang dinamakan solat hajat rakyat tidaklah di war warkan. Kebetulan sewaktu memandu hampir maghrib tadi radio Perak FM menjemput seluruh rakyat Perak ke solat hajat rakyat ini. Tidak pula disebut apa hajatnya... apa yang pasti, ia menjelang 9 Februari.

Bukan juga perkara baru Zamry melaksanakan program solat hajat sejak merampas kerusi dan rumah tersebut dari DS Nizar. Beberapa kali budak Izzuddin dan Taayah diarahkan ke majlis tersebut bagi meramaikan. Saya yakin kali ini pun akan dikerah bebudak yang nak ngaji agama untuk memenuhkan solat hajat ini.

Nampaknya budaya peperangan Badar kembali berulang. Ketika Rasulullah bermohon kepada Allah hingga jatuh kain rida nya, Abu Jahal juga mengadu kepada tuhan yang sama. Cumanya Abu Jahal mengadu dalam syirik dan kezalimannya....

Tidakkah merampas kerajaan itu satu kezaliman??? Mungkin mufti Perak punya jawapan sebaliknya... entahlahhhh

anak sengat

Kes Enjin Belum Selesai, Kini Kes Maklumat Bocor Pula

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.


Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.


Ust. Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

03 February 2010

Hamidah adalah Permaisuri Katak yang gagal jadi MB Perak

Hamidah Osman mendakwa bahawa portal Malaysiakini telah memutarbelitkan kenyataannya dan suka membuat kenyataan provokasi.


Beliau bersungut diblognya, bahawa Malaysiakini hanya bertanya apakah pernah Kak Midah pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar semasa mula-mula penubuhan Kerajaan Negeri Perak dan beliau berkata, “Jawapan saya tidak pernah sekalipun ditawarkan jawatan tersebut.

Bagaimana pun, Hamidah mengakui bahawa :

Kakikatnya (Hakikatnya) bukan mudah wanita menjadi Menteri Besar kerana melibatkan protokol dan adat istiadat di Raja.

Malaysiakini melaporkan (terjemahan) : Adalah tidak mungkin bagi seorang wanita mengambil tempat sebagai ketua kerajaan dimana-mana negeri di negara ini kerana ‘Protokol Istana’ dan ‘pertemuan dengan para pegawai jabatan agama’ akan tetap menjadi batu penghalang untuk kearah itu. Sumber

Anda sekalian cubalah bandingkan antara kenyataan Malaysiakini dan Hamidah. Ada perbezaan dari segi maksudnya?

Hamidah mengakui bahawa halangan protokol dan adat istiadat di Raja sebagai penghalang utama untuk jawatan Menteri Besar.Malaysiakini juga sebut Protokol Istana sebagai penghalangnya. Apa halnya Hamidah naik tersampok marahkan Malaysiakini? Pergilah saman kalau Malaysiakini telah putarbelitkan kenyataan beliau. Saman jangan tak saman!

Hamidah yang sebenarnya kurang cerdik ini, apabila beliau sendiri mengakui dengan berkata :

Kakikatnya (Hakikatnya) bukan mudah wanita menjadi Menteri Besar kerana melibatkan protokol dan adat istiadat di Raja.

Adalah dengan tidak secara langsung beliau telah mendedahkan kepada kita semua bahawa beliau sebenarnya mengetahui hal tersebut melalui pengalaman yang beliau alami sendiri tatkala beliau dicadangkan untuk jawatan tersebut.

Jasa Hamidah terhadap Umno Perak amatlah besar. Sebab itulah beliau dicadangkan untuk jadi MB Perak. Kalau hendak dibandingkankan dengan Zambry, apalah sangat jasa Pak Hitam Metalik itu! Hamidah adalah Permaisuri Katak di Perak.

Benar! Hamidahlah yang berperanan utama menjadikan tiga katak jantan dan seekor katak betina di Perak itu melompat keluar Pakatan. Atas sebab jasanya tersebut itulah , maka Perak jatuh ke tangan UBN dan Umno sangat berhutang budi kepadanya lalu ditawarkan jawatan MB Perak.

Tetapi malang baginya, apabila masalah protokol Istana menghalangnya untuk jadi Menteri Besar, Hamidah terpaksa akur menerima jawatan sebagai ‘Exco Kanan’ sahaja dan Zambry menapak selangkah atas kepala Hamidah sebagai MB.


alhusseyn

Kah kah kah!! Umno Pemakan Babi...

Baginda ada terbaca satu artikel yang sinis... Tapi point of view artikel itu bukanlah pasal Umno Pemakan babi. tapi pasal ketuanan Melayu.. Tapi baginda nak letak point of view artikel tersebut kepada pasal Umno pemakan babi... hahahah

Kalau kita buat teka-teki yang berbunyik seperti ini...


1.Parti mana kah di gelar parti islam?

Jawapan tentunya Parti PAS (Gomo je bagi jawapan lain sebab sengal)

2.Kalau kita tanya parti mana parti cina?

Sure orang bagi jawapan Parti DAP walaupun MCA dan Gerakan juga parti cina..

3.Tapi kalau kita tanya parti mana di gelar parti perasuah...? Jawab-jawab...

Jawapan budak sekolah rendah derjah satu pun akan jawab Parti Umno lah! hahaha tak caya tanya Bro Akeji Hiroshi..

Pastu kalau kita tanya budak-budak pakar matematik, tentu mereka guna segala ilmu Logic matematik jawapannya ialah Umno Pemakan Babi... nak tau kenapa?

Mahathir cakap : rasuah macam makan babi... hahaha

rasuah = makan babi oleh itu parti rasuah = parti makan babi

era pasca

RASA HATI YANG TULUS....


Di dalam Al Quran ada menyebut tentang hati orang munafiq itu sangat benci terhadap Islam melebihi apa yang dizahirkan. Namun sifat Munafiq ialah melindungkan diri mereka dengan pelbagai topeng. Hanya yang bijak mengenali mereka.


Kenyataan pegawai khas Perdana Menteri adalah gambaran apa yang ada di hatiorang umNO. Puluhan tahun mereka dididik dengan kebencian kepada kaum lain, takkan mampu dipadamkan dalam tempoh yang singkat. Jika ianya terpadam, ia adalah gambaran palsu . Mana mungkin karat itu boleh ditanggalkan hanya dengan slogan satu Malaysia. Apatah lagi slogan itu sendiri adalah slogan yang dipaksa bagi menyaingi Pakatan Rakyat yang terlebih dahulu membawa aspirasi satu Malaysia ini.

Keterlanjuran pegawai khas Perdana Menteri ini mungkin lahir dari hati yang tulus suci. Ia melahirkan rasa hati, bukan rasa akal atau susunan bahasa yang dihias setelah melihat kecenderungan masyarakat. Lebih baik sikap terbuka dari pura pura. Pura pura dinamakan munafiq di dalam Islam. pura pura akan mengundang sakit jiwa....

Walaupun beliau terpaksa meletakkan jawatan, namun ia adalah satu lambang ketulenan perjuangan umNO selama ini. Istilah bangsa asing yang masih dipakai secara berleluasa adalah hasil didikan umNO. Tentunya ia adalah hasil didikan BTN . Kalau mahu masyarakat satu Malaysia, tentunya setelah BTN dirombak terlebih dahulu. Mungkin ia memakan masa puluhan tahun untuk melihat hasilnya. Mungkin hasilnya pula akan melihat ketulenan satu Malaysia hanya wujud di dalam Pakatan Rakyat. bersediakah umNO untuk ini??? Saya tidak fikir begitu.. -anak sengat-

Adil dan Telus: Bacaan Dunia dan Akhirat.


Beberapa hari kebelakangan ini berlaku terlalu banyak peristiwa yang berkaitan dengan urus-tadbir sama ada yang melibatkan kerajaan Malaysia, kerajaan Negeri bahkan di UKM sendiri berlaku krisis urus tadbir.

Namun begitu, dalam tulisan saya pada kali ini, saya akan memberi penumpuan yang lebih kepada krisis urus-tadbir di UKM kerana konteksnya yang lebih kecil. Hakikatnya perkara urus tadbir ini bersangkutan dengan pelbagai jenis krisis yang berlaku dalam masyarakat dunia ini umumnya, dan Malaysia ini khususnya.

Pertamanya, apabila menyentuh mengenai aspek urus tadbir, sebagai seorang Muslim, kita perlu melihat dalam konteks kita sebagai hamba yang ditugaskan sebagai khalifah yang bertanggungjawab dalam segala urusan hidup kita. Setiap jawatan yang kita pegang, akan disoal satu-persatu di hadapan Allah di Hari Akhirat kelak. Adil dan telus jika dibaca mengikut bacaan akhirat, adalah melakukan sesuatu urusan dengan pertimbangan yang tepat dan jujur serta sesuai dengan kehendak dan nilai-nilai Islam. Masalahnya, bagaimanakah adil dan telus ini menurut bacaan dunia?

Justeru persoalan mengenai urus tadbir yang baik perlulah difahami dan dihayati dengan sebaiknya supaya kadar kerosakan akibat krisis urus tadbir dapat dikurangkan. Urus tadbir merupakan proses bagaimana sesuatu keputusan itu dibuat dan bagaimana keputusan itu dilaksanakan (atau tidak dilaksanakan). Manakala urus tadbir yang baik pula didefinisikan sebagai satu sistem pentadbiran yang telus, bertanggung jawab, adil, demokratik dan responsif kepada kehendak rakyat.

Kesalahan utama masyarakat dalam memahami konsep urus tadbir yang baik ini ialah menganggap takrifan "baik" sebagai mempunyai makna yang abstrak dan implementasi yang pelbagai. Maka, baik dinilai dari sudut peribadi semata-mata tanpa melihat kepada ciri-ciri teknikal tentang apa yang dikatakan sebagai urus tadbir yang baik.

Telus misalnya, bukanlah bermaksud kudus dan memuaskan hati semata-mata. Sebaliknya telus ialah apabila rakyat serta segala komponen dalam pentadbiran tersebut berupaya mengetahui dan memahami dengan jelas bagaimana sesuatu proses dan keputusan dibuat dan dilaksanakan. Urusan kewangan misalnya, tidak terhenti sekadar memilih ahli yang pakar atau beramanah untuk menguruskan akaun, bahkan setiap aliran keluar masuk duit atau aset perlulah diketahui oleh setiap individu juga entiti yang terlibat.

UKM masih gagal dalam bab ketelusan apabila tuntutan untuk membentangkan akaun kegiatan pelajar masih gagal dipenuhi sehingga sekarang. Seingat saya, ketika saya menjadi Naib Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Fakulti Kejuruteraan (07/08) hal ini telah dibangkitkan. Malah saya sendiri bertanyakan soalan ini kepada Dato' Wahid, TNC ketika itu dalam satu perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin persatuan Mahasiswa. Malangnya, sehingga sekarang akaun kegiatan pelajar UKM masih menjadi misteri nusantara yang gagal dijelaskan statusnya. Untuk rekod, sekurang-kurangnya RM 50,000 dimasukkan setiap tahun, ditambah dengan segala jenis pemasaran yang dilakukan dengan susah payah oleh Mahasiswa sendiri. Namun, aliran keluar masuk akaun ini seolah-olah menjadi milik mutlak pentadbiran UKM yang angka sebenar kandungannya dirahsiakan.

Merujuk kepada rajah "Good Governance" di atas, kedaulatan undang-undang juga menjadi indikator penting dalam menentukan urus tadbir yang baik. Kedaulatan undang-undang ialah apabila undang-undang mengatasi semua individu dan tiada individu yang terlepas daripada undang-undang. Dalam konteks undang-undang, hak asasi manusia perlulah dipelihara terutamanya mereka yang lemah dan ditindas. Sekiranya undang-undang sedia ada tidak melindungi kaum yang lemah dan ditindas, undang-undang ini dianggap GAGAL.

Undang-undang juga boleh dikaitkan dengan sistem yang mengatur urusan pentadbiran. Maka, dalam konteks ini, tiada individu atau kelompok yang dikecualikan daripada mengikut sistem yang sedia ada. Jika kita perhatikan, UKM sekali lagi gagal dalam soal ini apabila kelompok yang dianggap "anti-establishment" sering gagal dalam mendapatkan hak mereka sama ada di kolej mahupun di peringkat pusat sendiri. Hak untuk bersuara dan berpersatuan juga dinafikan melalui Sistem Penilaian Kompetensi Generik (SPKG) yang secara jelas mendatangkan keuntungan untuk sesetengah pihak dan kerugian untuk pihak yang lain.

Pilihanraya Kampus yang telah berlangsung di UKM baru-baru ini telah memperlihatkan kegagalan yang Maha Dahsyat UKM dalam soal urus tadbir ini. Bermula daripada proses membubarkan PMUKM sehinggalah kepada proses pengumuman keputusan, secara jelas menunjukkan urus tadbir UKM perlu dirawat dengan segera. Mahasiswa yang sepatutnya menjadi pemain utama dalam proses pilihanraya ini dinafikan hak untuk terlibat secara langsung dalam proses pilihanraya ini, apabila mereka hilang hak untuk diwakili dan mewakili secara bebas dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur yang tidak sihat.

Elemen ugutan, penafian hak wakil calon semasa tempoh pengundian dan pengiraan, juga ketidak-telusan pentadbiran dalam mengumumkan keputusan telah menimbulkan pelbagai reaksi yang tidak senang di kalangan Mahasiswa. Malangnya, berdasarkan pengalaman saya sepanjang 5 tahun di UKM ini, semangat untuk mengubah dna merawat keadaan ini selalunya akan luntur dan tidak berpanjangan. Hanya sebilangan kecil sahaja Mahasiswa yang sanggup untuk bersengkang mata dan bertungkus-lumus dalam memperjuangkan isu ini secara konsisten setiap tahun.

Kedaulatan undang-undang ialah apabila undang-undang mengatasi semua individu dan tiada individu yang terlepas daripada undang-undang. Dalam konteks undang-undang, hak asasi manusia perlulah dipelihara terutamanya mereka yang lemah dan ditindas. Sekiranya undang-undang sedia ada tidak melindungi kaum yang lemah dan ditindas, undang-undang ini dianggap GAGAL.

Saya sendiri, terlibat dalam membuat tuntutan selama 4 tahun berturut-turut. Malah tuntutan saya ini juga adalah kesinambungan tuntutan abang-abang dan kakak-kakak saya terdahulu semenjak AUKU dan sistem baru pilihanraya kampus diperkenalkan. Rakan-rakan saya yang kini sedang berentap dengan "jentera kerajaan" juga sedang menyambung perjuangan ini. Saya yakin, mereka sedikitpun tidak akan gentar, semangat mereka juga akan terus membakar.

Namun, mereka sangat-sangat memerlukan sokongan seluruh warga UKM sama ada di kalangan Mahasiswa mahupun kakitangan akademik sendiri untuk bersatu mengubah dan merawat keadaan UKM yang semakin kritikal ini. Sedarlah bahawa setiap daripada kita akan dipertanggungjawabkan ke atas setiap tindakan dan amalan kita. Malah diam kita juga akan dipersoalkan di hari akhirat kelak. Oleh itu, jangan mendiamkan diri, bangun dan bersatu Memimpin Perubahan!

: : KACA PERMATA : :

01 February 2010

HIMPUNAN YANG BERJAYA !!!

Sedikit  komen yang tak berapa penting dari aku mengenai hempap ke,hentak ke...hentam ke...semua tu boleh digunakan pada UMNO.Kehadhiran semalam memang ramai leh tahan.Ikut kepala otak aku yang rasional ni,ada lebih kurang tapi sebenarnya tak kurang dari 8,000 kepala manusia sanggup menyusah diri demi melihat kekuatan Pemuda Pas Perak ini.Apa kesan dari segi mentaliti terutamanya kepada UMNo mengenai jumlah ini?Secara Psikologinya,kemungkinan untuk merosakkan saraf otak Zambry sangat tinggi.Ini bukannya perkara 'LUCU' untuk Zambry memikirkannya.
 
  Macam biasa,UMNO mula rasa sedikit terkucil dalam seluar/mungkin lebih teruk lagi mengakibatkan cirit-birit tahap hijau.Bagaimana pemuda pas boleh menjanakan kekuatan seperti ini?Tak lain tak bukan kerana geli-gelemannya Pas kepada UMNO.UMNO bukan lagi harapan untuk orang melayu,Islam lagi lah .....Nak tak nak,PAS dan PR adalah wadah paling efisen dan fleksibel....untuk anak muda.Kebosanan dengan cara hidup paling tidak bermaruah yang ditunjukkan oleh Kepala-kepala babi UMNO(popular pulak ayat ni sekarang).Cuma terpulang kepada DPPN Perak,hala tuju yang bagaimana hendak dibawa ataupun diberikan kepada naluri orang muda ini.Selagi ianya tidak bercanggah dengan ISLAM,maka teruskan saja tanpa banyak soal jawab.

   Kehadhiran tahap paling best ini,meninggalkan kenangan manis,dengan acara-acara,tomoi,silat,Mel(Wings),nasyid(ntah apa nama aku tak ingat),ceramah,Wazi the Legend,Pameran vespa,Satria Rally Proton dan banyak program yang baik buat aku dan yang hadhir semalam.Yang gagal hadhir,nasib kome le....banyok beno alasan tak nak datang.Aku tengok orang muda berjiwa muda,orang tua berjiwa muda,orang muda berjiwa tua dan orang tua  berjiwa tua...semua ada...rugi kome tak datang...................

PARIT.COM

31 January 2010

BUDAK IPOH TIMOR MACAM 'AH DUKA TER UJA'

Aku rasa macam malas je nak komen tentang Himpunan Pemuda Pas Perak,tapi disebabkan ade yang usik Pas kawasan lain tahap bangang(aku bagi sebijik kat budak ipoh timur yang cakap ikut kepala lutut dia).mamat ni dah la mai ramai dengan sebijik bas,lepas tu  sembang macam baguih sangat.Aku ada semalam dok perati gak berapa kerat sangat pemuda dia yang komited nak tahan duduk kat panas terik tu.Cuma bila dalam persembahan 'tomoi budak Gerik' dan Silat Gayong' je yang orang nak dekat,lepas tu,mampus sape pun tak mau dekat.Kecuali last sekali ikrar pemuda yang sekali collect je,tu pun jenuh panggil duduk rapat kat stage.Ade la sekerat dua budak Ipoh Timur tu duduk jaga Kedai...adu...lu memang lembik la mamat....aduh....harap semangat ngan badan je mana leh........kuatkan fikrah dan tarbiah tu dulu....ni komplen macam bagus sangat...Aku belum sampai tahap bangang macam BIT(budak ipoh timur),sanggup berbahasa macam 'ahduka teruja' tu kutuk kaw-kaw pimpinan.Lu apa tau pasal 'long disten'.Kalau harap kereta cabuk proton,berapa lasak sangat.Hang tau proton perdana yang best tu pun tak tahan lasak,pikir la pakai akal sikit,lu macam baru je jadi penyoong Pas....Pimpinan bersebab juga kalau nak gi ceramah yop!aku kenal Bekas KP Pusat tu,yang lain aku tak mau kutuk,ada ilmu kalau tak amal serupa sampan bocor tau ke yop!!???Mamat BIP ni saje je nak menghanginkan jiwa aku yang redup-redup manja ni....Camry Nizar yang separuh nyawa jaga Nizar hari tu ntah apa nasib le.....kene humban ke ???itu je lah aku nak komen....esok-esok lak...ok ....!!!!


Parit.com

Mashaal: Sikap dingin Mesir buka pintu kepada Tuki dan Iran-palestinekini.info

Isnin , 01/02/2010 -Khaled Mashaal,ketua biro politik Hamas berkata pada hari Selasa bahawa pengunduran Mesir daripada tanggungjawabnya kepada Palestin telah membuka ruang kepada Turki dan Iran untuk menghulurkan tangan mereka kepada rakyat Palestin di Gaza tetapi Khaled bertegas rakyat Palestin tidak akan dijadikan alat oleh mana-mana pihak untuk tujuan kepentingan mereka.


Mashaal berkata dalam satu temuramah saluran satelit Orbit bahawa mana-mana pihak tidak harus mempersalahkan mereka yang ingin menghulurkan tangan tetapi mereka harus menyalahkan diri sendiri atas kekenduran mereka sendiri.

Mashaal berkata Turki dan Iran mempunyai kepentingan masing-masing tetapi Hamas memiliki keputusan mutlak kerana Hamas mempunyai institusi yang kuat serta sokongan yang banyak.

Berhubung dengan perjanjian penyatuan Palestin, Mashaal berkata Hamas tidak bersetuju dan tidak akan menandatangani perjanjian tersebut kerana pengarah perisikan Mesir Omar Suleiman telah mengubah suai kandungan perjanjian draf asal yang dipersetujui oleh semua pihak kepada sesuatu yang tidak dipersetujui Hamas dan Omar tidak mahu mengubah kembali mengikut apa yang dipersetujui.

SUMBER

He is convinced of Islam but is concerned about his parents who are staunch Christians

He is convinced of Islam but is concerned about his parents who are staunch Christians


I am a Christian who is highly interested in Islam, in fact I think it is the TRUE religion of God . My problem is that my parents are staunch Catholics and get furious on seeing the Koran inside our house. I do not wish to displease anyone and at the same time I want to continue with what is best . Please advise me accordingly. Is there a way out of this dilemma? Would appreciate a quick reply.

Praise be to Allaah.

We thank you very much for sending this question to us, and we say to you that your deep interest in Islam is what will make you embrace this religion soon, in sha Allaah (if Allaah wills). Your current attitude is an important step towards entering this religion, which Allaah wants and besides which He accepts no other religion. Your conviction that this is the true religion of Allaah means that you must now take the ultimate step and pronounce the Shahaadatayn (the twin declarations of faith). When this reply reaches you, go and take a bath (ghusl) and say:

“Ash-hadu an laa ilaaha ill-Allaah wa ash-hadu anna Muhammadan Rasool-Allaah (I bear witness that there is no god but Allaah, and I bear witness that Muhammad is the Messenger of Allaah).” Then start to practice the rituals of this great religion, above all the five daily prayers at the appointed times, as Allaah enjoined them.

Know that one of the rules of Islam is that you should love Allaah and His Messenger, and that love for Allaah should take priority over love for anyone else. Allaah says (interpretation of the meaning):

“Say: If your fathers, your sons, your brothers, your wives, your kindred, the wealth that you have gained, the commerce in which you fear a decline, and the dwellings in which you delight are dearer to you than Allaah and His Messenger, and striving hard and fighting in His Cause, then wait until Allaah brings about His Decision (torment). And Allaah guides not the people who are Al-Fasiqoon (the rebellious, disobedient to Allaah)” [al-Tawbah 9:24]

The Prophet of Islam, Muhammad (peace and blessings of Allaah be upon him) said: “There are three things, whoever attains them will find the sweetness of faith: when Allaah and His Messenger are more beloved to him than everything else; when he loves another person he loves him only for the sake of Allaah; and when he hates to return to Kufr as he would hate to be thrown into the fire.” (Reported by al-Bukhaari in his Saheeh, no. 15).

This means that love for Allaah must come before love for one’s parents and any other created being. If there is a conflict between pleasing Allaah and pleasing your parents, then pleasing Allaah must take precedence. In your situation, as you have described it, we advise you to do the following with regard to your parents:

Address them in the best of terms and treat them in the best manner

If they insist that you follow kufr, then conceal your Islam if you fear that you are not able to confront them openly, and pray where they cannot see you

Do not think at all that there is any burden or sin on you if they get angry with you for becoming a Muslim. Remember that when a person pleases Allaah even though it makes people angry, Allaah will be pleased with him and will make the people pleased with him.

Keep on praying for them to be guided and call them to Islam with wisdom and beautiful preaching. Maybe Allaah will guide them through you.

We ask Allaah to help you in this world and the next. Peace be upon those who follow true guidance.

Islam Q&A

Sheikh Muhammed Salih Al-Munajjid




SUMBER