tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

21 July 2010

Polis batal lagi geledah ibu pejabat PKR



Polis membatalkan lagi tindakan menggeledah ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini walaupun berjaya mendapat waran daripada majistret.

NONEKetua Komunikasi PKR Johnson Chong berkata beberapa orang anggota polis daripada ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban membatalkan perkara itu setelah didapati waran yang dibawa "rosak" dan "ada kesilapan teknikal".

Sebelum itu, kira-kira 11.30 pagi tadi, berikutan siasatan terhadap seorang ahli majlis pimpinan pusatnya Badrul Hisham Shaharin, polis tiba di tempat kejadian bagi mendapatkan komputer yang digunakan oleh penulis blog itu.

Kelihatan sekurang-kurangnya tujuh polis lengkap berpakaian seragam berada di ibu pejabat parti itu tengah hari tadi.

Badrul bagaimanapun tidak berada di pejabat pada masa itu.

Menurut ketua penerangan PKR Latheefa Koya kedatangan polis berkenaan tidak diumumkan dan dilakukan secara mengejut.

Pada 9 Julai lalu, Polis menahan Badrul di Jalan Rahang dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Seremban untuk dirakamkan kenyataannya berhubung tulisan dalam blognya.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh dilporkan berkata pihaknya mahu merakamkan kenyataan Badrul "kalau ada perkataan dalam blognya itu berunsur menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong dan juga institusi raja".
NONE
Katanya, kes itu disiasat mengikut Akta Hasutan 1948.

Bercakap kepada pemberita selepas pihak polis beredar hampir jam 1 tengah hari tadi, Johnson berkata setelah berunding, kedua-dua pihak bersetuju supaya operasi menggeledah ibu pejabat PKR dibatalkan.

Ini kerana, katanya, waran berkenaan tidak menyatakan tujuan penggeledahan itu dibuat serta tidak menyatakan ia berhubung siasatan bawah kes apa.

Johnson (bawah, kiri) juga tidak pasti sama ada polis akan datang semula bagi tujuan itu ke pusat pentadbiran PKR itu selepas ini.

NONE"Itu mereka runding langsung dengan Badrul," katanya.

Pada 12 Julai lalu, polis telah membatalkan hasrat memeriksa ruang kerja Badrul buat kali pertama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan ACP Zaki Masroh
berkata mereka membatalkannya kerana panggilan daripada pegawainya tidak dijawab oleh Badrul.
Sementara itu, Badrul Hisham ketika dihubungi Malaysiakini lewat petang ini berkata beliau telah menyerahkan komputer ribanya di ibupejabat polis Seremban.

Katanya, beliau ke balai tersebut pada jam 5.30 petang dan beredar sejam kemudian.

"Polis berjanji akan memulangkan komputer riba itu dalam tempoh tiga atau empat hari lagi selepas diperiksa oleh pegawai forensik.

"Tidak ada soal siasat, cuma pihak polis merakamkan percakapan saya mengenai penyerahan komputer riba tersebut," katanya Badrul Hisham yang juga ketua PKR cabang Rembau.

Kira-kira 15 penyokongnya, termasuk ADUN Paroi dari PAS, Taufek Abd Ghani, hadir sama untuk memberi sokongan kepadanya.

MK

-ntah leeeeeee_-Parit.Com

Keluarga Mangsa Kuala Dipang Terima RM25 000


9 Syaaban 1431 H
Oleh: vital vtc

Pada 26 Oktober 2009 telah berlaku satu insiden yang menyedihkan di Kuala Dipang, Kampar. Tiga murid sekolah rendah telah mati lemas akibat keruntuhan sebuah jambatan gantung di Kuala Dipang.

Mangsa kejadian itu ialah Divyasri (12), Dina Devi (11) dan Devatharshini (11). Mereka menghadiri program Kem 1Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran.Pakatan Rakyat Perak telah menubuhkan satu Jawatankuasa untuk menyiasat dan melaporkan insiden jambatan runtuh ini.

Jawatankuasa ini diketuai oleh YB V.Sivakumar (Tronoh) dan ahli-ahlinya ialah YB Chang Lih Kang (Teja), YB Thomas Su (Pasir Pinji) dan YB Khalid Idham Lim (Titi Serong).

Jawatankuasa tersebut telah melaksanakan siasatan dengan sempurna dan telah melaporkan hasil siasatannya kepada orang ramai. Pada masa yang sama YB Sivanesan (Sungkai) sebagai seorang peguam telah menfailkan kes di Mahkamah Tinggi Ipoh mewakili keluarga mangsa.

Jawatankuasa Siasatan Jambatan Kuala Dipang Pakatan Rakyat telah mendedahkan punca-punca keruntuhan jambatan itu dengan jawapan teknikal. Jawatankuasa dibantu oleh jurutera pakar, juru ukur tanah bertauliah dan pakar-pakar yang lain.

Kementerian Pelajaran juga telah melantik satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu bagi pihak kerajaan. Jawatankuasa itu juga telah menyiapkan hasil siasatan tetapi ianya tidak didedahkan untuk makluman orang ramai. Kementerian Pelajaran seharusnya lebih telus dalam soal ini kerana kejadian ini telah meragut tiga nyawa kanan-kanak yang tidak berdosa. Pendedahan ini akan menghalang kejadian seperti ini supaya tidak berulang sekali lagi.

Pada 6 Julai 2010, rombongan Jawatankuasa Kuala Dipang Pakatan Rakyat bersama-sama dengan keluarga mangsa telah pergi ke Parlimen untuk bertemu dengan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong. Satu temubual telah diadakan selama 1 jam di biliknya di Parlimen. Dalam perbincangan itu 2 perkara ditimbulkan iaitu:

1) Meminta supaya Kementerian Pelajaran mendedahkan hasil siatan jambatan runtuh tersebut kepada orang ramai secepat yang mungkin. Tindakan diambil terhadap pihak-pihak yang terlibat tanpa tolak-ansur.

2) Mendapati sekolah-sekolah di seluruh Malaysia telah mengutip sumbangan derma untuk keluarga mangsa. Tetapi, keluarga mangsa tidak menerima apa-apa dana daripada pihak sekolah mahupun kementerian hasil kutipan sumbangan tersebut. Meminta Timbalan Menteri menyiasat hal ini dan menyerahkan sumbagan yang dikutip kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Selepas itu, dalam tempoh 2 minggu keluarga mangsa menerima satu surat jemputan daripada SK Tamil Manbang Diawan untuk menghadiri satu majlis di sekolah pada 16 Julai 2010. Dalam majlis itu, Timbalan Pengarah PPD kampar En Azlan telah menyerahkan cek berjumlah RM 25312.55 kepada setiap keluarga. Ini merupakan sumbangan yang dikutip daripada sekolah-sekolah di seluruh Perak yang berjumlah RM75937.65.

Ini merupakan sumbangan yang dikutip di sekolah-sekolah di Negeri Perak. Jika sekiranya sumbangan sedemikian ada juga dikutip di tempat-tempat lain, sumbangan itu harus disalurkan kepada keluarga mangsa secepat yang mungkin.

Walau bagaimanapun, kerajaan masih tidak terlepas daripada tanggungjawab. Laporan siasatan Kementerian Pelajaran harus didedahkan kepada orang ramai. Itulah matlamat dan permintaan ibu bapa mangsa yang masih tidak keluar daripada trauma kehilangan anak kesayangan mereka. Mereka mahu mengetahui kebenaran dalam kejadian yang buruk ini.

Kerajaan harus mengaku bersalah kerana melancarkan kem 1Malaysia ini tanpa perancangan yang rapi dan mengabaikan keselamatan kanak-kanak sekolah.

Salah seorang bapa mangsa meminta pihak media melaporkan fakta-fakta yang benar mengenai kes ini supaya ia tidak disongsangkan atau memudaratkan mereka. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Ad Hoc Pakatan Rakyat yang membantu dalam hal ini.
 
 
 
 

UMNO SEMAKIN SESAK DAN MENYESAKKAN....

UMNO Sudah Terlalu Terdesak- Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Bekas ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan parti itu terlalu terdesak sekarang sehingga sanggup meminta belas kasihan dari PAS untuk menyelamatkan mereka.

"Setiap hari mereka meminta belas kasihan PAS untuk menyelamatkan mereka.  Mereka tidak berhenti-henti bercakap pasal ‘Selamatkanlah Melayu dan Islam’ sedangkan kita semua tahu maksud yang tersirat ialah ‘Selamatkanlah Umno yang sudah hilang kepercayaan Rakyat sambil bergelumur dengan masalah dalaman hari ini.’

"Yang terakhir sekali, Presiden Umno meminta PAS bersetuju bertemu tanpa sebarang syarat.

"Ini menunjukkan betapa terdesaknya parti yang pada suatu masa dahulu disebut oleh Sanusi Junid sebagai parti Melayu Islam yang terbesar di dunia," kata Zaid (
gambar) dalam blognya.



"Sebagai seorang bekas ahli parti Umno yang telah lama memberi sumbangan dan khidmat sokongan pada parti tersebut — dan walaupun telah dipecat dan dimaki hamun setiap masa dan ketika — saya berasa kasihan melihat Umno yang begitu lemah atau ‘pathetic’ dan hilang maruah sejak kebelakangan ini," tulisnya lagi.
 Zaid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Umno Bahagian Kota Bharu berkata, ahli-ahli Umno sudah hilang keyakinan sehingga nak buat mesyuarat pun tak dapat dilakukan dengan sempurna.

Mereka juga sendiri tertanya-tanya apakah relevennya parti itu pada zaman sekarang ini, tulisnya.

Bgai beliau, ahli Umno kini tidak mahu menerima hakikatnya bahawa: budaya politik dan perjuangan serta cara mereka itu sudah tidak boleh digunapakai lagi pada masa kini.

Mereka percaya dengan menggunakan kekerasan, meningkatkan propaganda, dan menakutkan orang Melayu tentang kehilangan hak dan kedudukan mereka dalam negara jika tiada Umno, akan menarik kembali sokongan orang Melayu kepada mereka.

"Betapa silapnya teori politik mereka," tegas Zaid yang baru dilantik sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan.

Bagi Zaid, ada lima perkara, jika ianya dilaksanakan, mungkin boleh memberi sedikit ruang untuk Umno dihidupkan kembali dan menyelamatkan parti tersebut di PRU 13:

Pertama, kes terhadap Anwar Ibrahim itu tidak diteruskan; kedua, memansuhkan ISA dan segala kuasa yang menahan orang politik; ketiga, bertindak dengan kata sepakat dan secara terhormat dengan Parti Pembangkang (Pakatan Rakyat) tentang dasar-dasar utama ekonomi negara dan pelaksanaannya; keempat, menyerahkan kepada kerajaan Negeri kuasa dan hak mereka yang sah dan wajar; dan terakhir, memberi kebebasan kepada akhbar dan TV supaya berita menjadi sumber maklumat sebenar dan bukan alat dakyah politik.

Sebagai bonus, ketua-ketua Umno dan yang berjawatan menteri atau ketua menteri yang jelas korup dan sekian lama menyalahgunakan kuasa, diberhentikan serta merta dan digantikan dengan pemimpin yang boleh diterima rakyat, cadang beliau.

"Ini adalah cara terhormat untuk sebuah parti sebesar itu berubah atau bertindak untuk memberi nafas dan iltizam baru kepada ahli-ahli mereka yang sekarang ini tenat dan bosan dengan keadaan. Ubahlah cara mereka mentadbir negara ini. Bukan dengan setiap hari menangis dan meminta supaya PAS menyelamatkan mereka," katanya.

"Walaubagaimanapun, saya juga yakin bahawa semua cadangan cadangan ini tidak akan dilaksanakan.

"Orang yang dalam ketakutan selalunya tidak dapat berfikir dengan wajar dan inilah keadaan sebenar Parti Keramat ini.

"Biarlah si lunchai lompat dengan labu-labunya," ujar Zaid dalam tulisannya.



naik meluat aku tengok UMNO sejak akhir-akhir ni,nak berbaik dengan PAS...ni semua agenda politik sempit dan mufti bangsa ni macam pencacai dibuatnya..._Parit.Com 

14 July 2010

SEMOGA KEPUTUSAN 20 JULAI AKAN POSITIF PRK P094 SEKALI LAGI

Mahkamah Tetapkan 20 Julai Dengar Permohonan Batalkan Petisyen Pilihanraya Hulu Selangor
KUALA LUMPUR 13 Julai - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 20 Julai ini untuk mendengar permohonan Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan untuk membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim.

Eksklusif: Najib Razak Semakin Terdesak Hadapi Pilihanraya, Bongkar Kebenaran Dianggap Fitnah Tetapi Menfitnah Pula Dikatakan Satu Kebenaran
Bagai sudah dijangka, nampaknya perhitungan politik antara PM Najib Razak dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim semakin menjadi-jadi sekarang ini. Episod hentam -menghentam dan dedah-mendedah kini mula digunakan bagi melihat siapakah yang berada dipihak yang benar. Senario ini jelas sekali menggambarkan kepada kita yang bahang Pilihanraya Umum ke-13 sememangnya semakin terasa. Apakah ini petanda ianya sudah terlalu hampir untuk tiba?. Najib perlu membuktikan bahawa rakyat memang sudah kembali menaruh kepercayaan kepada UMNO BN selepas beliau mengambil alih jawatan PM daripada Pak Lah. Namun, beliau harus ingat yang mandat yang ada sekarang ini adalah ketika zaman Pak Lah dan bukan hasil usaha beliau sendiri. Lantaran itulah Najib perlu membuktikan kepada dunia bahawa beliau kini memang sudah popular, bukan sekadar statistik seperti yang didedahkan oleh "puak-puak pengampu UMNO" itu sendiri. Bagi membuktikan siapakah yang kuat sekarang ini maka episod "bongkar membongkar" sudah digunakan. Usaha membongkarkan keterlibatan Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantunya, Skandal Kapal Selam, Kes Liwat II, Felda Bangkrap dan sebagainya kini mula mendapat perhatian rakyat. Malah, kini Najib nampak kian tertekan untuk berhadapan dengan asakan bertubi-tubi berkenaan isu Altantunya. Raja Petra dan P.Balasubramaniam yang diburu, kini bebas membongkar apa sahaja dari luar negara. Inilah yang menakutkan beliau sebenarnya. Lantaran itulah, bagi mempertahankan "kebenaran yang kabur" itu, maka kini Najib dan kerajaannya menggunakan apa sahaja cara untuk menjatuhkan imej pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim itu sendiri. Akhirnya mereka kini terpaksa membuat fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu, sedangkan dalam masa yang lain mahu rakyat percaya bahawa segala pendedahan yang dibuat terhadapnya adalah fitnah semata-mata. Inilah yang mengelirukan rakyat sebenarnya. Mereka fitnah tidak mengapa, tetapi bila ada isu-isu panas dibongkar terhadapnya maka dianggap ianya sebagai fitnah. Untung benarlah jadi kerajaan jika inilah caranya untuk menutup segala penyelwengan yang berlaku. Sedangkan rakyat itu sendiri tahu dan yakin siapakah yang berada dipihak yang benar atau salah.

Membongkar Kebenaran Adalah Satu Kesalahan jika pihak pembangkang membuat apa-apa tuduhan terhadap mana-mana pemimpin UMNO BN maka sudah pasti mereka akan melenting dan melakukan berbagai tindakan. Begitu juga jika ada yang mengeluarkan kenyataan atau isu sensitif yang tidak digemari mereka, sudah pasti dianggap fitnah dan akan berhadapan dengan saman serta lain-lainnya. Inilah dia bukti betapa "gusarnya" puak-puak UMNO BN berhadapan dengan rakyat. Mereka mahu rakyat hanya mendapat maklumat sebelah pihak daripada media arus perdana yang dikawal oleh mereka. Mana-mana media alternatif yang cuba membongkar apa jua isu yang sememangnya menjadi realiti, maka mereka akan menakut-nakutkan pihak terbabit dan menggunakan berbagai akta yang ada demi menghalang rakyat mendapat maklumat tersebut. Akhirnya mereka menggunakan senjata itu sebagai jalan terakhir untuk menghalang rakyat. Inilah yang berlaku kepada akhbar Suara Keadilan baru-baru ini. Akibat pendedahan tentang isu "Felda Bangkrap" akhirnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tidak menyambung permit mereka. Namun begitu kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Suara Keadilan kerana berjaya menerbitkan juga edisi baru mereka biarpun dihalang oleh pihak-pihak yang berkenaan. Edisi terbaru yang bertajuk "Ada Niat Jahat" kini sudah pun berada dipasaran. Soalnya sekarang, kenapa puak-puak UMNO begitu takut dengan terbongkarnya maklumat-maklumat sulit yang memang menjadi masalah bagi mereka. Umpamanya isu Felda itu sendiri sebenarnya segala maklumat yang didedahkan itu adalah diperoleh daripada sumber dalaman agensi itu sendiri. Mungkin terdapat beberapa pihak yang tidak sanggup lagi melihat team Najib-Yusof Nor-Md Bakke terus merompak duit Felda itu, maka akhirnya mereka membuat pendedahan berani yang cukup panas. Inilah yang menyebabkan pihak itu melenting dan akhirnya cuba untuk "tegakkan benang yang basah". 

P/s  moga-moga-PARIT.COM

AWAS 'GERAKAN BAWAH TANAH '

Gerakan menghancurkan PAS Parit...itu yang mampu aku katakan apabila ada kawan-kawan bagitau kat kau,ustaz ISMI dapat 300 ekar tanah!Sape le gerangan orang 'smart' tu ye?....mana fakta 300 ekar tanah tu?tapi pelik juga sebab yang dok sibuk menghentam pimpinan ni orang PAS macam aku juga..

Apa motif  orang 'smart' tu sibuk hal yang ntah dari mana faktanya...macam ada motif sabotaj je...adakah dia ni antara barua UMNO dlm PAS?..Muka macam baik,pakaian tak pernah comot dan kemas selalu..selau lepak kat kedai kopi di Pekan Parit setiap isnin...(ada pasar pagi)..nampaknya koje dia ni sibuk canang keburukan USTAZ ISMI....

Adakah pimpinan PAS kawasan sedar?..sama-sama kita saksikan tentang kebangsatan BARUA UMNO dalam PAS...nama aku kasi rahsia dulu....

PARIT.COM

08 July 2010

AKU PENING!!!

Aku mohon maaf kat korang sebab lama sangat tak menulis....bukannya tak mau,tapi la ni aku ada krisis identiti....macam-macam berpusing-pusing dalam kepala aku ni...

Isu semasa aku tak tinggal pun....hal felda yang berbelit-belit macam ular....UMNO masa ni bukan main lagi bagi dividen kat peneroka....Kisah Khairy naik tocang....lantak le..lagi bagussss....kes anak luar nikah yg memeningkan satu MALAYA,JUDI BOLA ....dan mufti Perak meracau 'diluar' negara mengadu kat studen perihal PAS...ceh..mufti bangsa ni...lebih-lebih kang...

ok le...sementara ni aku kurang update...tapi jangan tak mau up date lagsung,nanti orang ingat dah meninggal pulak...hahahhaa...

01 July 2010

IANYA BERMULA DARI ANDA DAN DIA...

 ....mula-mula berkenal-kenalan le dulu.....ikhlas sangat le tu...


 ...lepas tu,caling-caling le pulak dah.....hello..saya dah rindu kat awak le sayang.....


 nak rasa hebat sikit,pergi le dating pulak....
 

 ....dah start dating tu,nak lebih sikit,cium-cium.....

 
...peluk-peluk....sayang le katakan...


 
sampai le rasa sedap peluk,nak lebih dari tu pulak...tu sampai teromen tu...


 ...bila dah teromen tu,termengandungle pulak...aduhai...


 
....akhirnya....terbuang le anak ni.....apalah dosanye pada orang yang termengandungkan tu...


 
.... lebih malang lagi....yang buat perangai ni bukan syaithon,tetapi manusia tak berotak.....

Presented By Parit.Com

26 June 2010

KENAL TAK SIAPA DITENGAH-TENGAH TU???

Inilah artis puajaan korang... Baby Restu
 waduhhh....Peninlah....Penin...

23 June 2010

55 juta untuk 11 PRK, PAS mahu PDRM Berjimat

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mahu pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) membuat kajian terhadap wang rakyat yang digunakan mereka dalam 11 pilihanraya kecil sejak 2008. PAS menganggarkan bahawa PDRM telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM 55 juta bagi 11 pilihanraya itu.
Tahun lepas Parlimen mendedahkan bahawa PDRM belanjakan RM 31 juta untuk 5 pilihanraya (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau). Itu baru 5 pilihanraya kecil. Bagi baki 6 Pilihanraya kecil, PAS anggarkan PDRM belanjakan sekurang-kurangnya RM
5 juta setiap tempat.
Ini jauh berbeza dengan laporan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengumumkan perbelanjaan mereka bagi 11 pilihanraya kecil (Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Manek Urai, Bukit Gantang, Batang Ai, Bukit Selambau, Bagan Pinang, Penanti, Permatang Pasir, Hulu Selangor, Sibu) iaitu sebanyak RM6,451,285 sahaja.
Jumlah yang digunakan SPRM sama banyak dengan jumlah yang digunakan oleh PDRM bagi satu kawasan pilihanraya. Ini menunjukan PDRM belanja 11 kali ganda lebih banyak dari SPR yang menganjurkan pilihanraya.
PAS berharap agar siasatan terperinci dibuat terhadap perbelanjaan yang dibuat oleh PDRM kerana ini melibatkan wang rakyat. Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) perlu tampil menyiasat perkara ini.
Bagi PAS, jumlah lebih RM 55 juta itu cukup untuk membina kuaters baru Polis atau membeli peralatan baru, tetapi rakyat tidak melihat apa-apa yang baru terhadap kelengkapan yang dibawa ketika mereka bertugas menjada Pilihanraya.
PAS tidak menafikan bahawa wujud keperluan untuk wang rakyat digunakan bagi mengawal keselamatan, namun jumlah perlulah releven. Penyewaan banyak peralatan juga perlu dinilai keperluannya dan pembaziran harus dielakan.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

+duit hanya satu perkara kecik je bagi Polis,mohon dana,mesti lulus punye...-Parit.Com

18 June 2010

KAMI BERJUANG DAN SAYANGKAN PALESTINE!!!LEH CAYA KE???


SEKADAR GAMBAR KIASAN


Jom baca benda best pejuang Islam.....

Hebat macam pahlawan..."hancur yahudi"!!! ..itulah yg selalu dilaung-laungkan...."umno lahanat!!!"....."yahudi celaka!!!"bangang punya Israel!!!Israel bapak syaithon!!!umno bangsat!!!....memang best kutuk perangai yg terkutuk...kadang-kadang tu bukan main lagi...sembang kat kedai kopi....siap tampar meja(marah sangat la tu),kononnya marahkan orang UMNO dan Yahudi(Israel).....kalau ada kawan yang nk bertekak....siap nak ambik parang,biar le bermandi darah.....

Tapi itu semua hanya cerita indah semata-mata......tahukah anda......kebanyakkan orang macam ni memang lantang tak bertempat.Mana taknya...sikap nampak memang benci ngan yahudi dan UMNO,tapi kat mulut tu...yang kat mulut tu...diulangi...yang di mulut tu bukankan sebatang rokok dunhill,gudang,marlboro...LM..aik???tadi kata marah Israel....tapi peperangan untuk tidak merokok tu aphal pulak!!!

..tak terlintas ke kat kepala korang,setiap batang rokok(kecuali rokok kilang sendiri)penyumbang besar kepada penyembelihan warga Palestine???warga Gaza dan tahu ke korang,berhenti hisap rokok tu saja lah perjuangan untuk korang yg ketagih....korang jangan ingat Allah tu BUTA!!!aku nasihatkan korang berhenti je lah hisap cirit syithon ni...takde faedah pun.....babi yang Allah haramkan dimakan tu pun tak makan tembakau kalau korang suap,hisap lagi le.....jangan berdalih,tapi katakan lah boleh!!!

hahahahhhah.....kalau kail panjang sejengkal,jangan le nak pancing kat laut dalam tu..........ada otak,sila buat2 ada otak,jangan buat2 tak de otak.....lu pikr la sendiri!!!!nak bantu Palestine konon!!!hari2 bagi dana kat Israel tak perasan lagi ke???........ok le ye....marah ke???aku peduli happa !!!
by

16 June 2010

Tarikh PRU 13 'Mengejutkan Semua Pihak'

Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak akan membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya umum akan datang semata-mata berdasarkan kepada satu pendapat bahawa semakin ramai rakyat menyokong beliau.



Bagaimanapun, kata Perdana Menteri, tarikh pilihan raya akan datang akan "mengejutkan semua pihak".


Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis bersama rakyat di Wat Machimmaram di Tumpat hari ini, beliau berkata pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum menetapkan tarikh pilihan raya.


"Apa yang penting ialah kerja kuat dalam semanagat 1Malaysia," katanya mengulas cadangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, supaya beliau mengadakan pilihan raya kerana tinjauan menunjukkan sokongan kepada beliau semakin meningkat sejak menjadi Perdana Menteri pada April tahun lalu.


Satu kajian oleh Merdeka Centre for Opinion Research baru-baru ini menunjukkan 72 peratus rakyat Malaysia berpuas hati dengan prestasi Najib berbanding 69 peratus semasa beliau mula menjadi Perdana Menteri.



Macam nak buat cepat je si Najib ni....-Parit.Com

15 June 2010

Pemimpin menggunakan harta rakyat dalam Islam


Baru-baru ini kita mendengar kerajaan telah membina Istana baru yang berharga 811 juta. Itu adalah salah satu projek yang menelan banyak duit rakyat walaupun kemiskinan masih lagi membelenggu ramai rakyat malaysia. Dalam masa yang sama biasiswa pelajar luar negara dibekukan. Kita cuba lihat bagaimana Khalifah Abu Bakar dan Umar menggunakan duit rakyat.


ANCAMAN RASUL TERHADAP PENYALAH GUNAAN HARTA

من استعمل منكم على عمل فكتمنا مخيطا فما فوقه كان غلولا يأتي به يوم القيامة

“ Sesiapa yang dilantik dikalangan kamu untuk melakukan satu tugas, kemudian dia menyembunyikan harta senilai jarum atau pun lebih dari itu itu adalah harta yang dikhianati yang akan ditanggungnya pada hari kiamat.”

Hadis sahih Muslim

Nabi saw bersabda:
إن رجالا يتخوضون في مال الله بغير حق فلهم النار يوم القيامة

"Sesungguhnya manusia-manusia yang menggunakan harta Allah swt dengan cara yang salah akan mendapat seksaan api neraka pada hari kiamat.”

Hadis sahih riwayat Bukhari.

PENGGUNAAN HARTA RAKYAT OLEH ABU BAKAR AS-SIDDIQ

Abu bakar as-Siddiq pada mulanya tidak menerima gaji dan tidak mahu menggunakan harta rakyat . beliau tetap pergi berniaga ketika dia dilantik sebagai khalifah. Ibnu Saad menceritakan dalam kitabnya:

Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah , belaiu keluar pada waktu pagi dengan membawa pakaian-pakaian untuk dijual . Dipertengahan jalan beliau bertemu dengan saidina Umar dan Abu Ubaidah Al-Jarrah . Mereka berdua bertanya kepada Abu Bakar ra “Kamu hendak kemana wahai khalifah?” Lalu Abu Bakar menjawab “ Hendak ke pasar.” Mereka berdua pun membalas “ Apa yang kamu hendak buat dipasar sedangkan engkau sudah dilantik sebagai khalifah untuk menjaga orang-orang Islam? ! Abu Bakar ra menjawab “ Dari sumber mana aku hendak memberi makan keluarga ku?


Gaji Abu Bakar


Dalam kitab Tabaqat al-Kubra , Ibnu Saad menyebut :


Apabila Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai Khalifah , orang-orang Islam telah menetap gajinya sebanyak dua ribu dirham (setahun). Abu Bakar ra berkata :
زيدوني فإن لي عيالا وقد شغلتموني عن التجارة

“ Tambah lagi kerana sesungguhnya aku anak-anak yang ku tanggung. Sesungguhnya jawatan khalifah ini menyebabkan aku tidak sempat untuk berniaga.”

Lalu mereka menambah 500 dirham.

Ibnu Hajar menyatakan hadis ini sahih

Memulangkan kembali harta setelah jawatan dilepaskan

Hasan bin Ali ra berkata:

Apabila Abu Bakr as-Siddiq hampir meninggal dunia , beliau berpesan:
يا عائشة انظري اللقحة التي كنا نشرب من لبنها والجفنة التي كنا كنا نصطحب فيها والقطيفة التي كنا نلبسها فإن كنا ننتفع بذلك حين كنا نلي أمر المسلمين. فإذا مت فاردديه إلى عمر

“ Wahai Aisyah, lihatlah ‘unta yang hampir melainkan anak’ yang kita minum daripadanya, bekas yang digunakan untuk memasak dan pakaian baldu yang kita pakai. Semuanya kita gunakan semasa aku menjadi khalifah. Apabila aku mati hendaklah kembalikan kepada Umar.”

Apabila beliau wafat Aisyah menghantar barang-barang tadi kepada Umar ra. Umar pun berkata:
رضي الله عنك يا أبا بكر

“ Semoga Allah meredaimu wahai Abu Bakr.”

Hadis riwayat at- Thabrani . al-Haithami berkata para perawi-perawinya thiqah.

CARA UMAR MENGGUNAKAN HARTA RAKYAT

Umar ra berkata:
إني أنزلت نفسى من مال الله منزلة مال اليتيم إن استغنيت استعففت وان افتقرت أكلت بالمعروف

“ Sesungguhnya aku menggunakan harta rakyat seperti penggunaan harta anak yatim, sekiranya aku tidak memerlukan aku tidak mengambilnya dan sekiranya aku benar-benar memerlukan baru aku akan mengambilnya dengan cara yang baik (tidak berlebihan).”

Hadis riwayat Ibnu Abi Syaibah dengan sanad yang sahih

Kita lihat bagaimana sejauh mana Umar menggunakan harta rakyatnya. Umar sangat bersederhana dalam berpakaian dan hanya memiliki satu pakaian sahaja. Abdul Aziz bin Abi Jamilah al-Ansari ra:

Suatu hari Umar terlambat keluar untuk solat Jumaat , apabila beliau naik ke atas mimbar beliau meminta maaf kepada para jemaah dan berkata:
إنما حبسني قميصي هذا لم يكن لي قميص غيره

“ Baju aku yang menyebabkan lambat (basuh baju). Aku hanya ada satu baju ini sahaja.”

Walaupun dia ada sebab untuk menggunakan duit orang Islam untuk membeli pakaiannya tetapi beliau tidak melakukannya. Umar mengambil harta kerajaan ketika benar-benar perlu dan beliau hanya mengambil harta kerajaan setelah mendapat keizinan rakyatnya. Barra bin Makmur menceritakan:

Sesungguhnya suatu hari Umar keluar ke mimbar dan mengadu sakit. Orang menyatakan bahawa dia perlu makan madu untuk merawat penyakitnya. Dalam baitul mal (tempat simpanan kerajaan) terdapat madu. Lalu Umar berkata:
إن أذنتم لي فيها أخذتها وإلا فإنها علي حرام

“Sekiranya kamu semua izinkan aku mengambilnya aku akan ambil. Jika tidak, haram aku mengambilnya.”

Umar tidak menggunakan harta rakyat melainkan benar-benar perlu dan dibenarkan oleh rakyatnya.

KESIMPULAN

1. Setiap sen yang dibelanjakan oleh pemimpin akan dipertanggungjawab oleh tuhan. Kemana ia dibelanjakan? adakah ia suatu pembaziran? adakah mengikut syariat?

2. Pihak kerajaaan hendaklah mendedahkan kepada rakyat gaji-gaji pemimpin utama. Kita lihat baru-baru ini david cameroon (pm england) mendedahkan gajinya sebanyak 150,000 pound sterling.

3. Setiap penyelewangan dan penyalah gunaan harta akan ditanggung oleh penjenayah tersebut pada hari kiamat dan dibawanya pada hari kiamat kepada tuhannya. Tanah-tanah yang diambil bukan dengan cara yang betul akan dikalungkan tanah tersebut sehingga tujuh petala bumi dilehernya pada hari kiamat (hadis sahih).

4. Setiap harta kerajaan hendaklah digunakan harta tersebut mengikut apa yang dibenarkan sahaja. Tidak boleh barang yang dibenarkan di pejabat di bawa balik. Dalam hal ini kita kena berhati-hati menggunakan harta awam. Ulama mengharamkan membasuh tangan dengan air minum sabil kerana ia hanya untuk diminum. Pada masa kini banyak harta kerajaan digunakan oleh parti politik untuk berkempen, tabur janji dan sebagainya.

5. Bagi memastikan semua penggunaan itu menepati syariat hendaklah ada panel penasihat syariah bagi memastikan ia bertepatan dengan syariat.

6. Hendaklah pemimpin menggunakan duit rakyat seperti mana Umar menggunakan duit. Menggunakan bila benar-benar perlu dan meminta keizinan rakyat.

7. Pemimpin yang menyalah gunakan harta sehingga dibenci rakyat akan menyebabkan tidak diterima solatnya. Nabi saw bersabda:

ثلاثة لا ترتفع صلاتهم فوق رؤوسهم شبرا (أحدها) رجل أم قوما وهم له كارهون

" Tiga golongan yang solatnya tidak akan diterima (salah satunya) seorang lelaki yang mengimami kaumnya sedangkan kaumnya membencinya."

Hadis sahih riwayat Ibnu Majah

Dr Yusuf Qardawi berkata:

" Kalaulah pemimpin kecil (imam) pun ditolak solatnya kerana tidak disukai oleh jemaahnya (kerana sebab yang syarie) apakan lagi pemimpin besar iaitu ketua negara."

Oleh itu -hati dan berwaspadalah wahai pemimpin kecil atau pemimpin besar dari melakukan kesalahan sehingga dibenci oleh kebanyakan rakyatnya.


Rujukan: Al-Malul Am oleh Muhammad said al-Baghdadi dan Al-Muntaqa At-Targhib watrghib oleh Dr Yusuf Qardawi.



Yang di-Pertuan Agong dalam bahaya?


Keselamatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bakal dalam keadaan berbahaya, kata ahli parlimen Taiping, Nga Kor Ming kerana seorang daripada kontraktor yang dipertanggung-jawabkan membina laluan ke istana baru itu adalah kontraktor yang sama membina Stadium Gong Badak di Kuala Terengganu yang runtuh tahun lalu.
Pada kejadian itu, struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang bernilai RM300 juta itu runtuh, kurang setahun selepas siap pada 2008 dan digunakan sempena Sukan Malaysia Ke-12 (Sukma) yang Terengganu menjadi tuan rumah. Ia kini tersadai tanpa sebarang usaha pemulihan.

Syarikat yang dipertanggung-jawab membina laluan dari Jalan Duta ke istana baru itu pada kos RM130 juta adalah kontraktor yang sama membina stadium berkenaan.

Sehubungan itu, Ngar hari ini di lobi parlimen mendesak Kementerian Kerja Raya memberi penjelasan mengapa kontraktor yang mempunyai reputasi buruk dibenar terbabit membina Istana Negara yang bakal menempatkan kediaman Yang Dipertuan Agong.

Semalam, Dewan Rakyat dimaklumkan bahawa kos pembinaan istana baru di Jalan Duta, Kuala Lumpur meningkat dua kali ganda dalam tempoh empat tahun.

Semasa sesi soal-jawab semalam, Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata istana tersebut dianggar menelan belanja RM400 juta pada tahun 2006 tetapi kini kosnya meningkat kepada RM811 juta.

Kontrak pembinaan istana itu diberikan kepada tiga syarikat melalui perundingan langsung, dan bukan melalui tender terbuka, kata Yong.

Katanya, kontrak tersebut diberikan melalui cara tersebut kerana Istana Negara adalah "unik" dan memerlukan pertimbangan keselamatan tambahan. 


 -umno mane peduli dengan Agong...kalau boleh cari makan nak le deme jage Agong tu...kome ni pun....-Parit.com

14 June 2010

SEORANG LAGI MUJAHID PERGI MENGHADAP ILLAHI

14 June 2010



Ustaz Hassan Shukri kembali ke rahmatullah


KUALA LUMPUR, 14 Jun: Bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia di Hospital Selayang kira-kira jam 2 petang sekejap tadi.


Beliau yang dimasukkan ke hospital Selayang pagi ini baru sahaja pulang dari Kota Bharu jam 10.30 malam tadi selepas menyertai Muktamar PAS ke 56 di sana. Turut serta bersama beliau malam tadi adalah Haji Subky Latif dan Haji Abdul Rahman.


Ustaz Hassan telah berada di Kota Bharu sejak Rabu 9 Jun lagi kerana menyertai mesyuarat Majlis Syura Ulama pada petang hari tersebut. Pada malamnya beliau menyertai majlis perasmian dewan-dewan oleh Mursyidul Am di Putik dan pada hari Khamis beliau menyertai Muktamar Dewan Ulama di Markas Dewan Ulama (Madu) di Machang.


Menurut Puan Naznah Taha, isteri Haji Subky, Ustaz Hassan telah membawa kereta yang dinaiki mereka bertiga dari Kuala Krai namun berhenti di Kuala Lipis kerana mengadu sakit dada.


Sesampai mereka di rumah jam 10.30 malam tadi, Ustaz Hassan terus mengadu sakit dada tetapi hanya mengesyaki akibat dari pajeri nenas yang beliau makan malam tadi.


Selepas tidak berhenti sakit, kira-kira jam 9.00 pagi tadi, Ustaz Hassan dihantar anak beliau ke Hospital Selayang. Selepas itu dibawa ke Unit Rawatan Jantung (CCU) dan meninggal dunia kira-kira jam 2.00 petang.

Jenazah beliau masih lagi di hospital kini.


Naznah yang merupakan rakan rapat keluarga Ustaz Hassan ketika bercerita kepada Harakahdaily berkata, buat pertama kalinya beliau dan isteri Ustaz Hassan, Puan Hamidah tidak mengiringi bersama suami masing-masing ke muktamar.


"Kali ini, Kak Midah berbolak-balik antara hendak pergi atau tidak ke muktamar kerana ada kenduri dekat sini. Hasilnya dia tidak pergi dan saya hanya pergi ke muktamar Dewan Muslimat dan terus pulang," cerita Naznah.


Sebelum timbalan Presiden, Ustaz Hassan pernah menjadi Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung PAS. Beliau dianggap arkitek kepada Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar dan rumah beliau juga adalah bersebelahan dengan markas yang menjadi pejabat PAS sejak sekian lama sebelum berpindah ke Jalan Raja Laut.


Semasa menggulung perbahasan ucapan dasar, Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Mujahdi Yusof menyebut Ustaz Hassan adalah orang penting di belakang draf perlembagaan untuk memboleh tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).


Ini kerana, Ustaz Hassan adalah Pengerusi Jawatankuasa Teknikal pindaan perlembagaan untuk membolehkan DHPP ditubuhkan.


AL FATIHAH



-Tahun ni rasanya ramai mujahid dari saf kepimpinan kembali ke rahamat Allah.....seperti memberikan kita satu petanda...waAllahu a'lam....._
 

09 June 2010

PERKOSA-- AHLI MAJLIS-APA JAWAPAN SI KATAK LONCAT?

Jika dah rasa hebat sangat awat tak pie tumbuk orang yg bagi tanah MELAYU di Singapore tempohari..







Ahli majlis dibelasah, NGO Melayu dipersalah






Ahli majlis kerajaan tempatan Selayang Allan Lim Ching How mendakwa dia dan pembantunya dibelasah oleh kira-kira 20 individu pagi ini.










Lim mengenalpasti mereka sebagai ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah SeMalaysia (Pekida).






“Mereka memakai baju dengan logo PERKASA yang boleh dilihat dengan jelas,” katanya ketika dihubungi.






Pada kejadian 11.30 pagi ini, Lim, dan pembantunya, Zuhudi Ahmad mengalami kecederaan.






Kelopak mata Lim dan bibirnya koyak dan lehernya lebam akibat disepak berulang-kali manakala Zahudi pula ditendang sekurang-kurangnya dua kali di bahagian perutnya.






Lim berkata beliau bergegas ke lokasi tapak pembinaan sebuah dewan yang dimiliki oleh pertubuhan Cina apabila diberitahu bahawa sekumpulan lelaki sedang menanggalkan papan tanda projek berkenaan di Jalan TIB 1, Taman Bolton di Batu Caves.






Sebaik tiba, Lim dan Zuhudi mendapati individu berkenaan dalam proses meruntuhkan papan tanda berkenaan.






“Saya tanya mengapa mereka berbuat demikian tetapi lebih kurang 20 daripada mereka mula memukul kami,” katanya.






Walaupun memperkenalkan dirinya sebagai ahli majlis kerajaan tempatan Selayang, rayuan Lim supaya mereka tidak dipukul terus tidak dihiraukan.






“Ini Tanah Melayu, ini tanah kita bukan tanah orang Cina, kita tak takut,” kata Lim yang mengulangi apa yang diperkatakan oleh kumpulan berkenaan.






Ketika kejadian, Lim mendakwa dua anggota polis berada di lokasi bagi memantau keadaan tetapi kumpulan berkenaan tidak mempedulikan mereka.






“Saya tak faham mengapa OCPD hanya menghantar dua pegawai polis bagi memantau keadaan, sedangkan terdapat antara 50 hingga 60 ahli PERKASA dan Pekida,” katanya.










Lim membuat laporan di balai polis Batu Caves petang ini.






Dalam pada itu, presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang dihubungi berkata beliau tidak mengetahui mengenai kejadian itu yang membabitkan ahlinya.






"Saya di parlimen, Saya tidak tahu...Saya akan kumpulkan maklumat dahulu untuk menentukan sama ada ini benar atau tidak.






"Ini tidak kena-mengena dengan PERKASA, ia bukan polis kita untuk mengganas. Hanya kerana mereka memakai baju PERKASA tidak bermakna mereka ahli PERKASA,” katanya.

Kedah La Nie
 
...samseng bangsat Perkosa Ahli Majlis.......bangsat betul lee..-Parit.Com