tendang Parti UMNO sejauh mata memandang....

KORANG MEMANG BEST SEBAB FOLLOW PARIT.COM

03 June 2010

JOM,MAIN TRAVIAN,AKU DAH BORING LE NI...


daftar games kalau nak join le...



......................entah la.....semenjak dua menjak ni,aku saje join main games macam ni...ok le..buat otak ni aktif sikit ...tinggikan sikit tahap strategi...walaupun games ni macam takde motif jelas..aku cuba gak jadi orang yang baik(dalam games ni la)...korang leh la cuba nanti....dalam travian ni boleh gak kita dakwah sikit-sikit bebudak la ni...sebab dalam dunia siber ni,games antara rating paling tinggi...jadi apa salahnya kita join..dan segarkan minda kita......mungkin ada agenda yahudi dalam travian ni...tapi aku belum dapat maklumat lagi.....try la ek!!!



Parit.Com



02 June 2010

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia

HAMAS : Pesanan Buat Umat Islam di Malaysia








(Ini adalah pesanan Dr Khalil al-Haya mewakili HAMAS di Palestin untuk umat Islam di Malaysia. Beliau telah berada di Malaysia pada tarikh 11 Mei-17 Mei 2006 untuk siri kempen "Bersama Menyokong Rakyat Palestin dan kerajaan HAMAS". Pesanan ini telah diterjemahkan oleh Maszlee Malik di atas permintaan Dr Khalil)


Alhamdulillah, Allah telah memilih kami yang berada di Palestin untuk berjihad. Kami telah dipilih untuk menjadi barisan hadapan kepada umat Islam. Kami telah dipilih oleh Allah SWT untuk mengorbankan jiwa, nyawa, harta, anak-anak kami untuk menentang musuh Allah dan mempertahankan Masjid al-Aqsa. Kami juga telah dipilih oleh Allah SWT untuk mewakili umat Islam di seluruh dunia untuk menjadi benteng pertahanan kepada al-Aqsa, kiblat pertama umat Islam dan juga masjid ketiga suci mereka. Kami juga telah dipilih oleh Allah untuk menjadikan mati syahid sebagai impian utama kehidupan kami berbanding kehidupan dunia. Selama lebih daripada 60 tahun, kami hidup di medan pertempuran. Selama waktu itu jugalah kami dijajah, dizalimi, diseksa, dibunuh dan juga diperangi. Mengapa?, hanya kerana kami mengucapkan La Ilaha Ila Allah, dan kerana kami mempertahankan bumi serta masjid kami.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui. Pengusiran dari rumah, kampung halaman, dan juga tanah watan. Dibunuh, diseksa, ditembak, dibom, dibantai, disembelih dan apa-apa lagi perbuatan tidak bertamadun yang boleh diungkapkan, telah kami lalui. Generasi berganti generasi, umat Islam di Palestin tetap sabar dan komited untuk terus kekal dan mempertahankan tanah air mereka. Ianya adalah jihad, ianya adalah kemuliaan, ianya adalah bukti yang ingin kami bawa sebagai mahar ke syurga nanti. Semoga Allah menerima pengorbanan kami ini.


Pelbagai bentuk kesengsaraan telah rakyat Palestin lalui.


Ketika di waktu awal penjajahan, kami, saudara anda dari gerakan Islam telah menjadi barisan utama perjuangan. Selepas beberapa waktu, gerakan Islam telah dibantai penjajah. Pembantaian itu walau bagaimanapun tidak cukup untuk melemahkan kami. Sehinggalah di zaman Jamal Abdul Naser, sepertimana saudara-saudara kita di Mesir dibantai, kami juga turut menerima kesannya. Semenjak tarikh tersebut,gerakan Islam terpaksa kembali ke bawah tanah. Kmai telah menumpukan usaha untuk pembinaan semula struktur perjuangan. Usaha pendidikan, dakwah, tarbiyyah dan kebajikan telah menjadi agenda utama kami. Kami laluinya dengan penuh kesabaran dan ketabahan. Sehinggalah di pertengahan 80'an. Apabila arus sekular telah mula jemu dengan perjuangan. Ketika arus sekular yang asalnya memandu perjuangan rakyat Palestin telah mula lesu. Kami mula memunculkan diri sebagai peneraju perjuangan rakyat Palestin. Perjuangan kami berbeza dengan perjuangan sebelum ini. Perjuangan kami adalah berteraskan Islam dan kami membawa mesej ummah. Perjuangan kami bukan hanya sekadar ingin memerdekakan sekeping tanah, tetapi untuk memandu kebangkitan umat Islam semula dan meninggikan syiar Islam di muka bumi ini.


HAMAS, semenjak hari pertama penubuhannya telah menjadikan jihad sebagai jalan utama untuk memerdekakan bumi Palestin. HAMAS juga telah menjadikan Islam sebagai landasan perjuangannya. HAMAS juga telah memberikan nyawa ahli-ahli mereka untuk tujuan tersebut. HAMAS juga telah berjanji dengan rakyat Palestin dan juga kepada umat Islam untuk terus komited dengan perjuangan mereka. HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja. Itulah janji kami.


Selepas hampir 20 tahun berjuang, Allah memberikan hasilnya kepada perjuangan HAMAS. Kami diberi kepercayaan oleh rakyat untuk memerintah mereka. Kemenangan ini, walaupun indah, namun ianya merupakan ujian yang getir bagi kami. Kemenangan tersebut merupakan era baru perjuangan HAMAS. Kami terpaksa menambahkan satu lagi ruang di dalam perjuangan kami, iaitu ruangan politik pemerintahan. Semakin bertambahnya beban, semakin tingginya perngorbanan.


HAMAS juga berjanji untuk memerdekakan masjid al-Aqsa walaupun terpaksa berjuang dengan kuku dan gigi sahaja.


Buat umat Islam di Malaysia, andalah saudara kami yang paling hampir di Malaysia. Hati-hati kita telah diikat dengan fikrah dan aqidah yang sama. Kita telah dihimpunkan di dalam ikatan kerohanian yang jitu. Kita telah ditakdirkan untuk bersama di dalam perjuangan dengan manhaj yang sama. Kami adalah wakil anda di Palestin. Kemenangan kami adalah kemenangan anda. Pemerintahan kami adalah pemerintahan anda. Kerajaan HAMAS adalah kerajaan umat Islam dan hadiah buat perjuangan pecinta Islam di seluruh dunia. Tidakkah anda sedar perkara ini?, jika anda tidak sedarkan perkara ini siapakah lagi yang akan menyedarinya???


Umat Islam di Malaysia sekelian, menjadi pemerintah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi memerintah di dalam fasa penjajahan dan peperangan. Apatah lagi jika pemerintahn itu hanyalah memerintah sebuah negara yang tidak berdaulat dan dinafikan kedaulatannya. Apatah lagi apabila memerintah sebuah negara yang menjadi sasaran keganasan penjajah Zionis yang didokongi oleh kuasa besar dunia yang zalim. Apatah lagi pemerintahan tersebut adalah mewarisi pemerintahan sebelumnya yang meninggalkan beban hutang sebanyak USD 3 billion di dalam akaun kerajaan. Inilah realiti kerajaan yang kami terajui. Inilah juga realiti kerajaan yang diterajui oleh HAMAS di Palestin. Inilah realiti kerajaan yang mewakili anda semua di seluruh dunia.


Sehingga kini, para pegawai kerajaan, termasuk para menteri, tidak menerima gaji semenjak 3 bulan yang lalu. Tahap pengangguran telah mencaai 31% di Gaza dan Tebing Barat. Bekalan makanan dan petrol semakin berkurangan. Ubat-ubatan di hospital semakin kehabisan. Baru-baru ini, tiga orang bayi telah meninggal di hospital di Gaza kerana ketiadaan ubat-ubatan yang mencukupi. Pelajar-pelajar tidak akan dapat menduduki peperiksaan kerana kehabisan kertas di sekolah-sekolah di Gaza dan Tebing Barat. Hatta, persidangan parlimen (Majlis Legaslatif) kami di Gaza hampir-hampir dibatalkan kerana kekurangan kertas.


Mengapa ini semua?, ianya adalah kerana keberkesanan tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin oleh rejim Zionis, AS dan juga EU. Tekanan yang dikenakan hanya semata-mata rakyat Palestin telah memilih calon yang mereka inginkan di dalam pilihanraya yang lalu. Tekanan yang dikenakan kerana kami enggan menurut ugutan mereka supaya mengiktiraf penjajahan Zionis. Tekanan juga dikenakan kerana kami ingin mempertahankan diri kami daripada dibunuh oleh pihak penjajah. Sampai bilakah tekanan ini akan berakhir?


Wang hasil kutipan cukai kami yang berjumlah USD 55 juta sebulan tidak pernah dipulangkan kepada rakyat Palestin.Rejim Zionis telah mengambilnya dari kami dan tidak pernah dipaksa untuk memulangkannya kepada kami. Mengapa tiada kuasa yang memaksa rejim Zionis untuk memulangkannya. Mereka juga telah menutup laluan udara, darat dan laut kepada tanah Palestin. Ekonomi kami berada di tangan rejim Zionis kerana perjanjian gila dan bodoh yang telah dipersetujui oleh kerajaan sebelum ini. Walau bagaimanapun, kami tidak mengharapkan itu semua.


Kami yakin, saudara-saudara seislam kami masih dapat membantu kami. Kami yakin saudara seaqidah kami akan dapat menampung keperluan rakyat Palestin dan mencukupinya. Kami yakin juga, saudara seaqidah kami di seluruh dunia akan dapat membuatkan kami terus hidup dan tidak bergantung kepada bantuan-bantuan daripada negara-negara bukan Islam, apatah lagi dari rejim Zionis. Persoalannya, di manakah saudara-saudara kami? Di manakah mereka di kala kami memerlukan mereka?


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini.


Wahai umat Islam di Malaysia. Kami mengharapkan agar anda mengepalai kempen untuk menyelamatkan kerajaan HAMAS di bumi Malaysia ini. Kami hanya mempunyai dua pilihan. Pertamanya, tunduk kepada tekanan AS dan EU lantas mengiktiraf Israel demi menghilangkan kesengsaraan rakyat. Pilihan yang kedua adalah teruskan berjuang dan tidak sekali-kali tunduk kepada tekanan. Kami telah memilih pilihan yang kedua. Kami akan terus berjuang ke titisan darah terakhir kami. Kami tidak akan sekali-kali mengiktiraf penjajah. Kami tidak akan sekali-kali tunduk kepada tekanan. Malangnya rakyat hanya boleh bertahan selama enam bulan. Tiap-tiap hari, rakyat mengadakan perarakan menyokong kerajaan dan menggesa agar kerajaan HAMAS tidak tunduk kepada tekanan. Kami yakin, rakyat akan terus menyokong, tetapi sampai bila?, perut mereka akan kosong. Kami tidak akan membiarkan rakyat kami kelaparan dan sakit tanpa rawatan. Kami perlukan bantuan anda untuk melakukannya. Mahukah anda melihat kerajaan HAMAS di Palestin membiarkan rakyatnya kelaparan?


Umat Islam di Malaysia sekelian,


Kami akan terus berjuang. Kami akan terus tetap dalam perjuangan sehinggalah setiap daripada kami akan gugur syahid. Kami akan terus memastikan prinsip Islam akan terus dijulang. Namun kami memerlukan sokongan dan bantuan anda.


Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kai tidak akan memaafkannya.

Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Umat Islam di Malaysia,


Kami mengharapkan agar anda bersikap pro-aktif. Kami mengharapkan agar anda menyumbang USD 1 (RM 3.60) setahun sahaja untuk menanggung kesengsaraan rakyat Palestin.


Kami juga mengharapkan agar anda melobi kerajaan anda yang menjadi pengerusi OIC untuk melakukan sesuatu.


Kami juga berharap dari anda untuk melakukan kempen kesedaran, dan libatkan masyarakat Malaysia, termasuk pertubuhan-pertubuhan bukan Islam untuk turut membantu rakyat Palestin.


Kami juga inign melihat anda menjadi juara di peringkat antarabangsa di dalam kempen kesedaran ini.


Banjiri media anda dengan isu Palestin dan al-Aqsa. Halakan mereka untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin.


Kepalailah usaha serantau untuk tujuan tersebut, andalah harapan kami.


Dan akhir sekali, kami mengharapkan agar anda tidak melupakan kami di dalam doa-doa anda sekelian. Berdoalah agar kami thabat di dalam perjuangan. Berdoalah agar kami tetap di dalam perjuangan kami. Berdoalah agar kami dikurniakan mati syahid. Berdoalah juga, agar kita dapat bersama-sama bersolat di dalam Masjid al-Aqsa satu hari nanti, di mana pada waktu itu, bendera Islam akan berkibar dan syariat Allah akan berdaulat sekali lagi di atas muka bumi ini...


Allah Akbar!!!






Saudaramu,
Khalil Ismail al-Haya
Ketua Whip HAMAS di Majlis Legaslatif Palestin,
14 Mei 2006.

-surat ini diterbitkan semula untuk memperingati semua orang yang mengaku beriman dan prihatin dengan nasib ummat Palestin....

Ape cerita MP Parit???udoh sampai ke???

Ape cerite dengan MP Parit ye???dengar khabar nak teruskan pelayaran ke Ghazah(Gaza).....Aku dengar dari semalam tak sampai lagi ke Ghazah.....Lame betul kapal tu nak sampai ye???Macam tak bergerak je......apa-apa hal pun,try la....kalau dapat masuk tanpa gangguan tentera Israel...ok le....Kalau kene ambush pulak....susah nak cakap la....bukannya susah nak ganggu kapal ni,dibuatnye tentera Israel 'call' kapten kapal untuk berpatah balik....kene ugut ke....habis.....leee....

dari aku...Parit.com

01 June 2010

HANCUR YAHUDI DAN YAHUDISME!!!

Israel Melancarkan Roket Untuk Berdepan Dengan Armada “Kebebasan”




Selasa, 01/06/2010 – “Kempen Eropah Untuk Menghapuskan Kepungan keatas Gaza” mengharapkan campurtangan kesatuan antarabangsa bagi menyekat ancaman Zionis terhadap Armada “Kebebasan”, yang ingin belayar ke Gaza, dgn membawa bantuan kemanusiaan serta penyertaan beratus-ratus aktivis dari 40 buah negara, dalam menyempurnakan tugasan kemanusiaan antarabangsa bagi menghapuskan kepungan keatas Gaza yang berlaku sejak dari empat tahun.






Jurucakap bagi kempen ini telah membuat suatu kenyataan, sebagai mengulas laporan yang mendedahkan pelancaran kapal-kapal roket oleh tentera laut Israel yang telah melepasi perairan Gaza sebagai usaha menghalang konvoi kapal-kapal antarabangsa dari terus memasuki pantai Gaza : “ Tindakan biadap yg dilakukan kerajaan penjajah Israel menggambarkan mereka memusuhi undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan, termasuk ketika mereka berkeras menolak pelaksanaan resolusi antarabangsa berkaitan penghapusan kepungan ke atas Gaza. ”






Walaupun Israel mendakwah bahawa mereka tidak ada kaitan lagi dengan Gaza berdasarkan pengasingan yang dibuat, tetapi ancaman yang dilakukan oleh mereka ke atas Armada “Kebebasan” mendedahkan kepada dunia bahawa mereka masih menjajah Gaza sehingga ke saat ini melalui penguasaan mereka terhadap sumber di darat dan di lautan (Gaza).






sumber : http://www.palestine-info.info/ar


penterjemah : arif


Palestinkini
 

31 May 2010

ISRAEL DAN UMNO=INILAH NATIJAH PERJUANGAN MEREKA

Hari ini aku tak terkejut langsung dengan serangan Israel,seperti biasa..mereka tidak segan silu meratah aktivis dan sukarelawan Gaza....banyak video-video yang dipaparkan dalam blog-blog sahabat semua...aku tak mampu nak tengok dan aku adalah manusia biasa....gagal berbuat apa-apa...selain melihat dan terus melihat....yang pasti,inilah janji Allah...kita memang ramai...tetapi macam buih di laut dan ada kemungkinan besar aktivis ini akan di hantar di Pelabuhan Haifa(untuk diseksa seperti biasa)doakan keselamatan mereka insya Allah ....malam ni berita sedih pastinya tak mampu nak lenakan mata aku...tapi...apa pula sumbangan aku dan sahabat semua nanti???...UMNO dan ISRAEL itu satu perjuangannya...perjuangan untuk hidup ..ataupun lebih sedap dipanggil  'perjuangan perut'......salam ikitbar dari aku...


klik sini untuk video dan maklumat terbaru Palestine....

30 May 2010

LAWAN BOS,ADA BERANI KA...????CHIT!!!POODAH!!!

Mugilan: Perhimpunan GAS berjaya






Bekas timbalan Ketua Pemuda MIC, V Mugilan berkata perhimpunan Gerakan Anti Samy (GAS) di Pusat Konvensyen Mines di Serdang hari ini adalah berjaya walaupun mendakwa ada "taktik samseng" digunakan untuk menggagalkannya.

Hanya 3,500 hadir menyertai perhimpunan itu walaupun Mugilan menjangka 15,000 akan hadir.


Mugilan mendakwa ia kerana wang digunakan untuk menghalang orang ramai daripada menghadiri perhimpunan hari ini.


“RM5 juta telah dibelanjakan untuk menghalang orang ramai daripada datang menghadiri perhimpunan tersebut," dakwa Mugilan.


Beliau mendakwa bas-bas dari Pulau Pinang dan Pahang telah dihalang dan RM5,000 dibayar bagi setiap bas supaya tidak menyertai penghimpunan hari ini.


Namun begitu, Mugilan berkata GAS telah berjaya menyampaikan mesejnya kepada rakyat dengan terang dan jelas.


“Selama seminggu, kami dilaporkan media dan di Internet. Semua rakyat telah melihat dan mendengar mengenainya. Program ini telah berjaya memberi tekanan kepada (presiden MIC) Datuk Seri S Samy Vellu untuk meletak jawatan," katanya sambil menambah BBC turut menyiarkan program tersebut.



 
 
-baik MIC ni join PR..lagi bagusssss...
 

SILA KELUAR DARI RUMAH DAN LIHAT KE BULAN!!!

Malam ni agak pelik sikit lah...apa yang peliknya???...Aku tengok bulan berwarna merah seakan matahari menyingsing tanda hari dah senja...Allahuakbar!.....SubhanAllah....!!!rasanya fenomena bulan merah ni dah lama sangat aku tak tengok!!!..kalau korang tak caya,gi lah jenguk kat luar tuuuu....kalau masih sempat,insyaAllah....

29 May 2010

KONONNYA AMBIL BERAT...CEH!!!

Keengganan Gadis Terlanjur Guna Prasarana Yang Disediakan Dikesali



PETALING JAYA, 29 Mei (Bernama) -- Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil kesal dengan sikap sesetengah pihak terutamanya gadis terlanjur yang tidak memanfaatkan prasarana yang disediakan oleh kerajaan tetapi mengambil jalan mudah dengan membuang bayi.


"Kita telah sediakan prasarana untuk bantu mereka (gadis terlanjur) menerusi 55 institusi kebajikan, 104 pejabat kebajikan daerah dan 53 klinik LPPKN.


"Kerajaan telah belanja berjuta-juta ringgit untuk membinanya tapi kalau ia tidak digunakan, amatlah rugi," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Pusat Perlindungan Bayi dan Anak Yatim, OrphanCARE di sini yang disempurnakan oleh Sultanah Pahang Sultanah Kalsom.


Baginda yang juga penaung pusat tersebut, berkenan menghulurkan sumbangan RM10,000 kepada OrphanCARE manakala Shahrizat menyerahkan sumbangan RM100,000 bagi pihak kerajaan.


OrphanCARE adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bermatlamat memberi kasih sayang dan perlindungan kepada anak yatim serta bayi terbiar di negara ini.


Terdahulu ketika berucap, Shahrizat berkata kementerian berpendirian bahawa seseorang anak itu perlu berada bersama sebuah keluarga dan penempatan anak yatim di rumah anak yatim seharusnya menjadi pilihan terakhir.


Beliau berkata kementerian turut menggalakkan rumah anak yatim supaya menawarkan anak yatim yang layak untuk diambil sebagai anak angkat dalam usaha mengurangkan jumlah rumah anak yatim di negara ini.


Sementara itu, Sultanah Kalsom pula memuji anggota OrphanCARE berikutan usaha tanpa jemu mereka mengendalikan rumah anak yatim itu dan mencari keluarga angkat, termasuk bagi 14 kanak-kanak baru-baru ini.




...try le semua formula yang manusia rasa hebat dan kononnya pasti berjaya tu,kita tak fikir macam mana nak bendung,banyaknya main tadah je...selagi formula Allah itu tak dihiraukan...aku gerenti..semua yang manusia rancangkan pasti  fail!!!...fail!!!...fail!!!......








HIDUP MATINYA UNTUK PERJUANGAN PERUT!!!

Adun UMNO Kuala Nerang Bukan Sahaja Bangkrap..Tapi Turut Pecah Amanah..

Rupa-rupanya bukan sahaja isu muflis yang dialami oleh Adun bermasalah ini..bahkan isu pecah amanah turut selubungi YB Datuk Syed Sobri Syed Hashim (ADUN-Kuala Nerang)
Beliau kalau sebelum ini selamat sebagai ADUN kerana kes itu dirayu ke Mahkamah Rayuan, tetapi dalam kes terbaru, beliau sudah pasti akan terlingkup sebagai ADUN..sebab itulah dia nak letak jawatan minggu depan.
Kes terbaru ini ialah kes penyelewengan RM1.7 juta wang syarikat Seri Temin Development Corporation ("STDC") yang pernah diterajuinya suatu masa dahulu.
Menurut sumber dari Wisma Darulaman, perkara ini telah mendapat perhatian dari awal lagi sejak kerajaan PR mengambil tampuk pentadbiran negeri Kedah Darul Aman. Namun usaha mengumpul bukti memerlukan masa yang secukupnya.
Pihak Kerajaan Negeri Kedah masih membuat penelitian tentang tindakan-tindakan undang-undang dari segi jenayah pecah amanah ("criminal breach of trust") atau dari segi saman sivil yang boleh dikenakan terhadap Syed Sobri. Berikut adalah fakta kes untuk kita tatapi dan membuat penilaian awalan ("initial evaluation").
- Menurut cabutan minit mesyuarat pengurusan STDC ke-2/2008 yang diadakan pada hari Ahad, 10hb Februari 2008 jam 10:20 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat STDC, pihak pengurusan telah bersetuju untuk mengeluarkan sejumlah wang sebanyak RM1.7 juta bagi tujuan program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman.
Cabutan minit ini telah ditandatangani oleh YB Dato’ Arifin Man (bekas ADUN- Bukit Lada) sebagai Timbalan Pengerusi STDC dan Datuk Syed Sobri Syed Hashim (belum YB lagi ketika itu) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif STDC.
Berikut adalah agihan wang yang telah dipersetujui:
Bil Kawasan Parlimen Jumlah (RM)
1 Padang Terap 130,000.00
2 Kulim/Bandar Baharu 120,000.00
3 Pokok Sena 110,000.00
4 Jerlun 110,000.00
5 Baling 110,000.00
6 Alor Setar 110,000.00
7 Kuala Kedah 110,000.00
8 Sik 110,000.00
9 Jerai 110,000.00
10 Sungai Petani 120,000.00
11 Merbok 110,000.00
12 Padang Serai 110,000.00
13 Langkawi 120,000.00
14 Kubang Pasu 110,000.00
15 Pendang 110,000.00
JUMLAH 1,700,000.00 Sumbangan ini diluluskan di dalam mesyuarat pengurusan STDC dan kemudiannya dipanjangkan kepada Lembaga Pengarah STDC untuk diluluskan. Perkara ini telah mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah STDC melalui resolusi beredar ("circular resolution").
Resolusi beredar ini bertajuk "Resolusi Lembaga Pengarah Beredar Yang Dibuat Menurut Artikel No. 91 Tataurusan Syarikat". Berikut adalah senarai Ahli Lembaga Pengarah STDC yang menandatangani resolusi tersebut:
Bil Nama
1 Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
2 Dato’ Ariffin Man
3 Datuk Syed Sobri Syed Hashim
4 Encik Zubir Zabidi
5 Encik Mohamad Radzi Ayob
6 Encik Mustafar Ahmad
7 Puan Marlia Abd. Latiff
8 Puan Sharifah Adawiyah Syed Ismail
Persoalannya samada pihak pengurusan STDC mahupun Lembaga Pengarah STDC mempunyai kuasa untuk meluluskan sumbangan yang sebanyak ini. Ini adalah kerana menurut akaun pengurusan STDC, pendapatan syarikat bagi tempoh Januari hingga Mac 2009 adalah RM1,415,888.77 ("actual recorded figures taken from STDC’s Management Account from January 2009-March 2009"). Sedangkan jumlah program "Pemimpin Bersama Rakyat" disetiap kawasan Parlimen di negeri Kedah Darul Aman adalah sebanyak RM1.7 juta berbanding pendapatan syarikat sebanyak 1.4 juta.
Oleh itu, dari segi logiknya sumbangan yang jumlahnya melebihi pendapatan dalam tempoh yang sama bolehlah dianggap penting atau "significant" yang mungkin memerlukan kelulusan lebih dari Lembaga Pengarah.
Adakah perkara seumpama ini tidak memerlukan kelulusan pemegang saham (iaitu PKNK) melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa ("Extraordinary General Meeting") atau Mesyuarat Agung Tahunan ("Annual General Meeting")?
Mari kita menganalisa Akta Syarikat, 1965 ("Companies Act, 1965"). Menurut Bahagian 5(2) (Pengarah & Pegawai Syarikat) Seksyen 132 (Tugas dan Tanggungan Pengarah & Pegawai) Peruntukan 1E (Tanggungjawab Pengarah Lantikan):
"Seseorang pengarah, yang dilantik melalui kedudukannya sebagai seorang pekerja atau; dilantik mewakili pemegang saham, majikan atau pemegang debentur; hendaklah sentiasa bertindak atas kepentingan syarikat tersebut; dan sekiranya wujud percanggahan antara tanggungjawabnya atas kepentingan syarikat dengan tanggungjawabnya atas kepentingan pihak yang melantiknya, maka beliau tidak boleh mendahulukan tanggunjawabnya pihak yang melantiknya dengan tanggungjawabnya terhadap kepentingan syarikat."
Sekiranya Syed Sobri tidak memahami peraturan ini oleh kerana beliau tidak diajar tentang Akta Syarikat, 1965 di Pejabat Pos Malaysia, izinkan saya memperhalusi maksud peraturan ini:
Peraturan ini jelas menyatakan seseorang pengarah yang dilantik hendaklah menjaga kepentingan syarikat pada setiap masa. Oleh kerana Syed Sobri dan pengarah-pengarah lain tidak memegang saham secara langsung dalam syarikat STDC, maka mereka adalah pengarah yang dilantik mewakili pemegang saham ("nominee directors").Justeru itu, mereka tanggungjawab mereka termaktub di bawah peruntukan yang disebut di atas.
Di dalam peraturan ini juga disebut bahawa tanggungjawab pengarah menjaga kepentingan syarikat mendahului tanggungjawab pengarah itu terhadap pihak yang melantiknya samada pihak itu pemegang saham (dalam kes ini PKNK) atau pihak yang lebih tinggi (dalam kes ini YAB Menteri Besar Kedah Darul Aman ketika itu Dato’ Seri Mahdzir Khalid).
Persoalan yang timbul adalah:
• Adakah menyumbang sebanyak RM1.7 juta di ketika pendapatan syarikat semasa hanya RM1.4 juta merupakan satu tindakan yang dianggap menjaga kepentingan syarikat? Is this action considered by the directors as acting in the best interest of the company as stipulated in the article above?
• Sama-samalah kita membuat penilaian dan yang lebih penting lagi kita akan biarkan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ("SSM") membuat penilaian apabila perkara ini dilaporkan kepada SSM secara rasminya tidak lama lagi. Harap-harap Syed Sobri dan ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang lepas bersedia menghadapi sesi soal-siasat SSM yang mempunyai kuasa mendakwa tersendiri sebagaimana diperuntukan kepadanya di dalam Akta Syarikat, 1965 Bahagian 2, Peruntukan 7-7D.
Dalam pada itu, ahli lembaga pengarah STDC pada ketika itu masih boleh dipanggil oleh PKNK sebagai pemegang saham 100% dalam STDC bagi menerangkan sebab Lembaga Pengarah meluluskan sumbangan RM1.7 juta ini.
Kita yakin bahawa PKNK di bawah YAB Datuk Azizan Abdul Razak serta ahli-ahli perbadanan yang lain akan menggunakan kuasa mereka sebagai pemegang saham STDC untuk menyoal ahli-ahli lembaga pengarah STDC yang meluluskan sumbangan ini apabila semua siasatan mengenai perkara ini selesai.
Dan jika Syed Sobri didapati bersalah kerana pecah amanah, maka YB ini mungkin akan dipenjarakan disebabkan jenayah pecah amanah yang dilakukan semasa di STDC. Jadi, kemungkinan kerusi Dewan Undangan Negeri Kedah ("DUN") akan dikosongkan dan prk ke 11 akan berlaku.. Pada pilihan raya umum tahun lepas, Datuk Syed Sobri telah menewaskan calon PAS, Zawawi Ahmad dengan majoriti hanya 805 undi sahaja...sama-samalah kita berdoa ke arah itu..


-Ni le cara hidup dan perjuangan perut orang Melayu yang mulutnya mengaku Islam dalam hati,macam bangsat!

28 May 2010

MARI KITA SELAMI PERASAAN BLOGGERS UMNO !!!

Jumaat, Mei 28


JUDI HALAL OLEH UMNO/ JUDI HARAM OLEH PAS

Isu lesen judi bola sepak FIFA yang disebut oleh Awang Adek telah menjadi modal pihak PASngok sebagai modal ceramah politik mereka.

PasNgok menuduh UMNO menghalalkan judi.....Kalau dah halal bermakna Pas boleh joint lah judi tersebut, sebab ramai orang Pas suka judi.

Penceramah PasNgok memang bijak bercakap. Sengaja menyebut perkataan menghalalkan dan tidak menyebut memberi lesen.

Pas telah mempermainkan hukum Allah. Motif sebenar PasNgok ialah kerana mereka diarahkan oleh tauke judi haram supaya menghalang usaha kerajaan melesenkan judi bola FIFA tersebut. Bayangkan berapa banyak wang yang akan masuk ke kantong perbendaharaan jika judi tersebut dilesenkan.

So siapa yang meghalalkan judi? Jawapanya ialah PasNgok kerana menggalakkan judi haram bola sepak FIFA yang akan bermula 11 Jun hingga 11 Julai nanti. Hari ini pun rasanya pertaruhan sudah bermula dan rancak berjalan untuk 64 perlawanan.

Berapa komisyen yang PasNgok dapat? 


-petikan di atas adalah dari hati sanubari bloggers umno ...hayatilah ye....

27 May 2010

"AKU DAH TAK LEH TAHAN SEBAB MASIH MENYOKONG UMNO HAPRAK!!!"

380,000 keluar Umno kerana sudah bosan



Najib kata UMNO telah melakukan proses pemutihan dengan mengeluarkan kira-kira 380,000 nama daripada daftar keahliannya.


Dengan itu balance yang tinggal jadi ahli Umno ialah seramai 3,159,454 orang. Dari jumlah tersebut hanya separauh yang benar-benar menyokong perjuangan Umno, manakala yang lain umpama lalang yang menunggu tiupan angin.


Pelik juga perkiraan Umno, kalau setakat ini saja ahli Umno yang menderhaka tak sampai jatuh 5 negeri kepada Pakatan Rakyat. Sepatutnya Umno patut buang lebih dari angka itu.


Kemana perginya 380,000 tersebut? Mereka sebenar keluar Umno kerana mereka sudah tiada keyakinan lagi kepada perjuangan Umno yang sudah jauh melencong dari perjuangan asal parti tersebut. Kemana mereka pergi.... mereka kini menjadi ahli PAS/PKR atau tidak berparti tetapi membenci Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.


Pada mereka dan ramai lagi ahli Umno "masa depan Umno semakin parah" Ini kerana :-


Bila UMNO di tubuhkan pada tahun 1946, ia tidak membayar apa apa untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. UMNO hanya menawarkan darah, keringat dan air mata sahaja. Yakni perjuangan, kerja keras dan tangisan duka mencapai matlamat matlamat perjuangan. UMNO menawarkan perkara yang menyusahkan. Namun sokongan orang Melayu terhadap nya, menyeluruh. Kenapa?


Kerana yang di tawarkan oleh UMNO bukan wang dan harta benda- tapi masa depan yang bermaruah. Masa depan sebagai anak bangsa yang bermaruah. Masa depan yang bermaruah untuk negeri anak bangsa. Masa depan kepada hak hak anak bangsa Melayu. Hak yang pertama lagi utama, ialah hak memerintah diri sendiri.


UMNO tidak membayar orang Melayu untuk dapat sokongan mereka. UMNO berusaha menimbulkan rasa kecintaan orang Melayu kepada nya.


Tapi hari ini keadaan nya lain. Rakyat tidak mahu menyokong jika tidak di beri imbuhan segera. Pimpinan UMNO berfikir bahawa jalan ke hati dan jiwa rakyat hanya melalui pembayaran. Ini bermakna nya, UMNO sudah tidak ada idealsme dalam dada perjuangan nya. Apabila kuasa membayar mengatasi idealisme, timbul pula keangkuhan dalam hati sang pembayar. UMNO rupa rupa di sedarkan bahawa kemampuan membayar tidak menjamin kemenangan dalam PRU ke 12.


Rakyat mahu sokong parti tidak lagi kerana nilai dan matlamat perjuangan. Rakyat akan sokong jika mana mana parti boleh menawarkan imbuhan dan faedah segera. Pembangunan yang sepatutnya di jadikan unsur dalam rangka tanggung jawab sebagai kerajaan, menjadi bahan berjual beli. Ertinya, lama kelamaan, parti politik menjadi sebuah syarikat direct selling. Implikasi keatas masa depan dalam konteks mutu kepimpinan yang akan muncul, kaedah perjuangan dan matlamat perjuangan akan berubah.


Sedangkan, perubahan itu bukan sesuatu yang di takuti oleh UMNO. Yang kita takut ialah UMNO atau khususnya pimpinan UMNO tidak tahu bagaimana berdepan dengan masa depan tersebut. Di Hulu Selangor, pimpinan UMNO hanya tahu satu cara- iaitu dengan membayar laluan nya dengan wang ringgit untuk mencapai matlamat.


Bolehkah dengan cara ini, kita mengekalkan kelansungan hayat UMNO? UMNO sudah lupa bahawa pemacu perubahan, pengembeling sokongan ialah idealism perjuangan UMNO yang di jurubicarakan dan di juarai oleh pimpinan yang bermutu, dan bukan kemampuan membayar yang tidak memerlukan mutu kepimpinan yang tinggi. Pemimpin Mat Rempit pun boleh bayar tapi bolehkan pemimpin Mat Rempit menghidupkan inspirasi dalam dada orang Melayu?


Proses pemutihan adalah satu alasan, sebenarnya Umno sudah tidak boleh tahan bila 380,000 ini mengajak saban hari rakan-rakan mereka dalam Umno supaya belot kepada parti.

Mereka keluar Umno kerana sudah bosan dengan kerenah Umno & kepimpinannya.


Tajuk kat atas sekali tu nak bagi panaskan hati korang je....-Parit.Com

Ibu Ditahan Berhubung Kes Bayi Ditanam Di Stesen Komuter


SHAH ALAM, 27 Mei (Bernama) -- Polis hari Khamis menahan seorang pelajar perempuan tingkatan lima di sebuah sekolah di sini kerana dipercayai ibu kepada bayi lelaki yang ditemui mati ditanam berhampiran Stesen Komuter Padang Jawa di sini Isnin lepas.


Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin berkata remaja berusia bawah 17 tahun itu ditahan di sekolahnya di sini pada 9 pagi tadi manakala pasangannya serta dua lagi individu yang dipercayai bersubahat dalam kejadian berkenaan, sedang dikesan.


"Ketika ditahan, pelajar terbabit berada dalam keadaan lemah kerana masih dalam tempoh berpantang dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang," katanya.


Noor Azam berkata laporan kesihatan mendapati remaja berkenaan tidak menghadapi sebarang komplikasi dan kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini untuk siasatan lanjut.


Beliau berkata polis akan mendapatkan perintah tahan reman terhadap remaja itu esok.


Isnin lepas, seorang pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad menemui satu longgokan tanah yang menyerupai kubur dan selepas digali polis menemui mayat bayi lelaki yang tidak cukup bulan yang dibalut dengan sehelai kain putih.







-Teman kecewa masih ramai lagi manusia di Malaysia ni sanggup buang bayi dan paling tragis...siap buat kubur untuk bayi...sampai bila kita di Malaysia ni sanggup melihat kezaliman ummat ini???


26 May 2010

REHATKAN OTAK SAT!



Geran pilihan raya: Gereja di Sibu berbalah

Empat gereja Methodist yang menerima geran sejumlah RM1.75 juta daripada kerajaan pada pilihan raya kecil Sibu yang lalu tidak bercadang memulangkan wang berkenaan meskipun didesak berbuat demikian atas alasan integriti.



Antara desakan itu dibuat oleh sebuah blog oleh gereja Methodist yang juga ahli jawatankuasa disiplin PKR, Goh Keat Peng, yang berkata penerimaan wang ini memberika isyarat seolah-olah pihak gereja menerima 'gejala politik wang'.


“Jika kita terima wang itu, kita menghantar isyarat kepada kerajaan sekarang ataupun pada masa depan, sama ada BN ataupun Pakatan, bahawa gereja...sanggup menerima wang dalam keadaan seperti itu,” tulisnya.


“Mesejnya, berikan kami tawaran, gereja terbuka berhubung soal dana. Kita menggalakan pemberian wang yang digunakan untuk memancing undi. Adakah terdapat tawaran yang lebih tinggi?...”


Pengerusi Gereja Methodist Sing Ang Tong, Robert Kwang bagaimanapun tidak bersetuju dan berkata Goh, yang merupakan bekas setiausaha ekesekutif Persekutuan Kristian Malaysia tidak mempunyai hak untuk mendesak wang itu dipulangkan.


Beliau sebaliknya menuduh Goh sebagai “bongkak' dan membuat kenyataan “liar” dan berkata sebagai ahli PKR, pandangannya berat sebelah dan berkepentingan politik.


Kwang mempertahankan tindakan gereja menerima wang itu dengan alasan geran kerajaan itu 'bersih' kerana sumbernya berpunca daripada pembayar cukai.


Beliau berkata geran RM400,000, yang diberikan sehari sebelum pilihan raya adalah “peluang khas yang diberikan oleh Tuhan” dan untuk itu, gereja seharusnya berterima kasih.


“Siapa dia (Goh)? Apa salah kita menerima geran itu?” soal Kwang apabila dihubungi hari ini.


Nada yang sama disuarakan oleh Pastor Tai dari Gereja Methodist Hwai An Tong yang berkata geran RM350,000 yang diperolehi mereka tidak akan dipulangkan kerana mereka mematuhi prosedur sebelum diberikan geran berkenaan.


“Kita membuat permohonan beberapa minggu sebelum tempoh berkempen, membekalkan segala dokumen dan juga menghadiri beberapa awwancara bagi menyokong permohonan berkenaan,” katanya.


“Tetapi kerajaan memilih memberi geran semasa kempen pilihan raya kecil, kita tidak boleh berkata, 'tak mau, beri kepada kita kemudian'.”


Katanya lagi, geran itu diberikan tanpa sebarang syarat.


Paderi Yong Hua Sing dari Gereja Methodist En Tao dan Paderi Clement Yap dari gereja Methodist Tien Tao yang masih-masing menerima RM500,000 juga tidak bercadang memulangkan wang berkenaan dan menafikan tindakan itu sebagai pembelian undi.


“Ia tidak kena-mengena dengan pembelian undi, kecuali pemberiannya semasa pilihan raya kecil. Ini bukan pertama kali kami menerima bantuan daripada kerajaan. Lagipun tidak salah menerimanya kerana dana itu adalah juga wang kita sebagai rakyat yang membayar cukai,” kata Yong.



untuk kome je....

MIC DAN UMNO DAH TAK NGAM!!!EDISI PANAS!!!

Panas: Kapal BN Terus Bergelora, Muhyiddin Nafi Kononnya UMNO Terlibat Merancang Gulingkan Presiden Seumur Hidup Parti MIC Si Samy Vellu !!

Bagai sudah ditakdirkan, akhirnya tanda-tanda pakatan karat Barisan Nazak (BN) bakal karam semakin terserlah. Ini berikutan perbalahan yang berlaku dalam parti-parti komponen mereka dilihat bertambah kritikal sekarang Bermula dengan UMNO, kemudian Parti Progresif Rakyat (PPP) dan kemudiannya MCA dan terbaru serta sedang hagat diperkatakan sekarang ini ialah parti ketiga terbesar mereka iaitu MIC. Semua ini berlaku akibat keengganan, presiden seumur hidup MIC berundur selepas 31 tahun menerajui parti itu. Siapa lagi kalau bukan si Samy Vellu. Sebelum ini, beliau dilihat telah mencetuskan polimik dengan kepimpinan tertinggi BN bila mana tidak bersetuju dengan calon pilihan BN untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor. Kekalutan tersebut memaksa pimpinan tertinggi BN menukar calon disaat akhir dengan menolak Palanivel (pilihan Samy Vellu) dan (pilihan UMNO). Akhirnya nama Mugilan P.Kamalanathan terpilih sebagai jalan penyelamat untuk BN merampas kuasa di parlimen itu. Samy Vellu awal-awal lagi mahukan Palanivel iaitu Timbalan Presiden MIC menjadi calon, namun bantahan keras dibuat oleh puak-puak UMNO sendiri hingga memaksa Pengarah Pilihanraya BN iaitu Muhyiddin Yassin mencari jalan penyelesaiannya. Tindakan Muhyiddin memilih Kamalanathan jelas sekali mengecewakan penyokong Palanivel dan Si Samy sendiri, bagi mereka calon tersebut juga adalah pilihan UMNO selepas si Mugilan.

Anak Samy Dedah UMNO Punca Masalah MIC


Perkembangan ini amat menarik sebenarnya. Maka akhirnya "bom jangka" yang sudah lama tersimpan itu akhirnya meletup pabila Mugilan dipecat dari MIC oleh Samy Vellu baru-baru ini. Semua itu lantaran kenyataan banggang Samy kononnya beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada tahun 2012. Ini menyebabkan pemimpin pemuda MIC seperti Mugilan amat kecewa dan akhirnya "menentang arus". Mugilan membuat sidang media supaya Samy Vellu melepaskan jawatan segera dan bukannya menunggu sehingga tempoh yang dijanjikan. Akhirnya, Samy Vellu menjadi panas hati dan memecat beberapa orang lagi pemimpin MIC yang disyaki menyokong kenyataan Mugilan. Malah Samy Vellu semakin tertekan bilamana mendengar Mugilan mahu mengadakan protes besar-besaran bagi menjatuhkan dirinya. Tindakan Mugilan menubuhkan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) jelas sekali memaksa beliau mengambil tindakan drastik dengan memberi amaran ramai lagi pemimpin MIC yang menyokong Mugilan akan dipecat. Maka, akhirnya pertembungan "buku dengan ruas" berlaku, apabila Samy Vellu bertindak menuduh UMNO menjadi dalang bagi menjatuhkannya. Beliau bijak dengan menggunakan anaknya, Vell Paari (foto) untuk menjadi jurucakapnya. Akhirnya anak Samy mengeluarkan kenyataan bahawa UMNO yang menjadi punca masalah dalaman MIC. Kenyataan ini disangkal oleh TPM Muhyiddin dan menuduh Vell Paari biadap. Malah,
Muhyiddin Menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tersebut dan mahu anak Samy menghentikan tindakan yang tidak bertanggungjawab itu. Soalnya, benarkah UMNO tidak terlibat?

Terbukti Memang UMNO Yang Sokong Mugilan

Jika tiada angin, masakan pokok bergoyang. Umum mengetahui bahawa pemimpin UMNO sebenarnya yang beriya-iya cuba mencalonkan Mugilan sebagai calon BN di Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor dulu. Malah, perkara ini juga telah didedahkan oleh pihak media. Maknanya, memang UMNO yang cuba "membakar kelambu MIC","ayam tambatan" mereka dulu. Bersandarkan kepada kenyataan beberapa pemimpin UMNO termasuk mantan Perdana Menteri Mahathir yang mahukan Samy melepaskan jawatannya dulu. Maka, kita amat yakin bahawa kenyataan anak Samy Vellu itu ada kebenarannya. Cuma yang menjadi masalah kini, pemimpin UMNO seolah-olah lupa apa yang mereka lakukan. Sungguh lucu apabila ada pemimpin yang mengatakan UMNO tidak pernah masuk campur dengan urusan parti komponen BN yang lain.
[Ramai yang menjangkakan, tindakan UMNO mendesak supaya Samy Vellu berundur bakal menikam diri sendiri. Malah, sikap segelintir pemimpin UMNO yang mengutuk bulat-bulat kenyataan anaknya, Vell Paari bakal mengundang musibah yang lebih besar sebenarnya. Malah, ramai rakyat tahu bahawa UMNO memang beriya-iya mahu riwayat politik Samy dikapankan segera. Mereka sudah tidak tahan lagi menanggung "biawak hidup" yang bakal membawa malapetaka yang lebih besar buat BN dalam pilihanraya umum akan datang. Tindakan Samy untuk terus berkhidmat sehingga 2012 dilihat sengaja mencari helah bagi meneruskan kuasanya. Apalah yang boleh dilakukan Samy selepas dia mengabaikan peluang membela nasib kaum India selama leboh 30 tahun menerajui parti MIC. Inilah hakikatnya dan apakah desakan yang dibuat supaya Samy berundur itu bakal menyebabkan MIC keluar dari BN?. Jika ini berlaku, pastinya ia satu bencana besar buat pakatan karat itu dalam PRU-13 nanti]--



24 May 2010

Juruwang Ditahan Di Kuching Dipercayai Pecah Amanah

sekadar gambar hiasan



KUCHING, 24 Mei (Bernama) -- Seorang juruwang wanita ditahan polis di sini Isnin kerana dipercayai telah pecah amanah wang syarikat yang membabitkan kira-kira RM27,000.

Wanita berusia 27 tahun itu dikatakan telah menyalah guna wang tersebut sejak Januari lalu.


Perkara itu telah didedahkan syarikat tersebut pada awal bulan ini.


Juruwang berkenaan dikatakan telah diberi tempoh seminggu iaitu pada hari ini untuk membayar balik wang tersebut namun dia telah menghubungi syarikat itu untuk memberitahu bahawa dia telah dirompak sebanyak RM28,000 pagi ini.


Wang tersebut didakwanya adalah wang yang akan dibayar balik kepada syarikat berkenaan.


Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong mengesahkan kes itu dan berkata polis akan membuat siastan lanjut mengenainya.

Bernama
 
Kembali ke Halaman Utama Parit.Com