tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

Showing posts with label SEMASA. Show all posts
Showing posts with label SEMASA. Show all posts

02 May 2010

LAGI KENA PUKUL!!!BERAPA PULUH RATUS YANG KENA NI???

...agaknya,polis Malaysia ni berangan-angan nak lawan resaksa kut....kah..kah..kah....tapi,kesian lak kat yang kena pukul tu....



Remaja Terlantar Di Hospital, Dakwa Dikasari Anggota Polis

Seorang remaja lelaki terlantar di hospital berikutan kekasaran polis selepas menyertai program anjuran Exco Kerajaan Selangor dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah (MBSA) di Dataran Shah Alam, malam semalam. Kejadian berlaku kurang seminggu dari kontroversi kes Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis.




Kali ini turut melibatkan golongan remaja, semata-mata reaksi spontan mereka yang melarikan diri apabila didatangi polis secara mendadak. Kejadian berlaku ketika beberapa remaja sedang duduk di kawasan Dataran Shah Alam selepas menyertai program ‘Generasi Idaman Selangor’, sebelum peronda polis secara tiba-tiba muncul diiringi kebingitan siren.


Kumpulan remaja itu melarikan diri dengan motosikal tetapi seorang dari mereka dikatakan dikasari polis. Mangsa yang cedera di kenali sebagai Mohd Nazmi Annuar Mohd Adil, 20, seorang pelajar Pusat Teknoloji dan Pengurusan Lanjutan (PTPL) di Shah Alam. Pelajar jurusan elektrik dan elektronik ini mengalami kecederaan di muka termasuk bibir dan lulut.


Bercakap pada sidang media yang anjuran Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, seorang remaja, Mohd Saifullah Mohd Razali yang berada di lokasi kejadian menyatakan kekesalan dengan pelakuan polis. “Memang tidak wajarlah. Kita orang datang niat baik, balik dengan kecelakaan. Memang tak sangka jadi macam ini, kena pada member pula. Tak taulah tindakan polis guna kuasa dengan tak sepatutnya," kata Mohd Saifullah.


Pada sidang media sama, bapa mangsa, Mohd Adil Baharom pula mengharapkan keadilan dan meminta polis menjaga keselamatan awam dan bersifat mesra kepada rakyat dan bukan sebaliknya. "Kita harapkan kepada agensi yang menjaga keselamatan awam tetapi bertukar sebaliknya. Secara tak langsung, persepsi atau pandangan terhadap polis bertukar. Sepatutnya, ia lebih mesra penduduk dan jaga keselamatan jenayah," katanya.


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula menyifatkan tindakan polis terhadap kumpulan remaja itu keterlaluan. "Semasa kejadian, bukan semua remaja berada di motosikal mereka. Kebanyakan mereka duduk di astaka. Motosikal pun tersusun baik tapi polis datang macam hendak berperang."Ini yang menyebabkan budak-budak panik," kata Khalid lagi.


Khalid berkata insiden terbaru yang membabitkan dakwaan polis bertindak keterlaluan hanya menghakis kredibiliti polis ekoran tragedi remaja 15 tahun Aminulrashid Amzah yang mati ditembak polis minggu lalu. "Tindakan polis seminggu kebelakangan ini nampak agak keterlanjuran. Mungkin sebelum ini pernah berlaku. Tapi kita tak dapat tahu. Sebagai ahli parlimen, bila berlaku macam ini, kita tidak boleh diamkan diri," katanya.


Apapun, Khalid berharap polis akan melakukan muhasabah diri dan berusaha untuk mencapai aspirasi rakyat. "Kita mahukan satu pasukan polis mengikut cogan kata mesra, cekap dan tepat. Kita bukan mahu polis yang ditakuti oleh rakyat sendiri. Kita hendak penyamun yang takut, bukan rakyat," katanya.







Khas untuk anda dari Parit.Com

11 April 2010

Mangsa lelaki jahanam

KUALA LUMPUR: Dia hanya berusia 14 tahun tetapi masa depannya diragut akibat dirogol seorang lelaki beristeri empat, menyebabkannya kecewa lantas merelakan teman lelaki serta rakan sekolah ‘membaham’ tubuhnya hampir setiap hari selama berbulan-bulan.

Setiap kali berpeluang, dia sanggup melakukan hubungan seks dengan seorang atau hingga lapan lelaki sekali gus dan lebih teruk lagi, aktiviti terbabit dilakukan di stor sekolah tempatnya belajar.

Gadis tingkatan dua itu yang mahu dikenali sebagai Roslina mendedahkan perilaku buruknya bukan untuk berbangga, sebaliknya sebagai pengajaran kepada pihak lain dan dia kini bertaubat.

“Segala-galanya bermula awal tahun ini apabila teman lelaki mengajak saya ke Kuala Lumpur. Sampai di stesen bas, dia tiba-tiba menukar fikiran dan memberi alasan ada urusan kecemasan.

“Saya ditinggalkannya bersendirian dan tidak lama kemudian saya disapa seorang lelaki berusia 40-an yang memberitahu dia mahu berkenalan,” katanya yang berasal dari utara tanah air.

Menurut Roslina, lelaki itu seterusnya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang ke rumah dan dia tanpa berfikir panjang terus bersetuju.

“Namun dalam perjalanan, dia menukar haluan dan berhenti di sebuah hotel. Dia ajak saya masuk ke hotel, bila saya tak mahu, dia paksa saya. Di dalam bilik, dia mengajak saya melakukan hubungan seks, sekali lagi saya enggan.

“Akibatnya pakaian saya disentap dan saya dirogol. Selepas itu dia menghantar saya pulang, tetapi dalam perjalanan kami berhenti di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) sebuah lebuh raya dan dia merogol saya sekali lagi di dalam kereta,” katanya sambil mengalirkan air mata.

Sampai di rumah, Roslina memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya kepada keluarga. Mereka kemudian membuat laporan polis dan ketika itulah dia mengetahui lelaki terbabit beristeri empat.

Ditanya adakah lelaki itu kemudian ditahan polis, Roslina berkata, dia tidak tahu hal itu dan tiada siapa memaklumkan kepadanya mengenai perkembangan lanjut.

Roslina berkata, selepas kejadian itu dia mulai murung, berasakan diri tidak berguna kepada keluarga dan tiada masa depan lagi.

“Saya mula ponteng sekolah, merokok dan meneguk arak dengan rakan. Lebih teruk lagi, saya terjebak mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki.

“Kerana ketagih, saya sanggup mengadakan hubungan seks secara berkumpulan iaitu bersama teman lelaki dan rakan lain di sekolah, biasanya antara tujuh hingga lapan orang serentak.

“Kami mencari lokasi sesuai dan akhirnya melakukan kegiatan itu di sebuah stor di sekolah,” katanya.

Menurut Roslina, dia dan kumpulan seksnya melepaskan nafsu serakah mereka asal ada peluang dan tanpa mengira waktu.

“Ada kalanya kami lakukan pada waktu pagi ketika pelajar lain menghadiri perhimpunan, namun biasanya kami buat pada waktu petang selepas tamat sesi persekolahan. Kami tidak memikirkan dosa dan perkara negatif lain kerana yang penting hanya puaskan nafsu,” katanya.

Menurutnya, kegiatan seks rambang itu dilakukannya bersama rakan hampir empat bulan sebelum ia dihidu pihak sekolah.

“Kami dicekup ketika ‘beraksi’ di stor. Saya dibuang sekolah dan kini menyesal dengan apa yang saya lakukan. Saya memalukan keluarga dan memusnahkan masa depan sendiri.

“Namun saya bersyukur kerana ibu bapa dan adik beradik tidak membuang saya, sebaliknya tabah membimbing dan menyokong saya untuk membina hidup baru. Saya bertaubat dan berjanji tidak mahu mengecewakan lagi ibu, ayah serta adik beradik,” katanya.-metro


Sabahdaily
alahai.....siannye...
 
editor by Parit.Com

06 March 2010

Harussani perlu perbetulkan Umno terlebih dahulu

IPOH, 6 Mac: Pemuda PAS Perak menegaskan bahawa Umno yang telah bertindak zalim terhadap rakyat selama ini yang perlu dinasihati terlebih dahulu oleh Tan Sri Harussani Zakaria.

“PAS tidak akan bersekongkol dengan Umno yang zalim terhadap rakyat. Apa yang harus Tan Sri Harussani lakukan sekarang ialah membetulkan Umno terlebih dahulu yang bertindak di luar batasan dan hak rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda PAS negeri, Salman Saleh.

Beliau juga melahirkan kekesalan dengan mufti berkenaan yang menggunakan kedudukannya sebagai pegawai agama kerajaan mengheret Seri Paduka Sultan Perak di dalam memastikan hasrat dan agenda Umno terlaksana.

Tegasnya, Pemuda PAS negeri tidak mahu mengheret Harussani berpolitik kepartian tetapi jika beliau sudah bersedia dan yakin akan Umno, maka dipersilakan berbuat demikian.

Salman turut menasihatkan mufti itu agar tidak membuat sokongan terbuka berkaitan politik jika mahu dihormati oleh rakyat sepertimana yang telah didedahkannya di dalam laporan media baru-baru ini.

“Harussani tidak harus menggunakan pentasnya sebagai pegawai agama kerajaan menunjukkan sokongannya terbuka kepada mana-mana parti politik di dalam negara kita,” ujarnya.

Tambahnya, dengan sikapnya berpihak itu akan memberikan gambaran bahawa beliau benar-benar sebagai penyokong kuat sebuah parti.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh Tan Sri Harussani di dalam isu kerajaan perpaduan yang cuba beliau burukkan PAS di dalam perkara ini, beliau perlu ikhlas di dalam menyatakan kebenaran jika Umno yang begitu zalim membolehkan kita sebagai umat Islam bersama dengan golongan seperti ini,” ujarnya lagi.



-harakahdaily.net

19 December 2009

AMK Adakan Demonstrasi Aman, Desak Bebas Jonah Dan Azizi (Kemaskini)


Satu demonstrasi secara aman diadakan di hadapan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi membantah tindakan polis menahan dua pemimpin kanan Angkatan Muda Keadilan (AMK).


Ketuanya Shamsul Iskandar Md Akin berkata, kedua-dua mereka ditahan ketika sedang mengedarkan risalah meminta Mahkamah Syariah menangani campurtangan politik dalam permohonan kes Qazaf Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Shamsul, Ketua AMK Selangor Khairul Anuar Ahmad Zainuddin dan Timbalan AMK Kelana Jaya, Azizi Ahamat ditahan di bawah Akta Hasutan.
Khairul Anuar atau lebih dikenali dengan panggilan Jonah dan Azizi dikatakan telah mengedarkan risalah yang dikatakan bertujuan menghasut orang ramai menghadiri satu demonstrasi yang akan diadakan hari ini di Dataran Shah Alam.
Menurut Shamsul beliau mempunyai bukti kukuh melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang menyatakan keterlibatan Ketua Polis Negeri dalam penahanan tersebut.
Ujar Shamsul AMK hanya bercadang mengadakan demonstrasi secara aman di dalam Dewan MBSA pada hari ini berkaitan dengan konvensyen ulung Pakatan rakyat yang berlangsung siang tadi dan bukanlah seperti yang dituduh oleh pihak polis.
Kira-kira 50 orang ahli Angakatan Muda Keadilan terlibat dalam demonstrasi di hadapan Auditorium MBSA ini ketika persidangan ditangguhkan seketika pada jam 1 tengahari tadi.
Kandungan risalah adalah untuk mendesak Mahkamah Syariah supaya menyegerakan proses mendengar kes liwat membabitkan Saiful. Risalah itu juga menyatakan wujudnya campur tangan pihak atasan agar kes terhadap Anwar dilewatkan daripada didengar.
Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar sebelum ini dilaporkan berkata Jonah dan Azizi ditahan untuk siasatan lanjut di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948, dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.
Anwar telah membuat laporan di bawah kesalahan qazaf terhadap Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa bekas majikan itu telah meliwatnya Jun 2008.
Beliau dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. Kesnya kini didengar di mahkamah sivil.

Jangan tarik subsidi gula


IPOH - Keputusan kerajaan menerusi Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bercadang menarik balik pemberian subsidi gula menimbulkan rasa tidak puas dalam kalangan rakyat. 

Pengerusi Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Taman Meru, Shaharudin Deli berkata, kementerian itu sepatutnya memikirkan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah yang memerlukan gula sebagai bahan mentah untuk menghasilkan produk jualan. 

"Sebagai mewakili rakyat berpendapatan rendah, saya membantah tindakan itu. Ini tidak wajar dilakukan. Masyarakat miskin yang terpaksa mencari rezeki dengan menghasilkan kuih-muih akan merana," katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam. 

Mereka mengulas kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Tan Lian Hoe yang akan mengurangkan pemberian subsidi gula kepada rakyat. 

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mengurangkan masalah kesihatan yang dihadapi rakyat negara ini dan harga yang murah menyebabkan pengguna mengambil secara berlebihan menyebabkan komplikasi penyakit. 

Menurut Shaharudin, punca penyakit bukan kerana gula, tetapi banyak bahan lain seperti sayur-sayuran yang disemburkan racun serangga berlebihan, makanan ringan seperti keropok, minuman bergas dan rokok yang ternyata punca utama penyakit. 

Katanya, perkara yang melibatkan keperluan rakyat jangan diperlekeh dan mempersoalkan adakah kerajaan gentar untuk memberi subsidi kepada rakyat. 

Shaharudin berkata, lebih banyak isu lain seperti kekurangan beras subsidi dalam pasaran diabaikan, inikan barangan keperluan seperti gula menjadi sasaran.

Sinar Perak

18 December 2009

Bung Moktar sah nikah Zizie, kata rakan MP

Desas-desus yang mengatakan bahawa anggota parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkahwin dengan pelakon terkenal tanah air Zizie Ezette akhirnya terjawab apabila rakan baiknya, Datuk Mohamad Aziz menyatakan mereka berdua sudah berkahwin.




Mohamad, anggota parlimen Sri Gading apabila ditanya semalam, berkata: "Dah selamat. Saya mendoakan agar beliau bahagia, kebahagiaan kawan adalah kebahagiaan kita."





Mohamad juga berkata, beliau sempat berpesan kepada Bung Moktar supaya tidak berahsia lagi mengenai perkara itu dan membiarkan rakan-rakan lain mengetahuinya, selain menyifatkan ucapan tahniah yang bakal diterima Bung Moktar itu adalah satu doa untuk beliau.



Bung Moktar yang sering mewarnai persidangan Dewan Rakyat dengan kelantangannya dalam setiap perbahasan, mula menjadi tumpuan apabila beliau dikatakan menikahi Zizie dan mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Kelmarin, Bung Moktar yang juga timbalan pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) menafikan bahawa beliau berkahwin dengan Zizie, dan hanya berkata bahawa beliau tidak cukup kacak untuk pelakon terkenal itu.



Anggota parlimen Kinabatangan itu yang dihubungi pemberita semalam masih enggan mengesahkan perkara itu sebaliknya berjanji akan memaklumkan mengenainya apabila "tiba masanya".



"Ini bukannya masa yang terbaik untuk saya membuat komen. Saya perlu melindungi hati banyak pihak dan saya tidak mahu melukai hati sesiapa," katanya.



Beliau juga turut menafikan khabar angin yang beliau mengahwini Zizie di sebuah hotel lima bintang di Kuala Lumpur malam kelmarin.



Ditanya mengapa beliau tidak menghadiri sidang Parlimen sejak semalam, Bung Moktar berkata beliau berada di Kinabatangan, Sabah kerana "kerja yang sangat mustahak."



"Saya sudah mendapat pelepasan daripada Chief (Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz)," katanya.



Beliau yang turut ditanya mengenai penampilannya yang semakin bergaya sejak akhir-akhir ini termasuk perubahan dalam stail rambutnya berkata:



"Ramai kawan-kawan yang mewarnai rambut mereka, mengapa kamu tidak tanya mereka. Jangan buat spekulasi." BERNAMA

http://www.malaysiakini.com/news/120116